Thursday 31 July 2014

Mr. Dakgalbi @ Setiawalk

Wokey, seperti yang dijanjikan, aku akan tulis review pasal Mr. Dakgalbi yang aku pergi last Friday. Memang aku nak cari option selain Seoul Garden on the Korean Grill.
As always, as Muslim, kita akan bertanya adakah halal?

Korang boleh refer Facebook Mr. Dakgalbi. Dorang ada tunjuk lesen yang mengesahkan ayam yang digunakan adalah dari sumber yang halal. Tapi kedai ni ada serve alcohol la plak. Maybe sebab tuh tak dapat tanda halal JAKIM.




Dakgalbi maksudnya adalah tulang rusuk ayam yang digrill. Time aku g Korea itu ari, teringin nak try tapi susah sebab aku rase sumber ayam kat sana sangatlah diragui. Jadi, aku cari resepi kat internet and buat sendiri kat rumah. Alhamdulillah jadi tapi aku tak sure adakah dakgalbi yang aku buat sama dengan original dakgalbi dari Korea.

So, aku ke branch Setiawalk untuk memastikan sendiri. Mr. Dakgalbi ada 3 branches setakat ni. Kat Bukit Bintang, Mont Kiara & Setiawalk. Nak cari memang tak susah kat branch Setiawalk ni. Sebelah dia ada Korean restaurant gak, tak ingat namanya ape tapi tak halal.

Masuk je Mr. Dakgalbi, ada bau grill sama macam kedai2 Korea yang lain. Kalau ikot pengalaman aku, bau tuh datang dari gochujang – Korean chili paste.








Aku order set untuk 2 orang. Satu set berharga RM 54 tak masuk air. Dakgalbi for two, ramen, nasi, cheese & side dishes. As always side dishes nyer adalah kimchi, white pickles radish yang sangat sedap. Kimchi dia pun not bad okeh? Yup, compare dengan Seoul Garden punya kimchi yang almost tasteless.






After azan, baru makan. Untuk pengetahuan korang bukan kita yang masak sendiri Dakgalbi ni. Waiter akan masakkan. Oh ye, dalam pan yang besar ni time dia masak, dia cover la tepinya. So thoughtful sebab pasti akan terpercik2 kan? Disertakan dengan kubis & we added rice cakes (RM6), memang syiok. Lepas tuh aku baru tau nape dorang add kubis sebab nak kurangkan kepanasan badan. Memang sehat.




Overall, aku n hubby sangat berpuas ati dengan rasa dakgalbi ni. Esp bila masuk ramen & cheese, memang terangkat. Sedap gila. Walaupun merah camni, sangat tak pedas. Kira budak2 pon bole makan kalau dorang boleh tahan pedas. Last kali baru masuk nasi dengan seaweed topping. Time ni da tak larat. Maklumlah bulan puasa, mana leh makan banyak sangat kan?





Semua sekali, termasuk soft drinks baru RM75. Berbaloi2 lebih dari korang makan Ramadan Buffet yang ntah dapat makan semua ke tak. Hihi… oh ye, lupe nak cakap. Sprite & Coke dijual hanya RM 1 setin. Lagi murah dari kat luar okeh?

Highly recommended pada pengemar makanan Korea J



Part of My Life

K-dramas yang aku tengok baru2 ni memang banyak & best2. Antaranya 3 Days by Yoochun, You’re Surrounded by Lee Seung Gi. Tapi 2 dramas ni, aku tak rase aku nak tulis review. Sebab ada kelemahan yang sama. Jalan ceritanya agak pelan walaupun focus sepatutnya lebih kepada action movie. So, I won’t come out with any review. Malas, lu pikir la sendiri.

Since it’s been awhile aku tak beli DVD Korea baru, aku rase da more than 6 months kot, mungkin aku akan start beli external hard disk and download. Bukan ape… sangat2 susah nak cari original DVD. PMP plak cam slow je and DVD yang dikeluarkan semua citer tak best. Huhu… drama2 nya bosan. Walaupun download is not my favor dulu, tapi tengok keadaan sekarang cam perlu je. Huhu…

Currently, aku tengok Doctor Stranger, and next week akan bermula Temptation – by hero nanges lagenda Choi Ji Woo & Kwon Sang Woo… watak Choi Ji Woo macam watak jahat je. Itu yang best tuh. Trot Lovers & Joseon Gunman aku da rakam guna PVR tapi belum sempat nak tengok lagi. Abes You’re Surrounded nanti, aku akan tengok Angel’s Eyes. Haha… banyak giler plan.

Hari ni da masuk 1st Aug 2014. Tinggal 13 hari je untuk aku menikmati kemudaan berumur 31 tahun. Nak masuk umur 32 ni, aku rase semakin tua. Badan pun kurang bertenaga & aku start berpikir that I should eat healthy meal and live well. Luckily aku ada tengok rancangan kat KBS World, King of Food yang mendedahkan makanan yang bagus untuk kesehatan. Tak sabar nak mencuba. Mesti best!

