Tuesday 23 December 2014

Final Working Day of the Week

Final working day for of the week! Yeay!!!! Sangat la lega… yup, takde planning untuk cuti ni. Cuma nak duduk rumah sebab aku ada beberapa ringgit je tinggal dalam poket. Maybe untuk makanan kat rumah, leh la cari sayur2 kat tepi rumah mak nanti. Pucuk paku pakis ke, pucuk ubi ke. Lauk telur. Sampai la ujung bulan & dapat gaji.

Next month, aku haruslah berhati2 berbelanja. Sebab aku da terpinjam duit dari mak & my fren untuk cover belanja bulan ni. Paling tragis nak kene bayar duit ubat dengan gaji bulan depan. Time2 ni la rasa nak jual tiket Lee Min Ho tu balik. Agak2 kalau jual 1k, ada yang nak beli tak? Hahaha…

Well, untuk 2015 takde pape planning untuk di-carry forward ke tahun depan. Sebabnya tetiap tahun ada je azam tahun baru tapi bila sampai ujung tahun rase kecewa sebab tak tercapai. Cuma aku berjanji camne pun, aku akan buat yang terbaik dalam ape jua yang aku buat tahun depan. Mudah & padat. Hahaha…

Currently memang tak banyak yang berubah pun kan? Aku masih contract staff… bosan… even my hubby da tukar kerja baru dengan gaji yang lebih, tapi aku tak merasa perbezaan nya pun. Tengah2 bulan peti ais kosong & nak kene berjimat gak. Hmmm… beza tahun depan adalah Yamin da g sekolah, and rutin Papa dia da lain. Hihi… hahaha… yang lain masih sama, so no komen.

So you all, I think next week maybe tak sempat kot nak blog any post. Till then… Happy New Year 2015!!! Take care J Have fun!!!





Sunday 21 December 2014

Stress Itu Datang Lagi

Super pissed off! Itu je yang aku boleh komen minggu lepas. Cam da taknak keje pun ada.

Kesnya bermula bila my senior suruh aku follow up status on my employment status. Yela, aritu bos aku kata nak confirmkan aku within this year. Tapi takde reply lagi since then. Bila aku tanye bos aku dia kata process nya bukan sekejap & she hold the process until March 2015!!! What the hell?!

Ish super baran la dengar kan… janji manis je setakat ni.
Hampeh! Well, aku tak tau la aku tak perform ke pe… tapi ok je so far. Huhu… datang pun on time. Tak kesah balik lambat. Tapi kalau camni la, baik aku masuk & balik sharp je. No appreciation!

Then, balik aku try taknak berpikir ke pe, and aku tido. Aku mimpi jumpa someone yang dah meninggal. Orang tuh sedara jauh la, tapi sebab rumah dia dekat. Jumpa sekali sekala dalam kenduri. Aku rase aku pun hai hai je ngan dia. Tapi tak penah la nyembang. Dia meninggal accident tahun ni. Memang kesian sebab husband dia pun meninggal sekali. Dalam mimpi tuh dia menyembang ngan aku, tapi takde aku balas. Seingat aku la… Aku tak tau la ada maksud ke pe… so, aku google.

Maksud mimpi tu (jangan pecaya sangat!), antara seperti berikut. Kalau bercakap dengan orang mati, usaha / pekerjaaan akan sia-sia dan mengalami kegagalan. Kalau jumpa dengan orang mati, akan ada bantuan yang tak diduga.

Hmm… tapi camne aku nak tafsirkan. Orang yang dah meninggal tu memang cakap ngan aku tapi aku tak sembang balik pon. Huhu…tapi yang aku yakin adalah usaha / pekerjaan akan mengalami kegagalan. Huhu… itu yang kene kat batang idong aku sekarang, ye tak?

