Thursday 28 November 2013

Feast of Gods

Baru2 ni aku baru pas abes nonton 32 episodes Feast of Gods. 



Cast :
Sung Yu Ri - Go Joon Young
Joo Sang Wook - Choi Jae Ha
Lee Sang Woo - Haemil / Kim Do Yoon
Seo Hyun Jin - Han In Joo

Plot:
Berkisarkan tentang keluarga chef utama sebuah restoran makanan Korea, Arirang.

Takyah nak citer lebih2 sebab jalan ceritanya sangat la lambat, dan tak tau sape pegang watak utama. Ingatkan Go Joon Young, tapi watak lain pun sama penting. Ada sedikit kelemahan dalam jalan cerita. Aku bayangkan kehebatan cerita ni lebih kurang cam Sik Gaek. Malangnya, menyimpang jauh dari sepatutnya. Pelakon2 cam Joo Sang Wook & Lee Sang Woo pulak bukan nama asing dalam K-drama ni tapi watak dorang kurang menyerlah.


Wednesday 27 November 2013

Me = Part Timer

Berlaku dengan begitu je... haha.. arini my first day as a part timer at my ex manager office. Aku assist on ISO part je. Ngan gaji yang kecik kot... nama pun part timer kan?

Da ujung2 tahun ni, perasaan nak baby baru datang lagi. Huhu... sebab da makin naek umur kot. Harap dapat la aku jumpa doktor n settle hal pasal baby ni this year & pregnant next year. Lagi bagus kalau dapat kembar kan?

Yup, hal tiriod sangat merunsingkan, dan mula buat otak ku berpikiran ganas. Huhu... Ganas maksud pikir yang bukan2. Huhu... Yang penting, dengan arus perkahwinan yang dari 5 tahun lepas tak menentu, aku perlu lah tanam rasa sayang kat my hubby balik. Bukan xde rase sayang tuh, tapi sebab perangai my hubby dulu, aku rase hilang sikit rase sayang tuh. Kena menyemai balik benih sayang tuh. Ntah camne, aku pon tak tau.

As for Yamin, dia makin bijak. Best tengok dia berkembang pesat. Sekarang favorite dia nyanyi lagu Hapus Aku by Nidji. Chomel okeh? Lagi2 bila papa dia prektis gitar murah & nyanyi lagu tuh same2 ngan dia. Memang priceless moment.


Erm, ape ek nak buat kat sini? Blurr jap...

Monday 25 November 2013

Fall Apart

Haha, da 3 minggu unemployed ni. Aku g 2nd interview kat opis kat Sunway last Friday. Actually bukan la 2nd interview tapi interview dengan division lain. Ah... sangat la bosan sebab aku cuma boleh start Mid Dec. So, kalau aku tunggu, ada 3 minggu lagi la aku kena melepak tak berduit ni T_T Huhu... sangat la sedey.

Job kat Sunway tuh, aku KIV dulu. Diorang KIV aku, aku pon KIV dorang gak, boleh? Aku da offer ex-manager aku untuk keje ngan dia 3 minggu untuk kemaskan documentation plus yang penting bagi training kat staff baru tapi dia cam diam je. Cam taknak je... adei, memang stress. Lebih malang, aku takde backup option. Aku leh je join company dia tapi practice business company dia tuh mencurigakan la... Malas!

After interview last Friday, aku pon giat la g tgk wayang. Memang mengharapkan berita gembira tapi bila da dapat uncertain answer tuh, ada sikit malas nak kuar. Tapi sebab da tersalah masuk jalan, aku lepak kat Pyramid jela. Haha, boleh? Aku tengok Battle of The Year, memang rocks! Yup, aku minat gak b-boy, jangan tak caye! Pastu aku tengok Hunger Game : Catching Fire. Sebab malas gak nak buat review, korang tengok la sendiri citer tuh ye? 

Nak menghabeskan sisa2 minggu ni, nampaknya, aku tido jela kat umah. Sangat la sedey dengan wallet yang nipis. Syiling pun xde hokey!?

Adei...

Wednesday 13 November 2013

D-day!

Yup... semalam adalah D-day nyer. I think semalam maybe adalah titik perubahan pada idop aku yang sangat bosan, hihi, boleh? Aku sangat berharap yang aku boleh balik bekerja dengan multi nation company lagi sebab aku suka sistem dorang yang well organize and all. Tapi that company cuma boleh bagi temporary position. Mcmanapun, aku pon rase itu takde masalah sebab aku akan treat 'temporary' as 'probation' period. 3 bulan je pon...Tentang gaji, hmm... yang tuh aku tak dapat offer letter lagi, so takde komen.

