Sunday 30 June 2013

Weekend 29/06 - 30/06/2013



Ujung minggu yang lepas, aku jadi ‘orang bujang’. Haha… so cute ha?

I’m sooooooooo excited to see LMH on Saturday. I’ll come out with the details later.

On Sunday, aku tak sehat sangat sebab ke-busy-an last week. Mood belum baik lagi. And guess what? Aku mengalami kegatalan seluruh badan yang kronik. Memula area tangan n kaki, pastu tang muka plak. Malam memang tak cukup tido n muka aku bertukar kaler merah. Sangat tragis. Luka kat tangan pun sangat banyak sebab aku gigih mengaru. Huhu…

Hmm… actually, aku pun tak paham nape aku kena benda ni. Memula, aku g Tapah untuk tender briefing last week. Dengan kawasan yang agak terpencil, dalam kain penuh nyamuk okeh? Tapi aku raseela…, ada kemungkinan sebenarnya aku da kena sebelum tuh lagi. Kat tilam tempat aku tido, lately ada semut kecik2. Sangat scary sebab kalau la betul aku digigit sampai gatal camtu, sangat menakutkan okeh?

Bagusnya, Yamin okey je. Aku tgk gak, takde lak dia menggaru cam aku.

So, tetibe kepercayaan ‘mistik’ yang tak berapa ni, terpikir… adakah mungkin ‘ketegur’? Yup, perkataan tuh ntah ada kat kamus ke tak… kepercayaan orang2 lama kata tempat2 tertentu kat dunia ni ada ‘benda’ menunggu. Jangan buat ‘benda’ tuh marah. Nanti kita yang kena… eii… sangat la seram. Harap2 bukan itu yang berlaku kat aku. Leceh nak cari orang untuk berubat. Ayam itam, darah lembu… eii… dapat aku bayangkan. Well, I’m not into bomoh, but my ex bf & his family sangat percaya sampaila demam sikit2 pun jumpa bomoh. Memang giler bila da percaya.

Oleh kerana aku sangat gigih menggaru, aku tak ikot hubby g kenduri. Hubby g ngan Yamin je. Ada sebab gak nape aku nak dorang g berdua. My hubby tak selalu spend masa ngan Yamin. Kerja n outstation. Balik keje, ngadap TV, xpun henpon kat tangan je. Main ngan Yamin memang jarang la.. kalau main pun, sangat la kejap. Sian Yamin, sikit2 mama…

Kaki n badan aku pun selalu kejang lately. Huhu..

Bila Yamin n hubby g agak2 kol 10am, aku dok jap kat umah. Malas nak kuar tapi aku kena g bank in hutang arini gak. Gatal badan ni, memang takleh ingat la. Tapi hati aku lebih teruja pas konsert malam semalam. Terpikir2 nak g Vivatel (hotel) untuk say babai kat LMH. Tapi aku kan malas nak menunggu n bersesak2 lagi. So, I’ve decided untuk kuar g bank n tapau makanan je.

Kol 2pm, baru aku kuar. Oleh kerana muka aku pon gatal, aku cuma kuar ngan basic skincare without BB cream. Memang tak sangka aku leh kuar camtu sebab I’m not confident with my skin now. Still, I have reddish marks on my face, I feel hot and easily get mad.

Terus g Hong Leong & Maybank. Tinggal bil2 yang lain belum bayar lagi. Tunggu gaji.

Pastu berkira2 nak g mana… Vivatel :-P or jalan2? Hmm… so, I’ve decided to make wise decision untuk g Sunway Pyramid. LMH, sorry I know I should’ve sacrifies my time just to see you wave to me. Haha..

On the way g Pyramid, jalan cantik! Tak jem sangat. Cari parking almost 30 min, uh… sangat la scary. Last2, aku parking kat tepi je sebab ada kereta lain park kat situ.

Terus g TGV. Hmm… tengok showtimes screen. Ada World War Z, White House Down, Monsters University & Despicable Me. Mana nak tengok ek? Pikir2… aku buat decision nak tengok White House Down. Tapi tiket da sold out and some more, the earliest time is 3.20pm. Tapi time tuh pun da 3.30pm. Tengok World War Z jela. Seat tak best. 3rd row dari depan.

Sebelum tuh, lunch kat Sisters Popiah. Lama teringin ni. Aku order Crispy Popiah satu roll n Crabstick satu roll. The Crabstick taste like………….tak sedap. Yucks! Was hoping dorang buat fresh meat, lagi sedap. Tak kesah mahal camne pun.