So………………………. aku malas tahap asbestos nak gi keje. Dan aku memang ada sedikit selsema pun! Aku mintak MC & g jalan2 ke Midvalley. Yup… kan da over budget. Ai… terpaksa la pinjam kat mak. RM 100 je. Huhu…

Dapat la aku sarapan kat Krispy Kreme – 2 donuts & honey lime tea. Memang segar disebabkan idong ku yang tersumbat ni. Wakaka…aku beli tiket wayang citer Paddington… hmm… patut nak gi tengok ngan Yamin, tapi takpe kot tengok 2 kali. Takde citer lain. Ada film melayu, kang tak best plak.

Aku window shopping & terbeli sandal Voir dengan ketinggian 13.5cm… ahahaha… sesuai la g opis sebab aku terpendek kat dalam ofis aku. Huhu… semua tinggi2 belaka. Budak zaman sekarang kan? Selebihnya aku jalan2 je sebelum tengok movie. Paddington ni sesuai ditengok, ada part kelakar & menghiburkan… ahahaha… comel je. Yang tak puas ati, movie tuh sejam 35 minit, tapi aku rase kejap sangat. Huhu… sebaik tiket RM 10.

Itu jela… de-stress? Ntah… ada la sikit. Huhu… sikit je tau! Kalau dapat gaji nanti nak beli leggings kat Uniqlo… murah gila… cam jeans. Baru RM 79.90.

Sabtu, kitorang g beli kasut sekolah Yamin. My hubby ajak g Kilang Bata lama kat Kapar, tapi tak berpuas ati ngan kualiti kasut yang ada. Biasa la kan… nama pun jualan gudang. Last2 g Klang Parade je beli kasut Yamin. Sian gak kat hubby, yup… paham la nak kene tunggu 2 minggu lagi untuk gaji. Ntah berapa ringgit je duit dia yang tinggal. Huhu… sian kan? Aku plak tinggal RM 60 je sampai gaji. RM 50 untuk petrol, n RM 10 untuk makan. Nampaknya minggu depan, aku apply cuti hari Jumaat.
So lepas beli kasut, kitorang terus balik rumah je.


*Sekarang aku terpikir nak jual je tiket Festa 2015 – meet & greet dengan Lee Min Ho. Sapa mau beli?

Thursday 11 December 2014

Innisfree Malaysia Grand Opening @ Sunway Pyramid

Olla! Yup... sudah bersawang da blog aku ni. Well, aku super busy nowadays... teruk gak, nak baca berita pun tak sempat! Yup, nyambil2 tuh memang la boleh, tapi kejap2 jela. Nak update blog memang tak sempat!

Beberapa minggu lepas, aku terbaca satu iklan kat surat khabar The Star kalau tak silap. Pasal Grand Opening Innisfree kat Sunway Pyramid. Tarikhnya 5th Dec 2014. And yang menariknya ada offer kalau beli RM 300 keatas dalam satu resit, boleh grab a chance to win invite to meet & Lee Min Ho next year... hmm.... totally interesting! Tapi bila tengok tarikhnya, iaitu hari Jumaat... so aku cam melupakan la...

4th Dec, hari Khamis, aku lalu depan Innisfree, Sunway Pyramid. Time tuh ada Media event. Kira buka untuk Media je. Hmm... pintu masuk pon kene block. Hahaha... aku memang tak ingat langsung pasal Grand Opening tuh. Tup2, aku tertanya seorang staff yang kat situ. Dia cakap datanglah esok & come early. Line up!

Tetiba rase nak gi tuh datang membuak2. Balik je opis, aku search la produk apa yang aku boleh beli dari Innisfree. To be honest, aku baru je bank in duit sehari sebelum tuh. My saving la kan.... then kalau aku kene spend RM 300, hmm... I have to cut down my monthly expenses. I almost give up.... but then tetibe aku rase perlu gak aku membeli sebab aku nyer Skinfood Black Sugar Serum dah almost habis. Tapi memang ada risiko sebab aku tak tau how good Innisfree's product is. Maklumlah, aku penah je dengar pasal Innisfree... But since there is no stores open yet kat Malaysia, aku tak pernah guna produk Innisfree. And knowing me, I won't go for online shopping unless necessary.