Lepas je interview semalam, aku n hubby g tengok Ender's Game and citer tuh ok, tapi dek badan yang tak selesa, aku tido almost 15 min awal citer tuh, boleh? Balik, singgah Econsave beli barang. My hubby tak sehat, dia mintak bubur untuk dinner. Simple je bubur aku masak, bubur ayam + bayam + lobak & he is taking another bowl after another, sedap katanya. Memang sedap pon aku rase :-P

Esok, ulang tahun perkahwinan kitaorang yang ke -5. Plan nak panjat Broga Hill berdua tapi oleh kerana cuaca yang selalu ujan, maybe tak jadi g. Sebenarnya, aku malas nak celebrate this year sebab............ aku pon tak tau. My hubby alhamdulillah da berubah tapi perubahan tuh terlalu drastik. Aku pon tak tau aku prefer dia yang dulu or yang sekarang. Dia yang dulu, macam tak kesah sangat pasal ape aku buat, mana aku g. Tapi sekarang da cam CSI plak. Tanye nak g mana, buat ape? Adei... tak suka plak. Kalau perangai dia dari dulu camtu takpe la kot, tapi aku da terbiasa 5 tahun perangai dia cam buat bodo, then pulak berubah camni, jadi pelik ada, rimas pon ada. Padahal aku bukan la berjalan2 ngan kengkawan ke or paling yang mungkin boleh mengundang cemburu, jalan ngan lelaki. Huhu...trust me, aku masih cam dulu, suka bergerak sendiri...

My hubby gak, tak pernah2 ajak celebrate our wedding anniversary. As usual, dia pon tak tau nak celebrate katne n macamana. Sebab aku da tak peduli nak sambut or tak, aku pon takde terpikir nak buat ape. Aku da matang kot, tak pon ati da kering :-P Seingat aku, anniversary kitaorang last year, aku sambut sorang kat Midvalley. Pinjam duit mak RM 200, beli lipstick, makan kat Dubu2 & paling tragik, beli hadiah untuk diri sendiri je. Lepas beberapa hari, aku pon boleh move on dan melupakan kesedihan hari itu. Hihi.... see, memang ati aku da kering.

So, planning idop aku pasni, keje & keje. Aku plan nak amik kelas bahasa kat dengan opis baru (hehe... cam yakin) dan jadi better person. Lepas bahasa Korea, aku nak belajar bahasa Jepun. Pastu Italy, Perancis. Aku nak jadi orang yang pelbagai dan hebat. Harap Allah tolong aku :-)

Since ada 4 ari je lagi untuk aku menamatkan zaman pengangguran aku, aku nak buat ape ek today? Ingat nak kuar jalan2 tapi since my hubby yang CSI, malas plak. Ingat nak movie marathon je, tapi trust me, aku sangat2 malas. Hihi... 


Thursday 7 November 2013

Up to date...

Again, aku ada mood nak merapu pepagi ni. Ujan kat luar tapi aku tak rase sejuk pon. Maybe sebab ati sangat risau sebab aku belum ada keje baru lagi... huhu... so sad. My ex manager ada call offer keje ngan dia. Dia bukak company baru - competitor company aku yang lama. Masalahnya, aku tak yakin sebab company baru kot. Aku da nak settle down somewhere, buat keje yang aku suka dan yang paling penting menikmati gaji yang maybe tak seberapa. Huhu...

Tah nape, aku mula rase yang Oil & Gas - bidang yang aku join dulu ada lebih banyak future compare other industries. And paling tak boleh blah tuh, aku rase cam nak keje balik kat S_S :-P Ahaha... boleh? Bila aku visit website dia, cuma ada Marketing Assistant yang kosong. Balik pada non-exec level? Well, donoo la...

By the way, guess what, my 5 years old ex bf contact aku balik. Ni semua sebab ada Whatapps... Dia tanye khabar n bila aku tanye dia balik, dia bagitau update baru dia. Da 6 tahun gak aku tak contact dia kot. Tapi dia ada terjumpa abang aku beberapa tahun lepas. Time tuh aku tengah pregnant. So, dia tau la idop aku da ok... But for him, dia masih solo, masih mencari isteri. Hmmm.... ape yang boleh aku katakan lagi kan? He is working under government sekarang, macam nak 'mempergunakan' dia untuk masuk sektor gov as a backup kalau aku takde keje lagi. Malangnya, aku sesuai ke keje gov? Macam tak jee... Aku kan aggressive, nanti jadi 'lembam' je kalau kena keje pelan2 ni. Huhu... ada harapan aku kerap melawan bos, ye tak?

