Showing posts with label Products Review. Show all posts
Showing posts with label Products Review. Show all posts

Thursday, 11 December 2014

Innisfree Malaysia Grand Opening @ Sunway Pyramid

Olla! Yup... sudah bersawang da blog aku ni. Well, aku super busy nowadays... teruk gak, nak baca berita pun tak sempat! Yup, nyambil2 tuh memang la boleh, tapi kejap2 jela. Nak update blog memang tak sempat!

Beberapa minggu lepas, aku terbaca satu iklan kat surat khabar The Star kalau tak silap. Pasal Grand Opening Innisfree kat Sunway Pyramid. Tarikhnya 5th Dec 2014. And yang menariknya ada offer kalau beli RM 300 keatas dalam satu resit, boleh grab a chance to win invite to meet & Lee Min Ho next year... hmm.... totally interesting! Tapi bila tengok tarikhnya, iaitu hari Jumaat... so aku cam melupakan la...

4th Dec, hari Khamis, aku lalu depan Innisfree, Sunway Pyramid. Time tuh ada Media event. Kira buka untuk Media je. Hmm... pintu masuk pon kene block. Hahaha... aku memang tak ingat langsung pasal Grand Opening tuh. Tup2, aku tertanya seorang staff yang kat situ. Dia cakap datanglah esok & come early. Line up!

Tetiba rase nak gi tuh datang membuak2. Balik je opis, aku search la produk apa yang aku boleh beli dari Innisfree. To be honest, aku baru je bank in duit sehari sebelum tuh. My saving la kan.... then kalau aku kene spend RM 300, hmm... I have to cut down my monthly expenses. I almost give up.... but then tetibe aku rase perlu gak aku membeli sebab aku nyer Skinfood Black Sugar Serum dah almost habis. Tapi memang ada risiko sebab aku tak tau how good Innisfree's product is. Maklumlah, aku penah je dengar pasal Innisfree... But since there is no stores open yet kat Malaysia, aku tak pernah guna produk Innisfree. And knowing me, I won't go for online shopping unless necessary.

So camne, pikir punya pikir... hatiku masih rase nak g. Well, asalkan dapat Mystery Gift for the first 50 yang line up... I wonder what is the mystery gift. That night, aku text my boss mintak 2 hours excuse untuk g bank. Yup... It's the most evil things yang aku penah buat this year!! Teruk kan? Trust me, dah lama kot aku tak buat that kinda excuse untuk amik cuti. Lagila untuk something related to K-pop. Hadija, you are so evil!!! Ahahhaa.. to my close friend, Alison, she said it is okay since I'm so stressful with my current workload. Takpe la kot! Sorry bos...

Well, that night I dream of meeting Lee Min Ho kat Jeju, super tragis kan? :-P

Aku datang keje awal 5th Dec, around 6.45am, then kol 9.30am aku gerak g Sunway Pyramid. Amik masa dalam 10 minit je dari opis aku. Since I'm so familiar about Sunway Pyramid, dah tau mana nearest parking. Sampai je, terkejut aku sebab dah ramai orang. Ahaha... obviously, aku dah ter-miss the mystery gift. So sad... itupun dah buat aku rase down kejap. I even texted my fren asking her whether I just should give up or what? Tapi aku teruskan gak...mana la tau ada luck kat tempat lain. 

Tepat 10am, pintu dibuka... ofkos la pintu masuk pun aku tak nampak... jauh hokey aku kene beratur, so masuk seorang demi seorang and lastly after 2 hours, aku baru leh masuk. Memang time tuh da takde hati da. Dah totally give up bila tengok orang kat depan2 beli banyak2 tapi ada yang tak dapat invite tuh. Then aku pikir, takpela... beli jela... ape nak buat kan... Satu lagi pasal I'm not happy with the products that I'm using now. Maybe I'm too old for this product. I'm using Skinfood for almost 8 years now. It is time for me to move on.

Oleh kerana ramai orang, aku just grab ape yang aku rase nak beli. Oh yea, FYI, Innisfree ni product Korea dengan bahan2 yang boleh didapati di Jeju. Kenapa Jeju? Sebab Jeju jauh dari pencemaran dan udara bersih. Hmm... penah g Jeju? Aku pernah :-P Riak jap... Well, bila dari bahan yang ada di Jeju, obviously bahan tuh mengingatkan aku pada Jeju. Green Tea, Hallabong (mandarin oren yang gila besar & manis), Volcanic Clay... yup... semua mengingatkan aku pada Jeju.

