Wednesday, 4 September 2013

So....



Semalam aku dapat call dari company yang aku harapkan tuh. Alhamdulillah aku da diterima bekerja! Yes! Yes! YES!

Start 1 Oct 2013. Walaupun gajinya sikit dari company kat Telok Gong tapi alternate Saturday. Boleh la balik kampong kalau tak kerja Sabtu minggu tuh.

Dengan perjalanan yang agak jauh dari rumah, aku kena consider extra kos + tol, tapi aku sangat berharap ada kenaikan gaji after confirm. Aku yakin kerja lebih relaks dari kerja2 aku sebelum ni. Tapi mungkin baik untuk aku yang plan nak ada baby baru tahun depan. Twin perhaps!? ;-) hihi…

BTW, memang bukan aku je yang busy lately. My hubby pun sangat busy aku tengok. Even sms aku pun dia baca ala kadar je. Huhu… raya tahun ni kitaorang tak beraye sangat pun. Duit raya Yamin tak cicah RM 150 pun. Sian kan? Esok aku ingat nak beraye umah Awin – just jalan2 sebab raya da abes. Huhu. Hubby kata dia pun balik malam esok. Jalan2 dulu baru balik. Gaji pun belum dapat lagi ni. Memang menyeksa jiwa la…

As for this month, aku kena get ready beberapa benda untuk kerja baru. Aku kena beli extra seluar. Takkan nak pakai seluar yang sama je kan? Tapi aku tak tau nape aku sangat suka seluar East India Companies yang aku beli aritu. I mean shape dia. Aku selalu ingat seluar slack ni semua cam longgar2 and menampakkan kaki aku yang gemuk. Tapi shape seluar tuh memang best la. Nampak cam aku pakai seluar jeans je.

Yang penting, aku kena beli baju kemeja baru. Takyah susah2 sebab Jusco kan ada? Baru RM 49.90, boleh la rotate baju tuh. Iron seminggu sekali. Tudung, aku kena match2 je dengan ape yang aku ada sekarang, takkan semua nak beli kot? Kasut pun takyah, sebab ada 2 kasut da… cukup!

Kena survey tempat sembahyang terdekat. Aku da tekad nak jaga waktu solat sekarang. Da taknak skip sesuka ati cam dulu. Yela, umur pun da meningkat kan? Lagipun Allah je yang akan tolong aku bila aku susah. So, why stop believing?

Aku kena jimat in banyak tempat sekarang. Sebab nak safe masa, kena lalu tol. Tapi aku kira2 balik kalau aku kena bayar RM 2.40 sehari, nanti extra kos bertambah RM 70! Banyak kan untuk tol je? Aku akan lalu Seri Muda untuk escape tol tuh. Tapi duit minyak lebih sikit laa… takpela, aku cuba sedaya upaya berkira untuk menjimatkan kos yang ada. Tang makan, oleh kerana aku nak start makan demi kesihatan, so aku rase boleh la kalau skip makan nasi sekali sekala untuk lunch. Maybe amik sikit, lauk lebih. Aku tengok kat situ ada kawasan flat, yang kat bawahnya ada kedai nasi campur. Harap murah la… abes makan, leh terus g surau ke. Takde la amik masa kerja untuk solat kan? Erm… kena beli travel kit untuk letak kosmetik ni. Bagus2…

No comments:

Post a Comment