Tuesday 28 August 2012

Family Raya Gathering

Last week on Saturday, family Jumat buat Raya Gathering 2012. Alhamdulillah lepas banyak cobaan tahun lepas (abah sakit), tahun ni da sikit 'cerah', abah pon da ok. Badan dia sedikit kurus, tapi takpela kan?

Walaupun Abg Ait takde, tapi gathering berjalan dengan meriah. Menu adalah BBQ. Kak Nya masak rendang sangat sedap. Kak Ya plak masak steamboat. Yang lain gotong royong masak BBQ.






Semoga next year lebih baik dari tahun ni. Untuk seluruh keluarga Jumat, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Sehari sebelum raya – 18/08/2012 (Shah Alam to Jalan TAR)


Hari ni macam tak rase nak raya. Zul yang kemas haha… mak call aku bagitau yg Kak Ya, Kak Nya, Abg Musa & Abg Zul beraya kat situ. Dia suruh aku beraya tanpa tido umah dia, huhu…so sad. Ape nak buat kan? Tapi geng, memang tak rase nak raya. Aku tak beli pon kuih raya. Baju raya sepasang… ape yg aku boleh buat lg? Huhu…dapat bonus, Alhamdulillah… Cuma aku nak kena simpan utk masa depan. Apepun, aku malas nak nyesal pas raya sebab poket kosong, hehe.. Tahun ni nak concentrate pada duit raya bebudak je.

Petang tuh, kitaorg on the way g Jalan TAR. Memula memang da rase malas nak g, sbb terbayang jem kat sana, tapi Kak Ya kirim tudung plak. Sesambil tu, boleh la kot beli 2 jenis kuih, haha… Memang kelam keribut sebab hari da gerimis, Alhamdulillah tak jem sangat. Parking senang sangat nak cari, Cuma harga per entry naik g RM 10!!! Tak silap selalu takde la mahal camtuh.

Jalan punye jalan, akhirnya da belikan Kak Ya tudung. Yang warna merah memang cun la, tapi aku tak puas ati ngan kaler krim tuh. Aku main sambar je sebab da nak time buka posa. Yamin pun da mula ngamuk. Memang muka Zul pun agak menyeramkan masa tu. So, aku mintak dorang tunggu kat keta je sambil aku beli kejap. Kol 7.10, aku da settle da… Eh, bukan la da settle, tapi aku memang tak beli kuih raya langsung! Sebabnya tak jumpa kuih pun, hehe… ye ke? Bukan2, sebab tak berkenan, huhu…

Dok dalam keta sambil tunggu buka puasa. Alhamdulillah tahun ni aku cuti 8 ari je, JE? :P Takpela kan? Lebih baik dr tahun lepas pe? Buka ala kadar, dan Zul drive g Damansara untuk makan malam. Dia bwk g Original Kayu. Memang ramai giler la kat situ. Yamin pun berperangai baik, mungkin tadi dia baru bangun tido kot, mood tak baik. Kitaorg order Kari Kepala Ikan je, tapi yg datang siap ngan popedum, acar, sayur…eii…seram, giler baboon banyak.

Abis je makan, Zul bayar la. Mcm tuh je RM 70, huh! Kalau makan kat tepi Sg Klang, lagi murah. Mungkin RM 20 pun tak sampai. Sekali sekala boleh la kat Original Kayu. Da la ikan tak fresh…yg sedap Cuma kacang bendi dia je, haha….

Balik tuh g umah mak. Semua da balik kecuali Abg Zul. Kak Nya da start masak kuah kacang & kuah laksa. Tak sabar nak tunggu esok!

