Thursday 19 November 2015

Anniversary ke Tujuh

Haha... ini sangat la post tertangguh. Minggu ni tak busy sangat, tapi biasa la kan... nak bukak blog kene pusing tengok kanan kiri. Especially kat tempat keje. 

Minggu lepas, adalah hari anniversary perkahwinan kami yang ke 7. Mcm post sebelum ni, aku merajuk ngan my hubby pasal benda2 'kecik' yang diperbesarkan. Hoho... Khamis n Jumaat tu, wassap dia memang tidak dilayan la kan. And ari Jumaat lepas, my hubby ajak g Port Dickson. Aku tak ingat nama hotel tu tapi 5 Star Hotel. Look people! My hubby memang sukaaa sangat PD. Aku pun tak tau nape. Tapi cam biasa wassap tak dilayan. Haha...

Balik dari keje tu, dia wassap lagi kata tukar plan. Nak gi Penang. Haa... kalau Penang tu okay sikit. Tapi aku memang macam malas nak gi sebab cuma 2 hari je kan? Penat atas jalan jela. 

Kat rumah, my hubby kata esok gi awal pagi. And aku straight away kata, no... I dont wanna go & dont want to celebrate. Dia tanye nape taknak? Well, aku cakap la ape yang berubah pun. 7 tahun kawen pun sama gak perangai. Geram btol aku. Asek aku je yang nak kene paham dia, dia tak penah paham aku.

Then dia tanye abes nak gi mana? Aku cakap takyah celebrate n dok umah je. Ari Sabtu, aku basuh baju n sidai. Then sapu2 sikit rumah. Lepas tu ngadap kdrama Valid Love. Cam sama je couple tu ngan aku. Kawen 7 tahun n anniversary 15th Nov. Sangat la kebetulan. 

My hubby ajak kuar makan. Aku kata tapau je. Gila malas nak kuar. End up dia gi beli asam pedas je. Aku memang jarang mkn lunch bila dok memerap tak buatpe kat rumah. Then dia cam muka stress n cakap dinner kena keluar. Oh.... sorry la kan? Memang aku taknak la... 

Pastu tetibe kuar idea nakal. Aku ada beli baju yang kononnya nak pakai time sambut anniversary tapi malangnya tudung yang aku beli tu cam tak sesuai je ngan baju tu. And oleh kerana aku rase cam takde je harapan nak kuar, n aku pun malas nak kuar... aku gatal bagi task kat my hubby utk gi belikan tudung yang sesuai untuk baju tersebut. Lupa pulak nak cakap bajet RM 50 je. End up dia balik rumah bawak 2 beg tudung Ariani Exclusive ko... Huhu... tengok batu pun bole agak berapa ratus. Sentap. Bukan tak happy, tapi kan cam membazir.... huhu... dia boleh cakap lagi. Sesekali utk isteri. Lagipun kalau dia bwak aku gi n suruh aku pilih, xde harapan la aku nak pilih kan? 

Tapi still.... sayang...nya duit itew...

So dinner, plan nak gi makan kat Khuntai. Oleh kerana hujan da turun, aku suggest makan Char Kuey Teow je. Mahal kot makan kat Khuntai. Da la my hubby da berhabis beli Ariani. 

Balik dr dinner, my hubby bagi anniversary gift. Yang ni lagi la aku nak pengsan. Pandora charm... memang la aku teringin nak beli aritu tapi aku telah melupakan hasrat sebab harganya yang boleh beli benda lain. My hubby beli pakej. Memula dia tak bagitau berapa, and later dia bagitau RM 1278. Pengsan jap... then aku rase bersalah sebab aku takde belikan dia pape pun. Aku plan nak bagi RM 500 je untuk dia utk beli barang yang dia nak. Aku masih teringat time aku belikan dia perfume time birthday last year. Muka dia tak happy. Sian tau! Baik aku beli benda yang dia nak beli. 

Again... sayangnya duit beli Pandora tersebut. N aku tak sangka rupanya beads Pandora sangat la gedabak kat tangan aku





Ahad, aku tanye hubby nak beli ape utk dia. Dia kata nak baju je. We went to Ikano Power Center n grabs few baju. Alhamdulillah Yamin berperangai baik arini. Tahniah. Haha... Lunch tu, kitaorang makan kat Absolute Thai. Boleh kata dah berbaik ngan my hubby. Haha... bukan sebab hadiah tau! 

