Monday 31 March 2014

Today Update!

Yup, can I say it’s a busy week last week until yesterday? Another month ended and I have to chase for revenues. Surat khabar pon tak sempat nak baca, hokey?? Yang penting, semalam aku dapat surat on extension of my contract dari my agent. Kelakarnya sebab semua orang kat sini btol2 ingat yang today is my last day & aku dapat farewell gift plus few farewell lunch invitation. Aku malas la nak kecoh sebab benda tak final lagi kan?

Yang lebih2 lebih kelakar bila one of colleague cakap kat my LBU Manager suruh extend my contract. Sangat la tak logic. Terkejut la that manager sebab dia da bagitau yg contract aku da sambung. Anyhow, verbal confirmation tuh not valid la kan? Dia pon ajar camtu maaa…haha… lawak giler.

Okay, ape yang menarik kebelakangan ni? Erm… idop cam biasa. Aku da fall in love ngan Beyond the Clouds, one of KBS World dramas (slot Mon-Tue). OST drama tuh sangat meruntun perasaan… especially watak SeRo/EunSu & YeongWon bertemu, aduhai sangat2 sweet & touching. Best sangat laa…eii… best…sangat keterujaan. N since My Love From the Star dah habes, aku menunggu 3 Days. Lakonan Micky Yoochun yang chomel. Tapi tak sure sape watak heroin nyer…

Inspiring Generation pun tak lama lagi abes. Lepas tuh, drama yang seterusnya maybe aku tak layan sangat sebab pelakonnyer kureng mahsyuk. Tak tau la kan… tengok jalan citer. N semalam aku terlupa nak tengok 1st episode God Gift : 14 Days. Lakonan Lee Bo Young. Seakan sedih & lazat. Waaa…. Sebaik ada PVR.

Less than 2 weeks, my hubby’s birthday yang ke 33. This year, aku takde plan nak celebrate katne lagi, maybe nak jalan2. Teringin bawak dia & Yamin g makan kat Sushi King – new experience untuk Yamin. Mesti dia suka tengok makanan berpusing2. Hihi… Pasal hadiah, aku ada terpikir idea, tapi kurang menarik. Huhu… sehingga aku decided ape nak beli, aku takkan menghebohkannya. Hihi…

Oh ye, Yamin yang chomel pandai membodek aku sekarang. Teka la dia cakap ape?

‘Baiklah Mama yang manissss…’

Chomel kan anak aku? J

 

Monday 24 March 2014

MH370 - Al Fatihah





Pukul 10 malam semalam, press conference dari PM Najib telah mengumumkan lokasi terakhir MH370 yang hilang sejak 2 minggu lalu adalah di Selatan Lautan Hindi. Sesuatu yang misteri dan tragic, memang tidak dapat dirungkai sehingga hari ni. Terlalu banyak spekulasi berhubung kehilangan MH370 dan kini puncanya hanyalah boleh diketahui apabila penemuan kotak hitam pesawat yang berada entah dimana di dalam Lautan Hindi yang dalam. Adakah bukti tersebut akan ‘dikebumikan’ bersama?

 

Suasana sedih bukan sahaja dirasai oleh keluarga, malah sebagai seorang manusia normal & rakyat Malaysia, aku juga merasai impak. Bagaimana perasaan penantian sejak lebih 2 minggu, yang mengharap berita baik, tetapi pengakhiran yang harus diterima adalah pesawat MH370 bersama 239 orang didalam pesawat telah berakhir dengan tragedy.

 

Al – Fatihah….

 

Friday 21 March 2014

Souljah - Move On

Di waktu yang suram sebab tak tau naseb kontrak aku ni L, aku cari semangat dengan lagu. Ofkoz selain dari bertawakal kepada Allah. Sedih okey? L Siapalah dapat membantu aku disaat kesunyian ni… aku rase seluruh dunia bahagia, aku je ‘berseorangan’.

