Thursday 30 May 2013

Mandate of Heaven : The Fugitive of Joseon



Dengan lambakan drama berlatar belakangkan Joseon era sekarang ni, buat aku tertanya camne nak jadikan cerita tuh menarik. Banyak example drama2 yang bergenre dan berlatarbelakang sama yang bagus cam Jewel in The Palace. Kejayaan Jewel in The Palace adalah pada jalan cerita dan plot2 yang lain dari yang lain.

Kemudian, ada plak The Princess Man. Ending drama ni memang tak disangka dengan banyaknya kesusahan yang dilalui oleh watak hero dan heroin nyer. Again, jalan cerita The Princess Man ni cuma jalan cerita yang biasa, banyak ditonton dalam drama2 yang bergenre moden, tapi kekuatan lakonan pelakon2nya telah menaikkan rating drama ni.

Dengan adanya 2013, muncul Jang Ok Jung, lakonan Kim Tae Hee yang menarik perhatian pengemar drama Korea. Walaupun ending citer ni dah diketahui kerana adaptasi lagenda Jang Hee Bin, gundik diraja zaman Raja Sukjong, aku masih berharap ending citer ni tidak menyedihkan. Harap pakcik Raja sembunyikan Jang Ok Jung ke? Racun adalah ubat je ke? Hehe… ntah :-P

Satu lagi drama yang menarik perhatian aku adalah Mandate of Heaven : Fugitive of Joseon. Mulanya aku tak tertarik langsung nak tengok drama ni. Time tuh IRIS 2 : New Generation baru abes. Oleh kerana aku sangat upset dengan drama tuh, aku tidak berharap sangat nak tengok drama yang menyusul. Even aku check kat Wiki, jumpa la poster yang bosan ni.



And percaya tak yang lelaki yang mendukung budak tuh adalah Lee Dong Wook? What?! Lelaki jambu tuh? Nooo…… what did they do to him sampai dia nampak lebih tua? Huhu…



Lebih tragis ada nyer Song Ji Hyo sebagai watak heroin. Adui… seriously, aku tak tau menahu pasal drama ni sebelum tuh. Promosi kurang kot. Time tuh aku tak ingat yang Lee Dong Wook penah dilihat dimana2 cerita Joseon era camtu. Dan wataknya paling kesian. Hehe… Cuba nak kelihatan kelakar tapi buat dia kelihatan stupid... opss, sorry!

Budak yang jadi anak Choi Won chomel. Kalau tengok betul2, giginya agak tak rata (lately aku sangat pandai komen pasal gigi, kan?)




Tengok la plot summary yang aku baca kat Wiki:

The Joseon version of a Chaser about a medical practitioner who struggles to save his daughter from a terminal illness while being caught up in a plot to poison King Injong.
Royal Physician Choi Won (Lee Dong Wook), who works for the royal family, becomes involved with the plot to poision King Injong and is now a fugitive. He tries to save his daughter Choi Rang (Kim Yoo Bin), who has an incurable disease. Choi Won has raised his daughter alone since his wife passed away. Hong Da In (Song Ji Hyo) is the nurse who’s in love with him.
Meanwhile, Lee Jung Hwan (Song Jong Ho ) is the Euigeumbu detective who’s the one to capture him and he get help from bandit’s daughter, So Baek (Yoon Jin Yi) while he is a fugitive. Crown Prince Lee Ho (Im Seul Ong) is the suspicious crown prince who ends up thinking he was betrayed by the one person he trusted in the world.’

Bila first episode aku tengok citer ni, aku sangat sangat surprise sebab drama ni surprisingly good. Jalan cerita yang mendebarkan tanpa kita mengetahui sebabnya. Dan aku tak sabar nak tengok endingnya. But trust me, aku tak rase sad ending. Takkan hero mati? Tak mungkin… sape nak jaga anak dia nanti? Camtu la… aku yakin pasti happy ending.

Note : Kelakar tengok 2AM Im Seul Ong dengan pakai baju Raja and fake moustache. Macam ada sesuatu yang tak kena je :-P But he’s looks great on below photo!


Wednesday 29 May 2013

Help!



Mata sangat panas arini. Maybe last night aku tak dapat proper sleep. Menyakitkan ati betul.

My hubby balik dari T’ganu last night dalam 12.30pm. Rindu gak kat dia sebab da 2 ari tak jumpa. Tapi dia cam xde rindu aku pun. Haha… emotional tol. Haha…

Pagi ni, sorang staff technical and sorang staff admin tender their resignation. Pada waktu2 camni la aku teringat offer T_V aritu. Kalau la aku keje kat situ, da mandi duit pun kan? Tapi oleh kerana aku pikir nak baby dlu, aku tak g. Bila pikir2 balik sekarang, ada sikit rase nyesal. Ye la, aku belum pregnant lagi ni. Ai.. ape la naseb.

