Sunday 18 December 2016

Restoran B-Station @ Ampang

Lama tak review restoran makanan Korea. Actually da tak banyak yang baru aku try. So tetibe rase nak makan K-Food. Dan-dan da gaji & terasa nak belanja my hubby n Yamin.

Google punya google, terjumpa restaurant B-Station yang terletak kat Korea Town, Ampang. Log in Facebook, tapi cam lama tak update. Hmm... ada lagi ke kedai ni? Try and error. Maka kami pun g Ampang on Saturday (26th Nov 2016).

Sesampai kat sana, yes, kedai tu masih wujud. Hihi... Nampak dari luar, kedai tu tak banyak beza dengan kedai yang bersebelahannya. Tapi bila masuk, waaa.... comel nyer kedai tu! Dari segi decor nya memang sweet. Kebanyakkan nya dr benda warna putih. Ada banyak dolls, bersih and selesa lah! Macam rumah je... but nice. Ada bau jjigae semasa masuk. Memang kedai Korea la kan?









Menunya tak interaktif sangat. Gambar nya tak menarik. Tapi kalau korang peminat makanan Korea, mesti tau ape nak makan kan? Ikut cuaca sekarang yang agak sejuk, memang la aku nak try Samgaetang. Ayam yang direbus dengan herba2 plus nasi disumbat kat dalam perut ayam tu... tapi aku taknak makan nasi. Huhu...

Belek punya belek, aku ternampak Bibim Naemyeon... actually aku selalu nampak kat rancangan Korea tapi aku tak pernah try. Aku order ni. Ini memang menu simple cam bibimbap. Cuma bezanya bibimbap adalah nasi yang dicampur. Ini Naemyeon tu dicampur ngan sos campuran nya plus ngan sayur2 segar & radish pickles. Ada telur gak tau. Mee tu adalah mee kanji. Huhu... aduhai layan jela kalori yang ada ni. N rasa Bibim Naemyeon ni seperti yang aku jangka and sedap walau tanpa daging. Harga aku malas nak pikir tapi portion dia memang terbaik lah. RM 19.50 semangkuk ala carte. Tapi takde la set. Kalau ada bagus kan? Boleh cadangkan ni.





My hubby order Spicy Beef Soup - ala2 Soondubu Jjigae tanpa Dubu... Hoho... Tengok la meriah nya banchan yang dorang bagi ni. And banchan ni semua boleh refill. Aku tak sure whether boleh refill banyak kali tapi kitorang refill sekali jela. My hubby hirup soup nya sebab sedap. Aku sebab da selalu makan, malas nak try. Cam tak cukup je my hubby makan. Harga Spicy Beef Soup ni RM 22.00







Oleh kerana aku takde makan daging, aku order Korean Fried Chicken. Lalala... memang aku sangat2 nak try camne sedap tak ayam tersebut. Harganya RM 22.50. Bahagian ayam tu mostly wings ngan part yang berdaging. Aku tak dapat pastikan ape yang istimewanya ayam tu. Hoho... sebab aku rase Kyochon punya lagi sedap. Haha... sori... tulus dan ikhlas ni. Cuma aku nak puji ayam B-Station ni lebih besar banding Kyochon. Pedas tak? Errr.... tak! Can I say more to.... makan ayam masak merah yang budak2 boleh makan...





Selain tu, kami order gak Haemul Pajeon... oppps... itu nama Koreanya. Nama dalam menu Seafood Pancake. Sedap!!! Seafoodnya fresh and ada rase makan kat Korea. Lain kali kalau time aku giler, aku datang situ makan ni je ok? Sangat la sedap. Actually yang ni sampai and habis dulu. Haha... lain kali nak try Pajeon jenis lain plak.... harga Haemul Pajeon ni RM 18.50




My anak memang lidah Western arini. Dia order Jumbo Sausage Set. Dalam set tu ada homemade sausage, whipped potato, fried eggs... aku try sausage nyer. Memang not bad! Boleh la bawak anak2 korang yang tak makan Korean food kesini... RM 18.80 sepinggan...




Selain tu nak highlight B-station tidak menggunakan MSG ya people! Plus ice pun buat guna Korea ice maker. Selain tu, aku rase ada satu wording yang ditampal kat dinding 'No Wifi, talk among yourself'. Haha... sape makan cili, dia rase pedas!






Total bil + GST + Service Charge : RM 129.20

Kalau korang nak datang sini, boleh la g alamat ni:

B-Station
C14-1, Jalan Ampang Utama 1/1
Taman Ampang Utama, 68000, Selangor

Kedainya agak tersorok sket tau. Kena tengok signboard sebelum jumpa.


Yes, lama tak makan kedai Korea yang sedap.

Well, aku tak nampak sijil Halal kat kedai ni. Tak abes pusing hokey? Tapi lesen perniagaan nama orang Melayu and dalam menu takde 'pork' and soju. 