Souljah – Move On

Yang dipilih yang di jalani
Yang sakit dihatimu biarkanlah pergi
Jika bukan sekarang mungkin terjadi nanti
Yang terbaik datang bukan sembarang

Hidup yang berputar-putar sulit sukar
Kita memang harus sabar
Tarik nafas dalam-dalam dalam tangismu
Dan tersenyumlah

Hari yang indah telah menanti
Usap dulu air matamu
Kita nggak boleh terus disini
Lupakanlah masa lalumu

Kejadian yang dulu pernah selalu kita alami
Sering kali membuatmu sampai lupa diri
Jalan yang kita tempuh sering kali berbeda
Bukan alasan untuk menyerah dan putus asa

Walaupun arah rintangan panjang dan membentang
Banyak orang di hidupmu akan pergi dan datang
Cerita suatu hari yang akan menjadi bahagia
Jika kau lanjutkan hidupmu dan terus percaya

Move on, move on, move on, move on
Move on, move on, move on with yourlife

Dan pasti masalahmu berlalu
Jika kau percaya lanjutkan hidupmu
Dan pasti masalahmu berlalu
Jika kau percaya lanjutkan hidupmu

 

 

Tuesday 18 March 2014

Happy 4th Birthday, Yamin...

 
Hari ni adalah besday Yamin yang ke-4. Si comel bermulut keletah dah berumur 4 tahun. Terima kasih sebab jadi anak mama yang tak nyusahkan ye, Yamin? You are the best thing ever happened in my life… sob2… harap membesar jadi anak mama yang paling dibanggakan, Amin…
Takde beli present untuk dia. Kitaorang kuar g Farm In the City, Seri Kembangan last Saturday. Semalam kuar dinner kat Tanjung Harapan, as per his request yang nak makan kerang bakar. Then balik rumah, dia da sangat tak sabar nak makan kek. Siap secara diam2, korek kek tuh dari kotak kek. Aku buat tak nampak je. Kang dia gak yang malu. Haha…
 
Note : Strawberry Cheese by Komugi.
 



Friday 14 March 2014

Jerebu oh Jerebu!

Petang semalam, aku mengalami kesukaran men-start kereta. Haha… Well, bila teringat, rase cam damn funny perasaan ketika itu.

Alarm takde response. Aku ketuk2 la gak butang alarm tuh, ingatkan abes bateri. Siap gigit cam nak makan biskut tapi tak berhasil. Ah sudah!

Time tuh ada seorang budak engineer (perempuan) kata bukak je kunci manually. Bukan aku tak tau. Tapi nanti bunyi maa… manyak risau wokey?… haha… layan jela.

Bila bukak, takde bunyi. So, xpela kan? Aku try nak start engine. Da la tak boleh lama2 kat luar… jerebu. Time tuh memang tak boleh. Memang pelik! Call my hubby. Dia kata try goyang2kan bateri or wire yang link pada bateri, tapi confirm takde response gak. Last2 ada 2 engineer tolong tolak n try start keta. Again, memang xde response!

So, I called my hubby again asking him to fetch me…

Then he said he will travel to my office. But before that, he needs to buy battery kat mana2. So, supposedly, aku lepak kat opis dulu la. Waiting for him…ada seorang engineer tuh tolong arrange kan jump start. And it’s working! Then baru aku perasan yang lampu depan tak tutup. Hihi… kantoi! My hubby tak tau hokey? :-P Mesti dia geram pas baca my post. Haha…

Yup, I have to admit yang semalam haze sangat teruk & aku terlupa nak tutup lampu tu. Normally half way g office da tutup da. Hahahaha… terbang my cash RM 150 disebabkan kecuaian tersebut! Teruk tol!!!

But funny… lepas dibantu oleh ramai engineer2, aku rase best plak keje kat sini. I mean orang2 nya friendly. Nak banding my ex-company, engineernya sombong2 sangat. Huhu…

*Note: Kan best kalau engineer yang tolong tuh kacak2 belaka. Yang penting omputih kacak… bestnyer!

 

 

Tuesday 11 March 2014


Da berapa hari ni rase badan tak sehat. Asek terbatuk2. Kebun dekat ngan umah aku terbakar, asap memang banyak esp time malam. Rase dada penuh ngan asap. Badan aku lak rase sakit2. Malam tadi susah nak tido sebab rase cam sengal2 sampai ke tulang. Mintak hubby tolong urut, tapi sekejap je sebab dia pun ngantok. Baru balik dari JB.

Petang ni plan nak mintak mak urut satu badan. Confirm sakit2. Huhu… harus lah bersedia.

