Tuesday 9 May 2017

Trip to Jogjakarta (4th - 7th May 2017)

Okay... sangat la bersawang2 my blog. Sebuk rushing for my reporting.
Berita panas, kami baru menghabiskan cuti2 Jogjakarta last weekend. 4H3M.
Starting 4-7hb Mei. Baik aku post dulu, takut terlupa details. Untuk pengetahuan korang, aku pun ikot company trip my hubby. So banyak details aku tak tau cam contoh kos penginapan & flight. Well, to be frank, oleh kerana aku cuma ikot trip, so aku tak meng-google sangat... sbb camne pun kang, penat2 pikir nak beli or try itu ini, tak dapat try sbb camne pun ko ikot orang lain. Betul tak?

A day before, my hubby tempahkan Tune Hotel untuk kami bermalam. Well, flight petang kol 3.35pm tapi my hubby ada site visit pagi tu (hahaha.... sempat lagi nak keje kan?!). Takut tak sempat. Nak booking Tune Hotel guna booking.com tapi payment decline ke pe... and aku call. Tengah malam tu gak. Tak sangka senang je nak booking - banyak bilik kosong.

First time bermalam kat Tune Hotel. Aku rase biliknya sesuai untuk traveler. Kecik comel ngam2 untuk tido + mandi. Ada la ruang kecik untuk solat.

Check out pukul 11am & terus berjalan ke KLIA2 bersama Yamin. Beliau memang, asek bercakap je tak habes2. Mamanya yang pengsan nak melayan. Oleh kerana banyak masa lagi, kami jalan2 kat shopping mall tu & makan kat Kluang Station (hmmm.... malas la nak review restaurant ni). Boring!

Pukul 1pm, check luggage. My hubby kata sila contact kawan dia dekat kaunter X. Aku tengok papan tanda kata check in luggage kat kaunter U. Confuse. Rupa2nya AirAsia bukak kaunter lain sebab kitaorang ramai. Lepas check-in luggage, aku bgtau hubby nak g Family Mart. Ada cam Korea Fair bagai. Cam best kan? I memang pantang ngan huruf 'K' ni. Hahaha... aku beli Odeng (fish cake) dengan kimchi soup. OMG!! Sedap! Hahaha... aku campur onagiri ni ngan soup kimchi yang extra. Sedap gak... haha.... tak sangka I dah reka makanan sedap :-P

Kemudian naik flight. Masa perjalanan 2.35 jam. Dapat la makanan kat flight Nasi Lemak. Consider lunner - lunch over dinner. Sesampai kat Jogjakarta dalam pukul 6.15pm tapi nape dah gelap ek? Hmm... naik van kecik & transit ke bas. Bas tak boleh masuk kat area lapangan terbang sebab lapangan terbang agak sempit.








Kami dibawa ke Banyu Mili Country Resort untuk dinner. Time nampak perkataan tu, maksudnya air mengalir dalam bahasa Jawa. Untung jadi orang jawa sebab tau maksud. Lalala...
Sori, sebab tak nampak kaki tangan untuk ditanya, aku cuma mampu mengambik gambar makanan ni tanpa tau nama sebenarnya. Yang ni aku suspect cam itik tapi orang lain kata ayam. Itik tu diperap dengan kicap and sangattttttt manis & dibakar. So agak keras. Most orang duduk se-meja dengan kitaorang tak tertelan itik / ayam ni.









Yang ni okey sikit. Ikan celup tepung. Ada sos masam manis. Yang ni okay sket tapi takde la ranggup krup krap. Satu lagi sayur ni cam pecal. Manis. Omo... makanan kat sini memang manis2 kot....





Lepas makan, kami berangkat ke Hotel Chakra Kembang tak jauh dr Banyu Mili. Maka dapatla kami istirahat disini. Hotel ni agak lama. Masih guna gerobok kayu. And bangunan yang kira da lama. Nak bukak tombol pintu pun agak mengambik masa. Overall okay sebab kami cuma utk bermalam je. Perlu improvement / maintenance untuk bahagian2 cam paip and tombol. 






