Tuesday 24 June 2014

Kemurungan

Yup, aku mengalami simptom2 kemurungan beberapa hari ni. Rase sangat penat and mood tak bagus.

Apa idaknya, bangun pagi, I have to travel to work then I finished my work days with totally kurang kerja. Huhu… paling2 tak best, takde kawan. Bila aku meluahkan rase kat my hubby, as always, dia menyalahkan aku balik. My hubby memang takkan backing aku in any way pun. Yup, dia super menyakitkan ati sekarang. Kereks and rude. Sometimes I feel that I married a stranger je T_T

Dengan umur aku yang dah nak capai 32 tahun, aku rase hidup aku cam takde makna & satu pembaziran. Banyak benda yang aku tak dapat buat lagi dalam idop aku and banyak benda yang aku suka tak dapat nak buat dah. Well, aku bukan la mengharapkan kemewahan. Takyah nak belagak dengan kereta hebat, tapi hati tak happy. Buatpe kan? Xpun ada rumah yang besar tapi isi dalam ‘kosong’. Huhu…

Then again, aku rase banyak benda yang aku tak dapat control, aku terpaksa melaluinya tanpa memikirkannya. Kalau dulu, banyak benda aku terpaksa ketepikan sebab nak baby baru, tapi sekarang dah tak boleh da. Kene buat je sebab bila aku renung2 balik benda2 yang aku terpaksa lepaskan just sebab nak baby, terlalu banyak. Sedih pun ada sebab 2-2 tak dapat T_T huhu…

Bukan give up… tapi aku yakin Allah ada percaturan yang lebih baik untuk aku. Tapi apa?

Sekarang, aku da malas nak pikir n buat je. I love to travel but kenapa aku perlu pikirkan orang lain & ketepikan keinginan sendiri?



Friday 20 June 2014

Kambing Gurun, hihi...

Dalam cubaan untuk mendapatkan perhatian Yamin yang sedang focus mewarnakan his colouring book.

Aku : Yamin, tadi kat umah nenek makan ape?
Yamin : (Menjawab dengan malas, sambil mewarna) Nasi n ayam.
Aku : Sape masak?
Yamin : Ntah. Wak ucah kot.
Aku : Sedap ke wak ucah masak? Mama masak sedap ke wak Ucah masak?
Yamin : Ish… mama ni… mama masak la sedap! (masih lagi dengan colouring nya)

Tak lama tuh…hampir give up… haha…

Aku : Yamin, nak dengar citer tak?
Yamin : Citer apa?
Aku : Citer pasal kambing gurun.
Yamin : Nak!
Aku : Ada seekor kambing gurun. Kambing gurun tuh telefon mama.
Yamin : Mama…! Kambing gurun mana ada telefon!!!


Hihi…

Thursday 19 June 2014

Goddess of Marriage

Ada sebab nape aku melekat ngan Goddess of Marriage. Pasal Kang Tae Wook kot :-P


Cast :
Nam Sang Mi – Song Ji Hye
Kim Ji Hoon – Kang Tae Wook
Lee Sang Woo – Kim Hyun Woo
Lee Tae Ran – Hong Hye Jung
Kim Jung Tae – Kang Tae Jin
Jo Min Su – Song Ji Sun
Jang Young Nam – Kwon Eun Hee

Plot :
Mengisahkan tentang 4 perempuan dengan kehidupan perkahwinan masing2. Han Ji Sun, seorang wanita bekerjaya dengan anak2 yang sedang membesar. Keluarga mereka penuh dengan keriuhan dengan karekter Song Ji Sun yang kecoh tetapi tabah. Song Ji Hye, seorang penulis rancangan radio yang berkahwin dengan pewaris dari keluarga kaya. Highlight cerita ini kebanyakan tentang Song Ji Hye yang sangat tertekan untuk membiasakan diri sebagai gadis biasa didalam keluarga kaya. Hong Hye Jung pula, seorang wanita biasa yang berkahwin dengan anak kedua dari keluarga kaya yang mempunyai cita2 tinggi tersendiri. Kwon Eun Hee pula seorang surirumah yang menderita kerana suaminya curang dengannya. Bagaimana mereka mempunyai kaitan sesame sendiri?

