Sunday 29 December 2013

Another New Beginning

Alhamdulillah aku telah diterima bekerja dengan company yang aku nak sangat tuh start 2hb January 2014. Paling best dan alhamdulillah jugak sebab gaji lebih baik dari dulu. Sangat Alhamdulillah. Semoga tahun yang akan datang lebih bermakna dan paling bagus paling sukses untuk kehidupan yang lebih baik hendaknya. Amin... 
Tolong tunjukkan aku jalan, Ya Allah!


Thursday 26 December 2013

Mirae's Choice : My Very Own Assumption

Abes sudah Mirae's Choice atau nama lain Marry Him If You Dare kat KBS World Channel. Oleh kerana aku tak sabar nak tau siapa Mirae akan pilih, Park Seju or Kim Shin, aku tergoogle awal untuk summary and aku dapat tau ending citer ni, xde sape tau siapa yang Mirae pilih. Hihi... So funny! Tak sangka sanggup penulis memainkan perasaan penonton, huhu... sampai ati! 




Cast : 
Yoon Eun Hye - Mirae
Lee Dong Gun - Kim Shin
Jung Yong Hwa - Park Se Ju
Han Chae Ah - Seo Yoo Kyung
Choi Myung Gil - Mirae masa akan datang

Plot :
Apabila Mirae masa akan datang pulang ke tahun 2013 untuk menukar masa depan Mirae sekarang & untuk mengelakkan jodoh dengan Kim Shin.

Komen :
Hihi... simple kan plotnyer? Yup! Kalau lah ada Hadija masa depan datang n cuba perbaiki masa lepas aku, aku harap dia akan balik ke zaman aku matriks dulu. I shouldn't bercinta dengan seorang lelaki yang menuduh aku membomohkan dia. I should enjoy my life at campus without that stupid-5-years- relationship end up with nothing! I should have more option kan? Haha... Tapi camne pon, btol, semua tuh pilihan yang kita pikir terbaik pada masa itu, Well, mana tau akan ada teknology yang sama bila aku berumur 50 tahun nanti. Should I balik ke beberapa tahun lepas untuk memberi amaran kepada diri aku sendiri? Well... well...well... not bad thinking at all!

Berbalik kepada Mirae nyer citer. Selepas beberapa plot, memang ape yang diceritakan oleh Mirae tua memang berlaku. Bagusnya, tak semua amaran tuh diendahkan oleh watak yang ada tapi diupgrade kan sikit dengan sifat berhati2 & bukannya membuta tuli percaya dengan Mirae tua. Haha... itu yang bagusnya. Contohnya Kim Shin yang telah jatuh bangkrap kerana terpaksa membayar 1 Million dollar pampasan kerana melaporkan berita yang tak diluluskan oleh eksekutifnya. 

Sekurang2nya dia tak follow walaupun dia tau itu yang akan menerukkan hidopnya lepas itu.

Hakikat dihujung cerita, walau apa pon yang diubah oleh Mirae tua, tiada yang berubah di masa depan & pilihan yang dibuat oleh Mirae di tahun 2013 adalah Mirae yang berlainan, btol gak kan? Hmm... 

Assumption :
Okay, Park Seju or Kim Shin? Aku rase dia pilih Park Seju la...
First, dia last sekali jumpa dengan Park Seju & dialog nyer lebih kurang berbunyi camni. Park Seju ajak dia g bersama sambung belajar tapi Mirae taknak. Dia kata dia nak berusaha menjadi sesorang yang layak untuk berdamping dengan Park Seju. Dia nak pulangkan cincin, and cakap kalau lepas Park Seju balik & time tuh perasaannya sama cam sekarang, bagi cincin tuh balik kat dia. Tapi Park Seju kata simpan je. Maksudnya, camne pon perasaan dia akan takkan berubah. Auwww!




Last sekali dia jumpa Kim Shin plak lepas Kim Shin kena bayar pelanggaran kontrak sebanyak 1 Million Dollar - Mirae secara bergurau cakap dengan Kim Shin. Siapa la nak dating dengan lelaki yang ada utang banyak camtu. Kim Shin tanye kalau la dia takde utang banyak camtu camne? Mirae cakap tengok laa...

Lepas 3 tahun... 

Mirae da jadi seorang penulis berjaya.
Park Seju balik dari oversea & terus ke satu tempat. 
Kim Shin plak yang telah ada rancangan TV sendiri juga kesatu tempat.
Kedai buku dimana buku Mirae bertajuk Marry Him If You Dare dijual.
Park Seju juga ke kedai yang sama dan memegang buku Mirae tuh.
Mirae berjalan keluar dari kedai buku tanpa perasan yang Kim Shin & Park Seju ada dalam kedai buku yang sama. Bila dia keluar dan patah balik seakan2 terlupa sesuatu & berhenti di main entrance sambil memandang sesuatu/ seseorang dengan pandangan terharu camni. 