Jumaat - 5th May 2017
Oleh kerana Jogjakarta lambat sejam dari Malaysia, maka semua cam reverse sejam. Waktu solat pun sama. Subuh kol 5 something. Zuhur 12 something. Lagi2 aku yang tak tukar jam waktu Jogjakarta.

Breakfast, kami makan kat Cafe Hotel. Makanan yang disajikan ada bubur ayam, soto ayam. Aku try soto ayam & rase kuahnya lebih sedap dicampur dengan serunding daging untuk bubur. Huhu... semua aku campur. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Candi Borubudur. Candi ni bukan exactly kat Jogjakarta tapi more tu kawasan Jawa. Dari hotel, mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Bila sampai, tourist guide dah warning kalau ada orang approach untuk barang jualan, jangan berenti... nanti dorang akan ikot sampai la kita beli.

Nak masuk ke Candi kena bayar seperti dibawah ni. Ofkoz dah diselesaikan oleh agent tour kami. Kalau korang pakai seluar agak pendek, kena pakai skirt khas sebab Candi tu kan tempat sembahyang (walaupun aku tak nampak pun sami).





Masuk tu melalui anak tangga lepas melalui taman - anggaran dalam 1km lebih berjalan kaki. And pemandangan Masya Allah.... sangat2 indah. Well, dengan kebesaran Candi plus langit yang membiru, cuaca pulak cerah... memang cantik. Sempat la aku amik selfie sesorang kat atas tu. Yamin bad mood lepas bangun tido. Nak je kusekeh anak kesayangan tu. Jadi keje papa dia. Sian....














Well, dapat gak selfie ngan patung Buddha tengah duduk ni. I ingat besar... rupanya saiz orang je. Terpengaruh dengan iklan and Mr. Google. Selain tu, aku rase reka bentuk Candi yang dibina ntah berapa ribuan tahun lepas sangat la unik & kukuh. Kagum dengan infrastructure.

Turun dari Candi, jalan keluar memang lalu ruang kedai2 ala2 uptown. Bole la korang beli baju2 kat sini tapi aku tak beli. Aku n Yamin kehausan, kami beli sebijik kelapa muda (bungkus) dengan harga RP 15,000.00
Aku confuse sket ngan banyaknya kosong dalam matawang Indonesia ni. Hahaha... so aku rase cam harga RM 15,000 la kan? Haha... bila kukira balik baru RM 4.50 je bila convert duit Malaysia. Lebih kurang je ngan harga sini. Bila keluar je dari kawasan tu, aku beli buah Salak kat tepi jalan. Harga RP 15,000.00 sekilo. Nape semua barang RP 15,000 ni? Pakat ek?

Oleh kerana kat Jogjakarta, memang ramai tanam buah salak, so salak sangat segar baru petik dari ladang. Haha... Sekilo tu habis kami bertiga makan dalam bas je.




Lunch kat kedai makan tak jauh dari situ. Nama restoran Salam Resto. Aku macam biasa tak amik nasi. Ada ayam yang masak sama version dengan semalam, daging tumis ala kari (tapi kari tak rasa pun), sayur campur, tahu goreng & sambal. Dalam banyak2 sambal je yang ada rasa. Makanan lain samaada manis atau terlalu masin. Ada gak sup telur. Yang tu Yamin suka makan. Tengok la!







Meneruskan perjalanan ke Hutan Pinus yang terletak di Bantul. Jauhnya 2 jam dari tempat kami makan tadi. Huhu... siap tertido2 dalam bas. Nak masuk kena bayar RP 2,000.00. Murah la kan? Cantik hutan ni... ada few snap termasuk dekat dengan taman bunga tepi hutan pinus ni. Ada rumah ran yang boleh dipanjat untuk amik gambar. Time ni Yamin taknak bagi monopod. Geram lak. Tak dapat amik gambar dr atas.







Pemandangan dekat tepi hutan pinus ni memang priceless... cantik! Menghadap ke lautan dikejauhan...



Kemudian, kami amik hampir 2 jam untuk balik ke hotel. Oh ye, malam ni ada majlis dinner my husband's punya company.