Next week Selasa birthday Yamin yang ke-4. Da besar dah anak mama… takde plan lagi nak sambut kat mana sebab that day aku tak apply cuti. Dengan kontrak yang berbaki tak sampai 3 minggu ni, kena la tunjuk teladan yang baik. Kalau btol da takde rezeki kat sini, haruslah meninggalkan nama baik. Itu penting!

MH370 dah masuk hari ke-5 hari ni tapi masih takde perkembangan yang mengembirakan. Yang ada cumalah semakin banyak persoalan. Time2 ni, semua orang nak cari salah orang lain. Aku pun tak paham. Teringat dulu aku belajar kat satu kursus. Kalau nak cari punca masalah, kena tanya ‘7 Why’. Tapi biasanya jawapan ada kat Why yang pertama. Oh… sangat meletihkan…

 

 

 

 

 

Monday 10 March 2014

MH370 - Sabar Itu Penting

Ada beberapa isu terhangat yang melanda negara 2-3 menjak ni. Aku mulakan dengan yang less sehingga la yang mendapat liputan hangat.

No 3 : Catuan air dikawasan Lembah Klang akibat kemarau.
Perkara ni memang da dihebahkan2 sejak 2-3 minggu lepas. Bila tau je, my hubby pun bersedia ngan tong baru n aku pun menadah air. Tapi buat masa ni, tak rase terjejas lagi. Maybe sebab air masih ada. Tapi last Saturday, air mati kejap… adala dekat 30 min. Nasib baik aku da sempat masak n basuh baju. Tapi ada satu basuhan lagi tak sempat basuh. Last2 after 30 min, air back to normal again. Alhamdulillah! Sempat la aku mop lantai & basuh karpet kecik.
 
N start esok company aku pon terlibat dalam catuan air ini. So, kene well prepare ngan air la minggu ni. Huhu...

No 2 : Haze
Yang ni memang sangat menyakitkan mata n menyesakkan jantung, hokey? Dalam seminggu lebih ni memang ternyata sangat jerebu didepan mata. Ari Jumaat lepas kerja, aku da start nak demam & batuk. Idong pun mula berair. Cepat2 aku minum ubat batuk & tido sekejap. Lepas tido, Alhamdulillah da ok. Pagi Sabtu, aku ikut my hubby beli sarapan. Masya Allah, tak Nampak jalan. Time tuh da almost 7.15am, sepatutnya da terang jugak. Ini cam senja je… huhu… n sangat berkabus. Seram!

No 1 : Misteri Kehilangan MH370
Yup… ini sangat menarik perhatian seluruh dunia.

Kronologinya, pesawat MH370 terbang dari KLIA ke destinasinya Beijing, pukul 12.40am (Sabtu 8/3/2014). Pesawat itu membawa 227 penumpang dari pelbagai kewarganegaraan termasuk 12 anak kapal. Pukul 1.30am, penerbangan itu hilang dari radar & tetapi masih dapat dikesan oleh radar di Thailand sebelum signal hilang sepenuhnya dari radar pada pukul 2.40am. Sehingga hari ini pukul 12pm, nasib pesawat dan anak kapal masih menjadi misteri. Pesawat itu dikhabar mampu terbang sampai sehingga 8 jam penerbangan mengikut kandungan minyak.

Aku ikuti perkembangan berita ini dari Channel Awani tetapi takde siapa yang dapat menjawab persoalan sebab apa pesawat ini boleh hilang. Terlalu banyak misteri yang un-solved yang cuma menambah persoalan yang sediada antaranya :

Kenapa juruterbang tak sempat hantar SOS?
Sebelum kehilangan isyarat, memang takde tanda2 mencurigakan atas kapal & yang paling penting, persoalan kenapa juruterbang tak sempat hantar isyarat kecemasan? Dan apakah situasi apakah yang sedang dihadapi pesawat tuh sebelum hilang dari radar? Even, terdapat laporan mengatakan seorang juruterbang pesawat lain yang terbang 30 minit lebih awal cuba menghubungi pesawat itu dan menurutnya adanya gangguan radio semasa perhubungan dan tak jelas. Hmm…

Terdapat andaian dari sesetengah pendapat mengatakan kemungkinan yang pesawat itu dibom & oleh kerana itu, juruterbang tak sempat memberikan apa2 signal kecemasan. Ini lebih tak logic. Sebabnya adalah kalau berlakunya letupan, msti ada kesan dari segi barang2 jatuh dari atas kapal terbang. Confirm akan floating everywhere, betol x? Andaian ini macamana pun telah disangkal oleh pihak Pentagon yang turut bekerjasama dalam penyiasatan ini sebab radarnya tidak mengesan mana2 letupan berlaku pada hari kejadian. Pening hokey?

