Monday 17 August 2015

My 33rd Birthday Celebs - 14.08.2015

Waaa… diam tak diam umur aku da masuk 33 tahun 14 Aug lepas. Tragis tak? Well, I will say that Alhamdulillah that I’m still alive in this world. Dosa banyak maaa… mana boleh mati awal kan? Huhu…

Takde banyak beza pun bila besday pada hari bekerja walaupun aku amik cuti 14 Aug tuh. Sehari sebelum, aku balik agak lewat n singah Aeon Big. Tak tau nape tah aku gatal nak beli tudung baru. Tak mahal pun tudung tuh. RM8 je pun… ahahaha. Pastu aku sekodeng tengok kedai2 kat situ dan again duit terbang beli 2 pasang baju kurung. Murah… RM 25 je kot!

Tepat kol 12 tengah malam… takde yang istimewa sbb my hubby tak sehat. Yup, beliau dijangkiti selesema & paling tak boleh blah, dia kene bisul, besar lak tu… paling paling tragis lokasi nya kat celah kangkang. N oleh kerana dia tak sehat, aku paham la dia tak dapat wish tepat 12 malam. Even kek dia da beli. Kiranya dia da berusaha la kan? Yang heran tu, aku tak rase sedih or ape… kol 12.30am, aku terus tido.

Bangun pagi awal, dalam kol 6am. Bersiap2 nak gi ‘keje’. Plan asal, aku nak g TWG minum Happy Birthday Tea. Tak tau nape aku suka sangat minum tea sekarang. Da tua kot. Lepas my hubby & Yamin keluar, aku pun kuar. My hubby hulur RM 100 utk belanja & kata malam kang nak gi beli hadiah besday. Aku singgah Pos Office Bandar Botanic, kuarkan ASB. Mana cukup nak berharap pada RM 100 je kan?

Sampai Midvalley kol 10am+. Hmm… nampaknya pasni kene cari good jalan place. Da bosan da asek gi Midvalley je tetiap tahun. Eh silap, tetiap kali ponteng keje :-P
Beli tiket wayang cerita Mission Impossible. Then ingat nak g TWG terus, tapi oleh kerana aku diganggu oleh mamat HSBC yang nak melakukan dia nyer kad kedit, aku pun maneuver gi Food Court atas.

Makan brown rice, sayur jeruk n vegetarian. Tambah lotus root soup. Memang sedap. Makanan sehat la katakan. Kol 11am, aku gi GSC n tengok wayang. Oh ye, lama kot aku tak gi GSC Midvalley sebab sekarang da renovate. Not bad la sebab kat tingkat atas. Layan jela…

Abes wayang, da kol 1pm… tapi aku da macam malas nak gi TWG. Aku jalan2 kat bawah tu n tengok handphone ngan penuh orang wish besday dalam FB n Whatsapps. Cam biasa orang yang awal wish adalah my hubby & my sister. Oh yea… my sister bagi handbag tahun ni. Dia tak penah kot bagi present. Terima kasih jela…

Aku beli kasut kat Primavera & survey baju tapi semua tak menarik & mahal sangat. Gila aku nak spend RM 190++ untuk baju je??? paling hebat pun RM 100 la kot… huhu… tak mau. Sebelum balik, aku singgah Redeye. Butik barang2 dari Korea. Aku serbat spek matai tam, cincin kat jari atas & bracelet.

Balik rumah & solat zohor. Aku tertido… ahahaha… sangat la letih. Da tua kan?

Malam hubby balik n ajak makan luar. Aku risau gak dia tak sehat, tapi dia kata dia ok. Singgah Tesco Shah Alam… konon nak gi Poh Kong tapi tengok2 Poh Kong nyer da tutup. Hahaha… so takpela, takkan aku nak merajuk kot? So, aku cakap nanti2 la beli hadiah tu. Bukan tak beli langsung hokey? Paham kan… asalkan jangan melebihi bulan Aug. Muahahaha….

Dinner kat Crazy Crab, Oasis Damansara. Order ketam… memang ‘bagus’ untuk menambahkan kegatalan bisul my hubby. Huhu…

Balik tu, potong kek kat rumah…

Well, memandangkan aku da tua, aku da macam tak kesah nak sambut my besday dengan cara ape. Yang penting aku masih berharap tahun ni aku dapat pregnant. Sebab da umur berapa ma…? Sedihnya… n bagusnya my hubby nak gi jumpa doctor pakar this coming Saturday. Yes yes yes!

Thanks for all friends yang wish…. Ada la dekat 60 orang dari FB. Whatsapps dalam 10 orang kot. Jadila… da tua kan? 33 tahun… erm!




Happy birthday to me…  


Monday 3 August 2015

Aug 2015

Dah masuk Aug 2015. Segarnya udara, bila ujan pada waktu malam semalam. Syiok! Yup, da lama kot aku tak mengepost. Penat! Banyak yang aku nak ceritakan tapi memang time kerja, aku concentrate kat kerja je.

Raya plak, dah 2 minggu. Cam biasa Raya tahun ni tak berkembang sangat pun. Haha... tak ramai keluarga yang kitaorang gi beraya & takde orang beraya rumah kitaorang. Super tragis. Tapi ape nak buat, cuma ujung minggu je yang boleh nak beraya pun. Lagi satu yang tak berkembang adalah ibadat. Hmm... sangat la malas nak komen. Tahun lepas, aku abeskan puasa 6 minggu pertama Raya hokey? Tahun ni, da masuk minggu ketiga, baru nak terkial2. Haha... memang pasni kene la muhasabah diri T_T

Oh ye, Raya ni aku rase perubahan bila menghadapi soalan sentap. Soalan bila nak tambah baby tuh. Aku tak sentap macam tahun2 lepas, hoho... apakah? Layan je. Jawapannya siapa yang tau? Allah je yang tau... tapi aku tak suka perkataan anak tunggal or anak sorang. Sebab ko tau ke apa yang akan berlaku masa depan? Nak lempang2 je orang ni. Yang tu memang tak boleh menerima hakikat lagi. Sebab aku memang nak anak ramai hokey? Takde rezeki je...

Cakap pasal anak ni, aku telah berjaya menyakinkan my hubby untuk gi ujian kesuburan. Sekarang, kitaorang tak tau ape masalahnya. Baik gi check sebelum terlambat. Tengah survey2 tempat ni. Doakan kelancaran urusan kami, Amin!

Rezeki lebihnya adalah tang duit. Bukan la melimpah ruah kan? Alhamdulillah aku boleh la bersedekah lebih pada mereka yang memerlukan... sikit je... tak banyak pun. Asalkan aku ikhlas, jadi la...

Dan my besday just around the corner. Takde cahaya yang besday tahun ni best sebab impossible untuk my hubby cuti pada hari Jumaat tu. So, nampaknya sekali lagi, yang mampu mengembirakan aku, adalah diri aku sendiri. Hoho... wait for my next post. XOXO!