Bersiap dan dinner. Makanan ada kambing bakar... tapi tak sesuai kat tekak. Yang kelakarnya my hubby memula ilang mood sebab roaming Celcom dia kena block.Tetibe dapat bil 3k. Banggang! Padahal dia da abes bayar semua. Rupanya memang ada kes roaming, Celcom caj unreasonable. Sian my hubby. So, aku just berseloroh la mana tau dia menang pekerja terbaik. Mana tau tak sampai seminit, nama di announce sebagai pekerja terbaik lelaki. Hahaha... Dapat la RM 2k. Aku kata takpe, pasni dapat lagi. Kendian betol!!! Haha... dia dapat RP 350,000 untuk cabutan bertuah penama syarikat. Tak abes ngan tu, dapat lagi cabutan bertuah untuk pekerja RP 850,000. My hubby bagi la aku semua yang rupiah2 tu untuk shopping. Hahaha... memang untung la kan? Hahaha....











Sabtu - 6th May 2017
Hari ni maka ternyatalah yang pergi ke Jogjakarta tak banyak lokasi menarik untuk dikunjungi. Pagi sarapan Nasi Gudeg kat hotel - aku sengaja tak amik nasi banyak2, kang kekenyangan. Nasi Gudeng ni dihidangkan dengan lauk ayam, kulit lembu & telur itik.




Aku beli greek yogurt dengan strawberry chunks ni - harga RM RP 8,500. Beli ada K-mart depan hotel. Actually aku rase cam aku kena water retention and pelawasan tak baik sebab terlalu lama duduk dalam bas. Harap dapat melawaskan lepas makan yogurt ni. 





Naik bas tanpa mengetahui destinasi kami. Kemudian barulah tourist guide tu bawak kami ke Merapi Farm House dekat Kampung Jogja. Ada jamu godok... haha... yang ni pun jawa gak ek? Maksud jamu rebus. Ada banyak periuk2 dengan label memberitahu tujuan / kegunaan jamu2 tu. Kat tepi ada jamu2 kering. Boleh la beli. Tapi mak aku pun jual, so aku tak berminat. Aku jalan2 kat tepi rumah jamu tu and nampak few orang kampung tanam padi. Depan sikit nampak Merapi. Merapi di gunung berapi yang masih aktif tapi lama tak meletup. Nak pergi pun boleh tapi kena sewa pickup and jalannya agak mencabar gitu.... oleh kerana takde dalam rancangan tour ni, maka boleh melihat dikejauhan je... nangis...






Lepas tu kami dibawa ke Hamzah Batik untuk shopping. Aku cuma beli beg2 untuk souvenir sebab aku kurang suka pattern batik lama camtu. Ada gak baju ela yang untuk dibuat baju - harga murah. Lepas convert duit Malaysia around RM 20-30 tapi kaler tak menarik.







Berhenti lunch kat satu restaurant diberi nama Muara Kapuas. Takde highlight sebab makanannya sama dengan dinner kat hotel malam tadi T_T Hahaha....








Abes je makan, kami diberitahu nak pergi ke Pantai Parangtritis. Nape kitaorang dibawa kesana? Sebab pantai ni black sand beach yang ada 2 je dalam dunia.



Yeah... ombak kuat and cantik beach ni. Tapi tak enjoy sebab pegi kejap sangat. Time tu aku terkena ombak. Tak sangka ombak tu kena kat aku sebab da adjust da. And kena bising ngan my hubby. Last2 dia gak teman bersihkan kat toilet awam kat situ. Siap pakaikan tali kasut lagi. So la romantic sampai rase nak debik2 sebab kena marah sebelum tu. Hahaha... tak boleh move on. Cia cia...

Aku beli air kelapa lagi. Kali ni murah sket RP 10,000. Confuse sebab banyak kosong kan?

Balik tu, kami dibawa makan kat restaurant makanan padang. Nama restaurant tu Restaurant Sederhana Masakan Padang. Terletak kat pekan Jogjakarta. Hmm... dapat la makan benda lain haha... stress mak. Nampak cili tu sangat la menyelerakan tapi masin???!!! Aiyo... boleh makan tapi kalau ada pedas lebih kick! Huhu...
Tetapi my hubby belanja Alpukat ni. Baru lah terubat rase 'merajuk' ni sikit. Satu RP 10,000. Murah ke? Aku rase mahal sebab avacado ni melambak2 tepi jalan n harganya murah. Campur coklat je pun...









