Wednesday 28 January 2015

Abah - Alhamdulillah

Hari Selasa haritu, gempar jap family aku bila mak call Kak Nya & bagitau yang abah ditebuk leher untuk buat dialysis. Yup, risau bukan kepalang. Time tuh plak baru kol 5pm, and aku masih kat opis. Tak boleh dah nak concentrate kerja walaupun kerja memang melambak2.

Balik tuh aku terus g PPUM dan time tuh abah kat bilik dialysis. Tengah makan sebelum di dialysis selama 4 jam. Aku masuk satu bilik kat situ & terjumpa seorang doctor. Aku tanye lebih lanjut nape abah ditebuk bahagian leher untuk buat dialysis. Dia bagitau, memang macam tu prosedur kalau abah da stabil. Sebab tebuk yang memula, adalah sementara. Even kat leher pun. Kalau abah decide nak buat dialysis darah, dia kene buat small operation kat bahagian lengan. Itu lagi susah.

Then aku tanye pasal CAPD (dialysis air) & hemodialysis (darah), and aku rase lebih praktikal amik CAPD sebab boleh dibuat dirumah. Banyak kemudahan sebab abah pesara kerajaan. Mesin & alatan2 memang dalam satu pakej & dicover expensesnya by JPA. Alhamdulillah… dipermudahkan.

Semalam semua adik beradik sepakat nak buat CAPD untuk abah. And the good thing is, abah da selamat pulang. Lepas ni abah akan buat dialysis darah selama 2 minggu – seminggu 3 kali (hari Selasa, Khamis & Sabtu). Then only boleh proceed to CAPD.

Tu la… kerisauan tak boleh disimpan lama2. Cari sumber yang betul untuk pencerahan ye? Itu nasehat aku. Setiap keadaan pesakit tak sama. Kena bincang ngan doctor camne kaedah rawatan yang sesuai. Jangan google dan buat assumption sendiri. Boleh dijadikan reference. Tapi jangan buat kesimpulan sendiri.

Note : Ntah camne la kalau pesakit tuh kerja swasta? Sape yang tanggung expenses dorang ek? Hmm…. Time2 camni la rase nak keje gomen.



Sunday 25 January 2015

Latest Update Abah

Ai… sedihnya. Walaupun keadaan abah semakin baik, tidak mengunakan tangki oksiden untuk bernafas, even sugar level & blood level pun da okay, tapi aku lebih merisaukan masa depan dia. Yup, rawatan yang akan dibuat selepas ni. Ada 2 options, samada nak buat hemodialysis or CPD menggunakan air. 2-2 rawatan ada pro & cons. Macamanapun, aku tunggu abang long buat keputusan. Risau gak camne nak bawak abah g keluar rumah untuk buat rawatan 3 kali seminggu. Memikirkan sahaja da cukup letih L

Aku pikir nak mintak abang Musa untuk amik lessen kereta. Camne pun dia yang agak free untuk bawak abah gi rawatan. Setiap rawatan plak 4 jam. Badan abg Musa agak besar, so dia boleh tolong kalau abah memerlukan sesiapa untuk tukarkan pampers.

Camne la masa akan datang yang menunggu?


Note : Teringat mimpi minggu lepas. Mimpi aku dukung baby lelaki yang tidur n asek tidur tak mahu bangun. Aku rase alamat mimpi tuh bukan akan dapat rezeki, tapi akan mendapat kesedihan yang luar biasa. Huhu… super sedih sekarang L

Wednesday 21 January 2015

Pray for Abah :(

Hari ni sepatutnya hari ke 6 Yamin gi sekolah. Tapi oleh kerana jangkitan selsema dari aku, dia tak dapat gi sekolah. Sian kan anak kecayangan aku? Huhu… well, takde pape yang menarik berlaku sepanjang minggu lepas melainkan aku feeling down sebab aku kena period lagi T_T Yup, maksudnya usaha tidak mendatangkan hasil. Even paling tragis malam haritu aku mimpi aku keguguran. Ntah pape… tapi yang herannya bila aku google tafsiran mimpi, akan ada bantuan yang akan datang. Hmm… hidup aku memang super pelik. Dan aku malas da nak pikir (tipu…)

