Tuesday 28 October 2014

Melaka Trip (2014)

Cepat je da masuk hari Rabu, dan minggu ni adalah minggu terakhir dalam Oct 2014. Aku tak la busy sangat, maybe I’ll feel the heat starting tomorrow sampai la minggu depan. Huhu… melayan jela.

Minggu lepas, aku sangat bengang ngan abg aku & kakak ipar aku aka babysitter Yamin. Memang tak tertahan da… geram sangat! Kesnya camni. Dia amik cuti tanpa early notification. Tetibe je pagi Rabu tuh dia cakap nak cuti. Aku takpe lagi. Tapi sian la mak nak kene jaga Yamin ari Khamis tuh. Then balik dari keje Khamis tuh, abg aku takde pon kat rumah. Memang tak boleh nak harap dia jaga Yamin la kan? Mak cakap abah bising la… nape tak bagitau awal2 nak balik. Boleh abg aku cakap dia cuti aku tolak bayaran, tapi aku balik lambat, dorang tak bising pon. Aik…? Sape yang tak betul ni? Kalau ikot awal tahun nyer perjanjian, aku da highlight da aku bayar RM 300 sebulan. Kira tinggi dari harga market untuk budak umur 4 tahun. Aku kata OT aku tak bayar. Dia (kakak ipar) yang cakap kalau dia balik kg ke per, tolak la… tapi takat 2-3 ari, aku mana penah tolak? Yang aku tolak bila dia cuti seminggu. Itupun duit tuh aku bagi kat mak. Sebab mak aku yang jaga. Bodoh piang ke per dorang ni?

Malas aku nak komen lagi. Full stop!

Cuti Jumaat tuh, aku memang sengaja amik. Kebetulan abang aku & wife dia balik haji. Tapi aku nak settlekan buku baru ASB (untuk aku & Yamin) then g bayar final installment untuk kereta aku. Sampai ASB amik no, rupa2nya kene isi borang dulu. Adei… and satu buku di-charge RM 20. Then nama aku dalam tu sama salah cam aritu. Kene isi borang lagi. Aku pon da naik malas. Pasni, aku bank in duit Yamin dalam akaun aku gak & put some remarks la… senang. Pening pale aku. Huhuh… seba bila isi borang, kena amik no lagi. Bosan nya kehidupan! Selesai urusan kat ASB je da dekat kol 12pm. Sian mak aku da start masak2 untuk dibawak g rumah abang aku.

So, kami ke Ambank pulak. Naseb baik Yamin berperangai baik aritu. Tapi as always, mintak mainan. Final installment kereta aku dekat RM 600. Aku pinjam duit abah dulu. Malas nak amik cuti lagi sebab final installment kena dibuat kat kaunter. Yang penting start next month da takyah pikir pasal utang kereta. Kene maintain. Malas aku nak beli kereta baru. Tambah utang aku je.

Terus balik & aku rase letih sangat. Tolong mak sikit2 je. Then aku tido jap. Huhu… memang penat, tak tau nape. Gerak ke rumah abang aku dalam 3.30pm. Balik dalam kol 5.30pm. Lepas solat, aku tengok Discovery of Romance.

Hahaha… yang ni memang aku nak share perasaan syiok bila tengok Discovery of Romance. Heroin nya aku tak pernah tengok sebenarnya. Walaupun she’s quite famous. Tapi hero dia bukan gak aku nyer favorite, Eric Mun. Aku tak suka muka kereks dia. Camne pon, sebab beberapa orang kata drama ni best, aku download la… and I LOVE IT!!!! Trust me, skrip…. Jalan cerita…unexpected scenes, memang totally satisfying. Ada 2 episodes to go… tapi aku rase sayang nak melepaskan Eric pergi. Ahaha… poyo je. Last sekali aku tengok dia dalam Spy Myungwol, watak dia kurang sikit. Cam takde chemistry antara watak. Bosan je. Ngan muka dia yang annoying tuh. Untuk Discovery of Romance, I fall in love in just 10 minutes watching 1st episode! Suka sangat…. So sweet! Ada kemungkinan aku akan menonton lagi…. Heheh…

Sabtu lepas, my hubby tetibe ajak g Melaka. Dia baca blog aku kot. So dia suggest nak g lambat sikit. Boleh g Jonker Street.

