Wednesday 24 January 2018

Laporoscopy Treatment @ TDM - dated 02.02.2018

Dah hari ke 24 sejak tahun baru 2018. Aku pun tak sempat sangat nak post sebab aku baru je seminggu lebih masuk ofis lepas 2 minggu MC. Oh ye, fyi, aku baru je menjalani laparoscopy 2 Januari yang lepas.

Pengalaman seperti dibawah :-P

1st January 2018
Klinik Dr Hamid Arshad, ada bagi message melalui Whatsapps. Ada beberapa peraturan kena buat before pembedahan / laparoscopy.

- Firstly kena puasa. Last makan adalah pukul 8 pagi 2nd January 2018. Lepas2 tu, air seteguk pun tak dibenarkan.
- Bawak admission form & consent form yang diberikan oleh klinik untuk admit eh.
- Bercukur. Hahaha... yang ni memang perlu eh... private part kena bersih. Jangan semak pulak :-P
- Bawa baju persalinan cam kain batik and also peralatan cam toiletries.
- Perhiasan tidak dibenarkan pakai. Barang kemas especially. Gigi palsu, contact lens pun jangan ngade nak pakai.
- Guna enema malam sebelum laparoscopy. Ape tu enema? Well, aku pun first time dengar. So aku tanye la Mr. Google. Enema ni sejenis cecair yang dimasukkan ke dalam lubang dubur untuk clearkan isi usus. Hahaha... siap ada posisi cane nak masukkan cecair itu. Senang je nak guna. Yang penting kena redha & tabah je. Hahaha... dekat muncung enema tu ada pelincir tau. Tak susah nak masuk. Kesan pada aku tak sampai seminit. Terus nak ke toilet. Hihi... memang lega perut takde isi :-P






2nd January 2018
Aku dah bagitau awal2 kat my hubby untuk apply cuti sebab hari ni adalah hari pertama sekolah. Sian my son kalau tak ditemankan. Padahal dah darjah 2. Cuma kesian kan.... anak sorang.

Aku lak, bertolak dari rumah sebab aku nak kena sampai kat TDM pada pukul 8am. Aku taknak la masuk lambat. Ingat kalau admit awal, laparoscopy pun awal. Hahaha... rupanya anggapan ku meleset :-P Sanggap gak aku tunggu. Lepas masuk kat wad, da la I sorang kan... Aku dah tengok TV, kendian tengok henpon. Kebetulan aku tengah period hari ke-2. Tanye gak kat nurse tu, ada tak masalah. Dia kata takde masalah pun. Bole je. Nurse masuk kadang2 untuk check temperature. Aku lak dok sebuk tanye bila nak start. Tanye procedure. Ada dapat door gift berupa berus gigi, ubat gigi and face towel lagi tu.







Dorang kata untuk pesakit Dr Hamid, ada 3 orang operate hari yang sama. Aku orang yang kedua. Okay la tu. Tengah2. Tapi lama gak tunggu. Pukul 12pm, nurse suruh aku tukar baju. Bra semua tak boleh pakai. Bogel hokey. Tapi aku pakai la panty sebab aku kan period. Dorang cakap nanti kat Operation Theater (OT), cane pun kena bukak. Huhu...

Lepas tukar baju tu pun, mau sejam gak aku tunggu nak ke OT. Sempat la Whatsapps ngan my hubby, kata nak start da. Barang2 penting macam hp, wallet aku serahkan kat TDM untuk dorang jagakan. Siap ada checklist barang lagi.

Dalam 1.30pm, aku dibawa ke OT. Naik katil tolak tu. Terasa macam VIP plak. Padahal bole je jalan kaki naik lif. Memandangkan dah tak berbaju lapis, takut gak jubah tu terbukak :-P Redha jela kena angkat.

Sesampai kat OT tu, sejuk kemain. Diserahkan kat Sister yang bertugas kat sana. Beliau sangat senior tapi peramah. Aku tak la masuk terus ke OT tapi dibawa ke ruang menunggu. Ada 2 function ruang menunggu tu. Sebelum operation & selepas operation. Maka tidak mengapalah. Redha je. Time tu doktor pakar bius, Dr Sharif (kalau tak silap), masuk dan bagi briefing pasal bius ni. Aku tanye la. Bius penuh ke? Nanti after laparoscopy, aku boleh berjalan2 tak? Or cam after bersalin my son dulu, sehari tu langsung tak bley berjalan kot.

Doktor kata insyallah dipermudahkan. Sepanjang operation, aku akan ditidurkan. Hmm... bagus la, aku memang ngantuk pun. Da la bangun pagi. Lepas briefing, nurse masukkan air drip dalam sel2 badan aku. Hoho... Jarum nya besar habaq hang. Alhamdulillah aku bukan jenis kecut perut. Kalau tak, mau lari.

Adala dekat 20 min aku tunggu (jam tak boleh bawak, hokey?), baru dibawak ke OT. Memang cam dalam k-drama la. Siap ada lampu kat atas. Tapi takde la nampak terlalu canggih atau ape. Aku tak sempat tengok sangat bilik tu. Setahu aku, Dr Hamid belum masuk lagi time tu. Beliau ada diluar. Selain tu dalam bilik tu ada 2 orang nurse, Dr Sharif dan 2 orang lagi yang aku tak pasti tugas dorang.

Dr Sharif kata dia nak masukkan ubat (tak pasti), lepas tu tak sampai seminit aku dah tak sedar dah. Samada aku tido sebab ubat atau memang sebab ngantok. Hahaha...

