Wednesday 28 May 2014

God's Gift : 14 Days

 Ini lah Antara drama2 hebat di tahun 2014. Aku suka drama2 yang misteri2 ni. N paling penting misteri terjawab dihujung cerita & takde la tengah2 cerita da dapat hint2.

So, melalui Astro PVR, aku rakam start episode 1 hinggalah episode 16 (akhir). N pastinya aku terpaksa la tengok balik dari episode 1 untuk buat summary yang kononnya terpanjang. Hihi…



Cast:
Lee Boo Young – Kim Soo Hyun
Jo Seung Woo – Ki Dong Chan
Kim Tae Woo – Han Ji Hoon
Jung Gyu Woon – Hyun Woo Jin
Kim Yoo Bin – Han Saet Byul
Baro B1A4 – Ki Young Gyu

Plot:
Dimulakan dengan grafik yang agak menyeramkan tentang sebuah kisah dengan suara latar Lee Bo Young yang sedang membacakan kisah itu kepada anaknya.





Dikisahkan tentang seorang ibu yang lena tidur, dewa kematian telah merampak anaknya. Si ibu bertanya kepasa dewa malam dan dewa malam bertanya. ‘Kau mahukan anakmu kembali? Berikan aku rambutmu yang cantik. Akanku beritahu kemana kematian pergi’. Dan si ibu memberikan rambutnya. Ditengah perjalanan, belukar tajam menghalangnya pergi. Si belukar berkata. ‘Kau peluklah aku dalam dagapanmu dan aku akan memberitahu kemana kematian pergi’. Akhirnya si ibu ternampak kematian membawa anaknya tetapi dihalang oleh tasik. Tasik berkata. ‘Kamu mahukan anakmu kembali? Berilah matamu yang jernih itu kepadaku. Akanku berikanmu melintasiku’. Dengan tidak teragak2, si ibu mengorek biji matanya dan dibuang kedalam tasik. Kemudian…

Terdengar suara Saet Byul, watak anak Kim Soo Hyun bertanya dapatkah si ibu berjumpa dengan anaknya? Dan cerita itu terhenti disitu.

Soo Hyun seorang penulis rancangan Senarai Orang-Orang yang Dikehendaki, sebuah rancangan yang mendedahkan jenayah masa kini. Dia berkahwin dengan Han Ji Hoon, seorang peguam yang memperjuangkan hak asasi manusia. Mereka mempunyai seorang anak iaitu Saet Byul.

Ji Hoon sedang memperjuangkan hak asasi manusia terhadap penjenayah yang dijatuhkan hukuman mati kerana dia percaya tentang peluang kedua. Hukuman mati terhadap penjenayah adalah salah satu kempen bakal presiden Kim Nam Joon untuk memenangi pilihanraya.

Kemudian, muncul pula Ki Dong Chan (baru perasan yang abg Dong Chan ni comel :-P), seorang bekas detektif yang bekerja sebagai pengutip hutang, atau penyiasat persendirian. Semasa cubaan untuk mengutip hutang, dia telah tersalah masuk ke rumah Kim Soo Hyun yang disangkanya sebagai penghutang.

Dalam masa yang sama Soo Hyun sedang menemuramah seorang penjenayah, kemudian dikenali sebagai Ki Dong Ho. Semasa temuramah itu, Ki Dong Ho yang mengidap masalah mental telah berkelakuan ganas dan temuramah tersebut terpaksa dihentikan.

Kita berjumpa plak dengan watak berkaitan seterusnya iaitu Ki Young Gyu, yang mengalami masalah mental jugak. Baro dari B1A4 sangat sesuai ngan watak ni. Bagus…




Young Gyu yang berdiri sambil menunggu neneknya yang bekerja dikawasan apartment Soo Hyun. Saet Byul tersentuh hati melihat Young Gyu yang memakai stoking koyak, telah memberi stoking ayahnya dan berkawan dengan Young Gyu.

Dan muncul pula watak nenek Young Gyu yang turn out to be Ki Dong Chan’s mother. Tapi kalau tengok situasi, hubungan dia n ibunya tak lah baik sangat walaupun mak dia tuh cam innocent je. Huhu…




Saet Byul yang mengikut Young Gyu ke sebuah acara sekolahnya tanpa kebenaran ibunya, ditangkap dan ibunya menyalahkan Young Gyu kerana mengajak Saet Byul. Dalam perjalanan pulang, mereka singgah ke sebuah kedai kopi baru dibuka berhampiran kerana Saet Byul terkencing dalam seluar. Sebelum pulang, pemilik kedai kopi tersebut mengambil gambar mereka berdua sebagai hadiah pembukaan dan berkata sesuatu lebih kurang camni :

‘Tak lama lagi kamu akan kehilangan sesuatu yang berharga. Tak guna awak elak tapi lawanlah. Tetapi satu dari 2 mesti hilang untuk menamatkannya. Berhati2 dengan air’.