Dari rumah dalam 12.30pm, sampai sana agak lambat sebab Melaka jammed. Terus late lunch kat Ee Ji Ban, restaurant yang serve nasi bebola. Kat Melaka banyak je tapi halal atau tak memang aku tak sure la kan? Ee Ji Ban ni agak popular, so kitaorang try la… order simple dish je. Bebola nasi tuh 15 bijik, sotong cili garam, sayur kailan sos tiram. Makanan sedap, tapi bagi aku agak mahal sebab portion nyer sikit.




Then berjalan kat kapal ala2 pirates tuh. Si Yamin memang over excited la… baik camtu daripada asek ajak balik je. Huhu… then naik Menara Taming Sari. Bayaran RM 15 untuk dewasa, kanak2 RM 10. Naik untuk melihat pemandangan area Melaka dalam 7 minit. Time tuh da maghrib. Pastu my hubby da pancit, naik beca dari Menara Taming Sari, g Jonker Street.



Kat Jonker Street, hmm… rupa2nya adalah pasar malam yang biasa2 je. Takde apa yang menarik. Aku beli gelang tangan rose yang kebudak2an. Boleh la aku padankan dengan gelang yang lain untuk mengelakkan kejanggalan. Time tu, Yamin da mula nak balik. Da penat. Balik tuh singgah Dataran Pahlawan then makan kat Umbai. Sebab my hubby baru sekali kot g, plus aku tak penah g, dengan parking penuh… Makan kat Parameswara. Hmm… aku taknak cakap ape2. Aku rase Jeram lagi best. Servis lambat, walau orang ramai, system pengurusan sangat mengecewakan. Dekat sejam lebih nak tunggu makanan siap. Pekerja dia ramai je aku tengok. Rase makanan pun kureng. Nasi putih mentah.




Itu jela kisah hujung minggu aku. Dan da disahkan bahawa kami takkan kemana2 anniversary nanti sebab tender my hubby tutup 17th. Layan jela. Maybe aku akan berjalan dengan Yamin je anniversary nanti. G nyopping!

Oh yea, berat badan aku memang disaster sekarang. Aku nak mencari alternative tanpa ubat yang membebankan. Last2 aku tengok ada cara iaitu Tomato Diet. Simple je caranya. Makan dinner dengan tomato 2 biji sehari setiap ari sehingga beberapa bulan. Tomato ada khasiat untuk meningkatkan hormone mengurangkan berat yang semulajadi dalam badan kita. Aku tak penah suka tomato sebab lembik then baunya, tapi lately aku leh terima rasenya yang unik. Caranya, jangan dipikirkan sangat. Ahaha… memang tak mengharapkan kesan drastic, asalkan lebih baik dari dulu… itu je. 

Hari Sabtu ni ada kenduri doa selamat. Baru ingat nak g Stadium Negara untuk beli merchandise Running Man. Aku ni terpaksa je mengalah pada keadaan :-( Sedih! 







Thursday 23 October 2014

Setengah Hari di Bukit Bintang

Cuti Deepavali 2014 semalam, hubby plan nak bawak lunch kat Mr. Dakgalbi. Aku ajak dia g try kat branch lain plak which is kat Jalan Bukit Bintang. Dia beli coupon kat Groupon. Sambil menyelam, aku ajak dia Sg Wang Plaza. Dengar khabar, kat situ ada banyak baju murah. Hmm… ntah betol ke tak… lama gila aku tak g sana. Aku pon tak ingat…. Yang pasti sejak kawen confirm tak penah g. Ada la dekat 6-7 tahun kot.
Sesampai kat Sg Wang, blur jap nak parking katne. My hubby da terlepas parking nyer entry. So, parking jela kat bangunan sebelah – tak sure nama bangunannya. Jalan2 jap… Sg Wang Plaza da agak baru. Tak seperti yang aku ingat dulu. Kedai2 nya dulu agak semak, ruang jalan kaki pon limited. Tapi sekarang tidak lagi. Nampak moden walaupun hakikatnya bangunan sangat buruk diluar.

Jalan punya jalan, masuk satu kedai jual kasut. My hubby beli kasut (aku tak ingat brand) harga RM 60. Aku beli gak kasut baru brand Converse warna merah untuk Yamin.Chomel je dia pakai. Ahahaha… puji anak sendiri. Kasut2 tuh aku belanja dorang tau… aku pon tak beli.