Hari Raya Pertama – 19/08/2012 (Jalan Kebun)


Betul betul tak rase mcm hari raya. Aku bangun pon sebab Zul yang kejutkan. Yamin boleh ngorok lagi kat sebelah. Aku kemas2 la dlu. Ingat malam tuh bole la tido umah mak, ye ye… Tengok2 Zul da bersiap nak g sembahyang raya, sedih gua… Aku pun kejutkan Yamin and g umah mak, belum mandi lagi tu. Haha… Sesampai kat sana, umah mak da kecoh la ngan ramai anak sedara. Aku siapkan bahan2 untuk laksa. Memang syok dapat tolong walaupun sikit. Si Yamin pun chomel giler ngan baju raya dia. Lepas tuh aku pun bersiap la. 



Balik je orang lelaki + abah mak dr sembahyang raya, macam kelam kabut plak. Haha… sebab ada yang belum mandi, ada yang masih terbongkang atas katil (Afwan & Kaseh) macam2 hal. Amik gambar 2-3 snap, best la gak. Tahun ni aku bagi RM 10 kat bebudak, cuma Hassan aku bagi lebih sket sbb dia masih belaja. 



Si Zul lak macam tak leh ‘masuk’… buat hal dia je. Mungkin dia susah ati sbb mak dia raya sorang. Takde sape yg balik… huhu…sangat kesian…

Petang tuh ramai giler datang umah. Yang aku benci tuh, ada sedara aku tersalah cakap yang Zul orang Sg Tengi. Tetibe teringat kat D_niel. Sampah tol!



Hari Raya Kedua – 20/08/2012 (Shah Alam – Gedangsa)


Macam biasa, lepas bersiap dari rumah, kitaorg g umah mak. Kat rumah tinggal Kak Ya & family. Yang lain da balik semalam. Abg Zul sebuk ngan bara’an. Nak tau ape bara’an? Kiranya orang2 surau / kampong g rumah ke rumah. Aktiviti nyer tak lain tak bukan baca doa sambil mengucapkan Selamat Hari Raya & doakan kesejahteraan mereka (keluarga yg dikunjungi). Si Zul basuh keta, petang tuh kitaorg nak balik Gedangsa.

Kira-kira kol 11 pg, anak sedara abah dr Rantau Panjang datang. Kemudian ramai giler orang datang umah mak. Kol 2, aku balik rumah sebab baju tak kemas lagi. Tetibe ujan turun ngan lebat, sangat-sangat lebat sampai tak boleh kuar pun. Zul da excited da nak balik kampong, sian dia. Huhu…

Camne pun, lepas ujan reda sket, kitaorg terus on the way balik kampong. Stop kat Carrefour Kota Kemuning untuk lunch. Sampai kampong dalam pukul 7ptg. Sian Yamin sebab Kak Ica dia balik Ipoh.

Hari Raya Ketiga – 21/08/2012 (Gedangsa)


 Sungguh-sungguh bosan. Da la takde orang datang umah ibu mertua ku, ibu mertua pulak macam bad mood.  Pagi tu, kitaorang g Tanjung Malim (kitaorang bertiga I mean) amik gambar kat Studio. Huhu…gambar tuh menunjukkan yang aku tersangat gemuks. Layan jela…

Malam, aku + Zul temankan Yamin main mercun pop + bunga api. Best… tak sabar nak balik umah esok.

Hari Raya Keempat – 22/08/2012 (Gedangsa – Shah Alam)


Pagi, lepas siap-siap, kitaorang bersama dengan ibu mertuaku, g umah Mak Ngah Zul. Kejap je kat situ sebab Yamin da ‘buat hal’. Haha… aku terpaksa bohong kata aku da janji ngan kawan nak beraya kat Sg Buloh. Sape yang ada kat Sungai Buloh, aku pon tak tau. Hehe… Sampai je, beraya kat Rantau Panjang. Sian Paman Luki, sian sangat… L

Balik tuh, g umah mak. Cuaca macam nak ujan lagi.. Sian mak, selesema…

Hari Raya Kelima – 23/08/2012 (Jalan Kebun - Klang)
Beraya umah sedara kat Jalan Kebun. Tengahari g Port Klang, beli ‘motor’ Yamin. Sungguh bergaya dia naik. Lepak umah Kak Ya sampai petang. Best tol!