Sunday, 29 September 2013

Kebosanan

Walaupun esok final day aku mengakhiri hidup sebagai penganggur, xde yg best pun berlaku untuk meraikannyer. Semalam my hubby teman g Midvalley tapi kejap giler. Malas nak kuar ngan org yg asek pegang hp n gelak2 sendiri. Aku rase dia xde la sms ngan perempuan or ape tapi lebih kepada whatsapps ngan budak opis dia membincang pasal keje.

Yup, memang da tak macam dulu da kegembiraan aku. I wish  kekadang teknology ni menyakitkan ati, merampas kegembiraan org lain. Tido pun sebelah ada hp. Menyampah kekadang...

Letih n letih... plus bosan. Esok aku terpaksa la celebrate sorg my last day of unemployed. Memang ini jela jalan untuk mengembirakan ati aku sendiri... :( so sad!

Thursday, 26 September 2013

If I Could Turn Back Time

Too much things that I want to improve or change in my life. I wish that I will back to 15 years ago just to make my current life better. But I know it's impossible for me to do that :(

Tuesday, 24 September 2013

Hari Ketiga

Da ari Rabu. Tinggal 5 hari utk aku menikmati cuti aku. Semalam aku g urut kat Bayu Perdana, Klang. My fren bukak butik. Spent half day kat sana tp aku rase sangat2 penat. Mind and soul. I feels like mess up kt kepala. Tak sure pasal ape. Pasal mak aku sakit ke? Takpun pasal keje ke? Memang tak tau. Yang pasti aku sangat penat sebab I feels too many people depending on me. Mak, my son... well, it's normal thing kot kan? Abes urut, aku rase releks sket n bole tido kat umah...

Maybe sebab duit tak cukup gak kot... ah pening! Bila tah nak merase kehidupan tanpa kerisauan pasal duit ni?

Monday, 23 September 2013

Vikingdom - The Blood Eclips

Semalam after settle few things, aku meraikan 1st day of being unemployed kat Sunway Pyramid berseorangan. Hihi... beli sehelai baju kat Applemint & beli novel terbaru Ramlee Awang Murshid, Magis.. Lepas tuh aku tengok Vikingdom.





Menariknya Vikingdom, bagi orang yg selalu tengok movie, sorang pelakon nyer pun aku tak kenal. Well, kenapa aku tengok movie ni? Yup, sebab pengarahnya adalah Yusry Abd Halim. 

Again, since I never love any Viking movies, and nama2 watak tuh, agak pelik, jadi aku pendekkan jela review pasal movie ni. Bagusnya, tak sangka Malaysian boleh buat cerita yang takde kaitan langsung ngan sejarah kita. Kiranya, inisiatif kru2 movie ni untuk menghasilkan film yang setanding cerita Viking yang lain memang harus dipuji. Even film ni, ada jalan cerita yang belum ada film Malaysia buat. Trust me, jalan ceritanya jugak setanding film Hollywood yang lain. Even ada plot yang boleh dijangka. 

Babak perang dalam movie ni, memang terlebih ganas. Bagus gak dia tak tunjuk in details, tapi sebab dasyatnya, aku pun tak sangka Viking seganas camtu. Yela, siap sodok otak orang dari bawah dagu lagi tuh, ngeri okeh?

Apepun, as Malaysian, support la film ni. Jangan la jangkakan film ni sebaik 300 or Thor kan? Just, bagi la support untuk pengarah2 ni menghasilkan film berkualiti yang lain. Mana tau ada terselit 2-3 artis Malaysia untuk film sequel (maybe) Vikingdom nanti?

Saturday, 21 September 2013

Harapan baru

Since aku telah mengucapkan selamat tinggal pada UGR, minggu depan adalah minggu free untuk aku. Ada benda yg aku teringin nak buat tapi semua nyer benda2 'bodo' berlaka. Teringin nak g KLCC by train, bule? Tp ofkoz seorang. Kalau bwk si Yamin, tunggang terbalik la plan aku sumer. Cuma sian plak nak tinggal dia umah babysitter pdhal aku da cuti. Erm, sesuatu yg harus dipikirkan. 

By the way, since aku perlukan cash untuk preparation ke tempat baru nanti, everything kena la berjimat. Ada bbrp baju nak kena bli... bla2... 

bagusnya bila aku keje agak jauh dari rumah, aku mula bertekad nak menghilangkan at least 10kg dari badan aku! Hihi... cam tak pecaya kan? Yup, time g medical checkup aritu, aku puas ati ngan semua benda kecuali my height & weight. Walaupun still BMI aku normal, tp weight tuh sgt menakutkan, okeh? Sebab dr 50kg dulu, sekarang da 60kg+. Huhu... nanti kalau da cecah 70kg+, no turning back. Baik bersedia dari sekarang kan? Food is poison, Deja!!!!

Kalau pasal height tuh, memang tak boleh buatpe :( da pendek, takleh nak selamatkan da. Kat Korea ada height clinic tau! Tapi da umur2 camni, tak leh buat pe lg :(

Da discuss ngan hubby untuk izinkan aku g gym 2 kali seminggu, oh yeah!! Best2! Harap target untuk menghilangkan at least 10kg sebelum ujung tahun ni akan tercapai, Aminnn....

Wednesday, 18 September 2013

Thank you & good bye!



Pagi ni ada mix up feeling antara happy or sad. Ari ni my last day dengan my current company. Dorang bagi early release sampai esok. Tapi pagi esok aku da tak masuk sebab aku nak g company baru untuk sign Letter of Offer.

So, good bye to UGR & we’ll see ya next time!

Tuesday, 17 September 2013

You Are The Best : Lee Sun Sin



Berakhirlah You Are The Best : Lee Sun Sin last weekend kat KBS World.