Thursday 1 December 2016

Golden Gate Fertility - My Pengalaman (3rd cycles)

3rd cycles dengan Golden Gate Fertility. Jumpa je Dr Khoo on 5th Nov 2016, aku terus cakap 'I'm not pregnant'. Cam biasa scan & body temperature kata aku senang sangat pregnant. As long as my hubby tau yang hakikatnya sperm dia bermasalah, aku tak kisah. Aku masih ada sisa2 kesedihan yang aku tak pregnant lagi. Nak buat camne? Doakku belum diterima dan diproses kot. Eh, lamanya nak proses? Boleh report NCR ni. Huhu...

Tapi oleh sebelum tu my hubby dah bawak gi tengok wayang & makan Kyochon chicken sampai seekor, memang terase memuaskan. Hihi... Tapi aku agak kekembungan... terlebih makan...

Dari segi ubat, tiada perubahan... charges around RM 420.00
Asalkan my hubby redha. Dr Khoo sarankan aku bersama ngan my hubby pada hari ke-9. Nampak ganjil kan? Tapi ikut jela kalau nak result kan?

Next appointment 12th Nov.

12th Nov 2016, kami gi cam biasa. Ari ni macam ramai plak patient. Tapi trust me, ramai2 pun, takyah tunggu lama2. Time scan, Dr kata rahim bagus. Ada 3 lining and ada sebijik telur yang sangat mature ukuran 18mm. Lepas scan, tunggu kat luar & my hubby gi toilet dulu. Time tu Dr panggil lagi. Aku masuk ngan anak aku je. Then Dr kata kalau ikutkan sekarang, aku memang paling senang nak pregnant cuma nak improve quality my hubby punya sperm. Pastu aku tanye la, bila lagi? Dah 3rd months. Dia kata jangan risau. Your rainbow will come. Huhu...

Kendian cam biasa, Dr check mine & my hubby's pulse and kaler lidah. N bagitau bila nak bersama.

Charges RM 420. Next visit, scan takyah bayar da... yabedabedu.

Untuk pengetahuan, aku perasan one thing yang best lepas consume ubat2an cina ni. 1st my breast dah tak kendur lagi. N then sangat bertenaga. Paling2 best, uban aku dah tak kuar lagi. Yup, ada sehelai ubat yang sangat menganggu betul2 depan kat ubun2 rambut. Dulu aku potong or cabut. Last sekali aku cabut before aku makan ubat tu. Guess what? Dah tak tumbuh lagi! Wawawawa... anti aging ke? Bagus ni... boleh continue lepas2 ni...

19th Nov 2016 appointment cam biasa and charges MYR 360 je sebab scan dah free for life. Tapi takde different dengan appointment sebelum ni. Sama je... Checkup pun cam biasa.

Same gak ngan appointment on 26th Nov 2016. Yang tak sukanya time ni, menunggu sampai 1st or 2nd December untuk tau pregnant ke tak... Dr tukar ubat aku lagi. Tapi sama cam ubat yang aku makan time 1st cycle aritu. Macam takde ber_T_T sebab Dr tak kata pape.


30th Nov 2016, lepas balik keje, aku period. End of 3rd cycle. Okay....move on!

Wednesday 30 November 2016

Happy 8th Wedding Anniversary

Lamanya tak meng-post. 15th November 2016, adalah our wedding anniversary yang ke 8. Tak macam tahun lepas, kami sangat la berhabis. So tahun ni, nak avoid regrets, aku dah berjanji ngan my hubby utk tidak belikan pape and cuma spend duit untuk makan. Lalala...

Ada sket upset sebab my hubby lupa tarikh... haha... dia boleh tido where else aku tunggu sampai kol 12am untuk wish dia and he memang lupa! Hampeh... pastu bila aku tanye tak ingat??? Baru lah dia ingat. Teruk sangat la my hubby tu... baru 8 tahun kot!

Then pagi tu cam biasa je, and when aku sampai opis, dia hantar satu whatsapps yang sweet like gula. Harap dia tak copy paste dr mana2 la ek?

"Happy anniversary yang.. Abg sayang yayang..Terima kasih jadi peneman zaman dewasa abg n sudilah jadi peneman sehingga zaman tua abg nanti jugak.."

Sweet tak? Well... yela, bukan la sampai geli gelemen... tapi knowing my husband, dia takkan cakap camni depan2 hokey? Oleh kerana tu, aku gi belikan seluar dalam Renoma. Saje je nak bagi. Haha... my hubby kata aku suka kacau seluar dalam dia dulu sampai koyak2 aku pakai. Haha... mana tah relevant nyer!

And for anniversary dinner, kami gi makan kat Brew & Stone. Aku akan write separate post for this.

Tapi cam tak best kan takde hadiah. My hubby belikan aku lipstick. Yang tu lagi la tak paham nape beli. Haha... memang la aku ada mintak dia lipstik tapi dia belikan brand yang murah... siap beli 3 bijik lagi tu. Kelakar tahap gaban la... Dia macam tak tau aku cuma pakai lipstik Korea je. Camne pun Alhamdulillah... pakai jela sampai abes. Makan tahun gak ni. Paling tak tahan tu, 3-3 kaler lebih kurang. Super tragis nih. Chomel & kelakar...




Lately, aku rase sangat bersyukur sebab husband aku da berubah jadi lebih baik. Walaupun dia kekadang cam malas, tapi aku masih boleh sabar lagi. Haha... bila compare ngan suami kengkawan aku, aku bersyukur sangat lah ngan my hubby ni. Walaupun kami belum ada rezeki nak dapat baby yang kedua, tapi insyallah kami akan bertahan happy bersama. Sayang kamu, my hubby!