Buat masa ni, aku masih boleh tahan lagi kat company ni. Walaupun ati rase nak berenti je tapi xnak la jadi cam aritu. Berenti tapi xdapat keje. So, duit terbuang camtu aje. Da la aku ni kuat jalan n tgk wayang.

So, aku harap pada Allah untuk bagi aku new baby. Maybe pasni ada rezeki kat tempat lain. Tolong aku, Ya Allah..

Tuesday 28 May 2013

Weekend 24/05 - 27/05/2013



Aku cuti 4 hari since last Jumaat sampaila Isnin. Tapi still tak puas lagi n malas nak g keje. Haha…

Ari Jumaat lepas, kitaorang g pasar. Aku sangat sangat teringin masak asam pedas ikan parang. Nyum2. Hmm… ni semua gara2 tengok resepi kat satu blog ni. So, g pasar Seksyen 2, and beli ikan terubuk n ikan parang. Beli ikan kembung 5 ekor. Semua sekali RM 59! Mahal giler barang2 sekarang ni kan? Malangnya kita takde pilihan & terpaksa beli.

Balik tuh, mintak kat jiran aku daun kesum. Jiran aku ni sebenarnya ada masalah ngan menantu dia. Dia tak tau aku da tau. Boleh baca muka dia maa… tapi malas nak korek. Hal rumah tangga orang lain kan? Jaga tepi kain sendirik je.

Bermula la proses masak memasak aku ni. Best je perasaan, hehe… Dan hubby try rase. Dia kata sedap! Haha… yup, aku sebenarnya not bad la memasak. Thanks to my mom yang selalu suruh aku tolong time dia masak dulu. Memang berguna ilmu tersebut. Walaupun mak aku takde la ajar resepi ke per, tapi sebab da asas, bila aku start berpikir, pasti jadi nyer lah. Kebanyakan resepi, aku agak2 je. Kekadang tak jadi gak, tapi biase la kan? Adat. Huhu…

Hubby g solat Jumaat, aku n Yamin lepak umah mak. Famili Along aku balik.

Petang tuh, ingat nak g Morib, tapi hubby malas sebab mesti ramai orang. So, kitaorang melepak kat umah je. Dalam kol 9pm+, kitaorang g Setia Alam jalan2. Memula plan nak lepak kat taman Setia City Mall. Sampai sana da malam, jadi kitaorang pusing2, n balik.

Sampai umah 11.30pm. Tetibe ada semangat nak mengemas dapur. My hubby complaint kat aku yang dapur sangat kotor. Yup, memang aku tak penah membersihkan dengan serius sejak pindah :-P Ahaha… bukan pe, aku kan malas. Huhuh… tapi aku sangat geram sebab hubby kata aku yang sepahkan dapur tuh. Tang mana, aku pun tak tau. Takkan la aku ni campak habuk kat situ lak kan? Sangat la kejam kenyataan tersebut. Haha…

Aku siap mengemas kol 3 pagi. Haha… dasat atau x? si Yamin siap da terbongkang sebelah papa dia. Aku pun solat Isya’ n tido. Sangat la penat.

Pagi, my hubby g tapau bfast kat Seksyen 2. Dia pun terkejut aku dapat mengemas sebaik itu. Haha… jangan kejutkan naga sedang tidur okeh?! Tapi naga tersebut da pancit la disebabkan malam tadi yang penat. Even aku bersihkan bilik mandi okeh?! Tersangat dasat la.

Kol 2pm, on the way g One Utama. Konon nak tengok wayang & makan2. TGV nyer cinema da bukak. Nak naik tangga tuh, wa… sangat gelap. Siap pasangan yang naik escalator dengan kitaorang, bercium2 lagi. Geli… malangnya citer Epic lambat lagi tayang. Yang ada 3D je, kang juling plak bijik mata Yamin sebab pakai spek2 ni. So, kitaorang g GSC untuk survey. Ada seat tapi 2 row dari depan. Taknak la kan? Aku beli tiket untuk citer Biker Kental.

WHAT???!!!

Ape mimpi aku beli tiket tuh?!

Haha… rewind balik kesah 2-3 jam sebelum.

Hubby : Tengok wayang la jom. Nak tengok citer ape? Fast & Furious?
Aku : Eh… mana boleh? Yamin tak boleh masuk maa…
Hubby : Abes tuh? (dengan nada bergurau) Biker Kental? Hehe…

Seriously, I thought he’s serious. Huhu… lagipun dia kan minat sangat Zizan Raja Lawak. Huhu… Kelakar giler bila teringatkan muka my hubby lepas tau aku da terbeli tiket citer tuh. Lama giler tak nampak ekspresi yang sama. lagi teruk, aku suruh dia bayar balik duit tiket tuh :-P Ahaha...

