Tuesday 26 July 2016

Laman Grill | Steak & Bar-B-Que

Dah lama kot aku tak posting pasal tempat makan. Well, memang terlampau banyak sampai tak terkira jari ok? Tapi oleh kerana restoran2 yang aku try semua so-so je, aku pun malas nak update kat blog.

Last week, lepas gado, ahaha... my hubby ajak makan kat Laman Grill | Steak & Bar-B-Que kat Laman Seri, Shah Alam. Aku rase takyah kenalkan lagi restoran ni sebab sangat lah famous. Ownernya one of the masterchef's Malaysia judge, Chef Zubir Zain. Sekali dengar cam mahal kan? Sebab bukan calang2 chef bukak restoran ni. Tapi oleh kerana hubby bayar, ikot je...

Kami order Mushroom soup for appetizer, Lamb Shank, Rib Eye 320gram, Warm Chocholate Cake for dessert dan Ice Lemon Tea plus Mojito Drink untuk air minuman. Service nyer cepat. Tak sampai 10 min, mushroom soup dah serve. Sori, aku tak baca sangat menu. Main order je. Haha... So, mushroom soup ni bukan kaler putih ek? Kalernya cam guna wild mushroom je. Sedap habaq hang! My son memang suka sampai licin mangkuk dia makan. Serve dengan garlic bread yang crunchy, ohhh.... sedapnya. Abes my diet :) Harga mushroom soup ni RM 15.50, sampai semalam pun my son masih teringat2 kata sedap..






Takde menarik pasal drink nyer... Mojito Drink berharga RM 12.50 & Ice lemon tea RM 7.50



Then my rib eye steak sampai. My hubby amik medium rare. Saiz steak ni sederhana, takde la kecik sangat n tak besar sangat. Serve dengan black pepper sauce, potato cake & salad. Agak liat, maybe patot return kat kitchen tapi my hubby pun diamkan je. Tak patot, tak patot... Harga steak ni RM 55.50. Maybe next time amik T Bone as recommended by the waiter.




Lamb Shank ni plak, memang besar habaq hang. Aku pun cam tak yakin boleh menghabiskannya. Serve ngan potato cake and grill vege, takyah cakap la... memang sedap! Walaupun kambing ni tak lembut sangat tapi sedap la... ngan sauce nyer, perghhh... potato cake tu memang my favorite. Crunchy part in the outside sebab mozzarella & parmesan cheese. Errr... lain kali nak order potato cake tu jela :-P Jimat bajet. Harga set ni tak mahal sangat - RM 38.50. Tapi hang makan la sampai kekenyangan. Sebaik aku bagi sikit kat my hubby. Kalau tak, memang bercinta nak menghabiskan. Saje je aku suruh my hubby letak tangan kat gambar bwh ni nak gambarkan bertapa besarnya saiz lamb shank nih.




Warm Chocolate cake ni silap kami amik time awal. Kalau time dessert memang feel makan. Warm chocolate cake tu ngam2 untuk kami bertiga share. Serve dengan sauce berries & apples, sangat memuaskan hati. Ice cream tu biasa je... nothing special. Presentation not bad. Pinggan je besar. Haha... maybe sebab dia dah adjust kuantiti main course yang memuaskan ati. Harga warm chocolate cake ni RM 16.50 ye...




Next time boleh repeat lagi. Semua harga diatas plus service charge (4%) & GST - MYR 160.95
Boleh la pergi lagi lepas gado kan? Sape suruh gado, ye tak? ;-)


Oh ye, untuk booking, boleh la call 03-5523 7386. Ada jugak terdapat satu lagi branch area Kajang. Best! 

Thursday 21 July 2016

Oh My Ogos...

To be honest, walau berbaki 9 hari dalam kalendar bulan July, aku sangat la tak sabar nak tunggu Ogos. Ogos always will be my favorite month. Nape? Ya lor... my birthday month. Tahun ni, instead of menunggu hadiah / belanja makan dari my hubby & friends, baik aku belanja diri sendiri. 