Then beli Roasted Sesame Salad Dressing kat Japanese Food Festival kat tingkat bawah. Harganya memang mahal. RM 27.99. Layan jela. Aku memang da lama cari salad dressing tuh. Aku nak cari Miso Soup paste. Hubby aku pon suka tapi malangnya yang dijual ada alcohol. So, tak beli la… haram…

Kuar je dari building tuh, aku ingat nak g Mr. Dakgalbi jalan kaki je. Maklumlah, walking distance. Lagipun, Sg Wang Plaza no 99, Mr. Dakgalbi no 61. Jalan yang sama. Mesti la tak jauh sangat kan? Tapi memang blur bila kuar dari situ. Dengan jalan yang tgk diperbaiki… super blur. Then my hubby kata naik keta je. Aku perasan ada jalan kat tepi building tuh. Boleh je lalu tapi ada ramai sgt pengemis. Susah nak jalan. Kurang selesa.

Rupa2nya Mr. Dakgalbi tuh belakang je Sg Wang Plaza. Kitaorang parking kat Sg Wang Plaza. Ahahaha… mmg kelakar. Tapi layan jela.

Masuk Mr, Dakgalbi, memang lain dari Setiawalk nyer branch. Yang ni ada kelasss sikit. Dari segi bentuk kedainya, lebih moden. Menu dia pun ada item tak sama. Ada Pajeon, pancake Korea. Hmm… since ada dalam Groupon, dapat la kami merasa n guess what, kat Korea lagi sedap. Hahaha… sowi ye? Tapi kami dapat clearkan kuali bulat tuh. Tinggal batang kubis yang tinggal. Oh ye, soft drink kat sini lebih mahal dari branch kat Setiawalk. Tak banyak la… mahal sikit je. Selebihnya, boleh la korang refer gambar kat bawah ni.














Sebelum balik, kitaorang amik gambar passport Yamin. Chomel gila gambar tuh. Hubby aku beli beg untuk kamera Nikon 1. Kemudian kitaorang balik. Misi nak survey baju untuk hubby tidak kesampaian. Huhu… But I feel like I'm too old nak berjalan area situ. I prefer OU ke, Midvalley ke, The Curve ke... less crowded & tak banyak pemandangan 'menyemakkan' mata.

Sunday 19 October 2014

New Chapter

New week chapter bermula. Hihi.. well, camne pun kene bersyukur kepada Allah sebab memanjangkan usiaku sehingga arini. Hargailah kehidupan!

Update ujung minggu lepas, memang kami tak kemana. Dok rumah je sebab my hubby ada kerja dibawa ke rumah. Sian dia malam tadi tak tido. Si Yamin plak, asek ngan games dia. N aku amik masa kat rumah untuk berehat n tido. Minggu ni, Rabu adalah Deepavali. Jumaat aku amik cuti sebab nak settlekan beberapa hal & kebetulan Abg Ann balik dari haji. Mak cam rindu gila kat dia. Mintak aku hantar g rumah Abg Ann. Layan jela…

Oh ye, kitaorang g Pasar Malam Setia Alam malam sabtu lepas. Terkenal sebab kepanjangannya tapi, banyak gila gerai jual benda yang sama. Aku jalan tak sampai separuh kot… last2 balik. Beli baju Yamin & Citrus Zinger 2 botol.

Paling2 bengang, aku tak tau mana aku letak buku ASNB both aku nyer & Yamin. Lepas ni, kalau da buat buku baru, haruslah simpan elok2 ye. Huhu… padan muka aku. Kene caj processing fees RM 20 per book. Bad news! Banyak hokey boleh dibuat dengan RM 20 tersebut! Bengang2… yang sadisnya, mesti buku tersebut akan dijumpai semula. Percaya lah… atas pengalaman lepas. Hihi…

Wokey, aku da buat keputusan untuk ambik makanan tambahan lagi. Yup… aku tak rase aku sehat pun. Walaupun keadaan aku lebih baik dari sebelum aku makan Jeli Gamat Luxor, tapi aku nak lebih sehat. Kulit aku pun teruk sekarang. Ada parut yang masih kelihatan jelas kat pipi kiri. Time aku g pharmacy last week, staff kat situ rekomen Miracol – dari Cellabs. Cam syiok je. Siap bagi free sample lagi tuh. Tapi sepeket je ek? Rasenya cam Ribena. Aku search kat net apa yang best. Khasiatnya mainly pada kulit jela. Boleh dilihat hasilnya seawall 3 hari. Yup, harganya agak mahal gak. Insyallah, 2 bulan lagi boleh la aku beli sebab kereta da abes bayar. Hoho… (nak beli bulan depan pun buleh sebenarnya). Ada jugak Cellabs punya product range yang ada effect better tapi meragukan sebab ada Sheep Placenta. So oleh kerana meragukan, baik amik Miracol je. Dari buah2an & pokok2.

