Tuesday 31 May 2016

Vavi Punya Toyol

Wawawa... sudah sebulan lebih tidak meng-update my blog. Ofkoz la... no idea la nak citer ape. Memula bila tidak menghadap tu, berduyun2 rase nak citer itu ini begitu begini. Malangnya terus blank bila nak taip. Am not a good writer / blogger hokey?

Ha... nak citer ni. Last week aku memang sentap giler baboon. Citernya camni. 24hb tu dah dapat gaji. Tapi aku tak kuarkan dulu tunggu 25hb & nak bagi mak aku. Kuarkan RM 500. Time aku nak bagi kat dia, aku kuarkan RM 300. Kira balance kat dalam wallet tu ada lagi RM 200 kan? Tetibe je bila aku pandang wallet lepas bagi duit kat mak aku - approx. 10 saat kemudian, duit RM 200 dah tinggal RM 100!! 

Well, memang tengah kecoh sebab kakak ipar aku kena. Mak aku duit merata, kalau kena amik RM 10 - 20 bukan dia perasan pun. Tapi ini RM 100. Curik depan mata - walaupun pencuri tu tak nampak kan? Aku pun nak pecaya, tak pecaya. Bila aku tanye balik mak aku, memang duit belanja tu aku bagi RM 300, takde la bagi terlebih. Aku perasan ada RM 200 semasa aku hulurkan duit kat mak aku. 

Geram sungguh! Bila aku citer kat orang, dorang ofkoz la tak caya kan? Terase cam 'gila' la plak... huhu... sedih...

Yang tambah sedih tu, bulan ni adalah bulan membajet. Nak renew roadtax bagai. N nak puasa lak tu. Sedihnya... RM 100 tu is everything to me this month okey?! Huhu... Amik masa gak aku nak let go kesedihan kena 'ragut' dengan toyol tu. Orang kata dah nak bulan puasa ni memang ada toyol ni. Bukan 'dorang' nak dikurung dalam 'neraka' ke? Vavi...