Sunday 29 March 2015

GST oh GST



Yup, tetibe nak menulis pasal GST. Tinggal 2 ari je lagi Kerajaan Malaysia akan implement GST. Dasat giler penangan GST sampaikan orang mula berbelanja besar untuk re-stock barang utk berbulan2 just sebab nak menghadapi GST. 

Well, yang aku tau basic GST input & output tax je. Cukai yang dikenakan oleh kerajaan untuk peniaga. Sepatutnya pengguna tak terase sangat dengan kenaikan ni. Tapi yang gilanya bila peniaga plak yang menaikkan barang tu dengan alasan diaorang kena tax ngan government. Tapi setahu aku, tax tu boleh di-claim balik. Hmm... Tak tau la, maybe kefahaman aku memang sikit je pasal GST ni. No komen, Zip up! Kang kene band plak blog aku. 

Pasal kesan GST pada aku. Hmm... well, aku belum terase impactnya lagi. Nama pun belum 1st Apr 2015. Kalau orang kata harga barang akan naik, memang dari dulu harga barang memang tak penah nya turun, betul tak? Bukan 6% je naik, puluh2 % da naik. Takat 6%, sepatutnya tak la terase sangat. Aku rase peniaga2 yang tamak ni yang markup lebih2. Maybe nak mengambil kesempatan keatas pengguna yang panik tentang kenaikan ni. Jadi sekarang, ape yang penting, aku akan membezakan keperluan dengan kehendak. 

Untuk kehendak, nampaknya, kalau btol2 penting, perlu lah beli gak sebab nama pun penting. Contoh, kasut yang aku pakai gi opis ni. Da haus tapaknya. Sekarang da bukan kehendak lagi da, da lebih kepada keperluan. Tapi keperluan cam barang2 dapur, memang wajib la dibeli. Memang da terase kenaikan, lebih terase sebab income tak naik pun. Bonus tak dapat pun! Hmm... 

Jadi, for hubby, aku da suruh semak balik perbelanjaan dia. Sejak keje company baru tahun lepas, aku rase cam tak cukup je. Untuk benda2 yang cam Astro, nampaknya, terpaksa la kurangkan pakej. Yang penting, masa depan, bukan sekarang. Da tak boleh berjimba2 lagi membeli barang. Ikot kemampuan je sekarang. Mampu, belila.. tak mampu, beli yang kita mampu. Not going for branded items anymore. No more, takpe papa, asal bergaya. Haha...

Wednesday 18 March 2015

Happy 5th Birthday, Yamin!

Happy birthday to you... happy birthday to you.... happy birthday to Yamin... Happy birthday to you...

Yup, semalam adalah besday anak kesayangan aku dan sedihnya sebab tak dapat nak celebrate btol2 ngan dia pasal as always, keje! Kesahnya, aku da plan sebaiknya walaupun aku tak dapat nak amik cuti semalam. Beli small cake dari Delicious tapi 3 pcs. Total almost RM 40. Yamin kata dia nak kek yang ada strawberries.




Plan dinner kat Crazy Crab & konon nak rakam video nak tengok Yamin nyer expression bila dapat hadiah Lego yang banyak. Mesti syiok!




Tapi... my hubby tetibe ada meeting kol 8pm. So, tutup lah buku nampaknya.

So, aku bawak Yamin tengok Spongebob Movie & kemudian balik sebab dia demam balik. Sian my son... I think we both not a good parent for him :-( Sorry, Yamin!

Happy birthday Yamin. Thank you for being our son. Anak yang mudah dijaga, kurang meragam & baik. Alhamdulillah bila Allah kurniakan Yamin kepada mama & papa. Harini mama bagi hadiah ye? 

Wednesday 11 March 2015

My Pre Preparation - Johor Singapore Trip 2015

Again, semakin bersawang2 blog aku ni. Kehidupan memang sesuatu yang tak boleh dijangka. Paling teruk bukan boleh nak luahkan semua kesusahan hati ni. Takut orang mendefinisikan nya dengan lain kefahaman.

Cakap pasal meluahkan ni, lately I kinda no place to talk with anymore. Mostly ngan Yamin. My hubby pun no time sangat. Aku gi keje, dia belum bangun. Whatsapps kekadang lambat berjawab. Even my mom kinda too busy with her own problem now. So siapa lagi? I will talk alone. Ahahaha… yup, this is the truth. Since aku dari kecik, I always imagine that I’m talking to somebody else. Maybe I imagine talk to one person, one friend that is ‘real’. Not imaginary friend hokey?! But more to someone… ahaha… don’t know what to tell.

The purpose just wanna make me feels better. Layan je.

So tomorrow, aku akan amik half day leave untuk Johor-Singapore trip. Hopefully aku akan fit enough to go to work on Monday. The preparation yang aku kene buat seperti berikut. Haha

Clearkan bakul baju kotor.
Clearkan singki.
Basuh kasut sekolah Yamin – Yang ni buat lambat sikit okay sebab minggu depan cuti sekolah.
Gosok baju at least untuk Isnin & Selasa.
Pack up our baju & stuff
Kene mop rumah untuk ditinggalkan beberapa hari.
Beli makanan untuk Yamin – kang dia kebulur plak kat sana. Huhu… Singapore da la mahal.