So camne, pikir punya pikir... hatiku masih rase nak g. Well, asalkan dapat Mystery Gift for the first 50 yang line up... I wonder what is the mystery gift. That night, aku text my boss mintak 2 hours excuse untuk g bank. Yup... It's the most evil things yang aku penah buat this year!! Teruk kan? Trust me, dah lama kot aku tak buat that kinda excuse untuk amik cuti. Lagila untuk something related to K-pop. Hadija, you are so evil!!! Ahahhaa.. to my close friend, Alison, she said it is okay since I'm so stressful with my current workload. Takpe la kot! Sorry bos...

Well, that night I dream of meeting Lee Min Ho kat Jeju, super tragis kan? :-P

Aku datang keje awal 5th Dec, around 6.45am, then kol 9.30am aku gerak g Sunway Pyramid. Amik masa dalam 10 minit je dari opis aku. Since I'm so familiar about Sunway Pyramid, dah tau mana nearest parking. Sampai je, terkejut aku sebab dah ramai orang. Ahaha... obviously, aku dah ter-miss the mystery gift. So sad... itupun dah buat aku rase down kejap. I even texted my fren asking her whether I just should give up or what? Tapi aku teruskan gak...mana la tau ada luck kat tempat lain. 

Tepat 10am, pintu dibuka... ofkos la pintu masuk pun aku tak nampak... jauh hokey aku kene beratur, so masuk seorang demi seorang and lastly after 2 hours, aku baru leh masuk. Memang time tuh da takde hati da. Dah totally give up bila tengok orang kat depan2 beli banyak2 tapi ada yang tak dapat invite tuh. Then aku pikir, takpela... beli jela... ape nak buat kan... Satu lagi pasal I'm not happy with the products that I'm using now. Maybe I'm too old for this product. I'm using Skinfood for almost 8 years now. It is time for me to move on.

Oleh kerana ramai orang, aku just grab ape yang aku rase nak beli. Oh yea, FYI, Innisfree ni product Korea dengan bahan2 yang boleh didapati di Jeju. Kenapa Jeju? Sebab Jeju jauh dari pencemaran dan udara bersih. Hmm... penah g Jeju? Aku pernah :-P Riak jap... Well, bila dari bahan yang ada di Jeju, obviously bahan tuh mengingatkan aku pada Jeju. Green Tea, Hallabong (mandarin oren yang gila besar & manis), Volcanic Clay... yup... semua mengingatkan aku pada Jeju.

Luckily aku dapat grab one salesgirl yang rekomen few product. Mari kita tengok interior design Innisfree Malaysia @ Sunway Pyramid. Aku suka sebab ruangnya luas & barang2nya kemas tak too crowded. 



Aku beli untuk cukupkan RM 300 je. Bagi aku range harga agak mahal nak banding Skinfood, tapi aku tak sure in term of quality camne kan? Tapi time tuh totally dah penat... Rase nak balik je. Nak beratur & bayar pun agak menduga kesabaran sebab ofkoz la ramai orang. Tapi kat kaunter kena isi borang untuk jadi ahli, melambatkan lagi proses. Aku nampak 2 orang yang dah beratur sebelum aku dapat masuk lagi. Tak tau la diorang beli lagi ke per. Takkan lama sangat kan? 

Ni dia yang aku beli. 


Super Volcanic Pore Clay Mask Set. Cuma RM 52 per set. Untuk mask, aku ada lagi tapi ini berlainan sebab Clay Mask. Aku tak pernah pakai Clay Mask sejak kehabisan yang brand Body Shop. Itupun about 5 years ago. Hantaran kawen. Yang belah kanan adalah Toner, yup... aku sangat memerlukan toner sebab Skinfood Black Sugar Serum dah nak habis pun. Cukup 2 minggu je lagi. Then yang kat tengah dalam tiub tuh adalah pencuci muka. Yup, yang tuh aku pun perlu sebab Skinfood Parsley & Mandarin Mild Foam dah nak habes. See, takde pembaziran disini.