Tapi Soo Hyun menganggap yang orang tuh adalah freak and bergegas pergi.

Tidak lama pembunuhan bersiri berlaku di beberapa kawasan di Seoul dan golongan yang menjadi mangsa adalah golongan wanita. Semasa siaran langsung Senarai Orang-Orang Yang Dikehendaki, penjaga Saet Byul menelefon mengatakan Saet Byul belum turun dari pejabat Soo Hyun sedangkan Saet Byul telah turun 15 minit yang lepas. Kemudian seseorang yang mengaku sebagai pembunuh bersiri menelefon siaran langsung rancangan Soo Hyun. Pada mulanya pengacara mengandaikan yang itu adalah prank call. Tetapi setelah itu, penelefon itu menerangkan ciri2 pembunuhan yang hanya pihak polis mengetahuinya. Dia berkata dia akan membunuh lagi dan mangsanya kali ini adalah Saet Byul dan orang yang bertanggungjawab jika Saet Byul mati adalah presiden. Soo Hyun mula resah dan merempuh set siaran langsung dan cuba menjawab telefon itu malangnya telah diputuskan oleh pemanggil tersebut. Huhu…

Abes… cukup panjang? Tapi ini baru episode 1, hokey? Haha…

Seorang lelaki menelefon Soo Hyun dan meminta wang tebusan dengan syarat tanpa memberitahu polis. Oleh kerana polis mengekori Soo Hyun, penjenayah menukar venue penukaran ke stesen keretapi yang sebuk. Dia bergelut dengan penjenayah dan akhirnya dia mendapati yang budak yang dijadikan tebusan bukanlah Saet Byul. Dia berjaya menangkap penipu tersebut. Time pergelutan tersebut, sepatutnya penulis perlu ubah sikit sebab langsung tiada bantuan dari orang ramai walaupun situasinya begini.



Dong Chan pula mengetahui tentang kehilangan Saet Byul daripada berita dan berharap Saet Byul dijumpai dengan baik. Dia lebih terkejut dengan berita kematian CEO sebuah syarikat dan CEO itu adalah lelaki tua yang bergelandangan dirumahnya.

Terdesak, Soo Hyun muncul didalam rancangannya secara siaran langsung dan meminta maaf kepada penjenayah dan harap dapat memulangkan anaknya kembali. Disatu screen yang lain muncul berita penemuan kasut berdarah kepunyaan Saet Byul ditengah hutan. Soo Hyun dengan marah mengugut penjenayah yang dia tidak akan melepaskannya jika menyentuh walau sehelai rambut anaknya pun.

Keesokannya, seorang kaki pancing terpancing sepasang kasut dan mayat muncul dipermukaan. Ji Hoon & Soo Hyun dipanggil ke tempat kejadian. Polis mengklasifikasikan kematian Saet Byul disebabkan mati lemas – mungkin kerana cubaan menyelamatkan diri.




Presiden Kim Nam Joon dalam komennya terhadap insidennya menyatakan komitmen nya untuk memerangi jenayah dan mengumumkan tentang hukuman mati yang akan dijatuhkan. Beberapa penjenayah disenaraikan termasuk abg Ki Dong Chan, Ki Dong Ho atas jenayah membunuh.

Semasa hari hukuman, Ki Dong Chan ditangkap oleh sekumpulan gangster dan akan dibuang ke dalam tasik – tempat yang sama dengan tasik dimana mayat Saet Byul dijumpai. Soo Hyun pula yang sangat sedih atas kehilangan anaknya, membuat keputusan untuk membunuh diri. Walaupun dia dengar jeritan dari Dong Chan, dia tidak mengendahkan dan terus terjun kedalam tasik tersebut. Pada masa yang sama, Ki Dong Ho sedang menjalani hukuman mati.





Didalam dasar tasik, Soo Hyun berbaring dan diselaputi jaringan berwarna hijau. Dong Chan berjaya melepaskan diri dari ikatan dan menyelamatkan Soo Hyun.



