Wednesday 31 October 2012

November : Month of Love



Server down lak pepagi ni. Bagus ke tak? I have tonnes of works pending lagi ni. Huhu… tragis2.
Sedar2 da masuk November. Kebanyakan tahun, aku suka sangat bulan November. Sebabnya, November adalah Month of Love. Kenapa? Hehe… Well, hubby ngan aku nikah pada bulan ni, 4 tahun lepas. Yes, 15 November 2008. Selain tuh, November adalah bulan sebelum December yang tak lama lagi aku akan dapat BONUS!! Keke… Bila keje kat company ni, aku tak mengharapkan bonus banyak cam S*S dlu. Ada sekali tuh aku dapat RM 9,700!!! Tapi duit tuh da lesap dek angin, haha!

Berbalik pada topic asal. Anniversary… orang kata 5 tahun perkahwinan yang pertama adalah tempoh yang paling mencabar. Ada pasangan yang tak serasi, bercerai je… Hmm, aku tak pun rase hubby aku serasi ngan aku. Tapi kesabaran banyak membuat aku untuk bertahan sampai ari ini. Yela, mungkin ada orang marah bila aku kata kitaorang tak serasi. Hmm…. Bukan ke serasi maksudnya sepadan. Sepadan dari segi pemikiran, sepadan dari segi rupa. Bila orang luar tengok, orang mesti suka tengok kitaorang yang sepadan ni. Tu la wujudnya, pasangan yang sepadan, macam pinang dibelah dua la la katakan.

Kalau nak diikutkan, memang hubby ada sedikit ciri-ciri lelaki idaman aku, Time tuh, aku boh simple je criteria untuk jadi hubby aku. First, aku nak sangat dia bukan dari keluarga kaya. Hmm… yes, aku ada bad experience ngan lelaki kaya.
Pastu aku nak cari lelaki tak berapa kacak, so aku takde la pikir dia ngorat pompuan lain bagai lak. Hoho… Yang penting, dia kena orang Selangor. Malas nak balik kampong jauh2. Tapi kan, walaupun nak balik kampong amik masa 2 jam, aku da rimas dalam keta sebab lama sangat. So bayangkan kalau aku dapat orang Kelantan, mesti meroyan sepanjang jalan okeh??

Tapi bila pikir2 balik sekarang, aku ada banyak criteria lain nak tambah. Jeng jeng jeng.

Aku harap orang tuh menghormati mak bapak & family aku. Hubby bukan la tak hormat, cuma dia terlalu pendiam. Kekadang sian tengok mak cakap sorang sebab bila diorang tanya tak bersambut. Huhu… Macam cakap ngan dinding okeh???

Yang penting, lelaki tuh kena mensetelkan semua utang aku sebelum kawen, huhu….Boleh?

Lelaki yang boleh bawak g honeymoon luar Negara dan shopping dengan gumbira tanpa memikirkan duit :-P Keke

Paling paling yang aku nak, at least tinggi dia 180cm. Haha… bukan per, senang aku nak compare ngan artist Korea tuh. Tengok ek, semua lelaki Korea tinggi. Aku pun tak paham dorang ni manusia ke tak. Abg Lee Min Ho I da 184cm, same gak ngan Lee Seung Gi (Uwaaa…. Tak dapat jumpa esok L) Sedih2.

Tapi da tak boleh buat ape da.. terima je jodoh yang diberikan Allah. Alhamdulillah… kalau nak semua, mesti tak dapat, so jangan tamak tau!

Selepas almost 4 tahun kawen, macam2 perangai hubby aku tau. Yang paling ketara sekali, hubby kekadang cam pikir benda lain bila dia sama ngan aku. Ape yang dipikirkannya, aku pun tak tau. Aku tak rase dia pikir pasal pompuan lain, kalau ada pun, mungkin aku tak tau, HAHA!!! Layan jela.

Pasal hadiah anniversary, hmm…. Aku tak harap pape pun. Aku belajar dari kesilapan lepas sebenarnya. Harapan yang tinggi, takkan dapat. Keke… so what la kan? Yang penting sebab 15hb November adalah hari cuti, boleh la berjalan sampai petang. Sekarang ni, kitaorang da sangat tua. Kalau kuar pagi, tengahari da balik. Busan okeh? Haha… ape kata kita jalan sampai malam, abang? :-P Ekeke… Cuma aku harap dapat balik lambat 22hb November sebab ada Twillight screening. Abang dok umah jaga Yamin okeh? ;)

Arini bos MC. Oh yeah!