Ji Sun kakak Ji Hye. Ji Hye dan Hye Jung adalah biras dimana Ji hye berkahwin dengan anak ketiga keluarga kaya tersebut. Eun Hee biras kepada Ji Sun.

My own summary :
Well, aku taknak tulis panjang2 sebab aku rase sangat pissed off dengan ending nyer. No, bukan aku tak suka Hyun Woo dalam citer ni. Sebab bila macam ada harapan yang Ji Hye akan terima Tae Wook seadanya tapi akhirnya terpisah jua. Tae Wook pun nyesal je. Jalan cerita 3 pasangan yang lain, dorang balik or stay ngan pasangan dorang.

Watak Tae Wook sangat menarik perhatian especially kat episode 36 dimana dia menangis sehingga menitik air mata dari dia yang chomel. Hihi… sangat chomel la beliau. Eii… geram! Episode tu paling sedih sebab aku boleh menangis sekali ngan Tae Wook oppa! L





Note:
Sebaik mak mertua aku best… kalau la macam mak Tae Wook, kawen 2 minggu je boleh cerai kot. Huhu…












Tuesday 17 June 2014

Hilang Mood

Super ngantok beberapa hari ni. No, bukan sebab World Cup. Tapi dah beberapa malam ni aku akan terjaga tengah malam n tak boleh tido balik. Bila dapat tido, agak lambat then tetibe bila dapat tido balik, sangat la terlambat. Tetibe lagi, jam da bunyi. Geram2!

Sangat bermalasan nak g keje. Sangat hampeh. Dah la mood ke longkang sekarang. Bosan and not alive. Bila memikirkan pasal baju, lagi takde mood. Pasal kasut, lagi lagi ilang mood. Pendek kata sangat la hilang mood sekarang.

Pulak I feel bad yang suddenly I realize I have bos yang ‘pelik’. Bos perempuan, I think really tak suka orang Melayu yang bertudung. Aku pon heran. Bukan aku taknak bergaya datang opis, tunggu la nanti. Harus menukar sikit penampilan. Aku pon heran nape la masyarakat sekarang sangat bergantung ngan first impression. Terlalu merendahkan golongan yang tak berduit. Ingat aku tak boleh buat keje ke? Ngok tol la! Bos lelaki plak suka bagi komen yang sarcastic like ‘U don’t have work to do?’ atau ‘Keep it up!’ ngan muka mengejek. Rase nak sepak je.

Pendek kata memang sangat la tensen sekarang. Muka pun da tak cun da (ada ke kaitan? :-P)



Sunday 15 June 2014

Ujian...

Meletihkan btol hujung minggu aku lepas. Sangat bosan & malas nak memikirkannya. Walaupun I feel a little good sebab dapat tengok baby girls, tapi hakikatnya, sebab my hubby’s salary belum masuk, rase tak best sebab ada kekangan. Huhu… I think my hubby tak paham kot perasaan aku.

Meanwhile sis Hana da bersalin semalam. Syiok rase sebab both ok… itu je penting walau lahir dengan pembedahan. Tak sabar nak tengok. Tunggu dia balik umah la nampaknya. Best2…


Note : Still takpe sebab Allah kan ada… Hanya Dia yang mengerti T_T Esok nak start puasa prektis :-)

Monday 9 June 2014

I Missed 'H'

Ohh… early of the month yang senyap n sunyi. Btol2 releks sekarang. Da abes keje n arini akan berjalan ke Block A untuk submit claim. Itu sahaja yang ada for the rest of the day. Super tension kan? Haha… dan diketika ini, aku sangat merindui sesuatu. HOLIDAY! Yup… itu je yang aku rindu sekarang. So super sedih sebab my hubby da terjebak dengan freelance job yang agak sebuk. He started to have that kind of face yang aku tak suka. Muka berlagak & straight face. Huhu…

Talking about holiday, percutian dalam negara bukan la target aku sekarang. Bukan ape… aku nak kuar dari sini and tengok negara luar. Haha… tapi my hubby keep saying about going to Langkawi. Bosan kan? I really wanna go out of here and have fun.

