Thursday 29 May 2014

Hardest Part : Growing UP!

Aku rase ni bukan perkara yang tak pernah berlaku kat aku. Rase dipulaukan dan dipinggirkan. Even if aku citer kat my mom ke, my hubby ke, dorang akan tunjuk muka boring je. Huhu… trust me I know. Ini adalah masalah yang aku lalui kat mana2 pun. Samada memula aku tak berkawan dan akhirnya ada or xde langsung, da jadi cam rutin hokey?

Then again, aku seorang lagi melalui hari2 aku di ofis ni. Ai… aku pon tak besar2 lagi. Cepat sgt nak terase. Grow up, Hadijah!

Note : Bak kata ‘seseorang’, kita ni bukan jahat sangat sampai takde berkawan L So Sad!


Wednesday 28 May 2014

God's Gift : 14 Days

 Ini lah Antara drama2 hebat di tahun 2014. Aku suka drama2 yang misteri2 ni. N paling penting misteri terjawab dihujung cerita & takde la tengah2 cerita da dapat hint2.

So, melalui Astro PVR, aku rakam start episode 1 hinggalah episode 16 (akhir). N pastinya aku terpaksa la tengok balik dari episode 1 untuk buat summary yang kononnya terpanjang. Hihi…



Cast:
Lee Boo Young – Kim Soo Hyun
Jo Seung Woo – Ki Dong Chan
Kim Tae Woo – Han Ji Hoon
Jung Gyu Woon – Hyun Woo Jin
Kim Yoo Bin – Han Saet Byul
Baro B1A4 – Ki Young Gyu

Plot:
Dimulakan dengan grafik yang agak menyeramkan tentang sebuah kisah dengan suara latar Lee Bo Young yang sedang membacakan kisah itu kepada anaknya.





Dikisahkan tentang seorang ibu yang lena tidur, dewa kematian telah merampak anaknya. Si ibu bertanya kepasa dewa malam dan dewa malam bertanya. ‘Kau mahukan anakmu kembali? Berikan aku rambutmu yang cantik. Akanku beritahu kemana kematian pergi’. Dan si ibu memberikan rambutnya. Ditengah perjalanan, belukar tajam menghalangnya pergi. Si belukar berkata. ‘Kau peluklah aku dalam dagapanmu dan aku akan memberitahu kemana kematian pergi’. Akhirnya si ibu ternampak kematian membawa anaknya tetapi dihalang oleh tasik. Tasik berkata. ‘Kamu mahukan anakmu kembali? Berilah matamu yang jernih itu kepadaku. Akanku berikanmu melintasiku’. Dengan tidak teragak2, si ibu mengorek biji matanya dan dibuang kedalam tasik. Kemudian…

Terdengar suara Saet Byul, watak anak Kim Soo Hyun bertanya dapatkah si ibu berjumpa dengan anaknya? Dan cerita itu terhenti disitu.

Soo Hyun seorang penulis rancangan Senarai Orang-Orang yang Dikehendaki, sebuah rancangan yang mendedahkan jenayah masa kini. Dia berkahwin dengan Han Ji Hoon, seorang peguam yang memperjuangkan hak asasi manusia. Mereka mempunyai seorang anak iaitu Saet Byul.

Ji Hoon sedang memperjuangkan hak asasi manusia terhadap penjenayah yang dijatuhkan hukuman mati kerana dia percaya tentang peluang kedua. Hukuman mati terhadap penjenayah adalah salah satu kempen bakal presiden Kim Nam Joon untuk memenangi pilihanraya.

Kemudian, muncul pula Ki Dong Chan (baru perasan yang abg Dong Chan ni comel :-P), seorang bekas detektif yang bekerja sebagai pengutip hutang, atau penyiasat persendirian. Semasa cubaan untuk mengutip hutang, dia telah tersalah masuk ke rumah Kim Soo Hyun yang disangkanya sebagai penghutang.

