Thursday 6 March 2014

Wang's Family

Bila Wang’s Family melabuhkan tirai episode terakhirnya ahad lepas, perasaan bercampur2. At least ada good ending.




Cast :
Jang Yong – Wang Bong
Kim Hae Sook – Lee Ang Geum
Oh Hyun Kyung – SuBak
Jo Sung Ha - MinJung
Lee Tae Ran – HoBak
Lee Yoon Ji – GwangBak
Han Joo Wan – SangNam

Plot :
Berkisarkan tentang kisah keluarga Wang yang mempunyai 5 orang anak. 4 perempuan dan seorang lelaki. Subak, Hobak, Gwangbak, Haebak & Daebak. Si ayah, Wang Bong, seorang penolong pengetua sekolah dan ibu mereka Ang Geum, seorang surirumah.

Subak, berkahwin dengan MinJung yang bekerja sebagai peniaga yang Berjaya. Oleh kerana status SuBak sebagai seorang peserta Miss Korea, keluarga Wang terutama ibunya, sangat memanjakan SuBak. Malah ibunya sangat memanjakan MinJung sebagai menantu kerana menantunya itu banyak duit. Kehidupan mereka mula berubah apabila MinJung menghadapi masalah dengan peniagaannya dan terpaksa gulung tikar. SuBak yang terbiasa hidup mewah, mula memerli suaminya dan duduk dengan keluarganya. Keadaan semakin teruk apabila SuBak kembali kepada bekas teman lelakinya dan kemudian mencuri geran rumah tempat tinggal keluarga Wang untuk tujuan pelaburan. Bagaimanapun, dia telah menyebablan keluarganya hilang rumah dan berpindah kerumah yang lebih kecil. Selain itu, oleh kerana perhubungannya dengan bekas teman lelakinya, telah diketahui dengan MinJung dan mereka bercerai. Konflik semakin mengunung apabila ibu Subak menyuruh MinJung menerima SuBak semua untuk kebaikan anak2 mereka. Tetapi akan pulangkah MinJung kepangkuan SuBak padahal dia telah menemui kekasih pertamanya semula?

HoBak, anak kedua pasangan Wang, dianggap orang yang paling kesian dalam drama ni. HoBak yang terpaksa berkahwin dengan lelaki lebih muda kerana telah mengandung, menyara keluarganya dengan melakukan kerja berat. Suaminya tidak mahu bekerja. Duduk dengan mertua yang selalu memerlinya, disamping ibunya yang tidak pernah menyebelahinya. Oleh kerana dia terpaksa menanggung keluarganya, HoBak adalah seorang yang berjimat. Suaminya kemudian bekerja disebuah hotel dan berkenalan dengan seorang perempuan kaya dan tinggal dengan perempuan itu. Sedih dengan kenyataan itu, HoBak cuba menyelamatkan perkahwinannya malangnya suaminya masih berkeras untuk mengahwini perempuan kaya tersebut. Dalam kekalutan itu, HoBak dinaikkan pangkat sebagai pengurus dan mula menjalani kehidupan yang lebih baik. Kemudian dia mengetahui yang bekas suaminya hidup terbuang setelah diusir oleh perempuan kaya tersebut. Dia mula didesak oleh ibu mertuanya untuk menerima kembali suaminya. Dia berjanji dengan meletakkan syarat yang dia akan menceraikan suaminya setelah beberapa tahun. Disamping itu, HoBak terjebak dalam kemelut hubungan kakaknya dengan MinJung. Dan juga melayan ibunya yang sangat2 memilih kasih.

GwangBak & SangNam, pasangan muda yang bertemu dalam situasi yang kelakar. SangNam ditolak oleh keluarga Wang kerana tahap pelajarannya yang tidak setinggi GwangBak. SangNam bekerja dibawah syarikat ayahnya, yang mempunyai syarikat pembinaan. Ayah SangNam juga tidak mengemari karekter GwangBak yang dikatakan kurang ajar dan kebudak2an. Bagaimanapun, keluarga mereka terpaksa menyatukan mereka kerana rasa kasih sayang. Tetapi setelah berkahwin, GwangBak terjebak dengan situasi yang ayah mertuanya tidak menyukai dia dan makcik suaminya adalah kekasih pertama MinJung. GwangBak juga sedih kerana tidak mampu memberitahu perihal keluarganya yang kehilangan rumah kerana takut dianggap sebagai pembawa malang.

HaeBak & DaeBak pula adalah watak sampingan yang berkongsi suka duka keluarga Wang.

Tarikan cerita ni pada mulanya pada GwangBak & SangNam, kemudian beralih ke SuBak dan MinJung. My hubby sangat kesian watak HoBak yang seakan dibuli oleh keluarga ini. Even, ayat2 ibu mereka, Ang Geum, sangat perit & kelat, hokey? Bagi aku, keluarga ni ‘rosak’ sebab perangai ibu dia ni. Da la memilih kasih, pastu sangat suka membebel. Rating Wang Family sangat tinggi di Korea, hingga mencecah 49.9%.  

 

 

No comments:

Post a Comment