Yang lain, takde pape kot…
Aku takde plan nak beli pape barang nanti sebab limited cash. Yang penting sebenarnya adalah lepas ujung minggu ni adalah minggu besday Yamin & cuti sekolah. Hope you all enjoy ur days.
Hope we enjoy our days too… til next posting, take care!



Thursday 5 March 2015

Coming Up! Singapore Short Trip

Hahaha… super bersawang da blog aku lately. Sebabnya aku sekarang sedang menyesuaikan diri dengan roles baru kat opis. Yes, haruslah yang baru kan… da bos taknak. So sangat la rase terbuang. Sejak isnin sampai semalam, aku masih tak dapat menerima hakikat yang aku dah ditransfer ke department baru. Dengan hidung yang tersumbat & kepala pening, aku belajar new things dengan ‘cikgu’ yang agak garang. Oleh kerana dia ajar macam aku budak setahun, so, aku rase bertambah2 bodoh & dungu. Haha… super tak boleh berpikir. Ditambah plak dengan

Tapi harini, aku da ok sket. Da boleh menerima hakikat. Bukan ape, yang aku bengang sgt tuh, memula suruh aku buat pilihan. Bile da buat, dorang bagi plak benda yang aku tak pilih. Kalau korang, bengang tak?

So move on… yang penting permanent staff kan?

Minggu depan aku akan bercuti… hahaha… unplanned gak… my hubby’s boss belanja g short trip gi Universal Studio. Hoho… layan je… so, aku kena la berjimat utk jalan2 kat sana. Hmm… layan je…


Well, my hp da penuh ngan gambar2 restaurant yang tak sempat aku buat review. Next time la ok? Til then, take care all!

Monday 2 March 2015

Kuantan Trip - Guesthouse @ Kubang Buaya - Restaurant Ana Ikan Bakar Petai

Memula aku da rase yang cuti panjang CNY hari tu akan kelam sebab takde plan. And Rabu malam, my hubby balik super lambat. Huhu… pagi Khamis tuh tetibe my hubby ajak jejalan gi Kuantan! Tetibe je hokey? Dengan baju belum basuh, plan nak basuh cadar semua… huhu… memang banyak keje belum settle. My hubby kata bertolak dalam kol 1pm. Sempat la aku men-settlekan semua kerja2 tersebut. Huhu…

Kol 1pm, bertolak gi Kuantan. Stop lunch dulu kat Nasi Ayam Bukit Naga. Then terus gerak. Sampai area Bukit Tinggi, memang agak jammed. Stress plak rasenya… adela dekat sejam jugak. Cuma pasal ada kereta stop tepi jalan.

Sampai area Gambang, dalam kol 6pm. Aku check la tempat2 menarik kat Kuantan dari kawan – ex roommate Ain. Hmm… plan nak gi rumah dia gak jalan2. Sampai kat guesthouse dalam almost 6.30pm. Kalau korang nak cari guesthouse yang murah, n dekat ngan bandar, aku rekomen guesthouse yang kitaorang sewa ni. Lokasi kat Jalan Kubang Buaya 50. Memang best & selesa. Bersih! Walaupun ownernya orang berketurunan Cina, tapi ada tanda arah kiblat. Sesuai untuk orang Muslim.




Dalam kol 7.45pm, masing2 dah lapar & nak cari tempat makan. My fren rekomen Ana Ikan Bakar Petai yang lokasinya kat Tg Lumpur. Memang mudah nak cari sebab dari guesthouse tu baru 15 min. Kalau korang sampai Tg Lumpur, korang akan nampak restoran Ana Ikan Bakar Petai dekat main road. Tapi kitorang tak makan kat situ. Kitorang makan yang kat dalam sebab agak besar & parkingnya lebih besar. Ada kemudahan playground.






Sampai je restaurant tu, aku pilih la seafood. Hmm… terkejut aku ngan saiz seafood yang ada. Sotong dia memang king size. Pastu ada udang galah. Hmm… ikan siakapnya pun besar, memang xde saiz kecik untuk family yang kecil cam kami. Yamin plak tengah seronok main kat playground tu. Memang kena perhati, yela… orang jahat ada dimana2. Huhu….



Last2 aku amik seekor sotong – trust me, sotong ni sangat besar hokey! Then ikan siakap seekor – itupun paling ‘kecik’ dari yang besar2… and amik sebungkus lala… kalau korang tak tau jenis masakan, boleh la refer kat signboard yang disediakan. Time beratur tuh, ada sorang mamat ni amik banyak gak seafood. Ketam pun ada… n semua dia nak bakar petai. Ape yang best sangat, aku pun nak try gak. Tapi honestly aku rase ikan siakap memang tak sesuai dibakar, tapi mana la tau chef restoran ni dah dapat mencari kesesuaian resepi kan? So, sotong aku order goreng tepung, ikan siakap bakar petai & lala masak halia.