Dalam masa yang sama Soo Hyun sedang menemuramah seorang penjenayah, kemudian dikenali sebagai Ki Dong Ho. Semasa temuramah itu, Ki Dong Ho yang mengidap masalah mental telah berkelakuan ganas dan temuramah tersebut terpaksa dihentikan.

Kita berjumpa plak dengan watak berkaitan seterusnya iaitu Ki Young Gyu, yang mengalami masalah mental jugak. Baro dari B1A4 sangat sesuai ngan watak ni. Bagus…




Young Gyu yang berdiri sambil menunggu neneknya yang bekerja dikawasan apartment Soo Hyun. Saet Byul tersentuh hati melihat Young Gyu yang memakai stoking koyak, telah memberi stoking ayahnya dan berkawan dengan Young Gyu.

Dan muncul pula watak nenek Young Gyu yang turn out to be Ki Dong Chan’s mother. Tapi kalau tengok situasi, hubungan dia n ibunya tak lah baik sangat walaupun mak dia tuh cam innocent je. Huhu…




Saet Byul yang mengikut Young Gyu ke sebuah acara sekolahnya tanpa kebenaran ibunya, ditangkap dan ibunya menyalahkan Young Gyu kerana mengajak Saet Byul. Dalam perjalanan pulang, mereka singgah ke sebuah kedai kopi baru dibuka berhampiran kerana Saet Byul terkencing dalam seluar. Sebelum pulang, pemilik kedai kopi tersebut mengambil gambar mereka berdua sebagai hadiah pembukaan dan berkata sesuatu lebih kurang camni :

‘Tak lama lagi kamu akan kehilangan sesuatu yang berharga. Tak guna awak elak tapi lawanlah. Tetapi satu dari 2 mesti hilang untuk menamatkannya. Berhati2 dengan air’.



Tapi Soo Hyun menganggap yang orang tuh adalah freak and bergegas pergi.

Tidak lama pembunuhan bersiri berlaku di beberapa kawasan di Seoul dan golongan yang menjadi mangsa adalah golongan wanita. Semasa siaran langsung Senarai Orang-Orang Yang Dikehendaki, penjaga Saet Byul menelefon mengatakan Saet Byul belum turun dari pejabat Soo Hyun sedangkan Saet Byul telah turun 15 minit yang lepas. Kemudian seseorang yang mengaku sebagai pembunuh bersiri menelefon siaran langsung rancangan Soo Hyun. Pada mulanya pengacara mengandaikan yang itu adalah prank call. Tetapi setelah itu, penelefon itu menerangkan ciri2 pembunuhan yang hanya pihak polis mengetahuinya. Dia berkata dia akan membunuh lagi dan mangsanya kali ini adalah Saet Byul dan orang yang bertanggungjawab jika Saet Byul mati adalah presiden. Soo Hyun mula resah dan merempuh set siaran langsung dan cuba menjawab telefon itu malangnya telah diputuskan oleh pemanggil tersebut. Huhu…

Abes… cukup panjang? Tapi ini baru episode 1, hokey? Haha…

Seorang lelaki menelefon Soo Hyun dan meminta wang tebusan dengan syarat tanpa memberitahu polis. Oleh kerana polis mengekori Soo Hyun, penjenayah menukar venue penukaran ke stesen keretapi yang sebuk. Dia bergelut dengan penjenayah dan akhirnya dia mendapati yang budak yang dijadikan tebusan bukanlah Saet Byul. Dia berjaya menangkap penipu tersebut. Time pergelutan tersebut, sepatutnya penulis perlu ubah sikit sebab langsung tiada bantuan dari orang ramai walaupun situasinya begini.



Dong Chan pula mengetahui tentang kehilangan Saet Byul daripada berita dan berharap Saet Byul dijumpai dengan baik. Dia lebih terkejut dengan berita kematian CEO sebuah syarikat dan CEO itu adalah lelaki tua yang bergelandangan dirumahnya.