Pastu jalan2. G Speedy Video. Huhu, ada 4 DVD Korea baru kuar. Kalau aku beli kat Hiro Comics, perlu ada RM 319 lebih kurang T_T sedih gua. Lebih2 lagi, bulan puasa ni, aku kena la tengok sikit2 citer Korea baru syiok :-P Insaf2… takpela, layan jela…

G Voir, ada 3 days clearance sale. Aku ternampak satu henbeg yang menepati kehendak aku. Harga after diskaun RM 75. Bukan la mahal sangat, ada duit… tapi malas la nak beli. Henbeg aku elok2 lagi (haha… sangat la berhati mulia kan?!).

Terus g TGV balik untuk tengok movie. Ingat nak beli tumbler Monsters University, tapi Q sangat la panjang.

Aku akan come out ngan summary of World War Z lain kali.

Dinner kat Simple Life. Restoran ni restoran vegetarian. Aku pun tak paham nape orang Melayu kurang suka restoran vegetarian. Sehat maa…. Beras perang n semua yang berasaskan sayur. Yang aku perhatikan, banyak pelanggan kedai ni keluarga yang ada orang tua yang nampak macam tak sehat sangat. My hubby pon aku yakin kurang suka vegetarian food sebab penah ajak makan tapi dia taknak.

Order Asam Fish set. Sedap. Aku sangat suka vegetarian food sebenarnya. Lebih dari aku suka coklat kot… haha… harga RM 18.90 tak masuk tax. Memang agak pricey tapi for something yang sehat, I don’t care. Bagusnya, no added MSG! Soooo sehat kan?











Sampai umah kol 8.30pm. Mandi + solat n bersiap g umah Kak Atie. Well, aku saje nak g, sebab Yamin balik lambat. Hubby antar sms dia sakit perut. Aku sangat yakin dia makan daging time kenduri siang tadi. Sian dia. Aku suruh dia minum air garam.

Balik dari rumah Kak Atie, da kol 9.30pm. Lepak umah mak pulak sampai kol 10pm. Yup, memang sunyi bila Yamin n papa nyer takde. Aku ngadap TV. Kol 11.15pm, dorang sampai. Hubby ngan terbongkok2 masuk umah. Menahan sakit. Aku urut dia sambil bising2. Aku memang selalu pesan hubby jangan makan daging time kenduri. Sebab kalau orang yang masak tuh tak reti masak, basi n ada kesan2 camni la. Lagi lagi daging kotak… sian tol hubby sakit sampai ke pinggang.

LMH nyer flight balik ke Incheon kol 2330. Will be missing you, lovely!

There goes my weekend.


Thursday 27 June 2013

E.X.C.I.T.E.D!!



Hihi… Alhamdulillah, sudah bermood baik. Nak tau nape?

Semalam aku n 3 colleagues g tender briefing kat Tapah. Sepanjang jalan tuh releks tanpa gangguan. Haha… breakfast kat R & R Rawang. Nasi lemak sedap. Bukan sebab sedap sangat, tapi sebab peket kecik harga RM 1.20. Boleh la makan… aku mkn sebungkus. Walaupun ati rase nak makan lagi sebungkus, tapi malas sebab aku driving.

Sampai je Tapah, terus cari lokasinya. Aku ada abang ipar asal Tapah, tapi ini first time aku jejak Tapah. Briefing sampai almost 1pm. Bosan, nyamuk masuk dalam kain lagi tuh.

Lunch kat KFC. Aku try makan Korean Burger. So upset. Walaupun aku amik set ngan ayam seketul, aku rase baik aku order ayam je. Aku berharap sos dia sama cam Korean Crunch. Malangnya, kualiti sangat menghampiri sambal tumis. Hihi… seb baik company bayar lunch aku. Bagus2…

Abes makan, on the way balik. Singgah R & R Tapah dengan niat nak beli buah2. Tapi tak tau nape, aku malas nak beli… so, terus bertolak balik. Arrived opis at 3.30pm. letih, harap bos kecik bagi balik awal, tapi dia tak reply sms aku.