Kenapa? Sebab dia nampak Park Seju yang berdiri di rak buku berhampiran dengan main entrance - as per last plot sebelum Mirae keluar  kat pintu. 

Tapi itu andaian aku aje. Lagipun, kalau la 3 tahun dia tak jumpa Park Seju confirm la dia akan berwajah berkaca2 & terharu begitu kan? :-P Oh... Park Seju, I love u :-P 



Sunday 22 December 2013

Weekend 21-22/12/2013

Alhamdulillah, selepas beberapa minggu yang busy, minggu ni dapat melapangkan masa balik Gedangsa. My mother in law tak berapa sihat. Demam seram sejuk. Aku rase sebab cuaca sekarang kuang menentu, dia pon terpaksa mengubah gaya idop dia yang aktif, kepada sitting dalam rumah je. 

My mother in law ni selalu kuar cabut2 rumput semua, so, sebab ujan je selalu, tak dapat la dia kuar2kan peluh. Huhu... 

So, on Saturday, tetibe aku terdetik nak ajak my hubby g Kalumpang mandi2. Sian gak kat Yamin asek terperuk kat rumah tanpa ada kawan untuk main sekali. Then my hubby kata, daripada Kalumpang, baik g air panas. Yup, akhirnya kitaorang g Sungai Klah Hot Spring. Letaknya kat Trolak, Perak.

Tak jauh sangat dari Gedangsa, makan masa kurang sejam tapi.... jalan masuknya memang kawasan felda then tetibe sampai kawasan air panas tuh. Hihi...

Admission fees, RM12 untuk dewasa, RM 7 warga emas & RM 10 untuk kanak2 berusia 3 tahun keatas. So, Yamin  pon kena bayar la kan? Not bad at all... aku rase tempatnya terjaga walaupun ditengah2 kebun. Cuma air kat kolam suam tuh agak berlumut. Huhu...

Kitaorang tak g theme park nyer. Maybe next time. Nak g situ kena ada yang tengok2kan Yamin. Nanti dia taknak balik plak. Huhu...

On the way balik, ternampak fenomena pelik atas langit. Bentuk cam keris. Huhu... my hubby kata maybe ada minyak bocor dari kapal terbang mana tah. Tak pon biasan pelangi tak jadi (gambar tak disertakan... sori)

Petang tuh, masing2 keletihan & releks kat rumah. Ujan petang tuh...

Ahad pagi, kitaorang g Proton City. Aku berjoging, my hubby & Yamin main kat area playground tuh. Da lama tak berjoging tapi tak rase penat lak. Lepas joging, g Tanjung Malim & g pasar pagi untuk jalan2 je. Kol 2.30pm, balik....

Malam Yamin demam sikit. Aku suspect sebab banyak sangat makan rambutan kot.

Pagi tadi for breakfast, aku masak Kimchi Fried Rice & bungkus g opis. Burp...sedap!

For this week, aku tak plan pape lagi. Arini, aku akan register kat sekolah bahasa Korea. Yes....yes....yes! Finally after 8 years being a die hard Korean fans! Yeeba...

Selamat bekerja korang!

Thursday 19 December 2013

Donutes @ Puchong Jaya

Waktu driving kat area Puchong tadi, aku ternampak satu bakery shop yang sangat menarik. Nampak dari luar memang agak eksklusif & chomel. Jom singgah!

Lokasi bakery shop ni ada dinyatakan dalam address dibawah ni. 





Menariknya, kedai ni ada suasana santai yang releks, sesuai dengan konsepnyer. Dari segi susun letak roti2nya tak banyak beza dari kedai roti yang lain. Tapi keunikan roti2nya yang chomel mampu memikat golongan yang suka benda cute miut cam aku. 























Oleh kerana perot dah lapar, aku beli Hawaiian Pizza nyer berharga RM 3 sekeping. Besar okeh? Sangat mengenyangkan. Bila start makan memang puas ati tapi ada sikit rase pahit dihujung. Tak sure apa dia, tapi still boleh diterima. Topping cheese, onion, sausages, nenas. Nyum2. Size does matter.




Satu aku beli Sesame Bun. Harga RM 5. Yup, nampak cam mahal tapi wait ape yang ada kat dalam. Ada few layers of inti. Ada kacang merah, chicken floss, dan seketul telur kuning. Sedap....kenyal2 gitu. Itu jela lunch aku arini :-P Hihi...