Tuesday 1 November 2016

Golden Gate Fertility - My Pengalaman (2nd Cycle)

Okey, bermulalah 2nd cycle dengan Golden Gate Fertility. 8hb October 2016. Masa memula sampai ada beberapa couples dah sampai. Then Dr Khoo panggil untuk scan perut. Dengan sedihnya 1st statement aku bagitau dia yang 'Dr, I am not pregnant'. Sadly aku bagitau dia. Dia kata takpelah sebab baru 1st month. Dia suspect aku miscarriage at early stage sebab quality of sperm or egg tu tak bagus. Hmm...

Then cam biasa dapat ubat bagai. N next appointment will be on 12th Oct untuk scan.

Total charge untuk appointment ni RM 420. Aku perasan ubat aku dah berubah jadi label 1A untuk siang & 1B untuk malam. Macam memula aku makan aritu. Ubat my hubby plak dah bertukar jadi 4A untuk siang & 4B untuk malam. Confuse mak... My hubby bagitau ubat yang dia makan baru ni agak 'memanaskan' badan. Layan jela...

On the same time aku & hubby start minum susu kambing + kurma + madu. Ini namanya ikhtiar, tanpa mengalah. Hihi...

Appointment 12th Oct, Dr kata my womb cantik & ada telur hampir matang. So, dia nasihatkan aku bersama ngan my hubby on certain date.

Kejap je, nama pun scan je. Bayar RM 60 untuk scan. Next appointment 15th Oct.

Again 15th Oct, kami gi lagi. Scan & Dr kata ada telur matang sebelah kiri. N then aku tanya la. Kalau ada telur sebelah kiri, so lepas bersama nak kena mengiring ke? Dr kata takyah sebab akan ada satu tarikan yang dikeluarkan oleh ovum untuk bersenyawa. Kira sperma tau mana nak gi eh? Takyah susah2 nak mengiring. Dekat buku, Dr tandakan tarikh bersama. Ubat untuk aku di-upgrade tanpa additional cost. Tu yang best tu... Hihi...

Dr gak pesan kena bersedia untuk next appointment ubat portion untuk 2 minggu sebab 29th October klinik cuti Deepavali.

Charge untuk appointment ni RM 480.00. Next appointment 22th October.

Maka, ada beberapa hari yang ditandakan wajib untuk bersama. So, kami memang try to commit. Ada perbezaan lepas makan ubat baru ni. Korang perasan tak hari2 subur, akan keluar lendir subur yang warna jernih tu... Selalu aku keluar sehari je. Tapi kali ni, memang berhari2. Sampai 5 hari keluar lendir tuh. Dasat! N then tak kering. Keh2... paham tak? Tak paham takpe. Kawen dulu...

22th October, my hubby dah standby debit card sebab malas nak bawak duit banyak2. Scan & Dr kata my womb cantik and telur fully ovulated. Cuma nak tau aku pregnant or tak, memang kena tunggu early of next month la. Harap2 kali ni berhasil sebab aku cam da penat la. Huhu... sian my hubby gak sebab keluarkan banyak duit kan? Then Dr kata kebanyakan Malay memang senang bagi response pada ubat2an Cina. Well, maybe Malay / Muslim tak amik alkohol kot kan? Huhu... ntah!

Mari berdoa banyak2. Next appointment 5th November - harap2 ada berita baik lah kan? Ya Allah.... tolong kami :)

Note :

2nd November aku period... tapi kali ni tak seteruk 1st cycle. Kurang period pain... and then tak berapa sakit. Tapi sakit ati T_T wait til 3rd cycle la plak... Is penat & fed up la!

Wednesday 26 October 2016

27th October 2016

Harini Yamin gi lawatan sekolah gi Farm in the City & kilang coklat kat Seri Kembangan tanpa ditemani Mama. Takpela... harap semua ok. Hihi... Makin cerdik tak hingat dia sekarang. Lately dia suka imitate iklan. Macam2 iklan la. Especially iklan KFC - Hanyamu Pujaan Hatiku. Huhu... Nyanyi penuh bersemangat.

Oh yea, Selasa lepas (25th Oct), ari penyampaian report card dia. My hubby yang gi sebab aku malas. Haha... actually 6 bulan pertama tu aku dah gi kan? So ni papa dia nyer turn. Kalau ikutkan keseluruhan, dia dapat no 2. Subjek matematik & english tinggi banding budak yang dapat no 1. Tapi sebab BM dia dapat separuh kan? Memang sampai sekarang agak kecewa sebab dia tak siapkan. Rase nak sekeh2 je.

Balik kerja petang tu, dia kepoh dia dapat no 2 and tagih hadiah dia. Dia mintak gi tido hotel 4 malam 5 pagi. Haha... salah konsep btol lah dia tu. Tak tau nak gi mana lagi, nanti discuss ngan my hubby. Ada 2 negeri semenanjung Malaysia yang dia tak pernah pegi. Kelantan & Terengganu. Aku lak Kelantan cuma cicah punggung kjap je. Lalu kat Gua Musang je. Tak turun pun. Tapi jauh, sian my hubby nak drive kan? Lagipun kami perlukan duit untuk rawatan kesuburan tu. Tak boleh nak mengharap sgt. Ada ke hotel RM 100 semalam?