Terdesak, Soo Hyun muncul didalam rancangannya secara siaran langsung dan meminta maaf kepada penjenayah dan harap dapat memulangkan anaknya kembali. Disatu screen yang lain muncul berita penemuan kasut berdarah kepunyaan Saet Byul ditengah hutan. Soo Hyun dengan marah mengugut penjenayah yang dia tidak akan melepaskannya jika menyentuh walau sehelai rambut anaknya pun.

Keesokannya, seorang kaki pancing terpancing sepasang kasut dan mayat muncul dipermukaan. Ji Hoon & Soo Hyun dipanggil ke tempat kejadian. Polis mengklasifikasikan kematian Saet Byul disebabkan mati lemas – mungkin kerana cubaan menyelamatkan diri.




Presiden Kim Nam Joon dalam komennya terhadap insidennya menyatakan komitmen nya untuk memerangi jenayah dan mengumumkan tentang hukuman mati yang akan dijatuhkan. Beberapa penjenayah disenaraikan termasuk abg Ki Dong Chan, Ki Dong Ho atas jenayah membunuh.

Semasa hari hukuman, Ki Dong Chan ditangkap oleh sekumpulan gangster dan akan dibuang ke dalam tasik – tempat yang sama dengan tasik dimana mayat Saet Byul dijumpai. Soo Hyun pula yang sangat sedih atas kehilangan anaknya, membuat keputusan untuk membunuh diri. Walaupun dia dengar jeritan dari Dong Chan, dia tidak mengendahkan dan terus terjun kedalam tasik tersebut. Pada masa yang sama, Ki Dong Ho sedang menjalani hukuman mati.





Didalam dasar tasik, Soo Hyun berbaring dan diselaputi jaringan berwarna hijau. Dong Chan berjaya melepaskan diri dari ikatan dan menyelamatkan Soo Hyun.



Soo Hyun terjaga dan melihat sekeliling yang dia berada di tempat kejadian. Dia ke pondok tempat dimana Saet Byul dikurung sebelum itu dan melihat pondok itu seakan kosong tanpa kesan2 yang ditinggalkan Saet Byul  sebelum ini.

Kemudian dia menerima panggilan telefon dan pemanggil itu adalah Saet Byul yang menyuruhnya pulang kerumah untuk menyediakan makanan. Dia pulang kerumah dan tanpa tanda2 Saet Byul berada dirumah, dia yakin dia hanya bermimpi. Tiba2 Saet Byul dan suaminya muncul dengan kejutan kek harijadi. Terkejut, Soo Hyun bertanyakan suaminya benarkah Saet Byul masih hidup. Melihat ke dalam calendar, dia menyedari yang tarikh hari itu adalah hari 14 hari yang lalu, sebelum kejadian culik Saet Byul.



Malah dia yakin apabila kejadian yang berlaku sama dengan peristiwa yang dilaluinya 2 minggu lalu. Dia kemudian menjumpai gambar yang diambil di kedai kopi misteri itu dan mendapati gambar Saet Byul telah hilang.




Soo Hyun mula menyiasat kaitan pembunuhan bersiri yang berlaku di Seoul dan pergi ke tempat kejadian. Dikejauhan, seorang lelaki berpakaian serba hitam dan bertopi melihat kelibat Soo Hyun yang nampak sangat terdesak untuk memastikan ciri2 pembunuhan itu.

Di balai polis, Soo Hyun mendesak polis menangkap pembunuh itu yang akan menculik anaknya tetapi polis sangat ragu2 dengan kenyataan Soo Hyun. Dimasa yang sama Dong Chan juga berada di balai polis yang sama dengan samseng2 yang kononnya telah mencampakkan dia didalam tasik ‘2 minggu yang lalu’.

Soo Hyun membawa Saet Byul untuk melarikan diri ke Hawaii. Diatas penerbangan, dia diberi ice cream oleh pramugari. Oleh kerana Saet Byul allergy dengan walnut, penerbangan terpaksa berpatah balik ke Incheon untuk mendapatkan rawatan.