Tragisnya, aku masih tak tau direction kerja aku lagi. Lepas sekolah mula ni, rutin lama kembali. Keluar paling lambat kol 6.30am, sampai opis dalam kol 7am… n mengantuk. Huhu… Yamin plak selalu hantar aku kat depan rumah dengan banyak pesan. Mama, jangan lupa diri sendiri. Mama, jangan bawak kereta laju2. Mama, kalau jumpa makhluk asing, jangan cakap ngan dia. Huhu… yup, budak tu memang pelik sikit macam mak dia. Ahahaha…

Dalam banyaknya benda pelik2 berlaku ni, aku dapat berita baik. Hihi… berita baik pertama, aku menang competition Baby Lips Balm by Maybelline. Top 5 wa cakap sama lu! Tengah tunggu goodie bag worth RM 100. Harap2 dapat liquid eye liner… boleh la menjimatkan budget bulan depan kan? Satu lagi berita baik, my hubby dah boleh menyimpan RM 400 sebulan dalam ASB. Tapi ASB nya belum ada lagi dong. Minggu ni gak aku suruh dia bukak akaun. Yang penting lepas2 tuh ada disiplin dia. Yela, dah umur berapa, asset takde satu pun. Orang lain at least da ada rumah. Kitaorang masih sebuk menyewa lagi. Nak nanges okeh? Sekarang aku masih rasa yang rumah aku duduk tuh adalah rumah orang. Bukan rumah aku sendiri. Tu yang aku tak suka tuh. Taknak besar2… kecil2an pun jadi lah. Huhu…

Last Sabtu, aku gi kenduri kat JPS Ampang. Then plan nak g Korea town. Kononnya nak gi beli barang. Ahaha… memang exactly gambar yang aku google kat blog lain sama dengan yang aku tengok. Aku gi Phill Mart. Aku beli gochujang, gochuharu, soy sauce & seaweed. Yang ni semua confirm halal sebab aku tau bahan2nya. Haha… so, boleh la aku masak K-Food sendiri pasni. Paling2 bagus, boleh buat kimchi sendiri. Yes2!

Note : Dek kesebukan, aku lambat post blog ni. Paling sedih semalam (21 Jan 2015), abah dimasukkan ke hospital sebab kidney failure stage 5. Doktor menyarankan dialysis or transplant, n abah taknak dialysis. Tapi takde pilihan lagi. Doktor kata, kalau tak buat dialysis & balik, tunggu hari je abah berada dengan kami sebab paru2 abah berair & susah nak bernafas. Sian abah. Tak penah nampak abah hopeless camtu L so, rutin aku pun berubah lepas ni. Kena g tengok mak gak kat PPUM. Harap tak lama lagi abah akan sembuh.






Monday 12 January 2015

Yamin's 1st Day @ School (2015)

Semalam aku amik cuti untuk hantar Yamin – his 1st day at school. Yeay! Yup… sebenarnya aku nak hantar Yamin gi sekolah yang elok sikit tapi oleh kerana ada masalah transport, jadi aku hantar gi Tabika Kemas. Takpela, aku tengok dulu pencapaian dia camne nanti. Ingat nak jugak cari buku2 utk tambah pembelajaran dia. Aku pun nak cuba ajar dia kat sekolah. Lebih mudah bila ada rotan, hihi…

Well, lepas aku tengok time orientasi aritu, aku tengok kat Tabika Kemas tuh combine budak 5 & 6 tahun. Maksudnya takde la beza kalau dia sekolah kat situ tahun depan, ye tak? Jadi hubby pun kata nak hantar dia gi sekolah yang elok sikit. Aku rase banding tahun ni, tahun depan lebih kritikal sebab dia dah 6 tahun & dah menghampiri darjah 1. Jadi perlukan asas yang kuat untuk bermula ye tak? Masih dok pikir sekolah mana nak antar. Macam nak hantar kat Beacon House kat Kota Kemuning & ada daycare sekali. Nak tunggu Open Day dorang.

