Monday 22 September 2014

No emotion

Last week dipenuhi dengan hari2 yang sebuk. Huhu… n merajuk & rase bengang ngan my hubby! Sampai aku block dia dr Whatsapps. Takde specific citer tapi aku cam bengang bila message aku tak ber-reply walau aku nampak dia online. Geram hokey??? Tapi as always, he will do it again. Itu yang tak suka tuh. Rase nak sekeh2 je kepala dia. Benci tol!

Well, I’ve unblock him from the blocked list… marah kejap je. Yang bestnya, aku telah menetapkan satu rules & regulation. Satu maaf berharga RM 50. Yup… he need to bear the cost of my emotion lost. Hahaha… ape da ayat?! Lantak la kan? Nak lempang da besar… susah! Aku malas nak layan da… kalau da jodoh tak kemana tapi kalau da takde jodoh, takkan kemana2. Ahahaha…

Oh ye, kitaorang da berbincang pasal percutian semasa 6th years anniversary nanti. Malangnya, oleh kerana telah diputuskan both of us takkan amik cuti lebih, jadi kira percutian tersebut akan berlaku Sabtu & Ahad. Ngam2… 15th Nov adalah ari Sabtu & 16th Nov plak Ahad. So, takyah la bersusah nak amik cuti. Memang ada plan nak g Sabah… tapi my hubby cam muka berat je walau aku kata nak sponsor. Masih considering lagi mana nak g. Kalau dekat2, biar dia yang bayar je. Lantak la kan?

Jimat lah duit aku bulan ni. Dan aku memikirkan cuti Jumaat ni. Hihi… yup, aku akan bercuti ari Jumaat ni… paling best berseorangan je. Ofkoz la aku takde plan nak ke bulan or bintang, tapi aku nak merehatkan diri dengan aktiviti yang akan aku pilih sendiri, yabedabedu… ngan bajet yang tinggal RM 50, ahaha…. Sian kan? Sepatutnya aku nak abeskan cuti lepas gaji tapi tak mungkin sebab aku perlu menghabiskan cuti sebelum 1st Oct. Bukan dapat duit pon kalau tak amik. Plannya masih tak dapat digambarkan lagi. Mintak hubby sikit duit pon, cam taknak bagi je. Dia memang camtu. Kalau mintak tak dapat, kalau tak mintak lagi laaa tak dapat. Memang sungguh tak boleh dipastikan ape yang boleh aku buat utk dapat. Hoho… so pasrah je.

As backup plan, minggu ni aku tak makan kat luar. Semalam makan lobak je. Arini makan roti ngan sambal belacan. Boleh? Esok rase bawak lobak potong jela. Malas nak pikir nak makan ape. Boleh kurus tetiap ari makan camni kan?

Oh ye, aku da dapat another 6 months extension of my contract. Da penat la... I don't have any emotion anymore :-|


Tuesday 16 September 2014

The Chilli's Crab Seafood @ Dataran Sunway

After tengok movie Ninja Turtle aritu, my hubby bawak makan kat Restoran Chilli’s Crab Seafood yang terletak kat Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, Damansara. Letaknya sangat berhampiran dengan The Strand Damansara. Cuma few blocks away. Tak sampai 15 minit pun.



Kalau tengok dari luaran restoran ni, cam xde pape yang menarik. Even gambar menu yang jadi penghias dinding pun cam tak nampak menarik, ahahaha…. Sowi, ni namanya komen ikhlas tau!






Tengok menu, nama restaurant ni lain. Maybe dorang beli restaurant yang lain kot.





So, my hubby order menu specialist dorang iaitu Chili Crab. Kitaorang amik 2 ekor je… huhu… then amik asparagus goreng belacan. Untuk Yamin, kitaorang amik honey chicken. Yup, itu je…. Termasuk nasi putih dan air. Nape kitaorang order sket? Sebab masing2 kan selera belum kembali…. Huhu…

Tak lama tuh, sampai la menu yang disorder satu persatu & guess what? Chili crab Nampak super sedap! Takyah refer susah2 kat gambar menu yang kurang presentable tersebut… ahahaha… yup… I think I can snap better than that! Hoho… malangnya honey chicken aku tak sempat nak amik gambar, sebab jari telah diselaputi dengan kuah chili crab yang lazat.






Ketamnya, walaupun kurang fresh, tapi keenakkan kuah chili tuh telah menutupi kekurangan tersebut. Memang sedap! As always harga ketam mengikut berat & harga semasa.

