Monday 5 May 2014

Skinfood Black Sugar Perfect First Serum

Since mid of last year, aku menghadapi masalah kulit yang teruk. Jerawat, pastu kekeringan, takyah cakap la kan? Dan teruknya sehingga parut2 penuh even kat pipi n atas dahi. Macam2 aku cuba untuk memulihkan muka aku tapi ape yg aku buat makin menerukkan lagi.

So, end of December, aku terbaca pasal product Skinfood yang baru – Black Sugar Perfect First Serum. Khasiatnya adalah untuk hydration, whitening & anti aging. Bagusnya pasal product ni, aku takyah beli macam set2 yang lain yang terdiri dari Toner, Emulsion, Serum & Cream, tapi cuma perlu beli serum ni je! Harganya sebotol 120ml cuma RM 110.00. Disertakan dengan cotton pad khas & instruction yang mudah untuk menambahkan keberhasilan.
 

 

Aku memulakan misi untuk menggunakan Serum ni bulan January lepas. Memula aku try guna pada waktu malam sebelum tido & sebelum g keja. Dalam masa kurang seminggu, my hubby puji my skin telah menunjukkan perubahan ketara. Wow! N aku sangat berpuas ati.

Setelah hampir 4 bulan, habislah sudah sebotol tersebut. Bila buat kira2 balik, sebulan aku pakai less than RM 30 kalau bandingkan dengan satu range yang complete ngan toner, serum, emulsion & cream yang boleh cicah RM 100++ per month.
 
Hasil ketara, muka aku lebih berseri2. Haha… my hubby cakap okeh? Paling penting, jerawat takde tumbuh pon! Tapi still ada parut lama jerawat tapi makin pudar. Bagus la kan? What do u expect dengan natural product kan?  Alhamdulillah muka aku lebih baik sekarang.

Oleh kerana Skinfood da keluarkan Black Sugar Perfect First Serum Gold, aku pun da tukar sebab aku nak avoid hyperpigment. Yup, aku da ada pigmentation okeh? Tapi aku perasan pigment ni kecik je, da bertahun2 kat situ.  So, kita akan tengok keberhasilannya tak lama lagi, I hope!


 
 

No comments:

Post a Comment