Kalau ikot pelan asal nak bawak gi Kidzania tapi nanti dia tanye mana hotelnya? Haha... anakku memang bijak.

Thursday 13 October 2016

Restoran Warisan @ Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Hish, banyak giler restoran aku try tapi selalu malas nak update kat blog. Last2 gambar yang aku kumpul memang berkepuk2 la dalam hp. Huhu... 

Last weekend, Ahad, my hubby kata teringin nak g Muar makan asam pedas. Tapi dia bagitau dalam kol 10.30am. So, kami bergerak dari rumah 11.45am tapi oleh kerana weekend, jalan cam banyak kereta. Kol 1pm baru sampai area Seremban. Perut pun lapar. 

So, aku kata why not kita try makan kat restoran yang Sari Yanti pergi. Nampak kat TV cam menarik je. Bila googled, nama restoran tu Restoran Warisan kat Kuala Pilah. Tengok waze cuma 30 min je dari Seremban. 

Sebenarnya, aku pun tak tau la betul ke Restoran Warisan ni restoran yang Sari Yanti pergi. Sebab tengok iklan je kan? Bila sampai, aku yakin bukan restoran ni yang dia pergi. Satu sebab tak nampak pun itik yang digantung2 bagai. Kalau korang tau restoran mana dia pergi, tolong comment ek?
Masuk2 parking, nampak gah la dengan rekabentuk ala2 istana. Bila sampai, nampak cam tempat tu tak di maintain. Sayang sebab layout dah cantik kan? Restoran ni terletak depan Istana Seri Menanti. Senang nak cari.

Turun dari kereta & cari meja. Tengok2 my son tertarik ngan kuda2 yang ditempatkan kat bawah. Sawah padi subur & pemandangan area kampung. Angin yang sepoi2 memang best la... Suasana dah okey da... Tapi kebersihan restoran ni bukan tip top ye? Singki untuk basuh tangan pun tersumbat. Kalau upgrade sket, dah ok sangat la...









Okey, oleh kerana perut lapar n my hubby okey je ngan makan daging salai, terus order. Menu dia simple je... takde bergambar sangat. So, order daging salai masak lomak cili api, ikan keli masak cili padi, burung puyuh masak cili hijau, sup cendawan & ulam2. Air cuma limau suam + limau ais je for my hubby.

My son seronok bermain2 kat padang. Masih boleh diperhatikan tapi agak jauh. Jadi kami pindah meja. Tak lama tu makanan tu sampai. 

1st impression, dari pandangan mata la kan... aku rase biasa2 je. Takde yang menarik. Makanan2 esp ikan keli & burung puyuh agak berminyak. Tapi maybe itu style masakan orang Negeri Sembilan kot. I am expecting rasa pedas sebab cili2 tersebut nampak menyelerakan. My husband aku kata pedas tapi aku nyer lidah tak sama level. Aku rase sedap tapi tak pedas. 








Dari segi portion, agak kecil tapi cukup lah untuk 2-3 orang makan. Camne pun sup cendawan nya banyak isi. Aku ada perasan meja lain order ketam. Cam sedap je. Haha... lain kali boleh try. 

Time nak bayar ek? Yang ni paling tak gemar sebab kami kena tunggu 15 minutes tanpa orang entertain depan kaunter okeh? Pekerja ramai tapi asek kata kejap bang... kejap bang... geram plak. 

Total bil RM 59.50. Aku rase agak murah. Ye ke? Haha... ntah... tapi murah la. My hubby pun terkejut sebab rase burung puyuh tu agak mustahil la dicaj cuma RM 15 sebab ada 3 ekor dalam tu... hoho... alhamdulillah la kan? Rezeki kami jalan jauh. 

Overall perasaan, aku rase takde la sampai rase nak kembali lagi ke situ untuk makan. Kita try tempat lain plak ek? 



Tuesday 11 October 2016

Golden Gate Fertility - My Pengalaman (1st Cycle)

Kenapa aku berminat nak try Chinese Medicine untuk merawat kesuburan both of me & my hubby? Well, sebab anyhow, cumalah ubatan2, yang natural. Insyallah no harm to your body.

Dr. Khoo Mow Song pulak graduated dari China & sekarang one of the lecturer kat Inti College. Ofkoz mula2 agak ragu2 tapi why not try dulu kan?

1st appointment 10th Sept 2016. Untuk pengetahuan korang, operating hours Monday, Wednesday, Thursday & Saturday dari pukul 4.30pm to 9.30pm. Untuk branch lain, boleh la korang surf website dibawah ini:

http://www.goldengatefertility.com/

Aku pilih Sabtu sebab hari Sabtu lebih mudah for both myself & my hubby sebab bekerja. N then operating hours nya tak lah rushing sangat.