Hikmah atas ape yang berlaku adalah my hubby telah berubah perangai. Lebih menyayangi aku, hehe... sesuai ke ayat ni? Kalau korang baca post2 tak puas ati ngan my hubby sejak beberapa tahun ni, memang mengunung laaa... tapi dia tetibe berubah jadi suka mencium - haha... sensored? Aku tau cam tak sesuai je perubahan dia ni kan? Tapi dia kata dulu dia sayang gak tapi tertahan2... Tapi kan, tah nape, ati aku cam beku sikit. Sebab da 5 tahun, aku rase agak stress ngan perangai tak boleh blah dia. Yang aku tak yakin, adakah perubahan dia cuma sementara?

Hmm.... By the way, thank you Allah. Harap changes ni bertahan lama la hendaknya.

Erm, aku tengah risau pasal tak dapat keje ni. Semalam aku da citerkan pada mak tentang ape yang berlaku. And obviously, dia cam risau. Tu yang malas nak citer kat dia ni. Huhu... paham la... aku kan ada banyak giler utang.... msti la dia risau. Kalau abah tau, lagiiii la beliau risau. Haha... sian plak tengok mak. Patot umur2 camni dia takyah pikirkan pasal anak lagi. Sian sangat. Aku ingat taknak citer aritu tapi lebih baik dia tau dari aku daripada dari orang lain, ye tak?

For the last one month, aku tengok wayang Gravity by Sandra Bullock, nama pon graviti so slow sket. Pastu aku tengok Tom Yam Goong 2 and Thor. Malas nak tulis review, boleh??? Hihi... otak tengah serabut maa...

Good Doctor & The Master's Sun pon da abes. Bila free aku akan come out dengan review, ohhh yeah... Sekarang aku melayan The Suspicious Housekeeper by Choi Ji Woo untuk slot Isnin & Selasa. Since Mirae's Choice (Yoon Eun Hye) pon ditayangkan kat KBS, aku merakam guna PVR. Hubby da amik start last week - memang perfect timing. Untuk slot Rabu & Khamis, aku layan The Heir / The Inheritors. Ofkoz Lee Min Ho, siapa lagi kan? Drama tuh cam hebat & gah je tapi nape tak leh kalahkan Secret Love dari segi rating ek? Erm.... 

Saturday 2 November 2013

G-Dragon feat Jennie Kim - Black

Lama giler aku tak fall in love ngan lagu (ye ke?)... Dengan rase sesak sebab 'dipecat' ari tu, aku mula mencari ketenangan melalui lagu lagi. Dan aku jumpa lagu yang best ni. Well, takde yang baru pasal lagu irama ni, being there done that. Anyway, it's G-Dragon, bila masa lagu G-Dragon tak best kan?

English Translation:

The color of my heart is black
It was burnt to black, just like that
I break glass whenever I feel like
And I look at my bloody hands and think, why am I like this wh
Your smile is shining gold
But the way you speak, feel so cold
As time goes by, you’re becoming more like me
Sometimes I feel like karma is running after me, know
The real name of love is definitely hatred
Hope is the parent of disappointment and despair
Why didn’t I know that the shadow that has casted over my face
Was created from the light called, you
It has been a while since the time between you and I have stopped
Misunderstanding is always the cause of pain
Well I don’t even know myself
So my hope for you to know me is a misunderstanding itself
People smile with an effort, hiding the truth
As if they’re happy
While hiding the lie in the word love
As if it will be forever
The color of my gloomy world is black
The beginning and end change, black and white
People are cunning, sometime become delusional
Really why am I like this, why
Those lips are red, just like red lies
As time goes by, the language between the two
The colors that each one has don’t mesh, yeah
The real name of love is definitely hatred
Hope is the parent of disappointment and despair
Why didn’t I know that the shadow that has casted over my face
Was created from the light called, you
Since I’ve met you agony is the only thing left
Everyday is series of hills of hardships and temptation
Now I sing of breaking up, I tell you
This is my last confession
People smile with an effort, hiding the truth
As if they’re happy
While hiding the lie in the word love
As if it will be forever
Someday when I’m left at the edge of the world alone
I might miss you yeah
Someday when I’m tamed to the edge of sadness
I might regret at the end
I’m going to go back to the way I came from, black
The summer when you and I were hot, it’s been too long
I’m going to go back to the way I came from, black
The summer when you and I were hot, it’s been too long
Fade away fade away fade away fade away
Fade away fade away fade away fade away

'Dipecat'

Just sebab sesuatu yang berlaku beberapa ari lepas, aku telah ‘dipecat’. Ceritanya camni. Sepanjang aku keje kat company ‘K’, company yang kononnya besar tapi ada masalah top management. Aku da kata da, aku suka top management yang support staff bawah dia tapi itu tak berlaku kat situ sejak aku join.