Bulan depan plak ada company dinner. Aku takde plan sgt sebab tema bajunya adalah Uniformly Outrageous. Mana nak cari baju uniform kan? Last2 maybe aku beli baju biasa2 jela. Tak pun tak g. ahaha… boleh? Memang aku tak tau lagi. Kalau dapat bajunya kang, aku update.

Untuk anniversary yang ke-6, aku telah berterus terang kat hubby yang aku nak barang kemas. Tak kesah la besar or kecik, ikot kemampuan. Yang penting boleh tulis 6th years anniversary. Untuk hubby plak, dia nak baju yang banyak sebab baju dia takde. Dia cam perempuan aku rase. Baju aku pon tak banyak cam baju dia. Itupun cakap takde baju. Hihi… dia je rajin beli baju. So, aku akan bagi dia cash RM 1000 untuk beli baju. Senang, malas nak pikir. Untuk celebration nya, memang takde plan lagi. Hubby nak g Melaka je. Tapi aku da langsung takde bajet untuk kesitu da. RM 1000 tuh banyak wooo… huhu… kalau g Melaka, balik hari jela… hahaha… takyah tido2. Aku teringin nak try Nasi Ayam Bebola kat Melaka Central. Teringin gak g Jonker Street. Hmmm… tapi Melaka tak lah jauh sangat, boleh drive walau midnite. Aku nak g Pasar Malam nyer je. Kene membajet sikit sebab ada pengepow kecik yang selalu ikot kitorang (Yamin la sape lagi!) Hoho… malas nak bermalam. Aku nak tukar cara kitaorang bercuti. Selalu malam melepak je dalam hotel. Bosan btol! Lama tak jalan2 n try street food. Jadi takyah la bermewah2 untuk anniversary ke 6 kami. Cukuplah kami ada each other, meow!

After gaji, perlulah membajet. Sangat bahaya next month. Banyak benda nak guna duit. Erm… start December, harap ada chapter baru dalam idop aku. Yup, mari menabung!








Thursday 16 October 2014

Big Joke!

Bad news! Nampaknya macam takde cahaya menyambut our 6th anniversary on the same dates. Yup… my hubby bgtau semalam dia ada tender nak kene submit 17th Nov. wakakaka…. Biggest jokes of the year. What to say? Bye!


Wednesday 15 October 2014

Tragic

Hahahaha…. Alhamdulillah (dalam bracket), period aku datang pagi ni menunjukkan usaha bulan lepas tidak berhasil. Tu memang da malas nak komen. My hubby boleh jawab ‘huhu’ je bila aku bagitau dalam whatsapps… senang je bagi dia. Tu yang tak suka tuh. So, memang bulan ni perlulah berjumpa ngan doctor walau ape pun alasannya. My hubby kata ari Sabtu mungkin boleh. Mungkin memang tak disukai. Sy nak kan jawapan yang pasti.

Again, plan g celebrate our 6th anniversary mungkin ‘kelaut’ sebab kekurangan bajet. N semalam, time bersembang ngan Alison pasal anniversary dia, dia cakap pentingnya anniversary, kita ada something yang boleh kita ingat benda ni kita dapat or beli or buat masa anniversary yang keberapa… tapi ingatan masa lepas aku tentang perkahwinan mmg tak banyak melainkan share tempat yang sama dengan orang yang sama selama hamper 6 tahun. Setiap kali anniversary, memang tragic. Selalunya aku akan kalah dengan kerja. Tu je aku leh komen. 1st year, 2nd year sampailah 3rd year, anniversary memang tak ingat da. Memang takde benda yang boleh mengingatkn ape yang kitaorang buat time tuh.

