Monday 21 September 2015

Trip ke Bukit Gambang Resort - Safari (Night Jungle) - Waterpark

Cuti Merdeka Day aritu, my hubby belanja gi Bukit Gambang Resort City. Haha... ntah nape asek ke Pahang je. Ada ape pada Pahang? Time dengar Bukit Gambang Resort City? What? Ada ape? Ape yang best? Tapi.... trust me, macam2 ada...

Oleh kerana ada penghimpunan Bersih, my hubby sarankan kami bergerak awal. Kol 6.45am da gerak dari rumah. Yup, memang tepat sekali, ada roadblock kat KESAS Highway. Naseb baik tak la panjang sangat sebab tak banyak kereta. Tapi oleh kerana terlalu awal, my hubby bawak kereta pelan2 untuk mengelakkan kitaorang sampai terlalu awal. Waktu check in adalah pukul 3pm. Kol 10.30am, kami da sampai area Temerloh. My hubby teringin nak makan ikan patin tempoyak. Nak try g C'Wok Cafe - tapi tutup. Haha... So, sebab baru kol 10.30am, jadi kononnya kami nak cari la tempat yang boleh dilawat kat Temerloh. Tapi semua tak menarik je.

My hubby bawak kereta g pekan Temerloh and nak mencari kedai makan. Dapat la makan patin tempoyak yang diidamkan...




Then continue ke Bukit Gambang. Sampai sana lebih kurang kol 2.30pm and OMG! Tempatnya tak disangka2 grand la gak. Jalan masuk tu cuma kawasan kampung tapi bila sampai resort tu, memang macam somewhere else. Sempat snap beberapa gambar. My hubby sewa hotel kat Arabian. Ada satu lagi iaitu Caribean tapi according to my hubby, murah sikit & sesuai kalau keluarga ramai.

Biliknya pun selesa. My hubby pilih tingkat 9 - non smoking floor.












Lepas Asar, kitaorang bergerak gi Safari - letaknya dalam 5 minit berkereta. Sebelah bangunan je pun. My hubby ajak gi Night Jungle - start masuk 6.30pm. Sampai malam la kan? Huhu... dia kata malam lebih menarik dari siang. Yamin pun sangat la berbahagia harini. 








Masuk2 Safari, kami nampak Simba Lion tengah tido. Chomel je. Macam patung. Hmmm.... banyak la gak binatang yang menarik kat sini. Bukan cikai2 tau! So, aku cuma mampu korang gambar jela. Harga masuk bagi aku ok lagi. Dewasa RM 28 & Kanak2 RM20 - kalau Mykad korang tertinggal kat rumah, memang bayar jela harga biasa ek? :-P Berbaloi harga tu....Peta boleh dibeli dengan harga RM1 - kot2 la korang tersesat kat dalam tu,

Sempat tengok animal show, fire show & tarzan show.. Not bad - tak sangka locally kita ada tempat camni. Oh yea, ada perkhidmatan bas disediakan.




































Balik tu, singgah beli makanan kat 7 Eleven berdekatan.

Pagi esoknya, turun breakfast kat Arabian Cafe. Hmm... tak menarik sangat menunya. Nasi lemak, bubur nasi, buah2...ada gak Chinese Noodle Soup. Aku try semua kecuali roti canai. Nasi lemaknya ok, sambal agak sedap... ahaha... so aku tambah 2 kali. Haha... si Yamin buat lawak. Makan ikan bilis cicah air oren. Sangat la lawak.

Abis breakfast, kami bersiap untuk gi Water Park. Tak jauh gak... sebelah Safari tu. Memang dekat je. Bole jalan kaki. Untuk pengetahuan korang, Water Park ni Cashless Park. Korang bolela topup - tak silap kat bangle (gelang tangan). Amount minimum RM 50. Tak habis pakai, boleh la cash kan balik sebelum balik. Harga tiket RM 30 untuk Dewasa. Kanak-kanak & Warga Emas RM22. Bagi aku harganya tak la melampau sangat. Orang pendapatan rendah seperti aku ni masih mampu lagi nak masuk.

Water Park ni ada terbahagi beberapa bahagian. Kami bermula kat Coco Beach. Sangat la seronok Si Yamin. Oh ye, yang tu baju baru swimming dia. Selebihnya kami having fun kat Water Park tu... dari segi kebersihan, hmmm... takyah cakap la ye. Harap pihak management bole maintain park tu.






Kemudahan lain macam tandas & surau ada disediakan kat dalam both Safari & Water Park.

Dinner kat Ani Ikan Bakar Petai kat Tg Lumpur. Huhu... jauh kan? Yamin macam da keletihan & mood tak baik sangat. Masing2 balik je dinner, terus terbongkang keletihan...

Esok pagi lepas breakfast, kami meneruskan perjalanan balik. Singgah kat C'Wok Cafe untuk makan patin tempoyak. Suka btol my hubby. Huhu...