Tuesday 18 April 2017

ATV Ezzyride Shah Alam at Jalan Kebun

Last weekend (15.04 - 16.04.2017), my hubby's birthday weekend. 14.04.2017, kami spend dinner kat Khuntai Thai Restaurant nearby our house. Oh yea, restaurant tu tengah renovate so space nak makan sempit sket la. Make sure you all buat reservation kalau gi ramai. 

Oleh kerana aku dah pernah review pasal Khuntai Restaurant, so kali ni aku n famili dapat peluang utk naik ATV. Pehal plak tetibe kan? Haha... yeah... ni my hubby punya keje la ni. Dia nakkkkk sangat naik ATV. Dia kata office mate dia kata ada area Jalan Kebun. End up dia buat booking kat ATV Ezzyride Shah Alam. Korang boleh layari facebook page dorang for more info. 

https://www.facebook.com/ATV-Ezzyride-Shah-Alam-101598133223463/

Nak dijadikan kesah, kami nyer booking kol 8.30am. Dari rumah tak amik masa 10 minit pun. Memang dekat. Lokasinya memang tepi main road - jalan ke Kg Lombong tapi tu la kan, tak pernah perasan pdhal lalu je area situ. Sampai sana, kami jumpa dengan owner & disuruh sarapan pagi. Haha... pe lagi, nasi lemak. Yamin kata nasi lemaknya lebih sedap dari kat sekolah agama dia. Macam2 kau anak... Nasi lemak tu free sekali ngan pakej. Dapat air mineral / drinking water dalam small cup.
Lepas tu kena briefing camne nak bawak. Ape der... aku rase susah. Haha... tengok la muka aku cam blur2. Rase nak balik... hahaha... boleh? 1st time camtu la kan... aku ingat cam naik motor. Rupernya idak. Hahaha... semua kena control ngan jari & tangan. Belah kanan untuk tekan minyak. Tangan kiri lak untuk brek. Handle tu function sama cam motor je. Kawal direction ATV tu.





Kami diberi 15 min untuk bawak ATV tu dekat trek yang disediakan. Haha... bukan susah pun tapi nape rase kurang yakin ni? Nak balik pun ada... hahaha... bole? Maybe aku prefer bonceng je kat belakang my hubby. Haha... nak tukar ngan Yamin T_T Cuma aku tak rase susah pun time kat testing trek tu. Kacang je...






Kendian, terus follow guide tu lalu trek. Memang tak sangka kat kampung sendiri ada ladang kelapa sawit yang kemas n teratur. Haha... boleh? Lama kot tak rempit keliling kampung. Ada few halangan yang sukar, guide tu very helpful to teach. Ala... senang je tapi tak sabar nak balik. Hahaha... Dalam beberapa minit before abis, bahagian tapak tangan yang bentuk cam drumstik tu start lenguh. Hahaha... memang tak bley blah. So kami stop dengan trip satu jam je.






Oh yea, cakap pasal rate. Total sejam RM 80 per hour per ATV. Tapi nape aku rase kitaorang naik lebih dari sejam ek? Hmm... yela, sampai da tentu 8.30am. Pastu makan2... start briefing kol 8.50am. Lepas satu round, kol 10.15am. U do the math. 

Bagusnya owner ni memang lebih kurang. Guide disediakan depan & belakang. The guide memang sangat helpful. Kepada owner, jangan la tukar guide ni ngan orang lain. Beliau memang bagus. 

Note : Tengok gambar2 ni, ternyata la aku masih gemuk... Sila kurus lagi ye Dija?

Thursday 13 April 2017

14.04.2017

Walaowei! Sangat la bersawang sampai aku terlupa password blog sendiri. Hahaha.... super tragis kan? Sebaik no limit untuk try password tu. Kalau tak maybe dah diblock. Hahahaa.... 

Ok! Takde mende menarik sebenarnya nak diceritakan. Hari ni my hubby punya birthday - yang ke 36. Maksudnya aku tahun ni dah 35. Wow, mid-30's and dah tua. Eh silap, matang. Well, kami tak officially sambut our lagi. Aku dah standby cake untuk my hubby tapi memasing letih malam tadi. And pagi td Yamin plak demam. Double tragis la... Kita tengok malam ni cane.

Untuk tahun ni, my hubby request birthday gift yang sungguh lain dari yang lain. Haha... dia nak TILAM! Ha... pesal TILAM? To be honest, kesian gak my hubby selalu kena tolak tepi oleh Yamin atas tilam single tu. Well, kami bukan takde tilam besar. Tapi tilam tu beli time kami kawen, so pepaham la keadaan nya. 

Oleh kerana bonus tak keluar lagi, so bajet untuk tilam tu ciput. Kebetulan my hubby dapat komisyen RM 500 dari sub-con, and ada la additional top-up kan? Aku dah bagi RM 500 kat my hubby and dia beli tilam kat bawah dengan harga RM 1k. Hahaha.... yeah! My hubby ni sama pattern ngan Yamin sikit. Kalau benda yang dia nak tu, selagi tak dapat, asek berbunyik. Jadi baik belikan siap2. Good things, aku rase tiada pembaziran sebab tetiap malam guna kan? Berbanding dengan hadiah basikal (hadiah tahun lepas) yang pakai tak sampai 10 kali tu.

Ni gambar amik dr Lazada. Kalau kat Lazada murah la sket. Tapi warranty takde.




So for his actual birthday, aku belanja makan jela. Ada plan nak bawak beberapa tempat. Cane pun kena buat final discussion sebab my hubby ni kejap nak makan itu, kejap nak makan ni. Berubah2 mengikut angin. 

Oh yeah, saje nak bagitau yang kami akan ke Jogjakarta awal bulan depan. Yes! Ni totally un-plan sebab my hubby punya company trip. Tahun lepas tak dapat gi sebab month end closing. Kebetulan tahun ni diaorang buat 4th & 5th May, so sempat la siapkan my report then go. Pape pun kan.... aku takde plan nak shopping. Cuma nak jalan... harap Yamin tak buat perangai. Dia tu lately semacam sket. Moody je. Dah pandai hempas2 pintu ok? Yang tu ikot aku. Hahahaha..... 

Oklah! Lain kali aku update our trip ke Jogjakarta plak... harap2 tak lupa password lagi kali ni. For my hubby, HAPPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO ZULFADLI, HAPPY BIRTHDAY TO YOU :)