Tuesday, 10 September 2013

I Miss You (2013)



Satu perkataan je yang sesuai untuk drama ni, DAEBAK!!!



Cast :
Park Yoo Chun – Han Jung Woo
Yoon Eun Hye – Lee Soo Yeon / Zoe Roo
Yoo Seung Ho – Kang Hyun Joon / Harry Barrison
Jang Mi In Nae – Kim Eun Joo (adik tiri Lee Soo Yeon)
Yeo Jin Goo – Han Jung Woo (15 tahun)
Kim So Hyun – Lee Soo Yeon (15 tahun)
Ahn Do Kyu – Kang Hyun Joon (12 tahun)
Han Jin Hee – Han Tae Joon (ayah Han Jung Woo)
Song Ok Suk – Kim Myung Hee (ibu Lee Soo Yeon)
Jeon Kwang Leol – Detektif Kim (ayah tiri Lee Soo Yeon)
Oh Jung Se – Detektif Joo

Plot:
Sebelum aku bermula dengan plot, baik aku gambarkan character watak2 utama citer ni.

Han Jung Woo
Seorang lelaki yang periang. Dia belajar diluar Negara semasa 8 tahun dan kembali ke Korea tanpa pengetahuan ayahnya. Oleh kerana dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan ayahnya yang tidak mengambil berat tentang dirinya, dia selalu merasakan duduk dirumah besar, tetapi angin sejuk selalu bertiup masuk. Nape ek? Hihi… pikir2 kan sendiri. Atas kesilapan membuat keputusan ketika berumur 15 tahun, dia mengambil keputusan untuk keluar rumah dan duduk dengan keluarga Detektif Kim untuk memperbaiki kesilapannya. Dengan kenangan yang ada, dia masih mencintai Lee Soo Yeon seumur hidupnya.

Lee Soo Yeon
Dipinggirkan semasa muda kerana anak seorang pembunuh, hidup Lee Soo Yeon adalah menyedihkan. Dikelilingi oleh kejiranan yang sentiasa menyalahkan dia dan emaknya atas kesilapan ayahnya sendiri. Lee Soo Yeon gemar bersendirian kerana tiada siapa mahu berkawan dengannya. Terserempak secara kebetulan dengan Han Jung Woo, yang pada mulanya boleh menerima hakikat yang dia anak seorang pembunuh. Oleh kerana pengalaman perit semasa berumur 15 tahun, dia hidup bersama Kang Hyun Joon walaupun masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya – Han Jung Woo.

Kang Hyun Joon
Dipisahkan dengan ibunya atas sebab duit semasa berumur 12 tahun. Hyun Joon adalah seorang pemarah di belakang mukanya yang tenang. Oleh kerana dia membesar dengan Lee Soo Yeon sejak berumur 12 tahun, dia terbiasa dan bergantung hidup dengan Lee Soo Yeon – malah mencintai Lee Soo Yeon, tetapi ada sesuatu yang tidak mampu dimilikinya iaitu hati Lee Soo Yeon.

Kisah tragic yang menimpa Soo Yeon akibat ayahnya telah meninggalkan lubang yang besar dalam hidupnya. Hidupnya terisi dengan kehadiran Jung Woo. Tetapi atas komplot ibu Hyun Joon yang mahu menculik Jung Woo, telah menarik Soo Yeon ke dunia yang lebih teruk dari disangkanya. Dia diperkosa penculik Jung Woo. Jung Woo yang berjaya melepaskan diri, teragak2 meninggalkan Soo Yeon. Itulah detik yang paling perit dalam hidupnya.

Dia berjaya menelefon 119 (talian kecemasan Korea), yang menjurus Detektif Kim ke tempat kejadian. Tetapi Detektif Kim terlambat, kawasan penculikan telah dibakar oleh ayah Jung Woo. Soo Yeon yang berjaya bangun dan lari dari tempat itu, telah menahan sebuah kereta – yang kebetulan kepunyaan orang suruhan ibu Hyun Joon. Orang suruhan itu pada mulanya ingin melarikan diri dari situ tetapi diyakinkan Hyun Joon agar menyelamatkan Soo Yeon.

Penculik yang memperkosa Soo Yeon kemudian ditangkap dan dia membongkar rahsia yang Soo Yeon sebenarnya telah dibunuh dan mayatnya dibuang di Empangan Soseong. Berita tersebut mendapat liputan meluas media.