Hari Isnin haritu, aku gi belikan my hubby wallet. Yup, boleh kata aku amik half day sebab nak belikan dia gift. Kaufmann nyer wallet tak mahal sangat... for me affordable. Aku jatuh chenta ngan satu briefcase ni, memang cantik.... maybe next time boleh beli :D



Note :
Masih terase sayangnya duit tu... 


Wednesday 11 November 2015

Luahan Semasa

Lagi 3 hari sebelum 7th wedding anniversary n aku bengang sangat ngan husband aku. Geram sampai rase nak picit2 je muka bola dia tu. Masalahnya bukan la besar sangat tapi aku rase dia tu tak hormat aku sebagai isteri dia. Banyak benda dia buat dulu baru bagitau. N then bila cakap tu, cam cakap besar buat orang meluat je. Cam dia seekor je yang bagus. Banyak kali aku rase camni, tapi ultimately malam Deepavali tu lebih2 la terase. Tu yang malas nak bercakap ngan dia beberapa arini. Dia cam biasa je. Buat bodo, cam takde impact langsung bila mendengar rungutan aku. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Untuk anniversary nanti, dia plan nak gi panjat Broga Hills. Yamin akan diletakkan kat rumah kak ngah dia kat Semenyih. Kebetulan ada anak sedara yang rajin melayan dia. Masalahnya, tak penah2 bersenam, tetibe je nak panjat bukit. Aduhai, mahu terkehel sana sini. Da la esoknya nak kene keje. Dibuatnya terseliuh ke pe? Aku da mintak dia tukar agenda. Aku rase nak kuar makan n jalan2 tapi bukan dia gemar sangat kuar jalan2. Nanti buat perangai.

Haa.... cakap pasal buat perangai ni kan... ari Sabtu lepas sepatutnya kitaorng dijemput gi kenduri kawan opis aku kat Shah Alam. Da lamaa sangat takde jemputan kenduri kawen, memang dinanti2kan la. Aku sebenarnya sangat suka makan nasi kenduri. Lagi2 la kalau kenduri tuh kat kampung. Memang sedap la. Pagi Sabtu tu, da warning awal2 kat Yamin, jangan buat perangai, kalau tak, tak boleh ikot gi kenduri. Lepas tu dia terkuncikan pintu bilik mainan aku dengan hp aku kat dalam.

Then aku kuar jap, antar akak ipar aku gi stesen komuter Shah Alam. Balik tu, kira2 kol 12pm, my hubby da kuar gi bengkel, repair keta dia. Kol 1 baru dia balik. Then dia pecahkan pintu tu sebab tak jumpa kunci. Maybe time dia pecahkan pintu tu, dia maki2 orang dalam ati. Pastu mood dia tak baik. Aku tanye tak jawab. Aku memang hangin la bila tanye tak jawab tapi aku tau dia tengah marah sebab Yamin kunci pintu tu. Huhu... tapi kalau budak tu tau consequences begitu, mesti dia tak buat kan? Papa dia memang selalu bermain ngan perasaan. Last2 aku da malas nak gi kenduri. Sebab penah dulu kes yang sama berlaku. N bila gi kenduri, orang tanye my hubby n dia diam tak menjawab. Dia memang kategori kepala batu, tapi dia tak perasan. Huhu... yang bencinya, aku je yang jadi mangsa. Benci tol.

Lagi tragis tu, dia gi 'makeup' kereta dia n tak bagitau. Aku mana perasan kan? Sebab jumpa pun malam. Then salahkan aku sebab tak perasan. Aku, kalau beli seluar dalam baru pun aku bagitau dia. Kalau dia, da bertahun2 baru bagitau. Cam dia beli emas dari abang dia, da bertahun baru bagitau. Memang la lantak kan? Duit dia.... da la dia panggil aku orang kaya kedekut. Tang mana yang aku kedekut n kaya, aku pun tak tau. Nak kata, dia lagi banyak duit dari aku. Ish kang betul aku kaya n kedekut kang, dia gak yang terbuntang mata.