Masuk je klinik, benda pertama yang korang akan bau adalah chinese herb. Bau jamu macam mak aku buat. Hihi... then register both husband & wife. Tak ramai time tuh, ada 3 couples je. N kami datang sharp 4.30pm. Kemudian kami dipanggil oleh Dr Khoo. Yang ni anak Dr Khoo. Also graduated from China. Macam biasa soalan ditanya berkaitan kesuburan. Pernah keguguran tak? Pernah buat IUI & IVF tak? Pernah buat ujian kesuburan tak? Ada blockage time HSG test tak? Macamana ngan sperm. N dia tulis semua yang kita bagitau kat card tapi dalam tulisan Cina. Ofkoz la kan? Adui!

Dr Khoo jugak tunjuk success rate yang direkodkan. Memang agak tebal habaq hang! Malah yang datang from oversea pun ada. Mostly ada masalah yang lebih teruk dari aku. Pernah buat IVF, UCSI & IUI. Malah ada yang pernah keguguran. So, takpelah... jom try!

Tapi takkan la dia rely dengan verbal je kan? So, few test kena dibuat:

Semen Analysis - Test ni dia tak buat disitu. Takde facilities I guess. So, dia bagi referral letter and my hubby kena buat outside guna surat tu. Kena bawak surat tu or else kena bayar lebih mahal. My hubby perform test ni on 15th September.

Blood Test both my hubby & aku - darah diambik & hantar kat lab luar.

Urine Test

Scan perut - dorang caj 10 scan yang pertama, lepas tu free for life. Dr Khoo kata ada 2 telur yang besar and satu kecik (tak tau ape - dia kena check semasa appointment seterusnya)

Benda pertama yang dia bagitau adalah ubat2an dia adalah certified halal. Korang boleh check certificate kat bawah ni.

Untuk permulaan, kami dibekalkan ubat untuk seminggu sampai lah appointment akan datang. Ubat2 tu dimakan 2 kali iaitu pagi & malam, selepas meal. Tapi oleh kerana aku dah menghampiri waktu subur, maka, next appointment adalah pada 14th September untuk scanning & review kalau2 test2 result kat atas dah keluar.

Oh yea, selain tu aku kena rekod perubahan temperature badan aku guna alat ni. Setiap hari after bangun pagi & less pergerakan. Nanti dorang akan rekod kat satu chart ni. Yang kelakar dorang bagi buku tiga 5 untuk catat suhu tu. Takpela, asalkan serve the purpose what?




1st appointment ni, caj nya RM 15++.00 cover semua test diatas, alat pengesan suhu & ubat2an. Nampak mahal kan? Tapi demi anak kedua! Mari cuba...

*Note : Ubat2 tu takde specific rasa & ada sikit bau macam pil Chi Kit Teck Aun tapi tak lah kuat sangat pun. Tiada rase mint macam pil tu. Lepas makan, takde rasa 'memanaskan' badan. No 'pantang' or restriction of food semasa pengambilan ubat ni.




2nd appointment, on 14th September. Ujian darah dah keluar & Dr. Khoo Mow Song sendiri yang attend kami. Ujian tu cover banyak elemen termasuk lah thyroid & also cholesterol. Untuk aku, tak banyak yang dia highlight cuma hemoglobin rendah tapi tak lah sangat rendah. Thyroid aku pun dah takde. Magic kan? Haha... well, memang dah takde sejak 9 bulan lepas maaa. Pasal hemoglobin tu, aku ada google makanan yang boleh increase-kan balik level hemoglobin. Kena makan folic acid. Yup, aku memang makan sebijik sehari tapi kalau tak cukup, boleh la makan lebih. Maybe aku akan increase kan 4 biji. Time forum haritu, dorang kata amik banyak pun takpe sebab itu cuma vitamin. No harm to your body. Makanan yang ada iron, beetroot & vitamin C. Nampaknya makan buah selalu pun tak cukup la. Hmm... kena beli dr Shaklee ni.

The rest aku sehat & doctor kata aku boleh hidup sampai 100 tahun. Hihi... simpan duit babe!

Untuk my hubby plak, dia kena suspect ada Talasemia. Ape benda Talasemia? Hmm... itu adalah darah yang berasal dari keturunan. Aku tanye gak ape yang serius? Dia kata kalau pesakit Talasemia kahwin dengan orang yang juga pengidap talasemia, susah nak dapat anak & paling teruk kalau pregnant, memang akan keguguran. Talasemia ni sesuatu yang diturunkan dari generasi. Dia kata takde cara mengubat. Cuma pesakit ni perlu hindarkan dari berkahwin dengan pesakit Talasemia kalau nak zuriat. Hmm... Tapi my hubby kena jalani another blood test untuk memastikan betul dia ada Talasemia sebab blood test sebelum ni cuma 'suspect' dia ada Talasemia je. Huhu... Well, for record selama ni tak pernah my hubby tau dia ada Talasemia dalam mana2 test. Oleh kerana Talasemia ni ada kaitan dengan kesuburan, maka kat Golden Gate, memang perlu pastikan samaada dia betul2 ada Talasemia & kalau betul ada, anak2 dia pun perlu di-check untuk future precautions.

Hmm... The rest, my hubby kena take note dengan cholesterol level dia.

