Sunday 31 March 2013

Potong



Assalamualaikum dan selamat petang, haha… aku busy sket arini. Maklumla 3 ari da tak keje. Jumaat tuh, aku MC. Keji x? haha…. G butik tudung kat The Strant. Malangnya tudung yang aku cari tuh takde kaler L sedih giler. Aku main tibia je beli tudung hoodie. Harga RM 40 satu tapi pastu nyesal la plak. Haha…

Balik tuh singgah Tesco Shah Alam. Makan kat JM Bariani, pastu beli tudung Shawl yang berharga RM 8, sape kesah kan? Balik tuh, tido jap and then amik Yamin.

Aku singgah Petronas nak kuarkan duit. Tapi mesin rosak. Lantak la kan…
Perbualan aku ngan Yamin.

Aku : Yamin, kat Petronas jangan beli mainan ek? Mama belum gaji. Papa pun potong duit mama (duit elaun).
Yamin : Ok… Yamin nak aiskrim je. Sian mama, papa potong duit mama.
Aku : Haah… sian kan?
Yamin : Papa potong duit mama dengan pisau kan? Cian mama..

Huhu… wahai anak ku… nanti besar Yamin akan paham maksud ‘potong’ sendiri.

Sabtu, hubby ada internal audit kat opis. Aku and Yamin lunch kat Saachien, Kota Kemuning. Tapi Yamin sorang je makan.  Malam kitaorang g Setia City Mall and tengok The Croods kat Jusco Bukit Tinggi. Diam tak diam, tinggal less than one month for K-trip. Tapi kat news, da start kata nak perang antara U and S. Huhu... risau la plak.

Wednesday 27 March 2013

'Benda'



Pagi tadi aku macam tak sedap ati. Aku pun tak tau nape? Adakah sebab aku asek terpikir ape nak pakai, makeup sumer untuk attend my fren wedding this comning Sunday? Ntah la… totally tak tau… even time aku iron baju, baju tuh terbakar sket… huhu… sadis okeh?

Aku g Tg Sepat untuk amik cek dari client aku.

Balik tuh, memang rase tak sehat. Memang distracted habes ngan makeup. Semalam kawan aku kata, dalam banyak2 mak andam, nape amik sorang kawan kitaorang tuh. So, macam nak amik MAC tapi kena g Setia City Mall untuk makeup. Haha… ape la aku ni kan?

Pastu sampai satu traffic light. Aku perasan keta paling depan da jalan, so aku tekan minyak dengan pelan. BAM! Terlanggar keta depan… huhu… aku bagi signal untuk berenti tepi, tapi keta tuh amik masa untuk berenti gak.

Well, betul, memang kemalangan ringan. Cuma  ada plastic cover pecah sikit. N no plat orang tuh pun abes la berlubang. Tapi keta aku, ok je… nak tau nape? Sebab keta aku kan gagah?! Haha… aku bernasib tak baik sebab keta tuh agak lama. So, siap dia kata aku telah merosakkan bumper ngan boot kereta dia. Padahal bukan la kemek pun. Cuma nyer mungkin impact. Cara dia bukak2 boot keta tuh cam hebat je kemalangan tuh. Wife dia suruh settle kat situ, tapi mana aku ada duit kan? Huhu… lagipun, kalau aku bagi RM 200 ke atau RM 100, tetibe kos nyer cume singgit camne? Sape rugi?

So, baik dia repair dlu… nanti invoice bengkel tuh, tunjuk kat aku… kalau dia ada agama, takkan nak tipu plak kan? Huhu…

Pas tuh, aku rase ok plak… huhu… sah, ati tak sedap pasal ada ‘benda’ nak jadi… huhu

Tuesday 26 March 2013

GM Vs. KWC



Da pegi GM and KWC? Let’s compare!

GM

 
Terletak kat area Bandar Botanik, Klang, memang tempat yang tepat untuk pusat borong. Tapi GM baru bukak – I think less than a year… So, banyak kedai tak bukak. Aku rase aku tak prefer sangat kat GM sebab aku sangat tak suka cara management susun kedai. Dalam satu tingkat, bercampur aduk. Ada kasut, mainan, baju, and macam2 lagi… Sangat susah nak cari kalau 1st time datang sana.

GM nampak sangat besar dari luar, tapi kecik plak dalam.

The only things yang bagus, parking senang cari. Itu je :-P Ahaha…

KWC – Kenanga Wholesale Centre


Aku pergi sana about few months ago. Salute ngan susunan kedai yang teratur tapi sangat cramp dalam satu tempat. Tapi, paham la, nama pun pusat borong kan? KWC ni, ada ditengah2 kawasan KL. Jadi sangat sebuk n susah nak cari parking. Kalau nak g, kena la datang pagi2, time baru bukak.

KWC banyak pilihan. Barang2 nya ada yang mahal gak. Tu je masalahnya. Hehe…

Kalau dari segi pilihan : Aku pilih KWC
Keselesaan : KWC
Harga : Erm… dua2 pun tidak! Haha…

So, mana pilihan korang? :-P

Monday 25 March 2013

Lambat



Bangun pagi tadi da kol 8. Hubby da g airport tanpa / dengan kejutkan aku. Mesti aku tak sedar pun, ahaha… sejuk giler, huhu… macamana la nanti kat Korea kan? Sejuk yang tak berapa ni pun da rasa sangat sejuk…

Sampai opis, ada sorang je yang da sampai. Haha… nampaknya bukan aku sorang je yang bangun lambat. Alhamdulillah Yamin pun tak singgah kedai. Ada kawan kat umah babysitter dia, tuh yang dia cool semacam tu. Hehe…

Tak lama lagi GD nak buat konsert kat Malaysia, sangat la best. Tapi tarikh tak sure lagi… itu la masalah nyer! Tapi aku agak2 selepas my K-trip. Aku maybe taknak bersesak2 kat tempat jualan tiket tuh. Harap ada yang jual tiket VIP macam aritu. Hehe… so, maybe dapat la diskaun kan? Hoho.. not sure nak g ngan hubby ke tak?! Macam da banned aktiviti luar ngan dia, ahahaha.

Semalam kitaorang da discuss samaada aku boleh g kenduri my fren this coming Sunday. Yes, aku agree nak pakai baju sediada :-P tapi…… haha… ada niat nak survey baju kat Kompleks arini, wekeke… biasa la, aku kan perempuan! Sebab aku da target nak pakai baju kuning air…. Nak kuning air gak! Masalahnyer, jerawat besar kat pipi aku ni camne nak ‘tutup’?! Huhu…

Bola Kampung The Movie



Peminat Bola Kampung? Well, to be honest, aku bukan peminat Bola Kampung. Hehe… tapi Yamin nak tengok. So, aku bayangkan Bola Kampung ni…Bola dan Kampung. Haha… betul la kan? Ternyata aku silap. 





Plot:

Pengembaraan Iwan, Zul dan Sabok kedalam permainan computer Kingdom Hills untuk menyelamatkan Negara itu dari pencerobohan Vilus.



Things for you to love this movie:

Tak banyak plot main Bola dalam movie ni, tapi ofkoz ada terselit 2 scene Bola yang tak membosankan. Kiranya, ada sebab untuk makcik pakcik mak ayah anak lelaki perempuan untuk suka. Ada wujud suasana kekampungan, harmoni dan digital yang pasti menarik tumpuan korang. Aku bangga Malaysia da mampu buat animasi menarik camni. Selain Upin Ipin la kan? J:) Tahniah kepada warga kerja Bola Kampung!