Dan satu perkara lagi yang aku sangat bengang ngan dia, memang da lama makan ati la. Senang cakap lebih dari usia perkahwinan aku la. Da la waktu keje cuma beberapa ketul je cakap ngan kitaorang - aku n Yamin. Kat rumah pun asek pegang telefon je. Dalam setahun, aku berani cakap kitaorang cakap kurang dari 1000 patah perkataan ok??? Pecaya ke tak? Lagi tragis semalam aku bersembang ngan mak pasal wedding anak sedara aku next year. Aku cakap boleh je bawak abah gi naik kerusi roda. Aku bole je bawak. Pastu mak aku tanye, aku nak drive keta husband aku ke? N dia kata husband aku tuh diam sangat. See??? Mak aku pun perasan... Husband aku kata dia diam sebab takde mende nak cakap n segan bagai. Aku time memula kawen dulu pun segan n tak bercakap sangat ngan mak mertua aku tapi sekarang da okay. Aku je yang boleh berubah, dia tak boleh berubah. Kalau camni la kan, kalau bercerai pun aku tak rase ralat. Bahagia ade la... boleh je cari lelaki yang lebih baik untuk aku n Yamin. Dia taknak berubah, nak je sesekali aku lempang bagi sedar. Ish.... sangat la geram!!!!

Sunday 1 November 2015

Bad Habit

Memulakan bulan November 2015 dengan tiada rasa. Hihi... same je cam selalu. Well, ape yang menarik bulan ini? Yup, 10hb adalah hari sukan Yamin. Ntah sukan ape dia kene participate. 

Lagi satu, 15hb adalah our 7th Wedding Anniversary. Hmm... takde plan setakat ni. Aku rase sambut biasa2 je memandangkan beberapa celebration sebelum ini adalah sambutan yang sederhana je. 2 months to go until end of the year, tapi aku tak achieve target pun dari segi simpanan. Sian kot. Sangat loooonggg way to go. Ada je yang tak kene. Tu yang tak boleh menyimpan tuh. Huhu...

Aku tak plan lg nak bagi hadiah ape untuk my hubby. Rasenya cam tahun lepas, aku bagi dia cash jela. Tahun lepas, dia beli baju kat Berjaya Times Square. And dinner. Oleh kerana anniversary jatuh hari Ahad, ada la sket masa untuk jalan2.

Haa.... cakap pasal jalan2, minggu lepas memang rekod la! Yamin mengamuk sakan kat Mydin. Hahaha.... memang sangat tragis sampai la aku sukar melupakan fobianya. Huhu... Bayangkan dari tingkat atas sampai parking luar dia menangis sebab nak mainan. Dan kerana tu, aku da taknak sangat keluar weekend. And aku nak dia berpikir bahawa sangat la tak bagus mengamuk just sebab mainan yang ntah berapa ringgit tu. Bukan tak mampu, aku nak ajar dia sabar. Haritu, dia keep on asking us to pergi ke kedai mainan tu walaupun kitaorang ada barang nak beli dulu. Memang sangat kelam kabut sampai aku sendiri bengang n buat keputusan nak 'ajar' dia yang dia takkan dapat mainan sebab tak sabar. Huhu... Walaupun ramai parent tengok, bukan dorang paham pun.

Harini aku learn new thing. Takde kaitan ngan sesiapa, tapi sengaja aku nak kongsikan disini supaya aku ingat sampai bila2. Pasal tester lipstick yang ada kat kedai2. Selama ni aku tak tau pun yang apply directly kat lips adalah 'rude' or 'gross'. Tapi takde la pape yang berlaku hari ni, cuma aku terpikir je. Tak penah pun orang tegur selama ni. Haha... da berpuluh tahun aku practice kan. Kiranya sangat la 'big' my 'oppppss'. Kesian kan... aku rase selama ni, aku tengok kengkawan aku pun ada je yang apply kat lips dorang. Harini baru aku terpikir... hmm... lepas ni aku akan gunakan cotton buds instead bebeh. Tak bagus btol perangai. Sorry girls!