Selepas 14 tahun berlalu, Hyun Joon dan Soo Yeon pulang ke Korea dengan identity yang baru iaitu Harry Barrison dan Zoe Roo. Harry adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya – sayangnya berkaki tempang kerana digigit anjing Han Tae Joon, ayah Jung Woo. Walau bagaimanapun, Jung Woo tidak pernah mengetahui kewujudan Hyun Joon yang dirahsiakan oleh ayahnya sendiri. Semuanya pasal DUIT!

Zoe Roo adalah pereka fesyen yang terkenal.

Harry kembali kerana kes kematian orang suruhannya yang mati didalam kolam renang di rumah mewah di Gangnam. Kebetulan, Jung Woo yang bertugas sebagai detektif di Balai Polis Gangnam menyiasat kes itu. Oleh itu, Jung Woo kerap berjumpa Harry dan akhirnya Zoe juga tahu tentang kewujudan Jung Woo.

Jung Woo yang mengesyaki Zoe adalah Soo Yeon, cuba mengorek rahsia tetapi tidak berjaya. Soo Yeon dan Zoe Roo menyamai tetapi lain wajah dan Zoe seakan2 tidak mengenali Jung Woo. Sebenarnya, kerana marah dengan ape yang dihadapinya dulu, buat Zoe seakan2 ingin melupakan Jung Woo.

Beberapa hari kemudian, ketika pulang dari kubur orang suruhannya, Harry terlanggar penjenayah yang memperkosa Soo Yeon. Penjenayah itu baru sahaja dibebaskan dari penjara. Semasa Harry menelefon peguamnya, dia telah menjenguk kereta Harry dengan Zoe didalamnya. Ofkoz Zoe takutla kan? Dia mengambil handphone Zoe.

Zoe yang terkenang keadaannya yang diperkosa – telah trauma dan menangis sedih. Pagi itu, penjenayah itu menelefon rumah Harry dan kebetulan Zoe yang mengangkat telefon. Penjenayah itu cuba untuk mendapatkan pampasan atas ‘kecederaan’ yang dialami semasa kemalangan dengan Harry tempoh hari. Zoe telah berjanji dia akan berjumpa penjenayah itu.

Kemudian, ditunjuk yang penjenayah membuka pintu dan dia pengsan selepas kena renjatan elektrik. Ditunjuk juga dia diikat di dalam tab mandi dan diletakkan tuala dimuka.

Keesokkan harinya abang si penjenayah menemui mayat adiknya didalam tab mandi tersebut. Jung Woo yang tiada alibi dituduh melakukan jenayah sehinggalah polis menjumpai kotak hitam dari sebuah kereta di tempat letak kereta menunjukkan imej Zoe.

Jung Woo berjumpa Zoe dan instint nyer yang Zoe adalah Soo Yeon lebih kuat apabila melihat impression muka Zoe yang menyupai Soo Yeon ketika berumur 15 tahun. Jung Woo yang yakin Zoe / Soo Yeon tidak melakukan jenayah itu telah membawa dia ke balai polis. Zoe dilepaskan dengan ikat jamin. Akhirnya penjenayah sebenar ditangkap. Tetapi banyak kecelaruan dalam bukti kes terbabit.

Satu persatu orang yang berkait dengan kes Soo Yeon, 14 tahun lepas mati satu persatu dan semuanya di daerah Soseong. Penjenayah ke dua yang menculik Soo Yeon, mati jatuh bangunan di hospital di daerah itu.

Han Jung Woo menyiasat satu persatu dan akhirnya kebenaran yang ditemuinya adalah melibatkan ayahnya, Han Tae Soo. Siapakah Harry / Hyun Joon sebenarnya?

Benda aku suka…?
Well, aku rase jalan cerita ni bukan la complicated sangat tapi sebab kebenarannya bukan la sama dengan yang kita agak, itu yang mem-bestkan cerita. Hihi… ape aku cakap ni? Jalan ceritanya sebenarnya sama macam cerita Don’t Look Back : The Legend of Orpheus. Kita leh agak ending – tapi diantaranya memang banyak rahsia yang kita belum tau. Haa… camtu lah!

Tetiap watak dalam cerita ni ada kekuatan sendiri – even watak Jung Woo & Soo Yeon semasa 15 tahun.

Ending cerita ni, memang tak boleh diperdebatkan… sebab logic!

Daebak, itu je yang aku leh kata…

Note:
Ngape kissing scene dia shoot jauh2? :-P

No comments:

Post a Comment