Sambil tunggu, aku tengok2kan Yamin yang main kat playground. Order nasi putih, sayur & air sepatutnya kat meja. Tapi da 30 min, takde waiter sampai n tanye nak order ape. So aku terus g kaunter. Paham sebab sangat ramai orang time tuh. Full house! Then bila makanan sampai, terus makan. N the ikan bakar turn out to be sangat sedap hokey??? Dia bakar dengan pes cili & bawang…. Standard…then on top dorang letak petai! Memang risau tak habes makan…. Tapi ofkoz dengan kehebatan kami makan, akhirnya, dapat la makan dengan licin. Nak banding dengan trip gi Melaka itu ari, aku rase memang terbaik la makan kat sini. Seafoodnya fresh. Makanannya pun sedap… Cuma ramai je. Hahaha… 

Yamin pun tak penah2 abes makan. Well, dia cuma makan lala halia, sotong goreng tepung je & nasi putih je. Huhu… untuk air, aku amik air manga satu jug – tak besar sangat. Ada orderkan ayam goreng kunyit untuk Yamin, tapi dia tak makan pun. Sayur campurnya biasa2 je. Total bil RM 102. Kira murah la gak… sebab saiz seafood tu besar. Memang puas. Balik tu konon nak singgah Teluk Cempedak. Tengok2 jalan jammed la plak. Time tuh da kol 11pm. Balik terus guesthouse. Tido…

Jumaat pagi, my hubby meng-google makanan untuk brekfes and turn out to be also my favorite food, nasi kerabu! Kedai ni terletak bertentangan dengan Yayasan Pahang – kira bukan la kedai yang grand2. Kedai ni nak tau landmark nya, ada sign 57 tahun Malaysia yang dibuat dari botol recycle yang diwarnakan. Sebelahnya ada Surau Kubur.
Nasi kerabunya not bad tapi ada something missing. Maybe takde pedas kot. Huhu… ye ke? Nasinya agak kering – tapi overall okey lah… bole makan…




Abes dari sarapan tuh, kami gi lepak kat Teluk Cempedak. Best gak… pantai nya bersih. Haha… cam jakun je… mana penah gi kan? Ingat nak amik gambar banyak2, tapi since my hubby tak bagitau nak lepak situ, so muka tak bermakeup & buruk. Serabai. Tak mandi kot :-P ahaha… ingat nak kuar sarapan je tadi. So, Yamin jela having fun kat situ. Bahagia betul dia mandi sambil menayangkan bodynya yang takde daging tu. Huhu…




Pastu balik guesthouse n rehat.
After Zohor, kitorang lepak rumah Ain sampai kol 5pm. Best gak… da lama tak jumpa dia. Last sekali time aku kawen. Da 6 tahun lebih. Time dia kawen, aku tak dapat gi. Tak ingat nape. Nak2 kenduri belah lelaki kat Trengganu, agak2 la kan… huhu… jauh. Anak dia da sepasang da. Yang sulung baya Yamin, yang no 2 umur setahun lebih & ada masalah low vision. Sian gak aku dengar, tapi aku rase dia tabah hadapi dugaan ni.

Balik dari rumah Ain, kitorang da super kebulur. Tak tau nak gi mana makan, againnnnnnnnnnnnnnnn….kami makan kat Ana Ikan Bakar Petai lagi. Ahaha… so tragis kan? Malas nak google, tak pasal2 makanannya kurang sedap. Jadi aku amik makanan lain. Amik udang harimau masak celup tepung, pepahat masak pedas & last sekali ketam masak telur masin. Takyah cita la… memang puas makan. Haha. My hubby mula2 bising aku amik udang celup tepung. Dia takut cam cekodok tuh. Tinggal ekor je. Tapi ni memang sedap la. Kalau la ade restoran dekat2 rumah jual camni, alangkah bahagianya. Hihi. Pasti tiada harapan untuk kurus lagi kan? Pepahat ni nama je masak pedas, tapi tak pedas pun. Manis ade la…






Aku order satar gak… yang ni baru nampak okeh? Tapi cepat je sold out. Aku pun dapat 5 bijik je. Rasa satar ni kureng sikit walaupun moist. Aku suka cam kering2 sikit. Hangus2 n pedas. Campur nasi putih untuk 3 orang, air durian belanda se-jug, total bil murah sikit dari sebelumnya. RM 98… hihi… layan jela. Aku sarankan kalau korang datang ngan family kecik cam kitorang, kurangkan nasi. Sangat membazir la nasi yang tinggal tu. Sebab dorang bukan letak siap2 atas pinggan.





Balik terus melepak kat guesthouse je.

Pagi Sabtu, kitorang gerak dari guesthouse kol 8am n breakfast kat Nasi Kerabu lagi. Hahaha…. Kali ni memang bedal tahap maksima la kan? Takde bajet2 da… pasni kena diet balik.

Balik KL, kitorang singgah satu kenduri. Then Yamin dapat 2 bungkus gula2. Dia cakap suruh aku beli kotak & cat warna biru. Bawah kotak biar je warna putih. Pastu Yamin nak letak gula2 tuh & semua barang. Bila baby da besar, Yamin nak bagi kotak tuh kat baby. Sedih tak dengar? Alahai anak ku L