Wednesday 18 December 2013

2AM - Regret

Lagu ni membuatkan aku rase nak belajar bahasa Korea secepat mungkin :-) Hihi... yes yes Yes! Next week aku nak g register! Yes...!!! Excited jap :-D

2AM - Regret

It was a sunny day
when our love started
We were so happy,
I loved you so much
Now it’s over,
everything is
over, my heart
hurts so much
I don’t know what to do,
I still can’t get over you

You’ll regret this, I will forget you,
even if I’m like a fool, I will forget you
I get determined and promise myself
even though I can’t forget our love
Even though I will
think of you again

I cry and cry and cry like
this because it’s so frustrating
I cry and cry and cry
again because I’m so angry
What do I do?
Don’t go like that, I will die
What do I do?
What do I do? What do I do?

I will smile, I will forget you,
I will live well for all to see
I’m such a fool, I’m a fool
Because I will draw you out in
tears because I can’t forget you

I cry and cry and cry like
this because it’s so frustrating
I cry and cry and cry
again because I’m so angry
What do I do?
Don’t go like that, I will die
What do I do?
What do I do? What do I do?

Today is sunny as well
Just like the day we met
But you aren’t by my side

I cry and cry and cry like this
I cry and cry and cry again
and now I finally realized
What do I do?
Don’t go like that, I will die
What do I do?
What do I do? What do I do?

Hujung Yang Tak Berhujung

Semalam rase down sangat... Plan banyak tak jadi & paling teruk takde support. Rase diri takde tempat ngadu. Tahun ni paling teruk sebab aku takde pendengar yang terbaik. Even my sis use to be one of my great listener last year, but this she's the most busiest person on earth. Da naik pangkat & makin busy. I don't have a friend, even adanya FB, WhatApps dan semuanya sunyi sepi je. Sian kan?

Tapi camne nak ngadu? Da takde cara da... memang telan sendiri je. Maybe sebab aku da makin tua for all this and the reality that I need to accept everything without a fuss, buat aku rase nak telan sendiri. Again, kerisauan semua tidak lah berhujung...


Monday 16 December 2013

Weekend 14-15/12/2013

Plan nak balik kampung last week tapi since my hubby ada kerja, terpaksa dipostpone ke minggu ini. Sabtu, aku bangun awal n start bersenam ringan. Huhu... peha sangat merisaukan. Seluar jeans tak boleh masuk okeh???

Dalam kol 8.30am, aku kejut Yamin & bersiap nak antar mak g Segi. Time bersiap tuh, Yamin yang sangat bertuah tuh cakap:

'Mama, kenapa mama tak macam dulu. Tu la, banyak makan... kan da 'besar'.

Huhu... anak aku pon tau aku da gemuks. Hampeh nyer Yamin! Lepas tuh, tunggu Segi bukak. Aku ingatkan kol 8am da bukak, rupernya kol 10am. Mak ajak breakfast, tapi since da masuk kol 11am, macam da lunch la gak. Huhu...

Makan kat restoran tepi jalan seberang jalan Segi. Sian kat mak sebab tak banyak pilihan lauk. Owner kedai tuh tak siap masak lagi. Lain kali nak bwk mak makan asam pedas la plak. 

Balik rumah, sambil menunggu hubby balik keje. Tengok2 muka hubby balik & muka kusut. Dia dapat komplen dari client dia. Aku baca la surat tuh. Bukan la surat marah2 ker per. Tapi lebih pada notification yang next time jangan lambat lagi. As always, my hubby memang camtu. Huhu... tak tau camne nak ubah perangai dia. 

Malam, kitaorang g tengok Hobbit : The Desolation of Smaug kat Setiawalk. 2nd time aku g situ. First time aritu time makan kat Tappers, tapi tak masuk pon shopping mall dia. Sampai je situ area 10.30pm (well, kitaorang tengok midnite movie :-P), rase nak terkencing. G tingkat 4, toilet tutup sebab renovation work. Tingkat 3, toilet nyer cuma ada kat flush & singki je. Malangnya, kat pili xde air! Huhu... Sebaik I bawak mineral water.

Sebab sunyi & sepi, rase seram sikit plak. Haha...

Balik rumah kol 3am. Ngantok!

Ahad pagi pas Subuh, aku menikmati hari dengan menonton Barefoot Friends, siaran ulangan. Haha... my hubby g opis kol 9am & aku target dia balik tengahari.
Kol 10.30am, aku start masak nasi ayam. Since my hubby suka sos nasi ayam yang aku buat cili, jadi aku buat la. N it's one of my masterpiece :-P haha... sekali sekala puji diri sendiri kan? Yamin makan 2 kali tapi mulut jujurnya komplen dia tak suka nasi kuning. Nak nasi putih. Huhu... dia tuh memang!