So, I shouldn’t being blame by this ‘jokes’. Huhu… FYI, citer Biker Kental sangat la lemah dari segi jalan cerita. Lawak2 nyer pun sangat la membosankan. Huhu… lantak la kan?

Kuar dari panggung, aku da tahap lapo giler baboon. Aku teringin nak makan kat Food Republic. Tapi my hubby sangat la tak suka makan kat situ. Dia cakap nampak tak sedap, huhu… padahal dia bukan penah makan. Dan aku sangat marah. Ye la, korang pikirla last meal yang aku makan adalah time bfast. Itupun aku tak abeskan nasi lemak sebungkus sebab kureng sedap lak pagi tadi. My hubby boleh la tahan lapar sebab dia takde gastric. Aku lak, da pening kepala…

Aku ajak balik terus. Wait…… dia tak drive balik and stop area Bangsar. Tak nampak nama kedai, sebab shoplot kot. And nampak cam tutup. Hubby suruh turun, aku kata sama cam dia cakap kat depan Food Repulic tadi.

‘Makan la… yayang taknak makan…’

Ofkoz dia tukar perkataan ‘yayang’ ngan ‘abang’. Aku nak dia rase ape perasannya kalau pergi sama2 tapi makan asing2. Hubby ngan nada marah, mengeluh n drive area berdekatan. Aku asek kata nak balik. Takpe pun, megi ada maa…

Yup, aku marah, so what?!

Last2 dia stop kat foodcourt faberet kitaorang dekat dengan Sunway Pyramid. Memula aku sangat rase nak mogok, I mean, taknak makan. My hubby order nasi putih ngan sambal udang petai. Yamin plak aku order nasi goreng ayam. Aku sengaja tunggu semua order sampai dlu sebelum bertindak.

Aku memang rase nak tukar semua style aku bila merajuk. Kalau dlu, aku menjeruk hati la kan? Tapi last2, aku gak yang rugi. My hubby kembali ‘ke bentuk asal’ balik walaupun lepas kena marah. Biase maa, melayu mudah lupa. Dan dengan tekad tuh, aku order banyak2. Nak kenakan hubby, biar dia bayar. Aku order Rojak Buah, Satay 10 cucuk, otak2 10 n kepak ayam bakar 3 bijik.

Saje aku tengok air muka dia. Memula kepak ayam datang dlu. Muka dia okay lagi. Even time rojak buah datang pun dia ok. Tapi ada sikit berkerut bila otak2 sampai. Haha… lagi kerut bila satay kemudian sampai. Pastu dia tanye or perli kot.

‘Banyak yayang makan?’

Haha… but I’m not going to stop. Sambil makan tuh, aku order lak Kerang Bakar.
Memang terkejut dia okeh? Well, perut aku memang besar. Hebat x?

Sambil tunggu, aku order Ikan Terubuk Bakar n I think enough, I should stop now.
Haha… memang precious moment tuh bila tengok muka hubby time ikan bakar tuh sampai. Aku abeskan semua. Ujung2 je tak abes sebab da tak muat perut aku ni. Haha…

Ntah dia sedar x aku kenakan dia?

Singgah Tesco Extra lepas makan. Plan nak buat sandwich untuk breakfast esoknya.

Pagi Ahad, dirumah je. Sepatutnya nak g kenduri my ex matriks fren, tapi malas. Gi belah lelaki jela nanti. Lunch kat Nyonya Kitchen n xde yang menarik berlaku on that day.

Waa… panjang nyer post :-P

On Monday, aku jaga Yamin sebab babysitter dia balik kampong. Keluar jap g Jusco Bukit Tinggi tengok Epic. Terkorban RM 50 dalam sekali je keluar. Mahal mahal mahal!
Da kuar DVD Arang the Magistrate. Adala harapan aku menyoping DVD bulan depan.

Daebak ^-^



I’m going to Lee Min Ho’s concert. I’m going! Lalala… hehe…

After work yesterday is a thrill. I actually planned to stay back to settle my jobs but I suddenly bump into the dilemma whether want to go or not. Well, all of sudden ‘the visible helping hand’ appears to help. I’ve got my money from my company claim and lend GPS from my colleague. Haha… the traffic jammed all over the place. But with my driving skill, I managed to drive as fast as I could as the office close at 7pm.

Arrived at Jazzy Group around 6pm. I’ve got the ticket but it’s at row 5 and side seat.
What can I do? Just bought the ticket and I’m so excited that I’m going to see LMH next month!!!! I even got Lee Seung Gi free poster. The staffs very friendly, trust me, they will help.

Yeay!!