Wednesday 19 November 2014

Happy 6th Years Wedding Anniversary

Oh ye, after few post yang menyakitkan hati pasal preparation of our 6th years anniversary akhirnya kami keluar celebrate gak. Yup, aku rase sejak awal kenal sampai sekrang, kitaorang communicate lebih baik melalui messages & blog compare to face to face communication. Pelik tapi benar, kan? Tapi itu la hakikatnya.

My hubby balik agak lewat last Friday, then bila balik, dia bgtau esoknya kitaorang akan keluar & celebrate. Cheh…. After all the hardship kan? Ahaks… xpela, layan jela. Tapi belum confirm lagi nak g mana. As always memang last minutes nyer planning. Satu lagi aku lupa nak update yang aku akan g dinner tuh. Oleh kerana aku malas nak spend banyak duit just because one night, aku pinjam baju sorang kawan anak sedara aku. Dia tentera darat. And da janji nak amik area Setiawangsa Sabtu tu. Camne pun, kitaorang akan g celebrate kat KL.

Then we all g Berjaya Times Square. My hubby kata nak beli baju JC. Pasukan mana, aku pun tak sure. Oleh kerana jammed, and kitaorang da sangat lapar, berhenti makan kat Sopoong Korean Restaurant – yang ni aku akan tulis review later. Lepas makan, baru lah kitaorang nyopping. Best gak Times Square ni. Ada kot 3 tahun kitaorang tak g. Da banyak berubah & banyak kedai. Cuma masalahnya tak bawak banyak duit je. Kalau tak… selamat la kan?

Aku pun beli baju T-shirt jalan2 & tudung corak – haha.. first time aku beli tudung camtu. Pecah rekod hokey?! My hubby beli 3 pasang baju kerja & duit lebih dia kata nak beli baju online je.

Then g beli hadiah aku plak. As promise, memang aku nak beli jewelry this year. Sejak kawin, memang tak penah dapat jewelry as a gift. Yang tragis bajet my hubby pun tak banyak, Cuma RM 500 je. Beli cincin kat Wah Chan yang berharga RM 488. Layan jela. Doakan je rezeki hubby aku lebih murah tahun2 akan datang. Takpun takyah bersusah payah, beli je sendiri, ahaks!




Balik tu, singgah rumah my sister untuk amik baju tentera darat tersebut. Malangnya baju tuh takde aksesori. Aku paham baju2 camtu tertakluk pada certain akta. Mana boleh sebarang pakai. Last2 aku singgah Tesco Bukit Tinggi, Klang utk beli ape2 yang patut. So baju dinner aku sangat special. Ada star dari Pandu Puteri, logo kat topi dari PRS. Ahahaha… Lantak la kan? Aku nak amik door gift je. No one to impress pun.

Dinner kat Nyonya Kitchen Bukit Tinggi. Da renovate da restaurant tuh, Nampak elegan sikit. As always, order deep fried sotong & taugeh ikan masin. Ada budak kecik pegang2 Yamin. Bila tengok, dia pun cam Yamin. The only kid in the family. Harap bertambahlah bilangan keluarga kami tahun depan.

Happy 6th Anniversary Hubby. Kalau perangai baik, sampai ke Syurga la kita sama. Huhu… mendalam kan? :-P



Sunday 16 November 2014

Nihonkai Japanese Restaurant @ Sunway


Last week, my Chinese colleagues’ ajak g makan kat Nihonkai, Sunway. Time dia cakap tuh, aku rase cam penah dengar je. Baru teringat yang my ex-boss penah bawak kat Kota Kemuning nyer branch. Seingat aku pork free. Jadi aku pon setuju pergi.

Sampai kat Sunway Mentari, agak awal. Senang nak dapat parking. Oh ye, Nihonkai ni restoran makanan Jepun. Info dari my colleague, ada satu lagi branch kat Old Klang Road tapi yang tuh tak halal Aku pun tak paham nape ada branch yang pork free, ada branch yang tak halal. Belek nyer belek, aku order Set Lunch Salmon Butteryake yang berharga RM 19.

My other colleague, ada yang order Mackerel Head. Dia kata dia suka sebab kulit area kepala tuh ada Omega.



Bila sampai je set Salmon Butteryake tuh, aku rase set tuh besar. 2 hiris salmon yang besar digoreng dengan butter. Bukan deep fried ek? Ada miso sup & seaweed, pickles (kubis), pickles cucumber, cili padi potong (ahaha…Japanese???), tembikai & plain rice.




Without doubt, aku makan jela. Aku tambah cili powder, n wasabi. Sedap. Aku abes sekeping untuk dimakan dengan nasi & habiskan yang sehiris lagi dicicah dengan wasabi. Abes la satu set & super kenyang. Oh ye, aku tak order air sebab da ada miso sup.

Servicenya not bad, cepat tapi sebab waitress nya semua non local with not-so-good English, so memang sometimes miscommunication la.