Kol 3.15pm, melepak kat rumah mak. Kak Ya buat blueberry cheese tart. Ok la... comel2. Tapi pastrynyer agak keras. Aku pon nak belajar buat gak la. Tapi kat rumah bukan ada yang makan pon. Yamin makan memilih, papa dia plak ada masa nak makan, ada masanya taknak. Huhu...

Malam plan nak g beli lemon kat Jusco. Yup, bukan tempat lain takde jual lemon tapi aku sangat suka lemon kat Jusco sebab kualiti & jusnyer lebih banyak.Rege aku tak kesah. Bila da kol 7pm, rase malas lak kuar. Huhu... yup, pikir petrol lagi. Ai... duit duit...

Sian Yamin... Minggu ni tak berjalan :-(

Perbualan aku, Yamin & Kak Ya petang tadi :

Aku : Yamin, jom la balik... mama nak sembahyang ni.
Yamin : Jom mama... Yamin pon nak sembahyang.
Kak Ya : Yamin, yamin selalu sembahyang ngan sape? 
Yamin : Ngan kawan2 Yamin la..
Aku : Lepas sembahyang Yamin buatpe?
Yamin : Yamin main ngan kawan2 la...
Aku : Eh... bukan Yamin kata Yamin doa ke?
Yamin : Yela... Yamin doa la...
Kak Ya : Yamin doa ape?
Yamin : Yamin doa mama dapat baby cepat.

Huhu... sangat la touching :-( Sob2... kalau la dia tau... 

Sunday 15 December 2013

Testimoni : 10 Hari Advance Slim

As always, terjebak nak try Advance Slim dari FB la ape lagi! Ramai bagi testimoni kata produk ni berkesan. Erm, betul ke? So, try sekotak dulu ye... Harga sekotak RM 120. Yang membuatkan yakin sebab ada logo halal plus diluluskan oleh Kementeri Kesihatan Malaysia. 
Aku malas nak beli banyak2 walaupun agen penjual tuh promo beli 3 kotak, bagi benda free lagi. Tapi malas ah... Kang jadi cam produk2 lain yang aku try dulu. Last2 ke tong sampah je :-P Lagipun bulan ni, da terlalu banyak aku spent untuk produk kesihatan yang ntah berkesan atau tak. Huhu...

Sebelum beli, aku survey dulu. Sebabnya, aku ada amik ubat tiriod, takut ada effect yang boleh mengurangkan keberkesanan ubat aku tuh. Tapi according to the agent, takde masalah sebab dia buang lemak guna air kencing je. Sebab tengok testimoni orang ilang 5kg dalam seminggu, aku pon terjebak... huhu... 


Ini testimoni aku...

Day 1
Aku minum Advance Slim pukul 9am. Memula aku ingat kan Advance Slim ni cam fiber drink, rupa2nya lebih pada juice drink. Then aku minum 2 liter air. Yup, aku memang peminum air masak tegar :-P Kol 10am, aku amik lak Ageloc R2 Nuskin (supplement untuk kulit dari USA - yang ni aku akan tulis separate review). Dan lepas amik Ageloc R2, badan memang akan rase suam2 sikit. Kol 10.30am, officemate ajak g Putrajaya. Baru ingat nak makan breakfast. Huhu...

Bawak satu liter air sebagai bekal. Tapi walau da minum 2 liter air dari pagi, tak tau nape aku jarang g toilet :-| Memang xtau nape ok? Ada sikit pening kat kepala, tapi tak la teruk sangat. Aku akan rase pening camni bila badan panas & lapar (hihi...)


Balik opis dalam kol 12pm, aku makan nasi lemak - as sarapan & breakfast. Aku tunggu lepas 30 minit and minum air masak lagi (konon taknak perut muncit). Kirim ngan budak opis yang kuar lunch untuk blikan aku coklat cadbury badan, bar kecik.


Sampai petang, teka la berapa liter aku da abes? 4 liter!!! Huhu... dan aku kurang ke toilet. 4 kali je kot... 


So, aku antar la PM kat FB kat penjual Advance Slim tuh. Dia kata maybe sebab 1st day, nanti lama2 ok la tuh... huhu...


Balik keje, memang pening belum ilang. Makan nasi for dinner & rase pening tuh kurang sikit. Tapi badan still rase panas.


Malam aku minum 1liter lagi. Waaa... total 5liter aku minum ari, memang mahsyuk!