Keganasan?
Apabila kehilangan ini berlaku, semua waris keluarga penumpang MH370 diberitahu tentang kejadian. Kemudian, diketahui yang 2 penumpang – berwarganegara Austria & Italy, tidak menaiki pesawat itu dan seorang berada di rumah & seorang lagi di Phuket. Kedua2nya melaporkan yang mereka kehilangan passport ketika berada di Phuket, seterusnya membongkar sindiket penjualan passport palsu yang aktif di Phuket. Huhu… sangat bahaya, aku taknak g Phuket!!
 
Fokus sekarang adakah adanya aktiviti keganasan berlaku kerana banyak elemen yang mencurigakan. Contohnya, rakaman cctv menunjukkan yang walaupun nama mereka adalah nama ala2 omputih tapi muka mereka muka Asian. Hmm… camne tuh?

Makin banyak persoalan yang takde jawapan. Huhu… pening aku… tapi aku sangat berharap yang semua penumpang termasuk crew selamat. Mungkin akan menjawab semua persoalan yang tak terjawab. Harap Allah tunjukkan jalan keluar untuk semua masalah yang ada.

Dan untuk golongan2 yang kurang berakal yang menggunakan isu ni dan mengaitkan dengan komen2 yang tidak bertamadun, sedar2 lah cepat2. Moga korang pulang ke pangkal jalan. Jangan ‘bergembira’ atas musibah yang menimpa orang lain. Segeralah bertaubat…
 
For All, let us pray for MH370.

 

 

 

Thursday 6 March 2014

Wang's Family

Bila Wang’s Family melabuhkan tirai episode terakhirnya ahad lepas, perasaan bercampur2. At least ada good ending.




Cast :
Jang Yong – Wang Bong
Kim Hae Sook – Lee Ang Geum
Oh Hyun Kyung – SuBak
Jo Sung Ha - MinJung
Lee Tae Ran – HoBak
Lee Yoon Ji – GwangBak
Han Joo Wan – SangNam

Plot :
Berkisarkan tentang kisah keluarga Wang yang mempunyai 5 orang anak. 4 perempuan dan seorang lelaki. Subak, Hobak, Gwangbak, Haebak & Daebak. Si ayah, Wang Bong, seorang penolong pengetua sekolah dan ibu mereka Ang Geum, seorang surirumah.

Subak, berkahwin dengan MinJung yang bekerja sebagai peniaga yang Berjaya. Oleh kerana status SuBak sebagai seorang peserta Miss Korea, keluarga Wang terutama ibunya, sangat memanjakan SuBak. Malah ibunya sangat memanjakan MinJung sebagai menantu kerana menantunya itu banyak duit. Kehidupan mereka mula berubah apabila MinJung menghadapi masalah dengan peniagaannya dan terpaksa gulung tikar. SuBak yang terbiasa hidup mewah, mula memerli suaminya dan duduk dengan keluarganya. Keadaan semakin teruk apabila SuBak kembali kepada bekas teman lelakinya dan kemudian mencuri geran rumah tempat tinggal keluarga Wang untuk tujuan pelaburan. Bagaimanapun, dia telah menyebablan keluarganya hilang rumah dan berpindah kerumah yang lebih kecil. Selain itu, oleh kerana perhubungannya dengan bekas teman lelakinya, telah diketahui dengan MinJung dan mereka bercerai. Konflik semakin mengunung apabila ibu Subak menyuruh MinJung menerima SuBak semua untuk kebaikan anak2 mereka. Tetapi akan pulangkah MinJung kepangkuan SuBak padahal dia telah menemui kekasih pertamanya semula?