Sekembalinya dirumah, dia ternampak Young Gyu berada dikawasan pagar rumah mereka. Dia membawa Young Gyu kekedai kasut kerana kasihan Young Gyu yang hanya berselipar dan berpesan kepada Young Gyu untuk melindungi Saet Byul. 




Soo Hyun kemudian ke pejabat Dong Chan dengan beg penuh duit dan meminta Dong Chan membantunya. Dong Chan enggan, tetapi pembantu Dong Chan, Byung Tae, senyap2 ingin membantu Soo Hyun. Soo Hyun memberi duit tersebut dan bertanya dimana dia boleh mendapatkan pistol.

Soo Hyun mengambil keputusan menyiasat mangsa seterusnya kes pembunuhan bersiri kerana percaya kaitannya dengan penculikan Saet Byul. Dong Chan yang berubah fikiran, juga telah mengikutnya dan menggunakan duit sebagai alasan. Ketika intipannya, Soo Hyun mendapati mereka mengekori gadis yang salah. Pada waktu itu, seseorang menangkap Soo Hyun dari belakang dan mengacukan pisau kelehernya. Huhu…



Soo Hyun bergelut dengan penjenayah itu dan menikamnya dengan pen yang dibawanya. Dong Chan membantu Soo Hyun dan mereka berjaya melepaskan mangsa yang diikat. Mereka ke balai polis untuk menyerahkan pen dengan darah penjenayah. Pegawai tersebut, Woo Jin, juga bekas kekasih Soo Hyun, adalah bekas rakan sepasukan Dong Chan semasa Dong Chan menjadi detektif dulu.

Kemudian Soo Hyun mendapat tahu yang mangsa yang diselamatkan semalam telah mati dibunuh. Dia mula rase dia tidak mampu mengubah apa2. Tetapi Dong Chan menenangkan dia dengan mengatakan yang mangsa kedua ditemui dia tempat lain berbanding dengan tempat sepatutnya 2 minggu lepas. Soo Hyun mula mengajak Dong Chan dan kumpulannya untuk menjadikan rumahnya pusat penyiasat. Ofkoz la husband dia tak suka kan?

Young Gyu berada disekolah dan guru sekolahnya yang kelihatan sebagai guru yang penyayang. Kelihatan dia sakit dibahagian perut dan dia menarik baju nyer keatas… jeng jeng jeng. Adakah dia pembunuhnya? Pemerhatian sebagai penonton mula dipindahkan kepada Cha Bong Seop. Tapi for me, it’s too early la to assume that he is the killer. Selepas ditangkap dan disiasat, Cha Bong Seop disyaki adalah pembunuh yang membunuh wanita2 yang meninggalkan anak mereka di rumah anak2 yatim. Melalui status sebagai guru, dia dapat mengenali status mangsa dengan mudah.



Ketika Bong Seop dibawa ke satu tempat menggunakan van polis, van itu dilanggar oleh sebuah lori dan menyebabkan Bong Seop berjaya melarikan diri. Dong Chan yang kebetulan mengekori van polis tersebut cuba mengejar Bong Seop dan sebuah penunggang bermotorsikal muncul entah dari mana memukul Bong Seop dengan kayu dan Bong Seop mati. Penunggang itu kemudian ditembak mati oleh polis dan mati ditempat kejadian dan dikenali sebagai anak salah seorang mangsa bunuh. Ini menunjukkan yang pembunuhan itu adalah bermotifkan dendam.

Soo Hyun diberitahu tentang kematian Bong Seop tetapi dia hairan mengapa gambar Saet Byul yang hilang masih belum muncul. Cemas btol kan?



Woo Jin kemudiannya menghubungi Soo Hyun dan memberitahu yang Bong Seop bukanlah pembunuh Saet Byul dengan menunjukkan tiket penerbangan yang ditempah Bong Seop dan ini menunjukkan Bong Seop bukan pembunuh Saet Byul.



