Saturday, 14 September 2013

The Moon That Embraces The Sun

Semalam berjaya menghabiskan The Moon That Embraces the Sun.



Cast:
Kim Soo Hyun – Lee Hwon
Han Ga In – Heo Yeon Woo
Jeong Il Woo – Putera Jang Myung
Kim Min Seo – Yoon Bo Kyung

Plot:
Berlatarbelakangkan era Joseon (again!), Hwon seorang putera mahkota yang berfikiran bebas. Dalam satu acara penganugerahan, dia terjumpa dengan Heon Woo ketika ingin melarikan diri keluar dari istana untuk mencari abang nya, Jang Myung. Jang Myung adalah anak dari seorang gundik diraja yang suka berkelana dimana2 jua.

Heon Woo yang bijak dan berketurunan dari anak Menteri Pendidikan, telah menarik hati Hwon.

Raja ketika itu juga sedang mencari calon isteri sesuai untuk Hwon. Dengan politik yang ada didalam istana, Heon Woo yang telah dipilih sebagai Puteri Mahkota (calon isteri), telah mati secara tiba2.

Hwon yang meratap kematian calon isterinya itu bagaimanapun tidak mampu berbuat apa2 apabila dia dikahwinkan dengan puteri yang tak dicintainya Bo Kyung – anak Menteri Perundangan (kalau tak silap L, lupa laa...).

Selepas 8 tahun, muncul seorang penasihat wanita, yang juga dikenali sebagai bomoh yang menyerupai Heon Woo.

Lee Hwon, yang telah menjadi maharaja menyiasat latar belakang Wol (bomoh wanita itu) dan rahsia yang diluar jangkaannya dibuka satu persatu.

Bagi aku, dalam banyak2 Joseon era drama, Lee Hwon satu2nya raja yang tegas dan tidak mengikut telunjuk menteri atau kerabat diraja. Kalau dibandingkan dengan cerita2 beberapa tahun lepas contohnya Jewel in The Palace hinggalah Jang Ok Jung (2013) pun, raja nya agak tunduk dengan desakan menteri, ye tak? Tapi Lee Hwon ni, membuka mata yang tak semua Raja akan ikut telunjuk n desakan orang bawahannya. Huhu...

Satu lagi, The Moon That Embraces The Sun adalah lambang cinta sejati ala2 I Miss You ye tak? Plot2 nya lebih kurang. Kekasih mati masa muda, then bila jumpa balik dia siasat dan akhirnya semua komplot datang dari ahli keluarganya sendiri. Memang tragis!

Drama ni buka pandangan baru tentang Joseon era bila dia tunjukkan kewujudan institusi bomoh dalam kerajaan itu sendiri. Bagusnya, kuasa bomoh yang ditonjolkan dalam drama ni, bukan la mengarut sangat, tapi logik.

Sori, aku taknak komen banyak2 pasal drama ni. Sekarang aku tengah tengok Arang & The Magistrate. Sebab tuh malas nak komen lebih2 :-P Tapi guess what, berbaloi tengok drama ni. Lain dari yang lain ;-)

No comments:

Post a Comment