HoBak, anak kedua pasangan Wang, dianggap orang yang paling kesian dalam drama ni. HoBak yang terpaksa berkahwin dengan lelaki lebih muda kerana telah mengandung, menyara keluarganya dengan melakukan kerja berat. Suaminya tidak mahu bekerja. Duduk dengan mertua yang selalu memerlinya, disamping ibunya yang tidak pernah menyebelahinya. Oleh kerana dia terpaksa menanggung keluarganya, HoBak adalah seorang yang berjimat. Suaminya kemudian bekerja disebuah hotel dan berkenalan dengan seorang perempuan kaya dan tinggal dengan perempuan itu. Sedih dengan kenyataan itu, HoBak cuba menyelamatkan perkahwinannya malangnya suaminya masih berkeras untuk mengahwini perempuan kaya tersebut. Dalam kekalutan itu, HoBak dinaikkan pangkat sebagai pengurus dan mula menjalani kehidupan yang lebih baik. Kemudian dia mengetahui yang bekas suaminya hidup terbuang setelah diusir oleh perempuan kaya tersebut. Dia mula didesak oleh ibu mertuanya untuk menerima kembali suaminya. Dia berjanji dengan meletakkan syarat yang dia akan menceraikan suaminya setelah beberapa tahun. Disamping itu, HoBak terjebak dalam kemelut hubungan kakaknya dengan MinJung. Dan juga melayan ibunya yang sangat2 memilih kasih.

GwangBak & SangNam, pasangan muda yang bertemu dalam situasi yang kelakar. SangNam ditolak oleh keluarga Wang kerana tahap pelajarannya yang tidak setinggi GwangBak. SangNam bekerja dibawah syarikat ayahnya, yang mempunyai syarikat pembinaan. Ayah SangNam juga tidak mengemari karekter GwangBak yang dikatakan kurang ajar dan kebudak2an. Bagaimanapun, keluarga mereka terpaksa menyatukan mereka kerana rasa kasih sayang. Tetapi setelah berkahwin, GwangBak terjebak dengan situasi yang ayah mertuanya tidak menyukai dia dan makcik suaminya adalah kekasih pertama MinJung. GwangBak juga sedih kerana tidak mampu memberitahu perihal keluarganya yang kehilangan rumah kerana takut dianggap sebagai pembawa malang.

HaeBak & DaeBak pula adalah watak sampingan yang berkongsi suka duka keluarga Wang.

Tarikan cerita ni pada mulanya pada GwangBak & SangNam, kemudian beralih ke SuBak dan MinJung. My hubby sangat kesian watak HoBak yang seakan dibuli oleh keluarga ini. Even, ayat2 ibu mereka, Ang Geum, sangat perit & kelat, hokey? Bagi aku, keluarga ni ‘rosak’ sebab perangai ibu dia ni. Da la memilih kasih, pastu sangat suka membebel. Rating Wang Family sangat tinggi di Korea, hingga mencecah 49.9%.  

 

 

Wednesday 5 March 2014

The Street Cafe @ Sunway Pyramid




 
Untuk K-Food fans cam aku yang pantang nampak kedai serve Korean Food - aku rase tak ramai penah dengar pasal The Street Cafe. Terletak kat Sunway Pyramid, ngam2 dekat dengan ofis aku. Hihi... kesahnya, my fren ajak g try makan kat situ. Katanya sedap.

Simple je kedai nyer... boleh refer kat www.thestreetcafe.com.my

Since banyak  version kimchi yang aku da cuba, kimchi kat The Street Cafe a little bit 'boring' okeh? And sebab tak sure nak makan ape plus semangat nak makan nasi, aku order Bulgogi set tapi serve ala2 Bibimbap. Harga RM 16.90. Bila datang, aku tengok Gochujang nyer agak kurang kick cam selalu. Cam nak jimat bajet je. Maybe ada version Gochujang yang aku tak tau. Harga set ni RM 16.90. Dari segi rase, boleh laa... tapi since cuaca agak suam2 semalam, agak berpeluh gak nak makan...




 
 

My fren order Spicy Octopus set - pun ala2 Bibimbap gak. Aku rase 2 sudu. Octopus kenyal2 & tak banyak. Bila mix dalam nasi tuh, memang 'hilang' la octopus2 tuh semua berenang dalam nasi. Harga RM 16.90 per set gak.
Both sets serve ngan kimchi & seaweed soup.


 
 


Kalau korang nak try, boleh la melayari website diatas :-) Semua price ada 5% Service Charge.


Tuesday 4 March 2014

Just A Feeling....FULL STOP!