Dengan bantuan bekas rakan sepasukannya, Ho Kook, Soo Hyun dan Dong Chan menonton rakaman cctv ditempat kejadian dan Soo Hyun mengecam logo tatu ditangan pemandu lori yang melanggar van polis berkenaan. Logo itu sama dengan lukisan yang dilukis oleh Saet Byul ditempat dia ‘dikurung’ ‘2 minggu lepas’.




Again after that muncul satu persatu suspect. Pemilik stationery shop berdekatan sekolah Saet Byul. Malah Min-ah, perempuan simpanan Ji Hoon dan paling mengejutkan ibu Dong Chan yang mempunyai motif untuk membebaskan anaknya dari penjara. Dan akhirnya, lelaki bertatu itu muncul dan menangkap Soo Hyun. Dong Chan bertarung dan cuba menyelamatkan Soo Hyun. Si pembunuh memberi amaran agar dia tidak masuk campur dalam kes ini.



Seram kan? Bila Dong Chan menyuruh Woo Jin untuk menyiasat tempat kejadian tersebut, Woo Jin pergi berseorangan dan memusnahkan bukti dengan membakarnya. So damn fishy over here kan?



Dan kebenaran muncul satu persatu. Terdapat kaitan penculikan dengan kejadian pembunuhan Moojin (nama tempat) 10 tahun lepas. Si pembunuh yang dipaksa bekerja dengan setiausaha presiden, seorang bapa kepada mangsa mempunyai motif untuk meletakkan nama pembunuh anaknya ke tali gantung selepas 10 tahun berlalu. Dan oleh kerana itu, anak presiden, Kim Nam Joon, yang terlibat dalam pembunuhan Soo Jung, di Moojin, menggunakan Ki Dong Ho sebagai kambing hitam dan hidup bebas dengan bantuan ibunya tanpa pengetahuan Kim Nam Joon. Pakatan itu adalah diantara setiausaha presiden dan isteri presiden sahaja. Diakhir drama, Kim Nam Joon membuat pengakuan melalui sidang media dan itu lah pengakhirannya.




Tragis, berlakunya sad ending apabila Dong Chan yang mengorbankan diri. Kenapa? Setiausaha presiden menyelidik latar belakang Dong Chan dan tahap kesihatannya. Kemudian turn out yang Dong Chan mempunyai masalah hilang daya kawalan semasa dia mabuk dan dia adalah pembunuh 2 orang wanita di Moojin. Rasa bersalah, dia teringat kata2 Soo Hyun yang seorang perlu mati untuk menamatkan takdir ini. Ofkoz la tak tunjuk camne Dong Chan mati tapi boleh agak dia melemaskan dirinya dalam tasik. Huhu… sedih kan? Aku tak sanggup kehilanganmu, Dong Chan L




Drama ni sangat worth watching sebab ada elemen debaran yang sangat menakutkan disini. Huhu… Yup, yang penting lawan, selagi boleh lawan.








Monday 26 May 2014

Uneasy

Aku tak sure kenapa aku rase tak sedap ati arini. Tetibe je. My heart like beeping soo fast & rase sungguh2 tak sedap ati. Camne ni? Even until now. Mati la… huhu…

Firstly pasal kerja. Kan aku take over kerja seseorang and she’s back! I know this will happened just don’t know when je. Argh! Now, aku kena la note yang kerja tuh bukan milik aku and have to return it back to her kan? At this moment aku rase sangat2 tak secure la keje ni. Good pay doesn’t mean anything. Huhu…

Sakit kepala…

2nd one, pasal Piala Thomas. Malaysia kalah kat final. Sangat tipis ok…?

3rd one, pasal sesuatu yang misteri. Huhu… benci tol. Malas nak komen disini. Aku tak paham nape la hati aku camni. Rase nak slap my own face. Huhu…


Tuesday 20 May 2014

Kurniaan...

