Tuesday 23 June 2015

Oh, My Family~

Pagi tadi aku dapat whatsapps dari my sister… memang pelik la gak… tetibe je sebab semalam pun dia ada whatsapps aku tapi pasal hal lain. Dia bagitau yang bil abah RM 9k++ & mintak contribution dari adik beradik. Hmm… setakat ni da dapat collect dalam 7k+. Alhamdulillah… tunggu feedback dari 3 abang2 yang lain. Tapi kan… yang herannya kan… abang aku yang kaya raya tuh boleh plak kata guna duit saving adik beradik yang tak seberapa tuh. Yang kelakar tuh, saving tuh memang la RM 10 sebulan seorang adik beradik. Tapi tak semua contribute. Setakat ni aku rase dalam tu tak sampai pun 2k. Hmm… memang la keluarga aku ni tak berapa rukun. Sakit plak ati aku memikirkannya.

Bagi aku plak, aku memang tak berapa mampu nak contribute banyak. Semalam aku tengok payslip bulanan, aku dok terpikir…boleh ke aku idop ngan gaji sebanyak tu. Nampak je cam banyak, tapi camne ngan saving, duit kecemasan lagi.

Bila keadaan abah sekarang ni, lagi la aku risau. Kurang2 abah ada anak ramai & ada la sikit2 yang support. Aku & hubby camne plak? Kita tak tau bahagiannya nanti, ye tak? Memang sangat la berdoa kepada Allah. Kalau umur kami panjang, jangan la sampai berpenyakit yang perlu keluarkan duit banyak. Sebab kami bukan pesara kerajaan. Insurans pun cukup2 je. tapi sampai bila kan? Hmm…. Soalan yang belum ada jawapan. Belum ada rumah lagi… ai… so tak tahan…

Paling sadisnya, nampaknya tak dapat la aku gi konsert Bigbang. Huhu… sedih kan? Walau da pinjam duit dari kakak aku, sekarang rase kena pulangkan untuk masa depan yang kurang utang. Persiapan raya pun, ala kadar je. Aku rase takpe kot kalau aku beli baju kurung kat Mydin. Sape tau kan? Yang penting aku pikir poket sendiri dulu dari orang lain.

Tapi masih sedih tak dapat gi konsert Bigbang T_T


Note : Terima kasih pada my hubby yang contribute RM 500 untuk kos hospital abah. Mekaseh bebanyak J I love you, abang.

Wednesday 17 June 2015

KyoChon Chicken, One Utama New Wing

Waaa… lama gila tak ber-food blog. Banyak hokey kedai makan best2 aku pergi sejak berbulan2 lepas & tak di-update disini.

Hari Senin haritu aku amik cuti n pergi berjalan2. Plan asal nak gi Midvalley, tapi last2 aku decided gi One Utama sebab aku teringinnnnn sangat nak try KyoChon Chicken. Kenapa aku nak try? Well, sebab ramai kata ayam goreng Korea memang sedap2. Tapi kat Malaysia kan susah nak cari restaurant yang halal & btol2 Korea. Satu lagi sebab KyoChon Chicken ni originally from Korea, dorang bukak Outlets kat sini.

Kalau korang nak cari location restaurant ni, ialah kat level LG, no kedai 311 – berdepan dengan Cold Storage – agak tersorok.

Ok, aku cuba menu yang aku boleh makan ayam goreng pedas & ayam original. Time order tu, aku agak2 maybe original tak sedap, tapi ada satu meja ni order maybe big plate ayam sahaja. Original & pedas… nampak sangat sedap hokey? Terliuq!

Aku order Set A khas utk seorang. Ada 8 Wingettes & Drumettes (mixed Original & Red). Actually korang boleh je pilih kalau nak semua tu original or pedas gak. Since aku nak cuba semua, aku amik both. Pastu Garlic Fried Rice – add RM 2, personal salad & soup. Air Plum tea…





Kat brochure tuh ada tulis 15 minutes of perfection tapi aku da duduk 25 minit, tapi air pun tak sampai lagi. Waiter tu siap cuak semak ape aku order sampai tak sampai2. Haha… Dekat 30 – 35 minit, baru lah order aku sampai. Meja belakang aku yang order selepas aku pun da makan separuh kot. Hmmm…. Oleh kerana aku tak rushing, aku tunggu je walau perut da lapar.

Then the ayam sampai. N tanpa tunggu aku makan la… as banchan, ada dibagi radish pickles! Yang tu aku siap tambah lagi, memang sedap hokey? Yes, I have to agree yang ayam2 nya memang sedap dan menjilat jari. Simple, takde coating tepung yang tebal2, tapi ranggup even bila dah sejuk. Yang pedas plak, ada sikit rase pedas2nya dihujung lidah. Tak tau la kalau korang makan nanti, sebab level kepedasan aku tak sama kot. Cili padi tuh, ulam je untuk aku.


So, selesai makan. Memang sedap lah! Cuba la try! Harga set ni Rm 23.90 + RM 2 + service charge bagai, aku bayar RM 30+ (sen2 je lebihnya). Next time boleh makan lagi. Time tuh, aku nak bawak hubby & Yamin plak. 

Wednesday 3 June 2015

Alhamdulillah

Alhamdulillah selepas 2 minggu abah kat PPUM, dia da keluar dari hospital. Sekarang kene berkerja kuat untuk mengembalikan semangat dia yang da semakin kurang. Sian abah L huhu….

Well, tak banyak update pasal aku yang nak diceritakan. Alhamdulillah jugak aku da convert gi permanent staff. Tapi basic salary da tambah dalam RM 200. Cumanya aku tetiap bulan boleh je dapat lebih dari OT time contract dulu… hmm… layan jela. Maybe ada rezeki tang lain kan?

My hubby plak nak buat penyusunan hutang dia dengan masuk skim AKPK. Takpela, maybe boleh dikatakan after this kami akan beransur2 idop dengan lebih baik kan? For Yamin, dia da semakin besar. Walau masih kurus dan keding. Tinggi je lebih. Aku tak tau mcmana nak naikkan selera makan dia. Huhu… sangat merisaukan okeh? But still cool lagi. Hahaha…


The rest, memang takde pape nak update. Bosan je kan? :-P