Cast :
IU – Lee Sun Sin
Jo Jung Suk – CEO Joon Ho
Lee Mi Sook – Song Mir Yeong (ibu kandung Lee Sun Sin)
Yoo In Na – Lee Yu Sin
Son Tae Young – Lee Hye Sin

Plot:
Mengenai sebuah keluarga yang terdiri dari 3 anak perempuan. Hye Sin, Yu Sin & Sun Sin. Hye Sin, adalah anak sulung yang sempurna dalam semua hal. Selepas berkahwin dan berpindah ke Hong Kong, Hye Sin kembali menetap dengan keluarganya. Dia juga berhadapan dengan konflik suaminya yang kebudak2an. Dengan kembali tinggal dengan keluarganya, Hye Sin menghadapi masalah lain – membesarkan anak perempuannya, berdepan dengan bekas suaminya yang mahu kembalinya & seorang lelaki yang mengambil berat kepadanya.

Yu Sin, bagi aku dia paling ceria dan hidupnya tak sesusah mana sebab dia berbakat. Esp, dia berkahwin dengan lelaki yang romantic & pasangan ni paling comel la… hihi… so sweet!

Sun Sin, ofkoz adalah highlight cerita ni. Dia ni sebenarnya anak angkat keluarga Lee. Ibu kandung dia adalah seorang pelakon terkenal, Song Miryeong. Tapi ayah kandungnya tidak dketahui siapa. Sun Sin berminat nak jadi pelakon, tapi ditipu menyebabkan keluarganya menghadapi masalah kewangan.

Kemudian dia bekerja sebagai pelayan disebuah restoran dan terjebak dalam satu pertaruhan antara CEO Joon Ho & bekas teman wanitanya Yeon Ah yang kononnya dia boleh menukar Sun Sin menjadi movie star.

Malang menimpa apabila ayah angkat Sun Sin terlibat dengan kemalangan langgar lari dan meninggal dunia.

Sun Sin kemudian menghadapi pelbagai cabaran sebelum menjadi seorang pelakon.

Drama ini menceritakan suka duka keluarga ini.

Apa yang aku suka tentang drama ni? Drama ni sesuai untuk me-releks-kan minda ujung2 minggu ni. Hehe… tak banyak kejutan sebab plot & ending boleh diagak.

Monday, 16 September 2013

Texas Chicken VS. Kentucky Fried Chicken



Yup, aku tak sure bila wujudnya Texas Chicken tapi aku perasan yang restoran nyer selalu full house. Aku try makan semalam and aku nak compare dengan all time favourite – Kentucky Fried Chicken.



Dari segi presentation, Texas Chicken tak jauh beza dengan KFC. Macam tiru pun ada.  Ada bun, coleslaw, fried chicken dan soft drink. Aku order spicy flavor sebab aku memang jarang makan non spicy nyer fried chicken.

Texas Chicken – ayam goreng nya sangat lembut. Tapi tak dapat rase kepedasannya walaupun sedikit. I bet kelembutan daging ayam Texas Chicken lebih lembut dari KFC. Kalau ayamnya dah sejuk pun, aku yakin takde la dagingnya keras sangat nak banding KFC. KFC, maybe ayam goreng nya terlebih marinate, rase rempah memang sedap tapi bila sejuk da kurang da kesedapannya. Huhu…

Dari segi harga, 2-2 boleh diterima lagi.

So, dari segi rasa – aku prefer KFC.
Dari segi kelembutan – aku prefer Texas Chicken.

Try la sendiri... lain kali aku nak try burger Texas Chicken lak!

Weekend 13/09 - 16/09/2013



Walau cuti panjang ujung minggu, tapi kitorang banyak spend masa kat umah je. Biasela, zaman membajet ni, kena la berjimat sket.



Ari Jumaat lepas, aku ngulor je… kaki aku kejang dengan teruk malam sebelum tuh. Memang terinjut2 la jalan. So, aku tak g keje. Petang sket aku kuar g Giant, Banting ngan Yamin. Memang ‘rugi’ bawak dia. Niat dia nak beli jajan 1 je,mana tau dengan buah kiwi + yogurt + coco crunch. Abes gak RM 50. RM 50 yang terakhir lak tuh. Huhu…



Petang tuh aku masak sambal sotong ala Korea.



Sabtu, dok umah je. Keluar pusing2 naik keta petang2.



Ahad, my father’s 75th birthday celebs. Actually besday abah 16th Sept tapi kitorang buat majlis makan2 awal sehari sebab 16th Sept mesti adik beradik ku sebuk nak antar anak balik asrama. Tahun ni buat kelainan sket. Instead of makan2, kitaorang bergotong royong membersihkan rumah mak. Aku mengambik peluang belajar guna mesin pemotong rumput. Cheh, bukan la susah sangat rupanya! Hihi…



Melepak kat umah mak sampai kol 4.30pm. Yamin asek main ngan sepupunya kat timbunan tanah depan umah mak. Sampai selipar pun putus!



Ahad, my hubby ajak g The Mines. Dia kata ada duit sket. Kebetulan aku nak beli Skinfood yang da abes.  Ngan nak bayar Maxis yang caj nyer sangat membebankan. Sangat la ngok! Aku tukar terus ngan Celcom. Padan muka… tapi, terkorban la RM 170 bayar existing Maxis nyer bil. Huhu… sangat berat dugaan bila nak start keje baru ni. Eheh…



Beli Omija toner & serum n dapat mini pack of Black Sugar serum yang aku nak beli sangat aritu. At least ada yang mini, boleh try dulu kan? Dengan purchase RM 280, dapat moisturizer pack lagi. Best2…



Try makan kat Texas Chicken. Nanti aku tulis review.



Itu jela minggu aku. Pagi tadi rase liat nak g keje. Huhu….