Selalunya masa early perkahwinan dulu, aku akan compare aku ngan akak aku. Hubby dia memang tetiap wedding anniversary akan belikan barang kemas. Tapi as always, my hubby takde response pun. So, start 2 tahun kebelakangan ni, aku malas nak cakap pape n compare ngan sesiapa. Sebab tau, walau aku cakap pun, ada ke perbezaan? Takkan ada punya!

Seingat aku wedding anniversary yang ke-4, weekdays. Aku da siap amik cuti, tetibe end up my hubby kene keje. Wasalamu la kan? Then aku pinjam duit mak untuk celebrate sendiri kat Midvalley.

Tahun lepas, anniversary ke-5 pun tak g mana. Kalau ada pun tak ingat. Tu la… takde benda yang mengingatkan. Susah kan?!

Last night my hubby tanye nak bertukar2 hadiah ke? Erm baik camtu. Dia kata dia nak suprisekan aku ngan benda. Jangan harap la… confirm tak surprise pun! Baik beli sama2 je. Senang. My hubby bukan reti pilih pun.

Aku masih sakit hati tengok utang2 sediada. Lagi sakit ati bila dapat berita yang PTPTN akan block peminjam yang ada outstanding hutang ngan dorang keluar Negara. Hampeh! Tengok promo AirAsia pun takde mood hokey???


Sunday 12 October 2014

Kebodohan Masa Lepas



Tolong! My mood da ilang…. Huhu… aku sekarang mengalami super kemalasan yang sangat nyata. Asek nak tido & rase kemalasan je. Tak syiok btol! N aku malas nak g keje.

Aku tau kenapa sebenarnya. Dulu aku rase selesa nak keje sebab macamana pun ada orang able to guide aku untuk keje. Tapi sekarang, selepas one message Whatsapps, org tu kata dia da penat nak guide aku. Hahahaha… yup, I’m asking too much kot. Sebab aku kan nak pahamkan ngape aku kene buat. Nak pahamkan btol2. Tapi kalau dia tak boleh nak guide aku sebab dia pun banyak keje, ngan sape aku leh Tanya lagi?

Satu hal lagi, walaupun aku ad abos, tapi bos aku asek busy. Bila aku datang kat bilik dia, jawapan dia sama je… dia tak free to sit with me. Aku pun da tak sure da camne. Huhu… sedih kan?

Minggu lepas, minggu yang paling meletihkan sebenarnya. Report aku da la kene question and aku menjawab. Pastu big boss tanye lagi. Paling tak tahan dia kata aku ‘move around’. Padahal aku cakap benda yang sama. Bukan menebalikkan my point. Aku rase big boss tu tak paham kot maksudnya move around. Benci!

Lagi satu, aku rase penat sebab aku rase mood yang tak baik ni again sebab da nak period. So, usaha bulan lepas tak berhasil lagi. My hubby da janji nak g jumpa doctor bulan ni. Aku ingat lepas je period bulan ni nak g jumpa doctor. And aku nak amik pil subur lagi. Lantak la… ape yang penting usaha. Mana la tau kan? Hmm.. aku ternampak kedai jual baju pregnant, n baju nyer chomel2 belaka :( huhu… bila boleh pakai lagi? Well, en hubby bukan faham pun perasaan aku. Huhu…

Lasi satu, aku stress pasal AKPK. Yup… malu nak mengaku tapi hakikatnya aku dah under AKPK for 2 years now. Tapi hutangku tak banyak berkurang pun. Payment kat certain bank RM 140 per month tapi interest RM 50+. Macam bayar RM 90 je per month. Bila nakkurang utang aku kan? My plan, kalau ada rezeki lebih tahun depan, aku nak bayar sikit2 la… sikit2 lama2 abes. Taknak la mati bawak utang. Maybe perlu bersusah payah selama beberapa tahun kedepan. Tapi pastu aku mampu tersenyum sebab da takde utang lagi, unless aku beli rumah or kereta baru kan? Huhu… aku cam nak buat loan kat hubby. Tapi dia nyer management on finance pun tak bagus sangat, camne nak pinjam? Hmm… my hubby tu sebenarnya ada je duit, tapi tak reti manage. Ada duit abes dia spend. So, abes la semua. Hmm… camne tah… layan jela…

Apepun, aku perlu lebih kaya sebelum age of 35. Kenapa? Kalau tak…. Memang I’ve done nothing for the rest of my life.Lagipun aku da malas nak mengeluh pasal duit lagi.