Yup… akhirnya aku membuat keputusan untuk redha dengan ketentuan Allah tentang kerjaya aku. Maybe ada future plan untuk aku dari Nya. Terima jela walau keje ni too relaxed. Mana tau ada tanggungjawab lebih besar menunggu kan? Who know kan?

Aku akan menganggap ni kurniaan untuk kesusahan di masa lepas.

Huahuahua… sangat mengantok!


Note : Sleepy mode bebeh…. 

Sunday 18 May 2014

Getting Old!

I think my hubby sedang menghadapi waktu puncak dimana dia rase letih dengan kerjanya. Yup, aku paham sebab kerja dia banyak & selalu sangat travel. And bila dia rase stress, mula la dia terpikir nak berniaga.

Aritu seingat aku, 2-3 tahun lepas dia kata nak berniaga rangka ayam goreng kat pasar malam. Semalam dia survey francais makanan plak. Hihi… chomel kan my hubby? Dia kata dia da tua, da tak larat nak travel.

Masalahnya, aku tak sanggup idop susah. Sekarang pon aku rase agak susah sometimes sebab tak cukup duit nak cover hutang2 yang ada. Tapi aku harap keadaan akan lebih baik selepas ni. Kalau dia kerja sambil berbisnes, itu tak jadi masalah. Just nak mencari orang yang boleh dipercayai, memang susah kan?


Plan beberapa tahun akan datang, memang aku nak buat rumah. Da taknak menyewa da. Yamin pon da start g sekolah so kene sediakan proper dana untuk sekolahkan dia. Yang penting kene berubah perangai dari sikap suka membazir, ke sifat berjimat cermat. Erm… bila nak start?

For my hubby, aku harap dia bersungguh this time. Harap Allah permudahkan segala2nya untuk keluarga kami. Amin...

Wednesday 14 May 2014

#PrayForTheBest

Cuti ari Wesak semalam, aku n family tak kemana2 pon. Malas nak berjalan sebenarnya. Tapi my hubby keep ajak g jalan2. Again, aku pura2 sebuk. Dengan rumah bersepah, so cam malas nak kuar. Lepas lap dapur, aku masak asparagus & garlic & ikan masak kicap dengan gochujang. Lately, aku sangat kerap guna gochujang dalam masakan aku sebab nak habeskan stok. Lepas ni, aku nak beli bekas kecik jela. Baru sedap. Itupun Yamin tak dapat terima sebab kononnya pedas. Si kecik tu memang sesuai dok London, sikit pedas pon tak tahan. Padahal mamanya giler pedas. Huhu…

After lunch, hubby tanye petang taknak kemana ke? Yup… aku ingat janji nak bawak Yamin g main layang2. So, kitaorang bergerak ke Taman Layang-Layang kat Kepong lepas solat asar. Sampai sana da kol 5.45pm. Orang da ramai n kami pon mula la menerbangkan layang2 yang kecik tuh. Malangnya, angin tak berapa ada… n yang ada dibahagian tengah taman, da di conquer oleh orang lain. Huhu… last2 Yamin tak dapat la main. Sian giler! Untuk pujuk dia, bawak makan KFC. Dia makan agak banyak dari biasa. Pastu, kitaorang pun balik.






And balik, aku mendapat tahu Mr. P da datang L sedih & kecewa…. Sebab ini adalah masalah yang aku tak boleh selesaikan sendiri. No komen L bye… T_T #PrayForTheBest.


Monday 12 May 2014

The Full Sun a.k.a Beyond the Clouds


One of the drama that I want to keep as my collection is The Full Sun.

 


Cast:
Yoon Kye Sang – Jung Se Ro / Lee Eun Soo
Han Ji Hye – Han Young Won
Jo Jin Woong – Park Gang Jae

Plot:
Ape yang membuatkan The Full Sun a.k.a Beyond the Clouds menarik?

Mengisahkan seorang lelaki, Jung Se Ro, yang berusaha keras untuk menyara hidup dia dan neneknya. Selain bekerja, dia juga belajar Sivil untuk mengubah kehidupannya.