Balik opis, memang cuacanya panas. Tapi aku rase super panas. And pening. Aku pun tak tak tau nape. Then aku teringat aku penah temankan one of my colleague beli miso paste kat one Japanese shop & it is with alcohol. Aku mintak dia call Nihonkai & tanye ada alcohol ke dalam miso sup. And she called. Guess what?! They put Sake in the miso sup! What the hell??? Then my colleague marah la. Nape serve alcohol to Muslim. Dorang cakap Sake is not alcohol. Again…? I was like what…? Naseb baik la my colleague tuh explain that sake is an alcohol. Da la ada orang Muslim lain dalam restoran tuh! Biar betul. So to all Muslim & me, takyah la dah g Nihonkai. Itu je… 

Tuesday 11 November 2014

The Pain

 ‘Abang takde duit’
Itu je yang my hubby cakap for our anniversary this Saturday. Ape yang aku boleh harap lagi? Aku rase bukan sebab masa je. Tapi pasal duit. Kalau la dia dah plan nak bagi something, msti dia da simpan duit lama kan? Bila ada duit lebih, semua nak abeskan. Well, takpela… bukan setahun 2 kene camni. Dah 6 tahun, sabar jela. Nak buat camne, in the end, memang aku yang sedih n makan hati gak. Super bosan da. Komen lebih2 pun tak kan dapat ape pun.

Maybe aku bukan isteri yang baik sangat untuk dapat such penghormatan dari dia. Aku ni cam bunga perhiasan dalam rumah je. Ada pun takpe, takde pun takpe. Lantak la… nak buat camne. Rawati lah luka tuh sendiri.


Monday 3 November 2014

Luahan Hati Yang Pedih

Day by day. Haru haru (dalam Bahasa Korea). Cepat je da masuk bulan Nov. Tinggal 2 bulan lagi nak menghabiskan tahun 2014. Hidup tak banyak berubah. Cuma saiz je berubah plus gaji naik sikit bila start keje kat company sekarang. Teringin nak tambah anak, tapi masih belum berezeki lagi. Masalah yang tak boleh diselesaikan sendiri.

Hujung minggu lepas, my family buat kenduri doa selamat untuk Abg Ann & wife yang baru balik dari Haji. Termasuk majlis tahlil sekali. Alhamdulillah semua ada termasuklah yang selalu takde. Haha… U-Know-Who. My hubby muncul pagi tersebut utk mengemas rumah mak tapi ghaib apabila petang. Tragis btol. Memang aku suruh dia g beli buku Raudhah by Ramlee Awang Murshid. Buku baru kat carnival SK Kampung Jawa. Then aku cancelled sebab macam tak patut plak dia takde time kenduri tuh. Rupa2nya my hubby g jugak untuk beli. Ai…. Malas den nak komen.

Kenduri tersebut berjalan lancar plus makanan berlebih memang banyak. And tugas aku la meng-clearkan makanan2 tersebut. Bukan aku makan, tapi aku bungkus n sedekah kat orang2. Memang aku agak penat dengan closing a day before & aku balik dalam kol 5.30pm. Oh ye, Kak Atie belikan aku jubbah. Zul & Yamin pun dapat. Tapi it’s too big for Yamin la kan… tunggula 10 tahun lagi, baru leh pakai.

Malam tu, aku menyiapkan report sampai kol 12 tengah malam.

Ahad, melepak depan TV dengan hubby. Dia ajak kuar makan sup sedap kat Subang for lunch. Then dia share satu video tentang seminar. Tak kenal penceramah tuh. Tapi topic pasal perempuan & lelaki camtu lah. Dalam ucapan tuh cakap pasal perempuan yang mintak hadiah time birthday plus rambut perempuan cam gorilla kat rumah. Ai…. Motif? Memerli aku lah tuh. Aku rase la, dia cuba nak bagi hint2 yang hadiah tuh sebenarnya tak penting. Yup, pasal rambut tuh, memang kene kat aku la… tapi ada sikit tak puas ati bila ‘penceramah’ tu berpendapat tak penting pun bagi hadiah time besday / special event.

Aku pun heran ape sebenarnya motif perkahwinan sekarang? Cuma nak zuriat yang halal je? Kebahgiaan xde?

Hmmm… kalau la motif my hubby taknak bagi ape2 hadiah camni, go ahead! Aku pun tak kesah. Da lama da aku makan hati. Makan hati 2-3 tahun lagi pun ok… 10 atau 20 tahun lagi pun xpe. Tapi aku doakan tak la selama tuh. Baik takyah kawen camtu.

So my mood after memang tak best. Tapi aku hide my feeling. Sebab my hubby memang jenis yang tak boleh kita nak share pendapat. Semua dia nak pancung. Benci tol!! Benci gila…

Knowing anniversary tahun ni takkan disambut, menghancurkan lagi harapan aku. Aku da takde mood da untuk semuanya. Termasuk attend company annual dinner. Ape kaitannya? Bila takde mood semua benda tak jadi tau! Benci2…

So, 15th Nov ni, memang aku nak tido je kat rumah. Camne pun kene pujuk, aku malas nak celebrate. But as promised, yup… aku akan bank in duit RM 500 untuk his gift, tapi pasni jangan harap la. Tiada maaf bagi mu lagi. Jangan bagi muka lelaki camni. Geram gila sampai sekarang.

Note :

Nak simpan duit buat pondok kecil2an.