Da 2 ari aku datang almost 8.30am. Semalam pasal hujan. Arini sebab terlajak tido. Huhu… esok & lusa tak boleh datang lambat lagi. Harus back to basic. Semalam my manager panggil aku & tanye update semasa. N then dia cakap pasal possibility untuk bercakap ngan division manager pasal extension of my contract. Tapi dia kata jangan la mengharap sangat & move on with other option.

Hmm… so after that ofkoz la my mood da going down to black hole. And hilang mood & keriangan. Sedih hokey? Abes camne ngan usaha yang selama ni aku tunjukkan? Aku da rase balik kepada basic again, the feeling of being dump! Benci okeh?

Persoalannya, camne aku nak cari keje lain? Malasnya nak bermula balik. Sangat letih… perasaan ni, memang susah digambarkan.

Since 1st April just less than a month away, 1st step kena la diambik dari sekarang. Kekadang sangat la tak suka backup plan or Plan B especially dengan situasi sekarang!!!! Argh!

Tersangat benci…………..!

Camne pun, kene la buat yang terbaik hingga keakhirnya. Full stop!

 

Monday 3 March 2014

Khuntai Restaurant @ Klang

Last Friday was my pay-day. Yeeha! Best kan? Seakan best tapi memang tak boleh enjoy sangat sebab as always, hutang! Harap lepas March, idop aku lebih baik la kan? Doa2kan tau!

After work, my hubby bagitau nak g cari tong isi air… sekarang Selangor ada gangguan bekalan air. Walau kawasan kitaorang tak disebutkan, standby jela. Naya hokey kalau tak bersedia. So, pastu kitaorang ingat nak makan kat luar je. Since nak menjimatkan masa n dah alang2 menghala ke Sijangkang, kitaorang decide nak try Restoran Khuntai. Terletak berdekatan dengan Bandar Parkland, tapi bila masuk simpang tuh, ada la dekat 3km untuk ke restoran tuh. Sangat jauh bagi kitaorang. Masuk tuh, jalan agak rosak n melalui kawasan yang aku tak sangka ada restoran kat dalam. Hihi…
 
Sesampai je, baru la aku paham kenapa owner tuh memilih lokasi tersebut. Dengan ngan sungai. View time tuh not bad – matahari hampir terbenam.
 
 
 
 
Kitaorang order Tomyam Ayam kecik – harga RM 18. Memang puas ati sebab sedap & isi ayam + cendawan yang banyak. Siap tak abes & bungkus balik lagi tuh! Aku suka sebab kuahnya pekat & sedap mkn panas2. Tapi kureng pedas… kalau pedas sikit pasti mantap!
 
 
 
Then order Thai Style Salted Egg Prawn. Udangnya fresh & tak terlalu masin. Itu yang penting hokey! Average je rasenya, kalau ranggup2 mungkin sedap. Harga RM 24 per plate.
 
Untuk Yamin, dia nak kerang bakar. Harga RM 8, tapi portionnya agak sikit. Standard harga RM 4 kat kedai Thai tepi jalan. Since Yamin makan sampai abes… so, I have no comment on that.
 
 
 
Sayur plak, kitaorang mintak Asparagus with Small Shrimp. Harga RM 12. Biase je… takde yang menarik pon. Aku ingat uncle tuh kata Asparagus goreng belacan la time order tuh. Tengok2 belacannya tak terase pon.
 
 
 
 
Untuk air, watermelon juice satu jag – harga RM 15.50
 
Dorang ada serve ngan sos pencicah & jeruk sayur. Trust me, sedapnya jeruk sayur tuh hokey?
 
 
 
So, kalau korang nak try, boleh la refer menu2 dibawah. Tapi tomyamnyer memang worth to try! My hubby rase mungkin Tomyam yang putih tuh confirm lazat. Next time leh try. Cuma sangat tak berpuas ati ngan lokasinya yang agak jauh dari main road. Tapi Khuntai ada banyak branch lain, boleh la refer alamat kat bawah. At this moment, Khuntai adalah pork free restaurant. Takde pork tapi ada serve beer.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Alamat Klang branch seperti berikut:
Khuntai Restaurant
Lot 8620, Jalan Langat, Kampung Air Hitam
41200, Klang, Selangor
No tel : 03 – 3081 3308