Day 2
Kol 8am, aku start amik Advance Slim & minum air sikit demi sikit. Nak kuar jalan2. Ada rase pening akan rase perut kosong. And takde rase nak makan. Dalam kereta, minum air sikit2 je. Lunch, makan nasi campur. Kurang nasi, sayur tauge + ikan talapia goreng sambal + siput sedut masak lemak. Ulam raja. Ohh... memang haven! Tapi as always, aku tak minum air pas makan. Terus balik. Sampai rumah, rase badan sakit2 n kurang air. Minum air 1liter & try nak tido sekejap.

Badan sangat2 rase panas & rase nak demam. Huhu... sampai malam aku minum 2liter lagi. Total 3.5liter lebih kurang. Rase kurus? Ohhh... belum lagi.


Esoknya, aku tak minum Advance Slim sebab aku da rase nak demam. Tapi aku minum air banyak dan air badak untuk sejukkan badan. Tak lupa gak, aku terpaksa amik pain killer. Huhu... sangat la tragis.


Day 3
Alhamdulillah aku da sehat sikit. Semalam aku g urut, bukan sebab nakkkk sangat kurus tapi sebab badan sakit2. Sangat tragik. Badan sikit lebam2 sebab aku amik urutan pecahkan lemak. Aku pun apply Passion Seaweed Slimming Mud (yang ni pon, aku akan tulis separate review).

Kol 7am, aku minum Advance Slim dengan 500ml air masak. Then dalam kereta, aku minum 250ml air badak. Lepas sarapan air barli + pisang 3 biji, aku minum Ageloc R2 Nuskin. Minum 1.5liter je before makan lunch arini.


Again, aku belum rase kurus pon! Sebab maybe lepas urut, badan sikit membengkak sebab diurut untuk pecahkan lemak. Huhu... Sakit babe!


For lunch, aku makan Italian Food - pasta... siap cukai dishes orang lain. Rase cam my plate sikit je isi nya & lapar. Tapi sebab nak kurus nyer pasal, aku sabar je. Hihi... rase cam criminal plak.


Before balik, sebab kesebukan, aku cuma mampu minum 1.5liter air masak lagi.


For dinner, aku makan nasi suku & ayam goreng. Air dalam 0.5liter je malam ni dapat ditelan. Luckily aku rase agak kerap ke toilet untuk kencing.


Day 4
Rase kurang tido malam tadi. Aku minum setengah gelas susu & selepas 15 min, aku minum Advance Slim. Terus drive g keje. Dalam kereta minum sebotol kecik Air badak. 

Sesampai opis, aku makan 2 biji pisang & minum air 250ml. Makan Ageloc R2 Nuskin. And sedang rase lapar. Huhu....


For lunch, aku makan ubi getuk beli kat kedai nasi campur kat Taman Dato' Harun, Puchong. Bukan ape, rase badan giler berat. Cam tong drum da. Aku memula beli 4 biji. Harga RM 0.50 sebiji tapi aku beli lagi singgit. Nyum2... memang kenyang la!


Malam, aku cukai Coco Crunch anak aku & minum susu. Plus aku makan secawan ais krim coklat.


Day 5
Waaa.... cuti sempena Birthday Sultan Selangor. Aku yang terase diri gemuk, telah berjoging awal pagi ke rumah mak aku. Actually day before, abah buat operation buang kataraks mata sebelah kanan. Nak check keadaan dia. Tapi bila sampai rumah mak aku, baru aku perasan, xpenat sangat pon sebab 15 minit je. Pastu maybe sebab baru lepas ujan & sejuk, nafas aku ada sikit cam mengah sikit. Oh yeah, sebelum joging aku minum Advance Slim.

Kol 7.30am, aku joging balik ke rumah. Rehat sambil melayan 2 episodes drama yang aku termiss & start masak lunch kol 11am. Siap dalam kol 12pm. Aku masak ikan stim ala Korea. Aku minum air oren sunquick tanpa gula & air dalam 1liter je. Memang kurang produktif kalau kat rumah. Da beberapa hari, ada sikit simptom kekurangan kalsium. Sakit tulang belakang :-( Grr... sangat geram.


Lepas Zohor, aku baring jap. Konon nak tengok K-drama, tapi tertido kejap dalam 15 minit :-P Ada sikit rase pening.


Bangun dan lunch dalam kol 3pm. My hubby da lunch kol 1pm tuh. Sambil2 minum air lagi 1liter. 


For dinner, kitaorang kuar makan steamboat BBQ grill kat QThai Laman Seri. 


Day 6
Huhu... gi opis pagi ni aku rase menyampah tengok kesendatan peha aku dengan jeans tuh. sedey pon ada... rase sangat tak bersemangat nak g keje. Minum Advance Slim & air masak 1liter. 