Soo Hyun terjaga dan melihat sekeliling yang dia berada di tempat kejadian. Dia ke pondok tempat dimana Saet Byul dikurung sebelum itu dan melihat pondok itu seakan kosong tanpa kesan2 yang ditinggalkan Saet Byul  sebelum ini.

Kemudian dia menerima panggilan telefon dan pemanggil itu adalah Saet Byul yang menyuruhnya pulang kerumah untuk menyediakan makanan. Dia pulang kerumah dan tanpa tanda2 Saet Byul berada dirumah, dia yakin dia hanya bermimpi. Tiba2 Saet Byul dan suaminya muncul dengan kejutan kek harijadi. Terkejut, Soo Hyun bertanyakan suaminya benarkah Saet Byul masih hidup. Melihat ke dalam calendar, dia menyedari yang tarikh hari itu adalah hari 14 hari yang lalu, sebelum kejadian culik Saet Byul.



Malah dia yakin apabila kejadian yang berlaku sama dengan peristiwa yang dilaluinya 2 minggu lalu. Dia kemudian menjumpai gambar yang diambil di kedai kopi misteri itu dan mendapati gambar Saet Byul telah hilang.




Soo Hyun mula menyiasat kaitan pembunuhan bersiri yang berlaku di Seoul dan pergi ke tempat kejadian. Dikejauhan, seorang lelaki berpakaian serba hitam dan bertopi melihat kelibat Soo Hyun yang nampak sangat terdesak untuk memastikan ciri2 pembunuhan itu.

Di balai polis, Soo Hyun mendesak polis menangkap pembunuh itu yang akan menculik anaknya tetapi polis sangat ragu2 dengan kenyataan Soo Hyun. Dimasa yang sama Dong Chan juga berada di balai polis yang sama dengan samseng2 yang kononnya telah mencampakkan dia didalam tasik ‘2 minggu yang lalu’.

Soo Hyun membawa Saet Byul untuk melarikan diri ke Hawaii. Diatas penerbangan, dia diberi ice cream oleh pramugari. Oleh kerana Saet Byul allergy dengan walnut, penerbangan terpaksa berpatah balik ke Incheon untuk mendapatkan rawatan.

Sekembalinya dirumah, dia ternampak Young Gyu berada dikawasan pagar rumah mereka. Dia membawa Young Gyu kekedai kasut kerana kasihan Young Gyu yang hanya berselipar dan berpesan kepada Young Gyu untuk melindungi Saet Byul. 




Soo Hyun kemudian ke pejabat Dong Chan dengan beg penuh duit dan meminta Dong Chan membantunya. Dong Chan enggan, tetapi pembantu Dong Chan, Byung Tae, senyap2 ingin membantu Soo Hyun. Soo Hyun memberi duit tersebut dan bertanya dimana dia boleh mendapatkan pistol.

Soo Hyun mengambil keputusan menyiasat mangsa seterusnya kes pembunuhan bersiri kerana percaya kaitannya dengan penculikan Saet Byul. Dong Chan yang berubah fikiran, juga telah mengikutnya dan menggunakan duit sebagai alasan. Ketika intipannya, Soo Hyun mendapati mereka mengekori gadis yang salah. Pada waktu itu, seseorang menangkap Soo Hyun dari belakang dan mengacukan pisau kelehernya. Huhu…



Soo Hyun bergelut dengan penjenayah itu dan menikamnya dengan pen yang dibawanya. Dong Chan membantu Soo Hyun dan mereka berjaya melepaskan mangsa yang diikat. Mereka ke balai polis untuk menyerahkan pen dengan darah penjenayah. Pegawai tersebut, Woo Jin, juga bekas kekasih Soo Hyun, adalah bekas rakan sepasukan Dong Chan semasa Dong Chan menjadi detektif dulu.

Kemudian Soo Hyun mendapat tahu yang mangsa yang diselamatkan semalam telah mati dibunuh. Dia mula rase dia tidak mampu mengubah apa2. Tetapi Dong Chan menenangkan dia dengan mengatakan yang mangsa kedua ditemui dia tempat lain berbanding dengan tempat sepatutnya 2 minggu lepas. Soo Hyun mula mengajak Dong Chan dan kumpulannya untuk menjadikan rumahnya pusat penyiasat. Ofkoz la husband dia tak suka kan?