Kemudian scan my perut. Dr Khoo kata dia suspect ovari belah kiri ada PCOS atau Polycystic Ovary Syndrome. Mende tuh? Cam telur banyak tapi tak matang. Hmm... tapi dia kata too early untuk summarized kan sebab kena scan time appointment seterusnya. Okay2... takpe...
N ada few healthy eggs yang sesuai bersenyawa. Kendian dia sarankan untuk bersama / seks pada 2 malam seterusnya. Hoho...

Untuk 2nd appointment, kami kena RM 220 (Caj scan RM 60 + RM 160 untuk blood test Talasemia tuh).

Next appointment 17th September. Doktor ni tak cuti kot? Haha...

Appointment ketiga 17th September. Semen Analysis result dah keluar. Maka, memang ternyata kekurangan kualiti sperm my hubby perlu dirawat. Dr Khoo bukak rekod comparison dengan pesakit lain. Kiranya walau sperm my hubby tak lah teruk sangat, tapi still lebih baik dirawat sebab so far takde hasil kan?

And then dia scan telur aku and kata ada telur yang cantik n ready bersenyawa. So, dia tanda tarikh yang perlu kami untuk bersama. Ubat baru dibagi untuk my hubby berbentuk cecair. My hubby kata agak pahit tapi takde la melekat kat mulut. Telan jela. Aku tengok my hubby sangat positif. Tak kesah pun. Asal dapat hasilnya. Harga ubat untuk appoinment ketiga RM 360 + RM 60 scan : RM 420.

Appointment keempat 24th September, kami dapat Dr. Khoo Mow Song lagi. Best2. Tapi bukan la anak dia tak best. Sama aje. Hihi... Dr. Khoo Mow Song ni agak peramah. Couple sebelum kami tu dah pregnant dalam 6 cycles. Tapi patient tu ada banyak history cam keguguran, and umur dah 39 tahun. Satu lagi patient tuh dari JB. Travel sebulan sekali je & guidelines semua through whatsapps. Dasat kan? Aku rase most patient dorang camtu. Sebab dari oversea pun ada.

So, my hubby cam yakin dengan treatment dorang. Takpela, tengok lah rezeki kami plak kan?

Then dorang bagitau pasal my hubby's punya blood test checkup yang berkaitan dengan Talasemia. N yes, he is the carrier. Well, takpela, takde effect papepun sebab aku takde Talasemia tu. Tapi nanti anak2 kena amik blood test. Si Yamin kata dia nak amik test tu umur dia 17-18 tahun. Kelakar. Well, depends on camne aku explain kat dia aritu. Takde la aku sebut Talasemia. Kang dia tak paham plak kan? Nanti kena take note untuk checkup darah dia.

My hubby abit down la pastu. Tapi takpela abang...

Dr. Khoo pun kata okay je. Jangan give up and be patience.

Total bill RM 420 sekali dengan scan. Sama ubatnya dengan haritu tapi ubat aku ada label 3A & 3B. Tak sure ape bezanya dengan hari tu. Nanti nak tanye balik :) Next appointment 1st Oct. Aku tak sure 1st cycle ni boleh berjaya pregnant tak... tapi takpela. Since my hubby tak kisah kan? His money dia cakap... haha!

1st October 2016 - 5th appointment. Ada 2 kenduri sebelum tu. Sampai kat Puchong, Dr Khoo panggil & scan perut. Dia kata aku cam pregnant sebab lining kat rahim dah menebal & suruh aku pergi buat ujian air kencing. Aku tanye tak terlalu awal ke? Dia kata tak... So, air kencing diamik & bagi kat kaunter. My hubby dah tak sabar. Berdebar2 plak katanya. Aku lak tak rase pape pun tapi nak gak tau kot2 pregnant kan? Hmm...

Tak lama tu, Dr. Khoo panggil lagi n kata tak dapat detect maybe sebab baru 13 hari from ovulation day. Dia kata tunggu 2-3 hari. So, untuk harini, charge RM 440 (extra RM 20 untuk ujian air kencing). Hoho... Balik tu my hubby extra care abes la. Haha... yela, mana la tau. N then dia excited. Aku kata jangan excited sangat. Memang beberapa hari tu aku rase cam lain macam. Cramp kat kaki lebih teruk dr selalu. Then sengugut plus breast rase bengkak. Huhu...

On the way balik kg, sangat la sakit sengugut dalam kereta. Selalu aku da amik panadol da. Tapi tak... Ahad tu, kami gi Kajang, aku pun rase sengugut n cramp kat bahagian kaki. Tahan jela kan? Kebetulan ari Isnin cuti Awal Muharam, tengok2 period plak... memula sikit and my hubby kata maybe spotting. Then aku mintak my hubby beli alat mengesan kehamilan tu and usap perut kata if ada baby dalam perut mama, tunjukkan la... but then, keluar period sebanyak2nya... huhu... sian my hubby. Dia dah mengharap sangat.

Bila dipikir2 balik, ada perbezaan time period ni dengan period yang lepas.

Pertama, sengugutnya lain macam. Selalu aku sengugut sikit2 je. Sengugut kali ni kalau nak dibandingkan nisbah, dalam nisbah 1 ke 7 ok? Pastu agak lama. Aku tak pernah sampai breast tegang. Tu yang aku teragak yang aku pregnant. Hmm... orang kata kelainan camni memang selalu buat orang salah paham kan?

