Wednesday 27 February 2013

Blur blur blur...



Dari semalam, ada je tak kena ngan idop aku ni. Huhu… semua benda baik stop ditengah hari semalam je. Pastu ade je benda yang cuma menambahkan kerisauan.

Hubby masam muka semalam, you know I’ve never love orang yang suka masam muka ni. Yamin plak demam panas. Huhu… sangat kesian si kecik tuh. Da la taknak makan… makin kurus aku tengok. Tapi dalam demam2 camtu pon masih mampu tido kol 3 pagi semalam. Mama dia yang susah… huhu… Hubby plak suruh urut,  ha… suka masam lagi, aku gak yang dicarinya. Kalau serabut pon, take it easy maa… jangan campur adukkan.

Seb baik hubby cuti arini jaga dia. Risau gak dia marah2 Yamin kalau Yamin ngamuk kat umah. Harap takde la kan? Huhu… dan akibatnya, kepala aku lak yang sakit sebab tido lambat malam tadi. Takkan nak mintak kat bos untuk balik awal lagi? Huhu….

Aku lunch laksa and tuang sebanyak2 sambal belacan dalam kuahnya. Biar aku terjaga sket. Malangnya tak pedas pon… huhu… masih blur2 lagi ni…

Tuesday 26 February 2013

Bye...FOREVER



Sedih okeh bila teringat lagu ni. Lagu ni nostalgia. Lagu terakhir yang aku bagi kat my ex bf, my first love… hahaa… siap tulis dalam surat lagi okeh? Tragic sangat…

Dalam lagu ni kata ‘Where the skies are blue, to see you once again my love…’. Malangnya, setelah beratus2 hari dengan awan yang biru, aku masih tak jumpa dia lagi. Rindu? Nahhh (sambil geleng kepala)… just harap walau camne pun dia buat aku sedih dan menderita dulu, aku halalkan je (walau tak ikhlas), hehe… dan dia mana pun dia berada (aku tau katne, takut tak? ), aku harap dia akan ingat aku kekadang sebagai seorang yang tinggalkan dia, dan bukan orang dia tinggalkan (haha… sangat tak nak kalah :P). Dan hari ini, aku akan melepaskan kenangan bersama dia pergi, dari hati aku, dari jiwa aku… aku harap walau macamana pun aku akan ingat dia sebagai awan yang mendung dan malam yang cuma diterangi lilin (yes, everything suram….hehe…). Goodbye AHMAD H_F_Z_. Forever! Damn you!

Westlife – My Love

An empty street
An empty house
A hole inside my heart
I'm all alone
The rooms are getting smaller
I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had
The songs we sang together
Oh yeah
And all my love
We're holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love

I tried to read
I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop
To keep myself from thinking

Oh no
I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had
The songs we sang together
Oh yeah
And all my love
We're holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again

To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from my heart
You're all I'm thinking of
Reaching for the love that seems so far

So so I say a little prayer
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love
See you in a prayer
Dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love

Info : Rawatan Gigi 'Poket'


Periodontik, dalam bahasa mudahnya berlaku bila ada sisa makanan masuk ke celah gusi dan tertinggal didalam tanpa dibersihkan. Kawasan tuh membentuk ruang dimana gusi akan membentuk poket.


Aku kena sejak minggu lepas. Mulanya, gusi bengkak. Tapi takde darah. Memang sengal2 je rase. 2-3 ari boleh la tahan, lama2 mana boleh da… huhu… mak aku kata dia kena camtu dlu, last2 gigi dia patah. Huhu… taknak la takde gigi kan, I muda lagi.



So, tadi aku g dentist. Klinik Pergigian Tiew, kat Teluk Panglima Garang. Dorang cakap dorang akan cuci bahagian bawah poket n buang sumer sisa makanan tuh. Pastu bagi antibiotic or ape tah. Aku mintak buat scaling skali. Scaling tu proses buang karang gigi. Memang ngilu tapi best sebab gigi bersih maa…



Pastu bila nak sampai part gusi poket tuh, doctor tuh bagi warning kata akan sakit lebih dari tadi sebab dia akan masuk sampai bahagian dasar poket. Yes, sket la sakitnyer. Aku tahan lagi…sebaik doctor bagitau… huhu… abes proses scaling kat semua gigi, dia letak cecair warna biru dalam poket gusi tuh. Rasenyer ala2 pembasuh mulut je cam Listerine. Memang rase bersih. Doctor cakap kalau nak beli ape2 jenis pencuci mulut, pastikan takde alkohol sebab kualiti tak bagus. Huhu... doktor, I kan org Islam maa... non halal mana boleh guna maa...



Doctor kata bengkak kat gusi akan susut dalam masa sebulan. Kalau tak, kena potong guna laser. Huhu… seram la plak. Antiobiotik perlu dihabeskan. Itu yang penting. Dapat pil tahan sakit iaitu paracetamol, haha…



Caj nyer murah saje. Scaling = RM 80 + ubat = RM 30. Korang kalau ada gusi poket, cepat2 tau jumpa doctor!


Sabar...



Haha… da 3 minggu tak makan nasi. Tapi kan, aku rase peha aku makin besar. So, aku rewind balik pengalaman lepas. Aku penah kurus sket sebab tak amik dinner. Aku makan, tapi macam buah. Malangnya, sekarang walaupun aku tak makan nasi, tapi aku makan mee bagai ni. Gemuk gaks maa… huhu…

Hubby yang kononnye tak makan nasi, telah tergugat since last week. Yang kelakar tuh, dia kata siap hampir kuar air liur sebab nampak nasi. Haha… sebaik aku masih tabah. Haha… walaupun nasi Yamin nampak sedap.

Bagusnya, aku rase aku da boleh start ganti puasa next month. Aku yakin aku tak kesah pon kalau tak makan nasi 2-3 bulan lagi. Cuma tak tau ape yang boleh mengenyangkan selain nasi kalau puasa ek? Hmm… kat kenduri kawen takpe, makan lauk pon ok maa…

Tapi belum ada perubahan drastic dalam berat aku ni… huhu… efektif ke tak ni? :| 
 

Monday 25 February 2013

Intro to Products Review : Skinfood Rice Mask



Tetibe nak tambah ruangan ini untuk mengisi masa lapang. Ruangan baru untuk mengingatkan aku dan info tentang produk yang bagus, yang tak bagus and yang so-so.

Untuk arini aku nak citer tentang Skinfood products iaitu Rice Mask. Aku start guna Skinfood dekat 7 tahun lepas. Memula cuma guna BB Cream, tapi lama2 aku start guna sampai Skincare range. Hehe… Best okeh?




Rice Mask ni, sangat sesuai kalau korang rase muka sedikit gelap dari biase. Tujuannye untuk mengelupaskan sel kulit mati dan mengantikan kulit yang lebih cerah. Aku start pakai Rice Mask ni starting last 3 years. Time tuh aku ada kulit muka yang tak sekata sebab sun burn. Tapi jangan la korang ingat pakai Rice Mask ni saje da mencukupi. Ofkozla kena pakai benda lain gak.

Cara pemakaiannya senang. Basuh muka dlu, pastu sapu kat kulit muka. Tunggu selama 5-10 dan basuh guna air suam. Korang akan rase kulit yang lebih licin pas pakai. Memang syiok. Gunakan 2 kali seminggu. Make sure korang basuh guna air suam, kalau tak bijik2 kasar melekat kat liang roma. Tak bersih la nanti.

Tekstur Rice Mask ni macam skrub. Memang berbaloi pakai….