Aku tapau lebihan lauk semalam untuk lunch arini dengan sambal bacang yang aku buat Ahad lepas. Dek kesebukan arini, aku cuma mampu menghabiskan total 3liter sampai petang.


Untuk dinner, aku makan kacang peas dalam tin dengan carrot 2 biji, Hihi... sangat la berdiet. Aku perasan lemak kat perut pon bertambah ni. Dan soalan pon terus keluar, Advance Slim ni buat ape sebenarnya dalam perut aku ni??


Malam, sebelum tido aku minum 1.5liter lagi & sakit belakang aku makin terase sampai ada sikit rase nak demam. Amik pain killer, mandi air suam & tido... 


Day 7
Sangat la tragis pagi ni. Bangun da kol 7.30am!!! Ahhh... sudah! Mintak tolong my hubby gosokkan tudung. Aku minum Advance Slim & air masak segelas. Then bersiap g keje. Rase sangat lapar, so aku singgah stesen minyak sebelah opis beli roti, coklat Cadbury bar kecik, air asam jawa & gula2. Tekak yang perit semalam masih xok lagi. Huhu...

Tapaukan my officemate breakfast & aku pon nampak beehoon cam sedap je :-P So, aku pon beli laa... Balik opis, minum air lagi tapi tak sampai 1.5liter pon before lunch. Huhu... sebab sebuk sikit. Lunch, makan rojak kat van tepi jalan besar. Cendol pon aku order tapi makan sikit je. Memang kenyang. 

Dinner aku tak makan. G urut & akak tuh cakap perut aku membulat. Tapi xpregnant. Huhu.... & aku rase seluar makin sempit. Huhu... gemuk ler tuh :-( Sedihnyer...

Day 8
Oleh kerana aku da rase sangat gemuk, aku amik keputusan untuk bersenam ringan pagi ni. Pas minum Advance Slim, aku joging guna mesin senam selama 20 minit. Berpeluh la sikit. Aku makan roti gardenia coklat RM 0.80 sebijik & minum air dalam 500ml. Temankan mak beli barang kat Segi Fresh. Sebelum pergi tuh, time aku tengah bersiap, Yamin cakap:

'Mama, mama ni tak macam dulu la. Tu la, banyak makan, kan da 'besar'.

Maksud besar dia adalah gemuk! Wawawa... uhuhu... budak kecik pon tau. Dan hati mula mempersoalkan keberhasilan produk yang aku makan ni :-( Bayar mahal2, tapi tak berkesan. Konon la janji2 yang manis, tapi tak berkesan pon. Bukan sekali aku kena ok? 

Huhu... So, untuk lunch, aku cuma makan karipap 3 biji. Huhu... ini semua pasal mulut si kecik tuh. Balik, aku minum air & minum segelas jus buah prun. Huhu...

Ada sikit lapar, tapi ku cekalkan juga. Aku masak nasi untuk tengahari, tapi aku tak makan. Bila aku rase lapar kol 3pm tuh, aku makan kerepek pisang tanduk je. Huhu... air aku minum 2liter. 

Malam, my hubby ajak midnite tengok citer Hobbit. Aku minum yogurt drink mango & 3 bijik mangga - jiran aku bagi sebelum g. Lepas mandi tuh, aku tanye pendapat my hubby. Yup, ofkoz dia kata aku makin gemuk sebab perot aku memang bulat ok?? Huhu... Dia suruh berenti minum Advance Slim. Huhu... naseb baik tinggal 2 peket lagi. Abeskan jela, kalau tak 'berkulat' kan? Concern dengan komen beliau, aku minum Cleanse Tea before g. 

Kat cinema, aku cuma minum air mineral & pop corn sikit. Balik tuh terase lapar, tapi aku tahan jela sebab mata da ngantok. Huhu....

Day 9
Oleh kerana takde plan arini & my hubby ada kerja kat opis, aku masak nasi ayam kat rumah. Cam biasa Advance Slim aku minum pagi. Senaman ringan waktu pagi. Lepas suap Yamin, aku makan gak tapi nasi separuh. Pas sejam, baru la aku sambung minum air agak2 1.5liter. Aku tido dalam 15 minit (aku memang jenis orang yg takleh tido siang), solat zohor & melepak kat rumah mak.

Aku makan beberapa bijik cheese tart mini yang akak aku buat & mangga.

My hubby balik rumah kol 5pm, and sambung keje kat rumah. Ada sikit rase lapar, aku makan megi tanpa menghirup kuah. Nikmat sebab lama tak makan megi. Pas makan, aku minum jus prun separuh gelas. Total air yang aku minum sampai malam adalah 4liter. Huhu...