Total bill RM 130++, my hubby bayar. Obviously, korang must try Chili Crab…super lazat! Tapi super strange makan ketam tu kat tengah2 bandar. Selalu kat tepi paya bakau. Well, anyhow, must try! Masih terbayang kesedapannya dihujung jariku. Hoho… nyum2…

Dan kerana Chili Crab tuh la… selera makan ku telah kembali pulih :-P ahaha…



Mood Swing



After 4 hari bercuti (yup… aku amik cuti ari Senin) and yesterday, Hari Malaysia, bersamaan besday Abah aku, arini keje and kepala rase super blur. Nak kata tak cukup tido, boleh gak… semalam, aku n Kak Ya masak & hantar makanan kat rumah jiran. As always, adik beradik yang lain datang makan je. So, letih la sikit. N maybe gak sebab period da nak datang L so, mood like ting tong. Kepala pon cam semacam je…kepanasan. Yup, makin lama, makin lambat period aku. Last month lambat 3 hari. Bulan ni da lambat 3 hari n still counting gak… tanda2 da ada, tapi tak kuar gak. Ape nak jadi, aku pon tak tau. Nak kene jumpa doctor nih. Dalam masa yang sama, aku nonton Emergency Couple. Best drama nih… ada rase butterfly dalam ati. Muahahaha….

Pagi ni, maybe sebab school holiday, jalan tak jammed sangat. Manage to reach office on time. Then terus blur tak tau nak buat mana dulu… ahahaha…. I really need at least few days of good holiday without any sakit… boleh? Memang semak je nengok email banyak2 dengan keadaan aku yang belum dapat proper hand over lagi nih. Luckily my boss ‘work from home’. Best giler! Kalau tak, haruslah berpura2 busy kot…

Cakap pasal holiday, aku ada proposed kat my hubby nak g bercuti. Kali ni, aku nak g Sabah. Well, ada sebab kot nape nak g Sabah. Time honeymoon 6 tahun lepas, sepatutnya, kitaorang g Sabah. Tiket da beli pon. Tapi after that, oleh kerana ongkosnya ngak cukup, so kitaorang terpaksa cancel our trip ke sana :( sooooo sad! Then kitaorang g Langkawi je and Langkawi punya honeymoon was tragic. Malas nak dikenang waktu yang lepas. Hahaha… biasa la… idop ada up n down kan? Bila aku suggest nak g Sabah, my hubby punya response cam bosan je… cam taknak g jer. Aku pun da malas nak cakap. Plan nak g bulan 11 nanti. Al maklumlah… anniversary perkahwinan la katakan. Huhu… Da 6 tahun kawen pon tak tau ape yang hubby nak… so kesian la you, Hadija!

Takpe la… move on… simpan duit. Boleh buat benda lain kan? Ahaha…

Hmmm… takde ape yang menarik berlaku kebelakangan ini melainkan aku da jejak kasih balik seorang kakak yang rapat time aku kecik. Yup! Kakak ni kawen ngan one of my pakcik n dorang bercerai lepas dapat anak ke-3. Da lebih 15 tahun kot tak jumpa… bila jumpa balik, akak tuh da almost 50 years old da… huhu… n yet, she still pretty! Mcm nak tanye ape kah rahsia kejelitaan kulit dia… ahahaha… lain kali lah…

Again, aku ada few restaurant nak recommend… hihi… tengok la sempat tak post arini. Yup, aku da gemuk balik… hahaha…. Ini yang aku paling tak gemar ni. Time makan memang tak ingat, then nyesal! Huhu… chomel je aku yang tembam nih :)

Friday 12 September 2014

Yamin Yang Super Chomel

Again, sangat lama tak berblog… blog ni da tumbuh sawang, rumput sampai pecah semua dinding. Sebenarnya, banyak gila yang aku nak blogkan tapi line tak clear. Oh ye, aku da pindah tempat duduk baru starting Jumaat lepas. Tempat duduk yang tidak memungkinkan aku untuk posting blog sesuka ati. Huhu… banyak giler kedai makan baru aku try beberapa bulan ni. Aduhai… susah hokey! Dah penuh aku nyer kamera ni.

Nak dijadikan cerita minggu lepas, kitaorang pas kenduri Sabtu, g melepak kat IOI Mall. Pastu stop makan kek kat satu kedai nama Muji. Then kitaorang dok kat sofa yang disediakan. Tak lama tuh, aku perasan Yamin agak lain macam & asek tengok meja sebelah sambil muka malu2 kucing. Rupa2nya, ada ‘awek’ kat sebelah. Budak perempuan anggaran his age gak. Pakai cardigan & dress labuh + rambut panjang dengan reben. Hihi… and dia obviously melihat2 budak perempuan tuh. Ahaha… my son super cute kan?