Gambar atas adalah Eco Science White C-Cream yang berasaskan Jeju mandarin orange. According to that Salesgirl, boleh memudarkan kesan freckles yang melambak2 atas muka aku ni. Oleh kerana range product ni mahal, aku amik cream je sebab dia kata boleh pakai toner dari Volanic set tadi. And then boleh pakai dengan Green Tea Seed Serum set. Harga set ni mahal sikit. RM 90 tapi kira murah la. Bagusnya bila ada set yang tak besar sangat, takde lah kita struggle sangat nak habiskan. 


Last but not least, aku beli makeup remover. Nama product ni Green Tea Cleansing Oil. Harga RM 65 je. I'm not a fan of make up remover oil type. Lately aku guna Nivea Extra White Make Up Clear - Mud Type yang aku quite happy with it. Tapi leceh nak menunggu beberapa minit. Tengok instruction dari botol ni, aku rase senang je nak guna. Hmm... Then aku beli Eco Tool Shower Loofah. Harga RM 10. Aku ada plan nak beli night cream, tapi nanti2 la. Test dulu.





Ni free gift yang aku dapat. Eco bag. Then mini version of Green Tea Seed Serum - mini set, Green Tea Mask, Innisfree sticker & poster. Poster takde dalam gambar. And also Lee Min Ho Jeju Travel journal.

Keluar je dari situ, aku dah totally penat. Stress & pikir nak balik opis je dah. Sebab aku mintak 2 jam excuse dari my boss, tapi dah 2.30 jam da. Takut plak. Ahahaha... still, aku bukan pandai sangat buat jahat kan? :-P Turun je dari escalator aku jenguk2 dalam beg & aku nampak small envelope. Ada tulisan 'Congratulation' kat atas. Hmm... dasat! Alhamdulillah aku dapat invite tuh. And it's on 15th Jan 2015 - unfortunately hari keje. Kena amik cuti lah nampaknya. Huhu...



Aku call my hubby. Biasa la kan? Terlebih excited. Hoho... And I shared the news with Alison. So boleh la aku tido lena malam tu. Tak sabar nak tunggu bulan depan. N kena kurus nih :-P 

So guys, if you're interested to get this invite, I still there have some more. Yup, even it depend on your luck, but once you get it, you'll be happy as I am. I think that's the luckiest day of this month. After that, I will back and stuck with my work again. Argh!

Innisfree Sunway Pyramid
G1, Store # 70, Bandar Sunway, 47500, Selangor





Wednesday 3 December 2014

Update 2 minggu

Da bersawang2 blog ni. Hampir 2 minggu tak update blog. Super busy! Trust me okey? Ape yang menarik ek? Takde pape yang menarik berlaku 2-3 menjak ni. Dinner company aritu aku dress up as tentera darat. Tapi makeup ada sedikit over hokey? Layan jela… bukan selalu pon. Melihat pekerja2 company aku ni, leh tahan gak dorang berhabis untuk dinner. Cam biasa power bank tu telah disedekahkan kepada my hubby. Takde lucky draw menang malam tu sebab I’m not lucky enough.

Lepas dinner, closing time! Then month end closing. Bulan ni akan terlebih sebuk sebab 4th quarter. And bagusnya start bulan ni aku da menabung secara serius melalui ASB. Yes! Takpela, berapa mampu la kan? Aku nak tersenyum bila satu hari nanti aku nampak hasilnya. Duit tuh insyallah tidak akan dikeluarkan melainkan emergency. Hoho…

Since bulan ni aku nak servis kereta, jadi kene la berjimat sikit. Aku rase nak kene buat camtu la… kalau tak, memang tak boleh la menabung. Semua habes! Da la takde extra…. Hmmm…. Takpe2… sabar2, kesusahan hari ini untuk kesenangan dimasa depan.