Tuesday, 17 September 2013

You Are The Best : Lee Sun Sin



Berakhirlah You Are The Best : Lee Sun Sin last weekend kat KBS World.


Cast :
IU – Lee Sun Sin
Jo Jung Suk – CEO Joon Ho
Lee Mi Sook – Song Mir Yeong (ibu kandung Lee Sun Sin)
Yoo In Na – Lee Yu Sin
Son Tae Young – Lee Hye Sin

Plot:
Mengenai sebuah keluarga yang terdiri dari 3 anak perempuan. Hye Sin, Yu Sin & Sun Sin. Hye Sin, adalah anak sulung yang sempurna dalam semua hal. Selepas berkahwin dan berpindah ke Hong Kong, Hye Sin kembali menetap dengan keluarganya. Dia juga berhadapan dengan konflik suaminya yang kebudak2an. Dengan kembali tinggal dengan keluarganya, Hye Sin menghadapi masalah lain – membesarkan anak perempuannya, berdepan dengan bekas suaminya yang mahu kembalinya & seorang lelaki yang mengambil berat kepadanya.

Yu Sin, bagi aku dia paling ceria dan hidupnya tak sesusah mana sebab dia berbakat. Esp, dia berkahwin dengan lelaki yang romantic & pasangan ni paling comel la… hihi… so sweet!

Sun Sin, ofkoz adalah highlight cerita ni. Dia ni sebenarnya anak angkat keluarga Lee. Ibu kandung dia adalah seorang pelakon terkenal, Song Miryeong. Tapi ayah kandungnya tidak dketahui siapa. Sun Sin berminat nak jadi pelakon, tapi ditipu menyebabkan keluarganya menghadapi masalah kewangan.

Kemudian dia bekerja sebagai pelayan disebuah restoran dan terjebak dalam satu pertaruhan antara CEO Joon Ho & bekas teman wanitanya Yeon Ah yang kononnya dia boleh menukar Sun Sin menjadi movie star.

Malang menimpa apabila ayah angkat Sun Sin terlibat dengan kemalangan langgar lari dan meninggal dunia.

Sun Sin kemudian menghadapi pelbagai cabaran sebelum menjadi seorang pelakon.

Drama ini menceritakan suka duka keluarga ini.

Apa yang aku suka tentang drama ni? Drama ni sesuai untuk me-releks-kan minda ujung2 minggu ni. Hehe… tak banyak kejutan sebab plot & ending boleh diagak.

No comments:

Post a Comment