Tuesday 30 October 2012

Cry baby cry!



So upset sebab tak dapat nak g at Kenangan Wholesale City this coming Friday. Kenapa? Well, Lee Seung Gi datang KL!!! Huhu… malangnya sebab baru g Bigbang concert aritu, aku da sengkek. Uhuhu… sangat kesian kan?

Ni nak berangan la ni… kalaula aku dapat g, paling cikai pon pinjam duit mak…. Again! Yang bestnyer, dapat tengok + ambik gambar sama2 Lee Seung Gi!!!! Sape taknak kan? Hubby tak boleh nak nolon gak… waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………………Tiket VIP pon 500++, memang kesian aku nih L

Takpela Seung Gi oppa… Lain kali datang lagi tau! Time tuh kalau ada group photo session, aku mesti datang..

Waaaaaaaa…………..
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa………………..
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……………………..

Yamin + Bitbang



Malam tadi lepak depan TV ngan Yamin. Yamin sebuk ngan gula2 dia. Pastu aku nyanyi lau Bigbang.

Aku : Bigbang…bigbang…don’t stop! I said okay, okay…

Yamin diam and then cakap.

Yamin : Lagu ape tuh maa?
Aku : Lagu Bigbang la..
Yamin : Ye ke agu (lagu) Bigbang catu (camtu)? Bitbang (Bigbang) Bitbang… ok ok?
Aku : Haah…

Pastu dia pon nyanyi, Bitbang bitbang ok ok… huhu…
Chomel kan anak aku? :-P

Monday 29 October 2012

Yabedabedu!

Ihihi... jap lagi nak g Mutiara Damansara, maybe aku nak lunch kat The Curve. Yes!!!

Sunday 28 October 2012

Bigbang Alive Galaxy Tour Malaysia 2012



Tempat : Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia
Masa : 2pm - 11pm (Konsert 3 jam)


Sampai je Stadium Merdeka last Saturday (agak2 dalam kol 2.30 ptg), memang sangat-sangat ramai orang. Aku & hubby terus cari Gate 4. Hmm… sebelum tuh aku beli fridge magnet yang ada wording Bigbang Alive Galaxy Tour 2012. Bila sampai je Gate 4, ramai da beratur. So, aku berdiri kat belakang – memang sangat-sangat bengang okeh??? Da la tempat beratur tuh sangat-sangat dekat ngan jalan, so asek kena hon je. Bengang okeh???!! Pihak penganjur yang bangang tuh tak bagi guide betul-betul, so orang main beratur je tanpa tau lane mana yang btol.

Agak-agak kol 3, aku macam rase pening. Hubby teman aku tunggu kat tepi. Sebelum tuh sempat la aku beratur kat booth Official Merchandise and beli satu T-Shirt yang bling bling rege RM 110.00. Lagipun tak banyak pilihan. Ada hoodie (RM 230), Crown Light (RM 80)…haha… itu je aku ingat. Ada la ati nak beli hoodie tuh tapi bapak mahal la plak, so lupakan saje.

Hubby belikan burger yang tak sedap, well… memang makanan jual kat Stadium tak penah sedap, heran tol. Da la RM3, tak puas ati btol! Tapi walaupun da makan sikit, aku masih pening lagi. Padan la muka, sape suruh tak makan lunch? Huhu…

Bila je kol 4, aku terdengar ada satu announcement – yang tak berapa dengar, suruh kitaorang beratur kat side tepi tempat beratur tuh. Nak tak nak, walaupun da start gerimis, aku beratur gak. Ujan pon tak tentu, ada gerimis, ada ujan lebat. Aku duduk atas tanah, beralaskan baju ujan. Time tuh rase nak muntah pon ada… haha…. Memang da nak balik je okeh? Apepun aku sabar sebab kol 5 ptg, dorang akan bagi kitaorang masuk Stadium.