Day 10
Arini adalah ari last aku minum Advance Slim. Last peket & aku tak berhasrat pon nak meneruskan. Ada checkup darah untuk tiriod arini. Aku tanya doktor berapa liter patot aku minum sehari? Dia kata lebih banyak lebih bagus. Aku tanye nape aku minum tapi kurang kencing? Doktor bagitau mungkin aircond da serap air dari badan aku or badan aku ada water retention. Aku rase betul gak ape dia cakap sebab perut & peha aku makin besar. Kirenya aku gemuk air la... cam tilam air, toing toing :-P haha... so, aku tanye la berapa minimum air kene minum. Doktor bagitau ada kajian kata 8 gelas sehari equal to 1.9liter. Huhu... maksudnya aku da terlebih minum la ek? :-P Haha... 

So, aku sempat menimbang berat & ofkoz, berat aku cuma turun 1kg :-( Which is not good at all! Ahhhh... stress!!

Summary of kepenggunaan Advance Slim:
Well, aku bukan la nak condemn or ape, tapi bagi aku Advance Slim tidak lah berkesan kat aku cam ia berkesan kat orang2 dalam testimoni tersebut. Bagi aku, kalau nak melariskan benda, tak perlu la guna ayat2 yang mampu memperdayakan pengguna yang meletakkan harapan tinggi padahal itu cuma harapan palsu.

Bagi aku, yup, ofkoz kene control makan tapi as always, takde jalan pintas untuk menguruskan badan tanpa senaman. Boleh try senaman yang mudah cam joging at least 20 minit setiap sesi - seminggu hanya 3 kali. Cam aku, aku suka dengar music rancak & menari, pon ok gak per? Hihi... Lantak la xsenonoh ke per, yang penting kita enjoy! Hihi... 

Papepun, kalau nak try gak Advance Slim, boleh la try... mana la tau berkesan kat korang kan? Good luck!



Thursday 12 December 2013

Bel Ami - The Drama To Feels Good

Dengan tinggal 2 minggu untuk The Strange Housekeeper & Dare To Marry Him akan berakhir, aku da bersedia nak menghadapi sad ending sebab 2-2 cerita tuh da tau da ending nyer.



Dan paling2 best, sesuatu yang baru da mucul mengindahkan hari2 aku yang gelap. Bel Ami, drama baru lakonan Jang Geun Suk & IU. Paling tak boleh blah, aku termiss episode 1 kat KBS World & no choice terpaksa tengok cerita tuh online. First impression, hahahahaa................. sangat la boleh make my day. Sangat chomel. Yup, memang Jang Geun Suk chomel tapi watak IU sebagai Kim Bo Tong lagi la chomel. Ape yang Dokgo Ma Te (watak Jang Geun Suk) buat, semuanya beautiful. Hahaha......... walau camne pon ko suka lelaki chomel camtu, semuanya indah okeh?

Bestnyer cerita tuh, jalan cerita nya lain sikit dari biasa tapi ceria. Too tired dengan cerita yang serius sepanjang tahun ni. Ada banyak lawak yang men-chomelkan cerita ni. Walau aku baru tengok 2 episodes, aku dah jatuh cinta ngan semua karekter dalam cerita ni. Apatah lagi kemunculan Han Chae Young selepas bersalin dengan badan yang mantap. Memang suka watak dia sejak dari dulu lagi. Hihi... best2... 

Da lama tak tengok drama yang ceria camni kan? Best of luck Bel Ami! Ohhh... sangat tak sabar nak tengok episode 3 yang da aku recordkan guna Astro PVR malam ni! 


QThai @ Laman Seri, Shah Alam

Cuti sempena keputeraan Sultan Selangor rabu lepas, kitaorang satu famili melepak kat rumah je. My hubby having busy week so taknak la bagi dia stress dengan berjalan diluar lagi. Dia tido kat rumah siang. Aku masak ikan stim ala Korea for lunch. 

Dinner, my hubby kata teringin makan steamboat grill dekat2 sini. Tapi dia nak try kedai baru. Search kat net & dapat tau pasal QThai kat Laman Seri. Tengok post kat blog lain memang nampak cam best je... hihi...

I was so lucky ada Astro PVR, so rakam cerita yang patot & kuar dari rumah dalam kol 7.45pm. Sampai sana lebih kurang 8.20pm.

Tengok menu, alahai sangat mengecurkan air liuq. So, oleh kerana nak sangat makan steamboat, order la. Harga dia RM 30 seorang untuk orang dewasa. Waaa.... tengok la, cam best kan? Yang paling best sup tomyam dia, adei... memang sangat pekat n lazat. Bahagian kurang best, daging2 untuk steamboat ni ada yang liat & susah nak kunyah. Nak banding ngan Restoran Rebus2 kat Seksyen 16, Shah Alam, aku rase daging perapan Rebus2, lagi ok kot..