Lepas makan, kami di bawa ke Malioboro. Untuk pengetahuan korang Malioboro ni tempat shopping ala2 Petaling Street. Bezanya jalannya lebih luas & barang2 yang dijual mostly batik2. Ada few butik tepi jalan... ada satu shopping mall kat tepi. Tapi batik2 jenis ni aku tak berapa kenan la... huhu... so aku beli sepasang telekung and baju utk abah je. My hubby taknak beli pape. Terus kami naik bas and rehat sementara tunggu yang lain. Balik hotel. Sebelum naik tu, aku tanye tourist guide tu mana nak beli coklat? Aku dengar coklat kat sini famous. Dia bgtau naik teksi ke Tugu Coklat kat Masjid Besar. Bukak pukul 9am.







Ahad - 7th May 2017
Pagi after breakfast, mintak tolong hotel untuk call teksi. Tugu Coklat tu tak lah besar sangat. Brand coklat yang dijual Monggo. Aku tak memborong, cuma sengaja nak bagi ole2 untuk kengkawan. Perisa coklat ada White Chocolate, Praline, Dark Chocolate & Caramello untuk yang saiz kecik. Harga RP 19,000. Bagi aku RM 6 untuk coklat sebesar ni mahal. Ada perisa cam Ginger, Red Chili, Greentea, Macadamia & Cashew Nuts tapi saiz kecik takde. And harga RP 34,000. Yang besar aku cuma beli Macadamia & Cashew Nuts je. Tapi makanan boleh tahan manis kat sini, coklat pahit2 plak. Hahaha... gula habis kot. Untuk pengetahuan korang maksud Monggo adalah 'Tunggu' tapi aku tak rase ini dalam bahasa jawa.















Otw balik tu, cakap ngan pemandu teksi tu yang aku nak cari buah salak. Dia stop kan kat kedai buah tepi jalan. Harga sekilo RP 15,000 - aku beli 5 kilo and ada additional RP 5,000 untuk pembungkusan. Dorang bungkus kat dalam bekas mengkuang and ikat.

Total teksi pegi dan balik + tunggu adalah RP 149,000 tapi my hubby sangat berbaik hati bg RP 200,000. Oh ye, teksi2 kat sini menggunakan meter. Driver teksi tu mohon bayaran lebih sebab dia tunggu kitaorang beli barang.

Rehat sekejap kat hotel. Check-out pukul 12.30pm and terus ke Airport Adisutjipto kat Jogjakarta. Waktu perjalanan mengambil masa 20 min dari hotel. Tambang teksi RP 52,000. Tak jem. Sampai je kat Airport, kami ke Terminal B. Duduk kat bangku depan CFC, restaurant makanan segera ala2 KFC. Untuk alas perut, kami makan Roti O (roti ni pun ala2 Roti boy kat Malaysia - harga sebijik RP 11,000 + ice blended Caramel RP 38,000). 



Tengok CFC lak cam ramai orang makan. Tapi risau tak sedap. Aku cuma beli mixed combo (ada onion rings, chicken pop corn & chicken strips - harga RP 21,818). Confuse la dengan banyak kosong ni... hahaha... rasa nyer so-so je. Batter / tepung selaput tu boleh didapati digerai2 gorengan kat tepi jalan di Malaysia ye kengkawan? 









Lepas je makan, kami masuk dan check in beg. Gambar ni kat ruang menunggu. Budak berdua ni memang anti-social. Malas nak layan.

Lama gak tunggu and Yamin kata dia lapar. Kat tepi tu ada restaurant makanan Jawa bernama Jeng Tipluk (hahaha.... ni jawa ape ek? Aku tak paham). Order nasi putih + ikan goreng. Harga RP 44,000. Tapi Yamin kata kicapnya tak sedap. Ish... aku kata tak baik... kena bersyukur dapat makan. Huhu... lahai anak! 








Sampai Malaysia pukul 9.30pm. Wawawa... rushing untuk ke opis esok!

Remarks:
Kalau aku ada duit sendiri and boleh plan, aku akan pergi tempat lain selain Jogjakarta sebab Jogjakarta tak banyak tempat nak dilawati for 4H3N trip. Lepas ni kita g Bandung / Jakarta pulak!