For this birthday, my hubby da plan nak bawak aku & Yamin g Cameron Highlands. Mesti sejuk & best. Aku tak plan lagi untuk beli hadiah untuk diri sendiri. Last year aku da beli cincin bentuk rama2 kat Poh Kong. This year cam nak beli gelang emas putih tapi dengan bajet yang sedikit, maybe beli cincin kecik2 je. Hihi…

Dan target lepas ni adalah & masih nak mendapatkan baby baru. Ya Allah, tolong lah aku. Permudahkanlah urusanku… Amin….


Note : Teringin ada geng pakai baju kurung time raya L

Tuesday 29 July 2014

Salam Lebaran 2014

Salam lebaran! Hihi… hari ke-3 raya tetapi aku da start keje. Konon nak menunjukkan kat company yang aku pekerja rajin. Nama pun konon! Aku ada long list of Sales Order nak kene close.

Since arini & esok adalah hari yang sebuk, maka aku akan keep it simple. For this raya, kaler tema adalah maroon & aku sama gila cam tahun lepas. Preparation last minit. Huhu… sangat tragis. Last2 aku beli tudung kat Ariani je. Tudung tuh simple je design dia tapi yang memahalkan adalah kerana tudung tuh Siti Nurhaliza collection kot. Haha… nak jimat masa la konon.

After shopping, kitaorang buka puasa kat luar last Friday & makan kat Mr. Dakgalbi. Yup, pork free… & sumber ayam ada halal cert. Yang penting sedap okeh?! Aku akan tulis review dimasa yang akan datang.

Ahad – a day before Raya, sedihnya sebab takde adik beradik yang balik beraya malam raya tersebut. Sedih sesedihnya okeh? So, aku masak laksa, rendang ayam, kuah kacang. Aku paksa hubby anyam ketupat. Sian beliau! Pas masak, aku antar kat rumah Alison. Saje…

Malam raya, aku masukkan kuih raya dalam baling. Sebenarnya itulah aktiviti paling best menjelang raya. Aku pun tak paham nape budak2 skrg tak feel sangat aktiviti tuh. Sambil ditolong oleh Yamin, mak aku bercakap tak berhenti. Aku rase dia sedih gak anak ramai-ramai, tapi semua tak beraya kat situ.

Kol 6.15am hari raya pertama, aku da terpacak depan rumah mak. Masak sayur lodeh, ayam masak kicap & rendang kerang. Alhamdulillah walau aku bukan masterchef, tapi makanan tuh semua boleh la dimakan. Huhu…

Tak banyak berposing raya tahun ni. Aku pakai baju raya 30 min je. Pastu tukar untuk melayan orang.

Malam raya pertama tuh, aku on the way balik rumah mertua ku. Sampai, aku perasan both of my leg sakit2. Huhu… sangat sakit okeh? Jalan berdengkut2. Yamin & papa dia ditinggalkan di kampong semalam. Sedih aku… huhu… gonna miss them until Friday. Kalau dapat, aku nak apply leave on Friday. Tapi sebab masa da suntuk, takut plak tak approve. Huhu…

Ok la, aku nak buat keje ni. Til then, bye!


Tuesday 22 July 2014

Redha Ramadan

Hmm… banyak benda yang berlaku disekeliling aku yang buat aku redha & tabah dengan dugaan yang menimpa diri. Walau lebih banyak orang yang lebih bernaseb baik dari aku, memang tak boleh hidup kalau memikirkan nape orang lebih n kita kurang. Jadi kene terima kekurangan dan ada sebab kenapa itu berlaku dalam idop kita. Haish…. Yang penting kita senyum kan?

J chomel kan kalau aku senyum?


Kekadang aku rasa sedikit dizalimi T_T hidup aku sangat kesian T_T

Monday 21 July 2014

MH17 - Al Fatihah

Malaysia dikejutkan dengan nahas MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine dan Russia Khamis lepas (17 July 2015). Sangat menyedihkan bagi aku juga. Angka yang sangat ramai – 298 orang dan 40+ terdiri dari Malaysian yang mostly Muslim. Kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Berkat Ramadan dan usaha dari pihak2 berwajib, jenazah2 & mayat akan diterbangkan balik ke Malaysia sebelum Syawal. Paling menyayat hati, terdapat 3 bayi didalam flight malang tersebut L

Gaza plak bergolak. Serangan Israel yang bertalu2 sejak seminggu lalu telah mengorbankan lebih 500 orang yang mostly kanak2. Ya Allah, dugaan apakah ini? Tunjukkan lah jalan keluar dari permasalahan & kekejaman ini.

Al-Fatihah pada mereka yang syahid… Kuatkan hati kami, Ya Allah…Amin….




Sunday 13 July 2014

Weekend 12/07 - 13/07/2014

14 July, ada lagi sebulan sebelum birthday aku yang ke 32. Bila umur nak menganjak naik ni, terase makin tua n kedut da penuh satu muka. Untuk tahun ni, obviously lebih baik dari tahun lepas. Lepas bulan 11 ni, hutang kereta pon abes n my hubby da start keje baru next month, so mudahlah sikit kehidupan kitaorang, I hope so…

Ape yang aku harapkan sebagai hadiah? Hmm… aku rase Allah je tau jawapannya. Itu je doa bertahun2 yang aku tak dapat lg L

Raya ni plak, aku tak amik cuti. Main sebab adalah month end closing. Konon nak menunjukkan kepada company aku hebat. Cool… tapi sebab lain adalah untuk ‘melarikan diri’ dari soalan2 pedas berkait dengan zuriat kedua. Yang tuh, aku super tak suka!!! Rase tahun ni aku malas nak beraya pun. Ape nak jadi, jadi lah! Malas da nak bercakap 2-3 kali pada orang yang tak paham ni. Ei…. Geram!

