Monday, 2 September 2013

I Can Hear Your Voice



Simple storyline – not so complicated.



Cast :
Lee Bo Young – Jang Hye Sung (lawyer)
Lee Jong Suk – Park Soo Ha
Yoon Sang Hyun – Cha Gwan Woo
Jung Woong In – Min Joon Guk

Plot:
Tak sure ape klasifikasi drama ni. Nak kata comedy pun boleh, sikit thrill pun boleh.
Semasa kecil, Park Soo Ha dan ayahnya sedang menaiki kereta ke satu tempat dimana kereta ayahnya dirempuh dari tepi yang menyebabkan ayahnya nyawa2 ikan. Pemandu lori yang merempuh kereta itu memukul ayah Soo Ha sehingga mati.

Sebelum dipukul, Soo Ha boleh membaca fikiran pembunuh itu dan mula berkata agar pembunuh itu tidak membunuh bapanya. Pembunuh itu boleh mengagak yang Soo Ha boleh membaca fikirannya. Selepas ayah Soo Ha mati, dia beralih ke Soo Ha untuk membunuhnya. Seorang pelajar sekolah menengah yang kebetulan lalu, menyaksikan kejadian itu dan mengagalkan usaha pembunuh itu untuk membunuh Soo Ha.

Pelajar sekolah menengah itu, Hye Sung, telah memberikan kenyataan semasa didalam mahkamah. Pembunuh itu telah dihukum penjara.

Beberapa tahun berlalu, Soo Ha meningkat remaja – dia kini pelajar sekolah menengah dengan kebolehan sediada – membaca fikiran orang jika dia merenung mata nye. Dia mencari Hye Sung merata tempat. Hye Sung kini seorang peguam yang mempunyai karakter sendiri.

Kemudian pembunuh yang telah habis menjalani hukuman penjara, mencari mereka untuk tujuan balas dendam. Dia, Min Joon Guk, seorang yang ‘gila’ yang sanggup bermacam cara untuk membalas dendam termasuk lah memotong tangannya sendiri.

Dengan berbagai haru biru yang berlaku, ramai yang telah terkorban disebabkan tindakan Min Joon Guk termasuklah ibu Hye Sung. Satu persatu cerita lama dan mengapa Min Joon Guk membalas dendam akhirnya terdedah…

Apakah kaitan Soo Ha & ayahnya dalam kes balas dendam ini?
Hihi…

Bagi aku cerita ni biasa je. Tiada ape yang mengujakan. Cumalah kissing part antara Hye Sung dan Soo Ha, waaa… kemudaan adalah sesuatu yang best :-P

No comments:

Post a Comment