Comel
giler citer ni – mengingatkan aku pada ‘seseorang’ iaitu AKU :P
Cast
:
Han
Hyo Joo – Mi Soo
Goo
Soo – Kang Il
Ma
Dong Seok – Captain bomba
Plot
:
Mi
Soo, seorang doctor di hospital yang tersalah mendiagnos pesakit kerana
tersalah anggap yang lebam yang ada tubuh pesakitnya adalah disebabkan didera
suaminya. Ketika kekecohan yang disebabkan oleh suami pesakit itu, Kang Il,
seorang pegawai bomba yang kematian isteri telah cuba meredakan keadaan, tetapi
dia dipukul oleh suami pesakit terbabit.
Oleh
kerana Mi Soo digantung dari kerja kerana salah diagnos, dia cuba mengurangkan ‘hukumannya’
dengan menyakinkan Kang Il untuk melaporkan keganasan suami pesakit itu kepada
polis. Dengan itu, dia dapat menyokong tentang diagnosis mengenai lebam yang
disangka nyer kerana keganasan.
Dengan
caranya tersendiri, Mi Soo bekerja sebagai sukarela di balai bomba. Mereka mula
menyimpan perasaan antara satu sama lain. Tetapi mampukah Mi Soo meneruskan
niatnya untuk ‘mempergunakan’ Kang Il? Kang Il pula, mampukah dia memadam rasa
bersalahnya terhadap isterinya yang mati disebabkan dia?
Bagi
aku, ada banyak plot cerita ni yang buat kita tersenyum. Yang paling aku ingat,
bila Mi Soo mereka cerita tentang mak nya yang dah mati dan pada masa yang
sama, mak dia telefon. Kang Il terus menarik Mi Soo keluar dari kereta dengan
posisi yang sangat lucu.
Dialog2
bijak yang keluar dari Mi Soo – buat aku teringat pada aku yang agak ‘outspoken’.
Haha… tapi aku tak outspoken dekat semua orang, cumalah orang rapat &
terdekat :-P ahaha… comel je bila teringat Mi Soo.
Bagusnya
cerita ni, walau kategori komedi romantic, masih tak lari dengan aksi yang
ringan dan detik2 cemas.
Dengan
watak2 sampingan yang membantu menambahkan kecomelan Mi Soo & Kang Il buat
kita tersenyum. Bagi aku jalan cerita dan dialog yang ditulis dengan kemas
membuatkan cerita ni antara cerita komedi terbaik Korea yang penah aku tengok.
Daebak!
ye baru tengok..memang best cerita ni :)
ReplyDeleteKan.... chomel sgt!
Delete