Nak share something. Dengan banyak kes budak kene culik sekarang, aku macam tersangat risau ngan Yamin. Hari sabtu haritu kitaorang g pasar borong Selangor n dia kene tarik ngan seseorang. Orang tuh bukan la besar, tapi budak yang besar sikit 2-3 tahun dari dia tapi da kira sentap gak my hubby kata dia tarik. Kuat! Yela, nama pon penjenayah, kot2 budak tuh ada yang suruh ke per… so pls beware! Anytime je kalau kita tak alert okeh? So, my hubby ada sikit fobia nak bawak Yamin g public n keep suruh pimpin tangan. I was so lucky that Yamin pun jenis yang suka berpimpin.

Ada few things berlaku beberapa hari ni.

Pertama, ayat2 kelakar Yamin.

Situasi pertama:

Aku : Yamin, nanti cari orang Selangor yang putih cam Yamin.
Yamin : Ok mama. Tapi kalau orang tuh itam nakkan Yamin?
Aku : Hihi… cakap la elok2 Yamin dah ada orang lain ke. Huhu...

Situasi kedua :

Yamin ikot papa dia g kedai & sangat berbangga dengan kotak yang konon nampak hebat dengan kartun ala2 robot. Tapi harga baru RM 3.50. Bila bukak, dia cakap ‘Laa!’. Dalam tu cuma ada kipas yang kene pusing secara manual. Hahaa… So damn cute!

My hubby banyak membuat aku menanges minggu ni. Dia belum berubah ngan baran dia. Geram giler! Malas aku nak pikir dah! Nak merajuk bukan berbaloi pun.

Aku dapat seorang anak sedara baru last Friday. Lelaki… tapi belum tengok lagi. Nanti2 la kan?

Oh ye, semalam aku g Bazar Seri Serdang n g UPM!!! Haha... tempat jatuh lagikan dikenang. Tapi tak semua yang aku rindu hokey???! 

Note : Hari ni Germany won World Cup 2014. Ada ku kesah?


Monday 7 July 2014

Salam Ramadan 2014

Salam Ramadan semua…
Haha… lama kan aku tak berblog. Semuanya dah bersawang2 ni. Da la blog aku ni memang sunyi, bertambah2 la sunyi kan?
Hari ni adalah hari ke 9 umat Islam kat Malaysia berpuasa. Alhamdulillah puasa tahun ni aku tidak mengalami apa2 kesukaran berbanding tahun lepas. Berkat rezeki yang Allah bagi. Terima kasih Allah.

Tahun ni, aku da tak kerap g bazar cam tahun2 sebelum ni. Bagus nya aku sangat kerap memasak. Haha… chomel kan? :-P Ape yang chomel aku pon tak tau. Aku kerap masak, esp bila tahun ni hubby bersahur sekali dengan aku. Tahun2 lepas, nak gerak pon tak boleh. Paling koman dia minum air je. Alhamdulillah dia amik berkat bersahur tahun ni. Makin berselera aku n makin gemuks.

Yup, tak nampak ketara penurunan berat. Tak macam tahun2 lepas gak. Mungkin tiriod aku dah mula stabil.

Tak banyak gak benda yang best seminggu ni. Maksud aku hidup berjalan macam biasa. Yang kelakar tuh, kitaorang dah beli baju raya. Senang je. Beli kat butik Gene Martino. Malas aku nak pening2 menempah baju raya. Tapi cam nak issue NCR je kat butik tuh. Harga baju tuh kat tag RM 49, tengok2 rupanya harga RM 109. Hampeh. Da la aku nak berjimat ni. Tapi hubby kata takpe lagi sebab still half boleh jimat. Yup, kalau tempah baju melayu dia + Yamin, dah makan RM 250 hokey? Tak masuk material lagi.

Yang tinggal nak cari butang baju melayu, kerongsang, batu t-shirt Yamin, seluar jeans Yamin je. Beli yang perlu jela. Harap Yamin paham yang kitaorang kene berjimat selagi boleh. Naseb baik sekarang Mega Sale sampai 1st Sept 2014. Malaysia ni memang manjang ade Sale kan?

Lepas raya, aku nak start immediately dengan puasa 6. Pastu aku nak g gym plak. Haha… tak caye kan? Yup… aku nak memeriahkan idop aku ni. Takde la bosan nanti. Tetibe plak da tua n tak buat pape yang kita suka. Sebelum terlambat, aku akan buat ape yang aku nak & perlu buat.

Itu jela ek? Haha…

Note : En hubby kata bulan 8 ni nak g Cameron Highland jalan2. Oh yeah!