Mari aku cerita pengalaman hari pertama persekolahan Yamin. Hihi… sebenarnya takde la yang menarik sangat. Aku terjaga agak lambat. Kol 7.38am!!! ahaha…. Maybe sebab tido agak lambat. Si Yamin da bangun tapi dia terlupa dia kena g sekolah. Maklumlah, baru first day kan? Lepas tuh, aku dukung dia & lari gi bilik mandi. Mandikan dia. Masuk simbahan kedua, dia cakap dia taknak gi sekolah. Alamak! Biar btol anak aku ni. Pastu mula la adegan peluk memeluk. Aku mintak tolong hubby untuk pujuk dia. Malangnya, aku yang kena marah sebab bangun lambat. Biasa la, memang camne pun aku je yang salah. Dia mmg tak penah salah.

Last2 dapat la aku memujuk dia gi sekolah dengan mainan…. Huhu… memang tak bagus tapi ini jela caranya. Lepas tuh dia okeh je. Hantar pun, da dekat kol 8am. Huhu… tengah beratur. Sori cikgu, Yamin lambat pagi ni.

Dalam kol 12pm, aku bergegas amik dia kat sekolah. Time tuh ada budak yang agak gemuk kat pintu yang masih ber-grill. Sambil menangis mintak dibukak grill tuh. Tengok memang budak tuh cam agak bermasalah, even aku da perasan time orientasi hari tu. Then Yamin Nampak aku, dia g la tunjuk baju sukan baru dia. Pastu aku dengar cikgu suruh murid2 duduk untuk baca doa. Jadi aku suruh dia duduk dulu. Balik tuh cam sian gak tengok dia berbadan kecik & kwn2 dia lebih besar & tinggi. Huhu…. Sian betul. Time nak keluar tuh, kawan2 dia tolak2 jugak. Sian dia… tapi dia tak tolak orang lain.

Balik tuh tanya dia best tak sekolah? N makan ape? Dia kata mee tapi mee nya tak sedap. Huhu… ah sudah! Hari pertama da pandai komplen.

So after that, memang terpaksa la rasuah mainan. Jangan ikot perangai aku ok? Pagi tadi papa dia amik tugas menghantar. Dia kata Yamin okeh! Harap2 sepanjang tahun pun ok la kan?

Alhamdulillah. Da besar anak mama…

Note: Nanti aku provide gambar bila da dapat uniform lengkap. Cikgu dia belum bagi lagi.



Monday 5 January 2015

1st Post 2015

Sudah hari ke 5 tahun 2015. Memang takde pape yang berubah pon. Masih sama… huhu… last week closing secara quarterly telah selamat settled lebih awal dari biasa. Kira relieve bila da abes tu. Takde stress sangat pun. Haha…

Sabtu kitaorang g Midvalley & Garden. Aku nak beli baju kat Robinson. My fren kata cantik2 kat situ. Yang cantik mesti la new arrival kan? So ofkoz la aku tak beli. So beli yang murah RM 100 je. Then aku beli popcorn kat Garrets… ada almond lagi tu. Harga memang agak mahal tapi sedap la kot. RM 34 for medium size.

Lepas tu makan kat NY Steak Shack. Haha… my hubby super pissed off sebab tak sedap. Dengan steak yang keras. Super mengecewakan. So, itu adalah 1st & final time kitaorang makan situ. Full stop! Aku rase bersalah plak bawak my hubby makan kat situ. Balik singgah Jusco Bukit Raja. Beli tudung utk dipadankan dengan baju tu. Oh ye, baju tu untuk jumpa Lee Min Ho ujung minggu ni.

Menurut info dari internet, biasa nya event tuh tak lama pon. Takde nyer betul2 greet LMH. Cuma selected ppl je yang dipanggil on stage. Busan kan?

Lantak la… takde orang nak beli pon tiket tuh. Layan je. Yang penting ahad ni memang nak melepak kat rumah je.

Note : Time aku type blog post ni, bos aku dok sebelah nak tanye pasal report. Super la kantoi! Haha… lantak la!