Yang terdekat n termurah adalah gi Bandung. Aku rase itu jela tempat kat Indonesia yang aku nak g buat masa ni. But I dunno why, situ lah yang aku rase last place on earth aku nak g. Takat nak shopping, ada je tempat lain yang murah.

And aku nak sangat g Australia sekarang. Rase nak amik cuti sebulan dok sana menjelajah seluruh Australia and balik. Haha… poyo je. Cam xde life kat sini kan? Rase2 kalau aku buat camtu, berapa ek perlu disediakan untuk belanja? Hihi… ada niat okeh? Well, nape Australia? Aku suka sebab banyak tempat menarik untuk aku g. And compare to any other country, aku suka negara yang well maintained dorang nyer tourist facilities. Even kat Korea pun, dorang tak well maintained tempat2 attraction cam Nami Island semua. Itu yang jadi indah khabar dari rupa.

Tapi dalam banyak2 tempat kat Australia, Sydney, Perth & Gold Coast aku rase aku taknak pergi kot. Dapat g Adelaide, Brisbane or Melbourne dah cukup la. Teringin nak tengok Uluru / Ayers Rock & Kakadu National Park. I love pandangan seluas mata memandang. Syiok!





Okay, it’s time to menabung J yeay T_T

Friday 6 June 2014

Kerisauan Tidak Munasabah

Beberapa hari ni, aku meragui credibility aku dalam membuat keje. Sebab banyak info generated dari system tak sama dengan actual. So, aku tak sure whether I skipped any steps yang patut aku buat? Huhu… tapi aku sangat yakin aku da buat. Huhu… sangat bengang sekarang ni.

And the bad thing that aku tak boleh buat adalah macamana nak check balik apa yang aku dah buat. Yup, sebab semua under system, bukan leh check pon. Anyhow, system ni kan semua ciptaan manusia dan boleh diperbaiki ikot keperluan. Aku ada advise to the management. Tapi tak tau la action to be taken kan?

Adei…

Then bila aku check, sebab system yang tak betul. Kan aku da cakap? Ai… I’m worry for nothing L



Monday 2 June 2014

Aku dan kechomelan

Saya yang chomel baru baik dari demam yang 3 hari lamanya. Huhu… suara I pun agak serak2 basah n seksi. Haha… menchomelkan bukan?

Takde pape yang menarik berlaku beberapa hari ni, cuma la my hubby dapat gaji 10hb. ‘Menarik’ kan? Bulan ni, aku renew roadtax & insurans RM 500++. Insyallah start bulan depan, aku hendak menyimpan sikit2 demi masa depan yang ntah macamana…

Kalau ikotkan, memang ada je barang nak kene beli. Seluar slack yang da season, kasut + sandal yang da terkopek2. Again, aku rase nak pakai contact lense je. Tak syok pakai spek. Tak chomel kan? Huhu… super tragis! Kene sabar dulu. Yang penting, perlu mengutamakan mana yang super penting! Haish…

This week, nak sambut 2 kelahiran baby iaitu baby Awin & baby Kak Hana. Kalau ikotkan 1hb tuh due untuk baby Awin. Dia currently dah masuk spital. Steady lagi kawan aku tuh. Yang penting, aku da pesan ngan dia jangan mentel2 ngan hubby dia. Kang kene ajuk sampai kehujung nyawa okeh? Huhu... cam my hubby, sampai sekarang dok ajuk2. Geram btol hokey? I dengan ini bertekad untuk bersalin kali ke2 dan seterusnya, aku tidak akan mentel lagi. Haha… poyo je statement.

N this Sunday, my ex-roomate kat UPM nak kawen. Yabedabedu! Takde baju baru pon xpe. Ada ku kesah? Haha…