Monday 21 April 2014

Birth Secret




Cast :
Yu Jun Sang – Hong Gyung Doo
Sung Yu Ri – Jung Ji Hyun
Kal So Won – Hong Hae Deum
Lee Jin – Lee Sun Young
Kim Yong Kwang – Park Soo Chang

Plot:
Mengisahkan Ji Hyun yang berumur 18 tahun. Bersekolah disekolah golongan elit tetapi berasal dari keluarga yang miskin. Ji Hyun budak yang bijak dan mempunyai ingatan fotogenik – yang boleh mengingati semua dengan sekali imbas. Ibunya meninggal kerana kanser dan dia menerima kejutan mengenai siapa ayahnya – seorang professor university yang juga mempunyai kebolehan yang sama.

Ketika kesedihan dengan kehilangan ibunya & kemunculan ayahnya, Ji Hyun pulang untuk memindahkan barang dan tertido. Apabila dia bangun, dia telah berusia 28 tahun, berpakaian kolot & mendapati dia telah payudaranya penuh susu (seakan baru melahirkan anak). Dia cuba mengingatkan kembali memori lepas tetapi ingatan terakhirnya adalah sebelum tidur dirumah ibunya.

Dengan kepandaian dia, dia mendapati yang Kumpulan Yega telah memasukkan duit ke akaunnya setiap bulan dan mula mengkaji kaitannya dengan kumpulan tersebut dan mendapati dia adalah anak saudara kepada presiden kumpulan Yega. Malah dia duduk bersama keluarga pakciknya itu. Lebih memeningkan, dia dikhabarkan menghilangkan diri dari keluarga tersebut setahun yang lepas. Hmm… malah dia tidak mempunyai apa2 memori setahun yang lepas.

Disatu tempat di Chungju, kelihatan seorang lelaki dan bayi perempuan yang risau dengan kehilangan isterinya. Gyung Doo adalah seorang peniaga dumpling dan seorang yang lurus.

8 tahun berlalu dan Gyung Doo telah membesarkan Hae Deum yang juga mempunyai kebolehan ingatan fotogenik. Hoho… Yi Hyun telah muncul didalam berita ketika berada di Chungju dan Gyung Doo yang kebetulan menonton berita itu telah pergi ke lokasi tempat Yi Hyun berada. Yi Hyun telah kembali ke Seoul kerana berlaku kecemasan di rumah.

Gyung Doo mula mencari maklumat dan mendapati yang Yi Hyun bekerja dengan Kumpulan Yega.

Yi Hyun tidak mengingati Gyung Doo langsung tetapi terdetik untuk mengetahui kenapa & bagaimana dia boleh bersama dengan Gyung Doo yang dilihatnya sebagai ‘loser’. Dia bertemu dengan pakar dan mula mengingati satu persatu. Adakah hakikat yang perlu ditelannya pahit?

Tengoklah drama ni… sgt worth watching!

 

No comments:

Post a Comment