*Note : Banyak giler utang. Semua dari kesilapan & kebodohan masa lepas.

Monday 6 October 2014

Temptation (2014)



Setelah melalui ujung minggu cuti Hari Raya Aidiladha yang tak berapa panjang, arini da start keje balik. Dan pagi aku ada masalah ngan wireless connection, kene tunggu IT specialist restart modem. Hampeh lambat!

Bagusnya, boleh la aku menulis tentang review Temptation. Da abes da aku tengok. Tak sabar sebenarnya nak tau ending nyer walaupun a little unclear. Hmmm… layan je…

Tarikan drama ni adalah reunite hero & heroin utama iaitu Kwon Sang Woo & Choi Ji Woo. Last sekali dorang berlakon dulu also one of my favorite drama of all time, Stairways to Heaven yang ending nyer tak disukai. Ahaha… ending Temptation ni plak menghampiri kesamaan nya. Walaupun ada sedikit unclear… rase tak la sesedih ending Stairways to Heaven.






Cast :
Kwon Sang Woo – Cha Seuk Hoon
Choi Ji Woo – Yoo Se Young
Park Ha Sun – No Hong Joo
Lee Jung Jin – Kang Min Woo

Plot :
Seuk Hoon dan Hyo Joo adalah pasangan bahagia yang berkahwin atas dasar cinta. Seuk Hoon mengalami masalah dengan perniagaan dan menjejak rakan kongsinya di Hong Kong untuk mengelakkan dia bankrap. Hyo Joo menemani dia ke Hong Kong. Setibanya disana, dia diberitahu yang rakan kongsinya telah mati. Atas kecelaruan itu, mereka berhasrat untuk melupakan semua masalah yang akan datang dan menikmati percutian di Hong Kong.

Se Young juga berada di Hong Kong, untuk tujuan perniagaanya.

Tertekan dengan keadaan / nasib suaminya, Hyo Joo cuba membunuh diri. Dia diselamatkan oleh Se Young yang kebetulan lalu disitu. Se Young menyiasat punca kejadian dan mengetahui tentang masalah perniagaan Seuk Hoon. Dia kemudian membuat satu tawaran kepada Seuk Hoon. 3 hari dengan harga 1 bilion Won.

Seuk Hoon mula menimbangkan tawaran itu dan menerimanya. Namun keputusan dia tidak disukai oleh Hong Joo dan bermulalah segala salah paham yang menyebabkan perceraian mereka.

Konflik bersambung apabila Hong Joo membuat keputusan untuk berkahwin dengan pemilik Ajin Group (pesaing Dongsung Group – milik Se Young) untuk menjatuhkan Se Young dan Seuk Hoon.

Reason why this is must See Drama :
Jalan cerita drama ni tak jauh beza dengan yang lain. Yang beza adalah lakonan mantap watak Se Young. Kenapa? Well, aku suka muka spontan dia bila bersama Seuk Hoon. Paling best watak perempuan pengoda yang sesuai ngan dia. I mean takde la gedik murahan kan? Tapi sangat berhasil la watak ‘jahat’ dia. Itu sebelum dia menyedari yang tindakan dia menghancurkan istana pasir orang adalah salah. Hoho…

Watak Kang Min Woo, 1st time aku rase Lee Jung Jin berlakon dengan berkesan. Selalu watak dia tak la mantap sgt. Pendapat aku je tau. Dia tau dia buat benda jahat tapi tak bersalah pun melakukannya. Huhu… nak sekeh2 je dia.

Watak Seuk Hoon tak banyak keistimewaannya. Cumalah seorang pencinta yang setia.

Hmmm… aku rase aku paling kesian pada Hong Joo. Walaupun in the end, dia tak dapat ape pun dari keinginan balas dendam dia, dengan 2 kali perkahwinan yang gagal plus dia perlu balik kemasa dia takde ape. Haish… tapi dia tak sedar semua masalah tu berpunca dari dia? Kalau dia bertahan dan percaya yang husband dia (Seuk Hoon) adalah lelaki yang baik, msti perkara ni tak terjadi. Hmmm… benci2!

Message yang nak disampaikan dalam drama ni adalah jangan berdendam, nanti itu la yang memakan diri anda. Hihi…

Dalam drama ni, CJW sangat2 cantik.... fashion dia... memang tiptop!

4 Star untuk drama ni. Sila lah tengok!