Masuk kol 5, takde sign yang kiatorang boleh masuk. Budak-budak area CAT 4 & 5, da start melaung ‘We Want IN’. Huhu… tapi tak diendahkan oleh staff kat situ. Tahap siot tol. Kitaorang cuma boleh masuk almost kol 6.15ptg!!!! Kejam okeh? Itupun terdapat kekeliruan. Orang-orang yang beratur kat tempat memula kitaorang beratur (yang tepi jalan tuh!), dapat masuk dlu! Bangang tak??!!! Sebenarnya orang-orang tuh pun tak tau ada new lane kat tepi. Lagi bangang, ada staff penganjur tak tau pon kitaorang beratur kat tepi tuh untuk CAT berapa. Ntah pape okeh???

Oleh kerana keadaan yang terdesak, aku terpaksa tolak orang kat depan aku. Sori ye??? Huhu… nak rebut kerusi punya pasal la kan?

Masuk je dalam tuh, ada la orang2 tunjuk mana nak lalu. Tapi…………………………….(speechless)……………. Kenapa takde KERUSI????

Well, rupa2nya, FREE SEATING yang ditulis dalam tiket adalah FREE seat mana2 ko nak…??? Memang bangang. Orang yang jual tiket ni ataupun nama lain adalah penganjur tak paham kot apa maksud seating… Sesape pon tau ape maksud seat maa… bodoh tol!!!

Ntahpape la. Yang aku sangat2 bengang lebih2 lagi, ramai je bawak kamera!!! Bengang tol. My biggest disappointment EVER okeh!!! Bodoh bodoh bodoh!!!

Anyway, walaupun ujan lebat, Alhamdulillah konsert masih berjalan tepat pada masanya.

My comment:

TO T.O.P –Happy birthday to you… I think you know the surprise already, huhu… For me, u are the most MAGNIFICENT, FANTASTIC & BEST rapper ever!!!
Haha… bila aku dengar dia rap, macam tak sampai suku suara dia. Dia memang hebat…sampai bila2. Aku suka suara dalam tapi garau ngancam! Hehe…

TO G.Dragon – Wawawa… U also NOT BAD at ALL!!! Love your talent, love your style…love you’re everything!!! Really rocks the night!

TO. Taeyang, Daesung & Seung Ri – The BEST, The BEST and THE BEST. Taeyang is the most happening person that night. Love Daesung’s vocal for the song Wings. Love love love!!!

The best sebab dorang nyanyi live and sampai end of concert, suara dorang masih tak mengah. Walaupun ni first konsert aku datang, tapi aku sangat-sangat berpuas ati ngan bersembahan dorang! Bigbang, hwaiting!

So korang, sorry takde gambar. Ada 2-3 lagu gak aku tak ingat nak nyanyi camne. Tapi sampai 2 kali dorang nyanyi lagu Bad Boy, Funtastic Baby & Hands Up. I wish next time aku akan dapat rebut pas VIP no matter what. And olls, never ever trust the rules from the organizer, they really like SHITS! For me, as long as benda yang korang bawak and buat, asalkan jangan membahayakan orang lain and artist yang datang, cukup la…

For the organizer, take note for the next concert. If you want to set a rules, make it done. Jangan cakap depan, belakang boleh je bawak. Sampah!

Thursday 25 October 2012

Let's Rocks!!!



Selepas aku bersusah-payah advertise pasal jualan tiket Bigbang aku kat mana-mana, takde orang berminat nak beli. Eh silap, ada sorang… tapi dia tak mampu nak bayar mahal2. So, takpela… aku akan terima baik buruknya. Ini bukan bermaksud aku terima rules yang diset upkan manusia itu. Huhu… lantak!

Malam ni aku, hubby & Yamin akan berangkat g Gedangsa. Esok Raya Aji, so, kena la beraya kat sana. Adil la kan? Hehe… Dok sana mungkin 2 malam. Sabtu pagi2 nak kena balik dah.

Target sampai sini dalam 10am ari Sabtu. Lepak2 jap. Agak2 kol 2 atau 1.30pm bertolak la kitaorang g Stadium. Hmm… katanya dapat lampu LED free… Yes! Yes! Kalau ikot kajian cuaca, ari Sabtu akan ujan kat KL – especially malam. Hmm… arini pon da nak ujan ni. Huhu… kenala hubby bawak keta pelan2…  Papepun, kena gak beli baju ujan… Hmm…

So guys… I have nothing more to say. Anyhow, let rocks the night!!!! See you T.O.P, G.Dragon, Daesung, Seungri & Tae Yang!!!! Promise me you will gave the best of you that night :-P Ahaha….XoXoXo