Well, ada wish list yang aku nak beli sepanjang bulan Ogos. Trust me, aku bukan selalu shopping tau. Memang orang yang leceh. Sekarang duit aku banyak habis kat supplement je. So, khas untuk bulan Ogos, kalau duit tak cukup pun, aku nak kuarkan duit tabung. Nak beli semua benda yang aku nak. Sangat la tak kira.... persetankan semuanya. Ada 2-3 barang yang aku berkenan... tak sabar rasenya. Nanti aku update. 

Yang penting aku akan amik cuti sehari utk berjalan2. Wawawa... bestnya. Can't wait for that day.

Note : Rasa tak sedap hati lak arini, nape tah.

Monday 11 July 2016

Raya 2016

Orang tanya, 'How your Raya?'... jawapannya sama je cam Raya2 tahun lepas. Well, 2 days before Raya, malam, my hubby ajak g berbuka puasa kat restoran Seafood Hokkaido kat Titiwangsa Sentral, KL. Chinese Seafood. Pork free. Not bad la makanannya. Lepas berbuka, dia ajak g Jalan TAR. Nak nyopping raya katanya. 

Aku cuma tinggal nak beli tudung je. Memang tak suka ngan baju raya aku tahun ni. Aku dah hantar baju tu 2 bulan lebih dah. Dah cakap ngan tailor tu aku nak awal sebab nak g jahit manik. Mana tau beberapa hari sebelum raya baru siap & baju tu turn out to be very la gedabak. Scary tahap asbestos, g hantar untuk otter balik. N siap petang sehari sebelum raya. Memang sekian... cari aksesori memang dah last minit semua tak berkenan. Haha... 

My hubby sponsor 4 helai tudung. 2 helai tu berharga RM 15 utk 2. Kira satu RM 7.50, eh murah bapak... untung ke jual rege camtu ek? Yang 2 helai lagi RM 10 each. Yup, aku memang beli benda yang murah2 je. Last2 minute ni, memang la takkan dapat semua yang memuaskan ati kan... Lagipun aku rase kat Jalan TAR, baju2nya memang biasa2 je. Boringgg... nape tah? Ke aku yang cerewet?

A day before Raya, aku & Yamin tolong mak kemas rumah. Yamin vakuum & mop lantai. Yes... memang dia baru 6 tahun tapi hasil didikan, memang boleh diharap anak aku tu. Tak la mengharap dia buat bersih, tapi memula memang niat dia 'nak kacau', nanti lama2 perfect la kan. Lepas tu malam Raya, dia tolong masuk kuih dalam balang & susun atas meja. Best anak aku tuh... huhu...





Pagi Raya, my hubby & Yamin g solat raya sama2. Yamin dah besar, nak biasakan dia ikot papa dia g masjid & solat sama2. Again, practice make perfect. Aku terus gi rumah mak & my sis dah siap masak. Haha... dia yang nak masak. Volunteer. My sis ni pattern tak boleh orang tolong dia masak. Dia tak gemor. So dapat la aku bersiap awal tahun ni. Hik hik... Ini la gambar raya kitaorang. Layan je...




Raya pertama & kedua, macam biasa, my mom's house memang ramai orang. Mostly makanan abes. Alhamdulillah. Raya kedua petang, balik rumah mertua. Sedih gak nak tinggalkan mak. Esp dengan keadaan dia lately yang kurang stabil. Yup, my mom tengah ada masalah sket ngan abah. Tak boleh citer disini hokey?

Rupanya my mertua pun ada masalah sket ngan menantu & cucu. Tapi bukan dari family aku la... atau ada, cuma dia tak bagitau. Haha... well, anyhow kesian gak anak2 mak mertua aku semua beraya kat rumah mertua masing2 dulu. Memang kesian. Kira dia raya berdua jela. Tu la... doakan aku mengandung & bersalin time Raya tahun depan. So, boleh la aku raya lagi kat Jalan Kebun tahun depan bila anak2 dia yang lain raya kat Gedangsa. Tahun berikutnya, adalah family kitaorang beraya ngan dia, ye tak? Tapi... semua tu plan Allah. Kita hanya mampu merancang....

Okey la... itu la minggu pertama Raya 2016. Semalam aku da start keje. Cam biasa Raya2 aku, tak banyak beraya. Mostly raya my sedara's je. Tapi tak tau la... maybe tahun ni my hubby berubah :-P Kita doa2kan ye?