Tuesday 10 December 2013

Tiada Cahaya

Apabila dalam kesusahan cam sekarang, banyak yang aku pelajari. Since aku rase inilah period yang paling mencabar dalam idop aku, dengan kehilangan kerja, kehilangan mata pencarian, tiriod, umur 31 but I'm nothing!!! 

Dimasa banyak penyesalan dalam idop tentang almost keputusan yang dibuat 2 tahun lepas, termasuk pembaziran yang dibuat 5 tahun lepas dan paling tragis life adjustment yang terlalu drastik, buat aku cuba mencari alternatif untuk melegakan perasaan. Plus dengan kesedaran yang terlalu banyak benda aku belum buat, penyesalan soal pertimbangan agama yang tidak kuat, buat aku sangat2 upset ngan kehidupan sekarang. 

Paling susah, mencari tempat mengadu and penyelesai masalah. Pelega perasaan yang susah nak cari. Orang kata, family lah yang selalu takkan melupakan kita tapi hakikat yang aku hadapi tidak begitu. Aku merasakan dalam banyak2 orang, famili aku lah yang paling jauh meninggalkan aku. Disaat kesusahan, cuma seorang 2 je yang ada dan balik2, orang yang sama.

Memang tragis kehidupan aku hari ini...

Rasa gelap & tiada cahaya.

Monday 9 December 2013

Tappers @ SetiaWalk

Semalam, bos belanja makan lunch kat Tappers, Setia Walk. First time aku g Setia Walk. To be honest, aku tak tau pon kewujudan Setia Walk ni, hihi... Baru perasan. Sebab bos belanja untuk celebrate birthday one of colleague.

Restoran Tappers ni 'pork free'. Most of the dishes western style. Time masuk restoran ni rase not bad. Love the environment. Bila waiter bagi menu, yang kitaorang nampak mostly set menu. 

Harga per set pon tak mahal sangat and serve dengan pilihan air (honey lemon, lime juice, sirap bandung & ice lemon tea).

Jom tengok apa yang kitorang makan.




Chicken Parmigiana - harga per set RM13.90. Deep fried Chicken Fillet dengan mozarella & parmesan cheese on top. Aku try rase satu bite - bagus nyer daging ayamnyer overcooked & cheese tuh menambahkan kesedapan hidangan ni. Aku prefer kalau ada letak fresh garden salad sebab coleslaw nampak cam plain untuk hidangan ni.





Salah sorang colleague plak order Tappers Hainanese Fish Chop. Yang ni special sikit sebab dia tukar original Chicken fillet g Fish. Tapi rasenya agak kurang sebab aku tak suka sos dia. Macam ada yang kurang & daging ikan agak terlebih masak. Harga set ni RM 13.90.




Yang ni pulak Chicken Chop dengan mushroom sauce, harga RM 13.90 per set. Same gak, sebenarnya set ni bersos Hainanese, tapi bos aku tukar sos g mushroom sauce. Hidangan ni tak banyak beza dengan Chicken Chop yang lain. 





Set ni pulak Kung Po Chicken with rice. Aku cuba gak seketul ayam, sedap wei! Harga RM 12.80 per set. Aku yakin kalau aku order set ni, pasti licin pinggan (hihi... sebaik aku tak order kan? Karbohidrat tuh sumer!





Ini appertizer yang kitaorang share sesame. Caesar Salad, harga RM 11.90 per set. Kalau nak tambah chicken bacon, boleh tapi tambah RM 6.00, tapi berapa banyak, aku tak sure. Rase dia sedap. Sesuai untuk yang berdiet. Hihi... Tapi aku tak amik set ni tau walau aku sedang berdiet, konon :-P





Yup, ini set yang aku order. Lalala, sebabnyer aku tak pernah makan ni. Nampak cam sedap je dalam menu. Hihi... Penne Olio With Beef Bacon and Mushrooms. Bila datang je pinggan, memang sedikit mengecewakan la sebab sikit. Haha... yang sadis tuh, pencukai pun ramai. Tak sampai 5 min, aku da abeskan sepinggan. Tu yang lapor lagi tuh. Harga satu set RM14.50, macam paling mahal je :-P Sorry bos! ;-)





Tertinggal lak satu set. Nasi Gulai Ayam - RM 10.90 per set, aku tak try sebab nampak cam biase2 je. Tapi collegue aku yang order tuh makan sampai licin pinggan, tak tau la lapor ke, atau sedap :-P




Kalau korang nak try, boleh la g. Restoran ni ada banyak branch. Boleh la Google ye?