Young Gyu berada disekolah dan guru sekolahnya yang kelihatan sebagai guru yang penyayang. Kelihatan dia sakit dibahagian perut dan dia menarik baju nyer keatas… jeng jeng jeng. Adakah dia pembunuhnya? Pemerhatian sebagai penonton mula dipindahkan kepada Cha Bong Seop. Tapi for me, it’s too early la to assume that he is the killer. Selepas ditangkap dan disiasat, Cha Bong Seop disyaki adalah pembunuh yang membunuh wanita2 yang meninggalkan anak mereka di rumah anak2 yatim. Melalui status sebagai guru, dia dapat mengenali status mangsa dengan mudah.



Ketika Bong Seop dibawa ke satu tempat menggunakan van polis, van itu dilanggar oleh sebuah lori dan menyebabkan Bong Seop berjaya melarikan diri. Dong Chan yang kebetulan mengekori van polis tersebut cuba mengejar Bong Seop dan sebuah penunggang bermotorsikal muncul entah dari mana memukul Bong Seop dengan kayu dan Bong Seop mati. Penunggang itu kemudian ditembak mati oleh polis dan mati ditempat kejadian dan dikenali sebagai anak salah seorang mangsa bunuh. Ini menunjukkan yang pembunuhan itu adalah bermotifkan dendam.

Soo Hyun diberitahu tentang kematian Bong Seop tetapi dia hairan mengapa gambar Saet Byul yang hilang masih belum muncul. Cemas btol kan?



Woo Jin kemudiannya menghubungi Soo Hyun dan memberitahu yang Bong Seop bukanlah pembunuh Saet Byul dengan menunjukkan tiket penerbangan yang ditempah Bong Seop dan ini menunjukkan Bong Seop bukan pembunuh Saet Byul.



Dengan bantuan bekas rakan sepasukannya, Ho Kook, Soo Hyun dan Dong Chan menonton rakaman cctv ditempat kejadian dan Soo Hyun mengecam logo tatu ditangan pemandu lori yang melanggar van polis berkenaan. Logo itu sama dengan lukisan yang dilukis oleh Saet Byul ditempat dia ‘dikurung’ ‘2 minggu lepas’.




Again after that muncul satu persatu suspect. Pemilik stationery shop berdekatan sekolah Saet Byul. Malah Min-ah, perempuan simpanan Ji Hoon dan paling mengejutkan ibu Dong Chan yang mempunyai motif untuk membebaskan anaknya dari penjara. Dan akhirnya, lelaki bertatu itu muncul dan menangkap Soo Hyun. Dong Chan bertarung dan cuba menyelamatkan Soo Hyun. Si pembunuh memberi amaran agar dia tidak masuk campur dalam kes ini.



Seram kan? Bila Dong Chan menyuruh Woo Jin untuk menyiasat tempat kejadian tersebut, Woo Jin pergi berseorangan dan memusnahkan bukti dengan membakarnya. So damn fishy over here kan?



Dan kebenaran muncul satu persatu. Terdapat kaitan penculikan dengan kejadian pembunuhan Moojin (nama tempat) 10 tahun lepas. Si pembunuh yang dipaksa bekerja dengan setiausaha presiden, seorang bapa kepada mangsa mempunyai motif untuk meletakkan nama pembunuh anaknya ke tali gantung selepas 10 tahun berlalu. Dan oleh kerana itu, anak presiden, Kim Nam Joon, yang terlibat dalam pembunuhan Soo Jung, di Moojin, menggunakan Ki Dong Ho sebagai kambing hitam dan hidup bebas dengan bantuan ibunya tanpa pengetahuan Kim Nam Joon. Pakatan itu adalah diantara setiausaha presiden dan isteri presiden sahaja. Diakhir drama, Kim Nam Joon membuat pengakuan melalui sidang media dan itu lah pengakhirannya.




Tragis, berlakunya sad ending apabila Dong Chan yang mengorbankan diri. Kenapa? Setiausaha presiden menyelidik latar belakang Dong Chan dan tahap kesihatannya. Kemudian turn out yang Dong Chan mempunyai masalah hilang daya kawalan semasa dia mabuk dan dia adalah pembunuh 2 orang wanita di Moojin. Rasa bersalah, dia teringat kata2 Soo Hyun yang seorang perlu mati untuk menamatkan takdir ini. Ofkoz la tak tunjuk camne Dong Chan mati tapi boleh agak dia melemaskan dirinya dalam tasik. Huhu… sedih kan? Aku tak sanggup kehilanganmu, Dong Chan L




Drama ni sangat worth watching sebab ada elemen debaran yang sangat menakutkan disini. Huhu… Yup, yang penting lawan, selagi boleh lawan.








No comments:

Post a Comment