Dia ke Thailand untuk melawat ayahnya selepas peperiksaan Sivil, tanpa mengetahui yang ayahnya terlibat dengan kegiatan mencuri berlian di Bangkok. Dia terjebak dalam masalah apabila dia dituduh membunuh Kang Wu Jin, dan dipenjarakan selama 5 tahun (selepas pengampunan). Lebih tragis, ketika itu dia mendapat tahu yang dia diterima masuk dan lulus ujian Sivil tersebut. Time tuh sangat sedih, hokey?

Bebas dari penjara, dia membuat keputusan untuk membalas dendam keatas orang yang menuduhnya atas jenayah yang tidak dia lakukan. Bergabung dengan Park Gang Jae & geng2 con-artist, mereka mula merancang komplot membalas dendam.

My own summary:
Bestnyer drama ni adalah pelakon2nya sangat hebat memainkan watak. Macam real life je. Attraction drama ni sama macam time aku memula mengilai drama2 Korea yang tragis macam Winter Sonata, Stairway to Heaven & Green Rose.

Watak Han Young Won paling sesuai dibawa oleh Han Ji Hye. Bila watak ni bertemu dengan Jung Se Ro / Lee Eun Soo, ada satu perasaan halus masuk kedalam ati. Hoho… so sweet & bitter on the same time.

Dari segi story line, ada sedikit boleh diagak cuma plot2nya adalah sesuatu yang unpredictable.

Ending drama bila Park Gang Jae mengorbankan diri demi Se Ro paling tak disangka. Watak Gang Jae adalah paling berkarisma. Dorang ni semua bukan con-artist yang cikai2. Semuanya well planned. Boleh tiru ni :-P

Note : Nak idop senang, tak perlu berdendam dengan sesiapa. Bersabarlah menerima segala2nya dengan redha. Huhu…

 

 

Thursday 8 May 2014

Mr Food @ Putra Heights, Selangor

Kalau korang cari makanan western / steak yang halal dengan harga berpatutan, boleh la try Mr. Food yang terletak kat Putra Height, Selangor. Restoran ni tak boleh nampak dari main road. Kalau korang susah nak jumpa, call je restoran tuh.




Aku g last week sebab my hubby da teringin nak makan sejak last month lagi. Huhu… sian kan? Time aku sampai dalam kol 8.30pm, restoran tuh memang ramai la. Meja kosong tak banyak. Aku baca menu & pilih yang harganya berpatutan. Haha… sebenarnya aku tak rase nak makan. Cuma nak gak try makan steak. 








Kalau makan lamp, harganya RM 28 per set, tapi… aku memang kureng sikit makan lamb. Aku try sikit and trust me, baunya tak macam kambing pun. Haha… N trust me, sedap. Tak terlebih masak & lembut. Waa... lain kali aku nak order ni plak. Haha... Portion nya lebih besar dari yang aku order okeh?





So aku pilih Striploin set. Harganya RM 35 per set. Since aku amik tahap ‘well done’, ada sikit rase menyesal. Kalau medium rare, msti lembut… Cuma risau ada darah2 ke per, I taknak. Hihi… tapi welldone ni, ada sikit susah nak potong tapi okey la lagi. Sedap!



Untuk Yamin, dia order Chicken Sausage. Harga RM 11 per set.




Side dishes, my hubby order Creamy Mushroom Soup (RM 10) & Garlic Bread (RM2). Kalau soup ni pekat sikit, mesti sedap. 



Semua set serve dengan mashed potato, fresh garden salad & sos homemade blackpepper cheese yang super lazat. Try la… sangat berbaloi!