Aku ngan malas, tengok facebook jap. Masuk Jazzy Group nyer page. Dorang upload gambar stage untuk konsert Sabtu. Waa… cam best je. Haha…

Aku check lak email. Dapat satu email baru dari Jazzy Group. Dorang offer ticket untuk photograph session! Aik, bukan aritu da abes ke? Even dorang add few ticket pun da SOLD OUT! Haha… tah nape, aku gatal2 lak terus g Taipan Square. Semua kerisauan beberapa hari lepas terbang ditiup ntah ke mana… hmm…

Beli tiket paling murah. Oh… korang tak paham ke? Citer nyer camni. 3 minggu pas aku beli VVIP tiket tuh, ada offer kata kalau VVIP Holder beli any zone nyer tiket, leh dapat photograph session. Sape taknak kan? Tapi time tuh aku rase sangat tak berpuas ati. Huhu… yela, nak tambah duit beli tiket. Sape yang nak g? Ye tak? Stress!

Tapi semalam, aku da tak peduli lagi. Walaupun aku gemuk atau tak cun, nak gak jumpa LMH live. Takyah risau pasal baju lagi sebab aku da beli official T-shirt. Nampaknya, kena pakai high heels la. Segan ngan aku yang pendek ni. Haha…

Sesampai Jazzy Group, aku tanye ngan how far stage ngan front seat? Dia cakap 10 ft. erm, jauh gak kan? Da la kecik muka LMH nanti dipandangan mata aku. Camera lak, kena la hide lense tuh dimana2. Kamera kecik boleh la masuk. Huhu… harap2 boleh la lepas.

Balik umah dlu. Dapat tau Yamin bahagia main ngan Awan n Kaseh. Malam tadi, aku amik hubby 10.30pm. Tak tau nape perut aku tetibe sakit. Memerut dlu sebelum kuar :-P

Sampai umah, da 12.00am. Huhu… still over excited! Haha…

Sahur pagi tadi dengan sebotol Yogurt Mangga Bliss. Cukup la… tengok badan I n minda boleh tahan tak… haha…

Am so excited nak jumpa LMH face to face esok, bebeh! Tapi still upset sebab gaji aku n hubby tak dapat lagi :(

Tuesday 25 June 2013

Skin Food Omija Tea Whitening Range




Hari ni, genaplah 6 bulan aku mengunakan Omiga Tea Whitening Range, by Skin Food.



Sepatutnya, kesan yang aku akan kecapi seperti dibawah:



1.    Anti aging

2.    Mengurangkan pigmen

3.    Mencerahkan kulit

4.    Glow skin



Malangnya, semua itu tidak aku alami langsung. Aku tidak cerah, dan masih ada pigmen di bahagian pipi yang semakin lama semakin tebal. Walaupun aturan pemakaian yang betul, tak paham kenapa takde kesan langsung.



Hmm… dengan range produk ni, aku menghabiskan almost RM 400, masih boleh bertahan beberapa minggu. Tapi macamanapun, kalau xde effect, ape aku nak buat lagi? Stress giler!



Aku pun tak tau skincare mana yang elok da… pasni pon tak tau nak pakai ape… camne pun, kena abeskan dulu range ni, untuk elakkan pembaziran :-P








Sayangi Family Kita



Sleepy tahap giler baboon ni. Aku bangun awal untuk masak sahur pagi tadi. Kimchi Fried Rice you… terer I :-P ahaha… tapi lecehnya nak tunggu nasi masak. Aku siap leh buat milo, gosok baju n sidai baju. Huhu… sangat la tak normal pepagi sidai baju….

Kol 6am, g antar hubby g Subang Airport. My hubby outstation ke Gong Kedak n Kuala Terengganu. Sian tol, da la poket kosong ni… sian giler dia. Bos dia lak, buat bodo je. Patut bayar claim dia dlu. Terpaksa dia buat advance. Sian sian… bagusnya, dia bagi not RM 50 kat aku, hehe… tengkiu hubby!

Sampai umah, da kol 7am. Ai… memang yakin tak boleh tido sebab takut terlajak bangun. Si Yamin sedap plak berbungkus dalam selimut lagi. Sejuk. Petang n malam tadi ujan giler lebat. Clear sudah jerebu2 ni…

Hmm… pagi tadi aku baca berita. Sedih la kesah budak 2 tahun mati didera ngan boifren mak dia. Seram lak dengar. Pastu tanam mayat budak tuh kat mana2 tah. Sian nyer… harap camne pun aku marah Yamin n anak2 aku yang akan datang, takkan jadi camtu. Sedih giler sebagai seorang bergelar ibu ada anak ibu lain yang diperlakukan cam xde akal n fikiran.

Erm… rindu plak kat Yamin.  Aritu kitaorang tgk K-Pop Hit kat Channel 705. Lagu Opps! By Gna. Dia cakap :

‘Tak baik kan mama, pakai camtu. Perut nampak camtu’

Hehe… baik btol anak aku ni…