Sedar2, aku dah kat ruang menunggu tu balik. Benda pertama aku buat adalah gerakkan kaki aku. Eh... penting hokey kaki tu. Wajib digerakkan. Sebab aku sangat tak suka feeling lepas bersalinkan my son. Kaki lembik cam getah kau! Tak boleh control.

Nasib baik boleh gerak. Kemudian aku rase sangat sejuk. Mengigil kuat. Aku bagitau la nurse tu yang aku sejuk sangat. Dia masukkan sejenis alat yang tiupkan udara panas kedalam selimut. Wahhhhh.... sesangat selesa. Suam je. Aku memang tak suka sangat kesejukan. Huhu... Tak sesuai dok Korea. Tapi boleh je. Duduk 3 musim, musim sejuk balik la Malaysia. Hahaha...

Ada la dalam 30 min berwap suam2 tu. Aku dibawa balik ke wad. Tapi time tu sejuk datang balik. Memang mengigil. Aku mintak nurse pulangkan barang2 balik. Yang penting tu handphone. Nak pulangkan tu, kena guna checklist tu jugak.

Time tu aku aku terbatuk. Terasa gak sengal kat perut tapi tak la menyakitkan. Aku cover2 gak batuk tu. Takut terbukak plak jahitan.

Lepas bagitau my hubby yang aku dah habis laparoscopy, beliau kata nak datang tengok lepas amik my son balik sekolah. Aku tak kesah sangat sebenarnya. Takyah datang pun takpe. Tapi beliau berkeras. Layankan je. Dalam kol 7 lebih, my hubby datang ngan my son. Dorang tanya proses, aku citer ape yang aku hadapi jela. Masih sejuk, so aku mintak sehelai lagi selimut. Dalam pukul 8.30pm, nurse bagitau aku dimintak cuba minum sikit. Kalau muntah, memang kena tunggu lagi.

Aku minum and takde masalah. Bole telan. Dorang bagi la air milo. Lepas minum milo, dorang bagi aku makan ubat. Time tu aku memang dah ngantok & baru 9pm. My hubby pun dok situ main hp je, so aku suruh la dorang balik. Nasib baik aku dah siap gosok baju sekolah untuk seminggu.

Sepanjang malam tu, setiap 2 jam, temperature badan nurse check + blood pressure. Aku boleh jalan ke toilet. Darah period tetap keluar cam biasa.

Alhamdulillah pening pun takde. Cuma malam tu aku tak dapat tido. Aku memang ada masalah tido kat tempat baru. Aku senyap2 tutup aircond. Dan kendian aku disahkan demam sedikit. Hahaha... Ala, memang aku demam pun sebelum2 tu. Nak2 sebab sejuk kan?

3rd January 2018
Pagi tu dah bangun, dalam pukul 8, Dr Hamid datang kat wad. Memang terkejut sampai tak sempat capai tudung. Beliau kata aku nyer kes endometriosis stage 1. Dia kata ada tumpahan darah period ke dinding belakang. Tapi dia dah buat semua procedure dan insyallah lepas ni ok. Dan Dr Hamid kata aku dah boleh balik. Aik... tak dapat makan lagi :-P

Breakfast sampai. Bubur ayam je. N sedap. Hahaha... lapo.

Aku tanye nurse tu, dorang kata kena tunggu insurans discharge mende tah. Tapi sampai 12.30pm, memang lama sangat. Aku bayar deposit RM 300, and aku balik je terus. Drive. Takde specific sakit yang menganggu sejak aku balik. Dapat MC 14 hari.

Yang penting, aku boleh drive balik ke rumah sendiri.

Sampai hari ni, alhamdulillah, berkat jaga makan ala2 pantang and tak makan pedas, jahitan pun dibuka pada hari ke-14. Kebetulan time tu hari subur. Jadi berusaha dengan keras. Mana la tau rezeki baby plak kali ni. Rezeki lain dah selalu kan?

Oh yea, aku ada tanye staff / nurse yang bukak jahitan aku pada hari ke-14 tu. Adakah endometriosis stage 1 ni penyebab aku tidak hamil selama ni. Dia cuma jawab 'mungkin' je. Tapi bila aku baca research dalam Mr. Google, banyak kata stage 1 adalah minimal. So ia tidak menyebabkan ketidaksuburan. Hmmm.... tidak mengapalah. So redha n tabah kalau rezeki anak ku cuma seorang.

Sakit ke? Hmmm... penjagaan lepas laparoscopy tu kalau mengikut doktor takyah pantang or apa. Lepas dari laparoscopy tu, aku rase perut agak kembung disebabkan gas yg dimasukkan ketika pembedahan. Lepas beberapa hari, takde la kembung. Aku menjaga makan sebab aku nak mengelakkan sesuatu yang belum terjadi. Haha... aku memang tak suka masuk hospital.

Selain tu beberapa hari lepas laparoscopy tu, ada kesan lebam muncul di salah satu lubang yang ditebuk (dibahagian bawah). Kebetulan aku ada kenalan doktor, so aku tanye if it's normal. Yeah, jangan panik. Asalkan tak bernanah, should be okay bebeh.

Review aku pasal TDM (Taman Desa Medical Center). Patient tak ramai, so agak sunyi dan sesuai untuk berehat. Aircond pun tidak centralize, so senang nak adjust. Yang lain takde nak komen kecuali makanan memang so-so jela. Haha... jangan mengharap. Jumlah bayaran sekali dengan follow up checkup - RM 12,450.00. Dikatakan murah nak bandingkan Pantai.


Sila doakan yang baik2. Moga Allah permudahkan rezeki kita semua di tahun 2018 ini. Amin....