Kedua, darahnya agak pekat merah. Selalu tak camtu. N then kali ni memang banyak especially untuk hari pertama & kedua. My mom kata maybe nak buang yang kotor2. Kesan ubat herba tu. N my mom kata, baru cuba, takkan nak expect result dengan cepat kan? Betul gak... Then my mom kata try minum susu kambing ngan madu ke per tah sebab my sister in law try and dia tengah mengandung sekarang. Nak tanye segan. Takpela, nanti google. Ikhtiar la mana boleh kan?

So, sabar la. Tunggu next cycle plak.


Sunday 18 September 2016

IUI, IVF atau ...........?

Well really I can't take it anymore. Dah berumur 34 tahun ni n am still struggling dengan baby yang kedua. Ape tah cara yang kami tak buat? Dah makan ubat. Ujian kesuburan. Semua lah! Tapi no good news so far. Jadi aku mula considering IUI & also IVF. Time meng-google, kebetulan 3rd September lepas ada forum yang dianjurkan oleh PPUM. Aku call untuk attend and my hubby pun setuju untuk pergi. Tapi as always, oleh kerana tak tau nak tinggal Yamin kat mana, maka my hubby tunggu dalam kereta dengan Yamin & aku je sorang pergi ke forum tu.

Dalam forum tu ternyata ramai pasangan bermasalah untuk mendapatkan baby.

Topik pertama, macam biasa pengenalan. Lepas tu IUI. Topik seterusnya IVF. Last sekali UCSI & lab. Selama 2 jam aku rase forum tu sangat informatif untuk kami and buat aku rase nak terus buat IVF. Jalan paling cepat kan? Walau mahal.

Then mula la aku tekan calculator. My hubby kata ok je boleh je sebab dia ada duit sket. Oh yea, cakap pasal kos, total estimate dalam 12k plus2. Nape aku kata plus2? Dalam forum tu kata 6k untuk IVF tu tapi balance 6k untuk ubatan. Tapi takkan la nak standby exactly 12k kan? Mesti ada plus2 nya.

N ofkoz, kena cari plus2nya tu dari meminjam.

Dah buat appoinment, then tangan aku gatal la google testimoni past bloggers yang buat kat tempat yang sama. End up most of them tak berjaya pregnant walau telur gred AA. Even kalau dah berjaya mengandung pun, gugur dalam masa beberapa minggu. Yup, aku ada query success rate via phone call. Dorang kata 35% so far. Hmm... I pun tak tau sebab 35% for me too low la untuk dibanggakan.

So then aku mengoggle any other possible option. Kenapa? Well, dari ujian kesuburan yang kami buat September tahun lepas kat Hospital Umra, Shah Alam - resultnya bukan lah teruk sangat. Semua test okay cuma my hubby perlu tambahkan kualiti of his sperm & aku kena rawat my thyroid. Then sekarang my thyroid dah recover, aku rase ada cara lain nak perbaiki kualiti of my hubby's sperm. Lepas tu aku jumpa satu fertility center - Golden Gate Fertility Center yang ada few center termasuk kat Puchong Jaya. Hmm... why not we give it a try? Hmm...


To be continue....

Thursday 15 September 2016

Aug 2016 - My Long Wishlist The Actual (Part 3)

Lagi 2 hari sebelum berakhirnya Aug 2016. Adakah aku akan merindui Aug? Hmm... aku rase aku dah takde heart feeling lagi sebab maybe dah tua kot. Hahaha... 

Sekarang ada rase sedikit takut kot2 aku termati muda. Harap dijauhkan la kan? Sian Yamin nanti... Huhu...

Okay la... bercakap pasal actual barang, aku rase dah cukup 31 dah... termasuk yang kecik n yang besar. Cuma jeans tu, cam tak mungkin je nak beli. Aku rase kekadang aku gemuk, kekadang aku kurus, haha.... cam boleh je kan? So, cam harapan pelsu je nanti aku beli then tergemuk balik. Baik takyah. Tunggu la nanti... huhu...

Aug 22 - Renew lesen. Haha... Ini sebenarnya aku dah buat before my birthday tapi aku terlupe nak masukkan dalam list. Aku renew terus 2 tahun. Senang. Takyah la upload gambar bagai ek... cam tak sesuai je.

Aug 23 - Beli seluar dalam. Yup, memang ada sedikit kebiruan disitu. Hahaha... eh silap, kekuningan. Tapi aku memang tak selalu beli seluar dalam. Nak kata setahun sekali pun jarang2. So aku beli jela ada dalam 5 helai yang baru. Harga tak mahal pun. Asalkan selesa. Gambo pun tak yah la kepoh...

Aug 24, 25, 26 & 27 - Shaklee supplements. Hihi... ini bukan lah tak boleh beli selalu. Tapi kehabisan idea ape nak beli bulan Aug ni. 

So sekian la untuk Aug ni ye? Huhu... 