Kalau nak try, boleh la hubungi Mr Food dialamat dibawah ni:

Mr. Food Butcher & Grill
No. 8-G, Jalan Putra Mahkota
7/6 Putra Point Business Centre
47650, Subang Jaya, Selangor

Tel : 03 - 51922344

Wednesday 7 May 2014

Gusi Bengkak aka Gum Boil

Semalam aku terpaksa amik half day medical leave due to gum boil aka gusi bengkak yang teruk. Tragis kan? Haha… da 2 ari n semalam like the most painful day. So, around 11.30am, aku balik n terus g Klinik Pergigian Tiew at Telok Panglima Garang.

Lepas check, dia kata sebab geraham bongsu nak tumbuh. Chomel je my baby tooth. Haha… sebab ‘dia’ n takde tenaga nak ‘push up’, itu pasal sakit tuh. Huhu… sangat la tragis. On the same time, doctor detect 2 lubang. So, aku tampal terus. Satu lubang caj RM 65. Total cost + ngan 2 antibiotik (Amoxy & Metronidazole) & 1 pain killer (Ponstan) = RM 160. Kalau beli kat farmasi ubat2 tu, mungkin harganya lebih murah. Dapat MC sehari. Ingat nak g tengok wayang tapi macam malas, plus duit da menipis & bulan masih panjang.

Balik tuh singgah umah mak nak amik Yamin. Tengok2 beliau tido. Aku makan lunch dengan separuh hati sebab tak boleh nak telan. Then aku tido kat umah. Kol 5.30pm, baru amik Yamin.

Terase da tua, sakit sikit pun tak tahan da. Huhu…


Yamin kata dia demam rindu kat papa dia yang g Johor malam Selasa aritu. Call papa dia, boleh idong dia merah menahan sebak. Cian btol Yamin. Huhu…nak pujuk bawak g jalan2 umah Kak Atie. Pas isya’ baru balik rumah. Ujan sangat lebat ngan ribut. Aku melayan Goddess of Marriage and tido kol 10.30pm. Makan all the ubat & panadol, and terus tido. Pagi tadi terlajak bangun kol 6.30am!! Secepat kilat bersiap. Huhu…

Tuesday 6 May 2014

My Love From The Star

Bagi aku, My Love From The Star lebih berbentuk kepada hiburan ringan. Jalan cerita tiada yang ‘baru’. Huhu…


Cast :
Kim Soo Hyun – Do Min Joon
Jun Ji Hyun – Cheon Song Yi
Park Hae Jin – Lee Hwi Kyung
Yoo In Na – Yoo Sae Mi
Shin Sung Rok – Lee Jae Kyung
Kim Chang Wan – Jang Young Mok

Plot :
Makhluk asing, Do Min Joon, telah mendarat dibumi 400 tahun lepas dan terkandas kerana kapal nyer telah kembali ke planet nya. Selepas 400 tahun, dia telah mendapat tahu yang kapalnya akan mengambilnya pulang dan itulah peluang terakhirnya untuk meninggalkan bumi. Tetapi 3 bulan sebelum itu, dia telah berjumpa dengan Cheon Song Yi, seorang pelakon terkenal yang seiras dengan seorang budak perempuan yang diselamatkan 400 tahun yang lepas. Mereka mula jatuh cinta.





Komen aku :
Menghiburkan dari segi skrip yang kelakar and action yang spontan. Sangat chomel both of lead actor & actress. Bila aku tengok, soalan nya cuma adakah Do Min Joon akan kembali ke planetnya dan meninggalkan Song Yi? Well, what can I say? No surprises at all.





Takde orang yang boleh bawak watak Song Yi & Min Joon lebih baik dari Kim Soo Hyun & Jun Ji Hyun, btol x?

Selain tu ada watak, ada seorang psychopath yang ala2 Lex Luther. Hihi… ramai yang complaint pasal cincin dia, sangat menganggu. Dia memang gila, trust me! Sampai adik beradik dia pon dia nak bunuh, okeh? Seram.

Tapi ada watak peguam yang kacak... haha... poyo je. 





Note :
Drama ni Indonesia pun nak buat plagrism, sangat la berpengaruh. Tapi ofkoz I won’t watch sinetron tuh, pasti bosan and 'weird'.