Yup, aku baru dalam property management – tapi trust me, bukan la susah sangat pon bidang ni. Cuma yang silapnya, top management suka chase2 geng2 operation untuk buat keje. Pangkat aku, walaupun consider ‘head’ kat site tuh, cam sampah je. Boneka. Konon aku dipuji sebab aku rajin n suka settle benda cepat, tapi logik ke dengan load keje yang camtu, aku n sorg assitant je yang handle. Dan agak memalukan sebab aku patot dapat training dari seorang manager, tapi manager aku tak boleh pakai sangat. Tak datang opis pon okeh? So, aku learn dari assitant aku. Logik?

Itu satu. Tapi paling2 kesian citer pasal assitant aku ni. Dia dituduh curik duit company. Pulaknya, dia fresh grad yang baru nak kenal betapa kejamnya dunia hidop sebenar kita. Dia tak pandai defend diri dia. Mujurlah Allah hantarkan aku dimasa yang tepat n guide dia camne nak lawan top management yang sangat kejam ni. Alhamdulillah, first step da ok... nampak la peluang cerah.

Bila aku tender resignation, budak tuh tender sama ngan aku sebab dia taknak bagi training untuk staff baru lagi. Mana tahan beb! Kalau salah info, dia yang kena. Mujurlah RAM otak aku ni super fast, aku belajar dengan cepat dari yang disangkakan. Tapi again, system baru baru apply, dan aku terkejar2 nak memahamkan system tuh.

Desakan top management mula menyuruh aku tidak berenti tapi aku stick dengan decision aku. Aku taknak berhadapan dengan situasi yang mana aku tau aku tak salah, tapi disuruh ngaku salah. Then aku propose la kat company, daripada suruh aku stay, baik suruh assitant aku stay sebab dorang takyah pikir pasal kos training semua ni. Tapi malangnya, cadangan aku dianggap sebagai ugutan...? what? Aku pon tak paham...

Huhu... kemudian, konon nak backup keje2 aku, dorang anta sorang staff dari HQ untuk assist. Masalahnya staff baru tuh agak lambat RAM nyer. Huhu... camne ek aku nak citer? Yang diajar lain, yang dibuat lain. And dia cepat blur bila berdepan ngan situasi sukar.

Klimaks drama ni berakhir bila aku selesaikan satu situasi tanpa bantuan sesiapa. Sampai sekarang pon, aku rase cara aku selesaikan masalah tuh adalah betul tapi tapi tidak bagi top management yang hampeh tuh. Then esoknya, aku dipanggil HR dan diberitahu dorang propose last day aku pada 31hb October iaitu hari yang sama. Sedih? Nope... aku lega walaupun aku takde backup lagi. Yang sedihnya sebab semua berlaku dengan cepat. Tragis aku rase aku dipecat atas alasan tak cukup meja kat opis tuh. Tah pape kan?

There goes one of my sad episodes. Banyak yang aku korbankan bila kerja kat situ. Aku balik lambat, n selalu ter-miss tgk citer Korea yang aku suka sebab ngantuk. Huhu... selalu aku terjaga malam sebab teringat workload esoknya. Tapi camni, aku rase tiada penghargaan dan aku tak perlu menyesal sebab yang ruginya adalah company tuh sendiri. Cam sampah kan?

Sian gak pada assistant aku. Yup, dia lelaki tapi bagi aku dia bertanggungjawab. Muda dan playful tapi serius dengan kerja dia. Calon harapan pemimpin masa depan. Last day dia 16hb – sepatutnya sama ngan aku. Dia pon xde mood kerja dan plan nak menghabiskan cuti. Dia sikit tertampar sebab semua ni terlalu cepat padahal kitaorang da plan nak have fun untuk menghabiskan sisa2 hari sebelum berhenti.


Well, aku akan berusaha untuk mendapat kerja yang lebih menjamin masa depan. Doakan aku ye? J