Monday 22 August 2016

Aug 2016 - My Long Wishlist The Actual (Part 2)

Selepas beberapa hari kebelakangan ni, aku rase aku dah terover spent untuk memenuhi kehendak & keperluan my birthday month. So scary tapi aku rase ini baru sekali kot aku berbelanja sakan dalam sebulan. Huhu...

Aug 7 - Kasut kerja baru. Yes, aku beli again brand Primavera. Kali ni beli kaler coklat & harga RM 99. Takpela, boleh tahan lagi setahun kan?



Aug 8 - Seluar kerja baru. Well, aku tak tau memula nak beli brand ape & cutting-nya. Aku ingat nak beli murah2 je. Haha... FOS ke, ada je RM 70 kot selai. Kekadang ada gak kombo, buy 1 free 1. Tapi aku penah la google kata seluar kerja ni kena invest sket baru nampak ada kelas. So, last week 15th Aug, aku amik cuti & jalan gi Pavilion. Aku beli brand Mango ngan harga RM 149. Try saiz 34, agak ketat. So aku beli saiz 36. End up besar sket tang pinggang. Takpela, da tua2 ni tak boleh la pakai ketat2 kan? Huhu...

Aug 10 - Yes! My necklace from Agatha Paris dah sampai. Memang cantik & puas ati, malangnya penyambung necklace tu berbentuk anjing la. Tak tau nak pakai tak... so, tak pakai. Huhu... dari segi certificate, ada special certificate. So, confirm la ke-ori-annya. Layan je...






Aug 17 - Checkup doktor untuk tau current tiriod update. Yes, ini memang tak selalu boleh buat. Kebetulan 11hb aritu, aku gi follow up appointment kat SDMC. Appointment pukul 9.30am & aku gi awal. Mana tau kena amik sample darah & kena tunggu selama 2 jam. Hampeh tahap asbestos. Time tu memang duit dah menipis, so aku gi jalan gi pejabat pos near Inti College untuk keluarkan ASB. Dapat jumpa doktor dalam pukul 11am & end up tiriod aku okey cam 6 bulan lepas. Next appointment next year. Haish.... memang dah tak tau what went wrong. Doktor suruh aku jumpa doktor fertility plak. Cuma nak amik masa sebab duit & my hubby bukan ada masa pun. Fed up!





Aug 18 -  Trying new K-food. After checkup kat SDMC, sempat la aku gi Midvalley. Haha... tapi takde ape yang menarik kat Midvalley dah. Cam g Pyramid je. So, aku decided nak try Yukgaejang kat Dubuyo. Dalam menu tuh kata limited edition. Beef soup serve ngan glass noodles. Malangnya tak abes. Bukan sebab tak sedap, tapi mee nya banyak sangat. Harga RM 18.90







Aug 19 - Haa, aku memang takde idea nak beli ape lagi. Tapi aku pun tak paham nape kalau ngan Skinfood, aku gatal je nak beli barang. So, aku try few new products yang aku tak pernah try before. Ada Pomegranate Collagen Eye Mask, Pomegranate Collagen Neck Patch Mask, Jeju Tangerine Mask & Teatree N Lavender Spot patch. Total bill RM 62.90



Aug 20 - Shampoo Dove. Haha... yang ni pun boleh ada dalam wishlist ke? Yup, aku rase aku tergoda dengan iklan. Haha... kebetulan aku dapat RM10 baucer dari Healthlane Pharmacy. Sape nak bagi kan? Tolak ngan baucer, harga baru RM 5. Haha... terima kasih Healthlane!




Aug 21 - Selain rambut, aku pun nak jaga gigi aku. Haha... yes, my gigi-s. Kebelakangan ni gigi aku agak tebal karang nyer. Menakutkan... N kuning. Haha... aku beli Colgate Optic White & Sensodyne Whitening. Ada promo kat Giant. My hubby belanja, yabedabedu! Haha... 
Setakat ni baru guna Colgate Optic White & agak berkesan mengurangkan kekuningan & karang gigi. Takyah susah2 buat scaling kan?

Aug 22 - Being new place. Yes, ini memang sangat tragis... aku memang teringin nak gi new place. Aku pilih Pavilion je. 1st sebab aku memang suka window shopping. 2nd sebab bila orang citer pasal Pavilion, aku tak boleh bayang bentuk & layoutnya camne. So, cuti 15hb aritu aku pun gi la. End up aku rase banyak kedai tak boleh masuk. I mean, bukan la tak boleh masuk. tapi takat RM 2-300, takyah nak berangan laa... Aku jalan kat Tokyo Street kat tingkat atas & sangat tertarik ngan bumbung-nya. Haha... nape bumbung? Erm... aku rase tak tau nape bumbungnya cam menyebabkan kawasan itu cerah. Aku belanja gambar yang aku amik kat Pavilion ek? Aku pun try satu benda yang aku tak pernah try iaitu jeruk dari kulit Pomelo fruit. Selalu aku buang je kan? Kreatif orang sekarang. Aku beli kat kedai nama Castania kat tingkat bawah sebelah food court. Mahal sket tapi takpela kan?










Then aku gi kat satu kedai nama Miira Mew kat Tokyo Street & end up beli selai baju harga RM 36.70, murah habaq hang!

Tinggal 9 hari before Aug 2016 abes... So sad! 

To be continued lagi!