Tapi ofkoz la budak chomel tuh takde response. Papa dia cakap, takpe Yamin… papa tak kesah. Budak tuh budak bangsa lain kot. Huhu… tapi sangat la obvious sebab time balik, dia siap berpusing tengok budak perempuan tuh ngan muka miang. Aduhai anak ku! Tepuk dahi jap!

Wednesday 3 September 2014

Goodbye to August 2014 :-(

Waaaaa…. Lama sungguh aku tak berblog. Busy sgt tuh takde la tapi aku tak fully sehat lepas tragic holiday kat Cameron Highland n mood memang sangat teruk. Aku nyampah ngan semua orang, aku tak berselera makan & berat badan aku turun sampai 55kg (which is good if penimbang nyer bukan penimbang yang rosak… ahaha…).

Tapi sejak itu gak aku menghadapi masalah tido. Memang masalah besar sampai aku da ada dark circle, benci2!

So, last weekend adalah hari2 terakhir di bulan Ogos. Malam Jumaat tuh, kitaorang g rumah Abg Ann yang akan berangkat g Mekah Khamis ni. Sabtu pagi, kitaorang balik Gedangsa & drop by Pekan Tanjung Malim untuk makan gado2. It’s the longest journey of balik kampong ever sebab sampai kuar kol 10.10am tapi sampai kampong 2pm! Lama kan? Walaupun mood my hubby agak tak baik, tapi pas balik kampong n makan gado2, dia cam ok sket. Aku plak tak sehat sgt. Pinggang aku sangat sakit. Lepas mintak mak urut, mak aku justify yang sakit tuh bersangkut paut dengan sakit kat peha. Urat berselirat & dia mintak aku sapu minyak angin. My hubby g farmasi kat Tanjung Malim & sapukan ubat tuh bila malam. See, my hubby tuh kekadang ‘panas’, kekadang ‘sejuk’.

That night, Kak Ngah & family balik kg. So, Yamin terlebih suka tapi aku nyer belakang masih sakit. Jalan pun cam ape tah. Huhu…

Esoknya, dalam kol 2pm, kitaorang balik. Sebagai penutup Ogos, aku plan nak mencari hadiah untuk sendiri. Aku tak tau nak beli ape, cumalah nak beli cincin kecik2 yang fancy. 3 cincin dijari tangan kiri & 2 jari tangan kanan. Da 32 maa umur aku. Yang penting aku nak beli emas putih or kuning. Super ambitious! Oleh kerana aku da beli cincin last year, so, aku akan beli 4 cincin jela…

Sampai Paradigm Mall, aku terus g Tomei. Ingatkan birthday promo tuh worth it, tapi ada clause plak. Kene beli RM 500 keatas baru leh dapat diskaun RM 100. Pastu kat situ takde simple design of ring. Priority memang pada emas putih sebab mengelakkan aku tergadai satu ari nanti. Ahahaha… poyos je.

So, aku g Poh Kong jela. And ikut bajet yang aku ada, aku dapat beli 1 cincin emas putih & 1 cincin emas kuning dengan total harga RM 369. Aku tak boleh terburu2, kang tak cukup duit sampai ujung bulan. Oleh kerana tak dapat ape yang aku nak, aku switch to Plan B. hahaha… well, Plan B tuh muncul tetibe je. Ahaha… dan I come out with the Plan B – which is My 32 Stuff.

Yup, I don’t want to die yet. I hope I live long enough to be a better person in any level / relation – kawan ke, anak ke, sedara ke, isteri ke… taknak la orang membenci aku lagi kan? Hoho… So, to celebrate this, aku akan spend some cash ofkoz, to by stuff for myself yang rarely aku beli dalam setahun. Aku tak decide ape lagi, akan diberitahu kelak :-P Dan paling best, Antara barang2 itu, bukan setakat barang je tapi mungkin percutian ke, atau ape2 yang ofkoz aku belum decide yet. I’ll come out with the list yang akan diupdate dalam masa setahun ni. So, da ada 2 barang, ada lagi 30 ‘barang’ untuk men-complete-kan my list. Hoho… super dasyat punyer list.

Then, after that, aku telah berjaya melupakan Ogos yang sedih ini dan move on to September. Huhu… itu jela… hoho… the only thing yang best adalah kehilangan 7kg berat sepanjang Ogos ni je. Tapi if I have to suffer again just to loss that, I tak sanggup beb!