Luckily aku dapat grab one salesgirl yang rekomen few product. Mari kita tengok interior design Innisfree Malaysia @ Sunway Pyramid. Aku suka sebab ruangnya luas & barang2nya kemas tak too crowded. 



Aku beli untuk cukupkan RM 300 je. Bagi aku range harga agak mahal nak banding Skinfood, tapi aku tak sure in term of quality camne kan? Tapi time tuh totally dah penat... Rase nak balik je. Nak beratur & bayar pun agak menduga kesabaran sebab ofkoz la ramai orang. Tapi kat kaunter kena isi borang untuk jadi ahli, melambatkan lagi proses. Aku nampak 2 orang yang dah beratur sebelum aku dapat masuk lagi. Tak tau la diorang beli lagi ke per. Takkan lama sangat kan? 

Ni dia yang aku beli. 


Super Volcanic Pore Clay Mask Set. Cuma RM 52 per set. Untuk mask, aku ada lagi tapi ini berlainan sebab Clay Mask. Aku tak pernah pakai Clay Mask sejak kehabisan yang brand Body Shop. Itupun about 5 years ago. Hantaran kawen. Yang belah kanan adalah Toner, yup... aku sangat memerlukan toner sebab Skinfood Black Sugar Serum dah nak habis pun. Cukup 2 minggu je lagi. Then yang kat tengah dalam tiub tuh adalah pencuci muka. Yup, yang tuh aku pun perlu sebab Skinfood Parsley & Mandarin Mild Foam dah nak habes. See, takde pembaziran disini.


Gambar atas adalah Eco Science White C-Cream yang berasaskan Jeju mandarin orange. According to that Salesgirl, boleh memudarkan kesan freckles yang melambak2 atas muka aku ni. Oleh kerana range product ni mahal, aku amik cream je sebab dia kata boleh pakai toner dari Volanic set tadi. And then boleh pakai dengan Green Tea Seed Serum set. Harga set ni mahal sikit. RM 90 tapi kira murah la. Bagusnya bila ada set yang tak besar sangat, takde lah kita struggle sangat nak habiskan. 


Last but not least, aku beli makeup remover. Nama product ni Green Tea Cleansing Oil. Harga RM 65 je. I'm not a fan of make up remover oil type. Lately aku guna Nivea Extra White Make Up Clear - Mud Type yang aku quite happy with it. Tapi leceh nak menunggu beberapa minit. Tengok instruction dari botol ni, aku rase senang je nak guna. Hmm... Then aku beli Eco Tool Shower Loofah. Harga RM 10. Aku ada plan nak beli night cream, tapi nanti2 la. Test dulu.





Ni free gift yang aku dapat. Eco bag. Then mini version of Green Tea Seed Serum - mini set, Green Tea Mask, Innisfree sticker & poster. Poster takde dalam gambar. And also Lee Min Ho Jeju Travel journal.

Keluar je dari situ, aku dah totally penat. Stress & pikir nak balik opis je dah. Sebab aku mintak 2 jam excuse dari my boss, tapi dah 2.30 jam da. Takut plak. Ahahaha... still, aku bukan pandai sangat buat jahat kan? :-P Turun je dari escalator aku jenguk2 dalam beg & aku nampak small envelope. Ada tulisan 'Congratulation' kat atas. Hmm... dasat! Alhamdulillah aku dapat invite tuh. And it's on 15th Jan 2015 - unfortunately hari keje. Kena amik cuti lah nampaknya. Huhu...



Aku call my hubby. Biasa la kan? Terlebih excited. Hoho... And I shared the news with Alison. So boleh la aku tido lena malam tu. Tak sabar nak tunggu bulan depan. N kena kurus nih :-P 

So guys, if you're interested to get this invite, I still there have some more. Yup, even it depend on your luck, but once you get it, you'll be happy as I am. I think that's the luckiest day of this month. After that, I will back and stuck with my work again. Argh!

Innisfree Sunway Pyramid
G1, Store # 70, Bandar Sunway, 47500, Selangor





Thursday, 8 May 2014

Mr Food @ Putra Heights, Selangor

Kalau korang cari makanan western / steak yang halal dengan harga berpatutan, boleh la try Mr. Food yang terletak kat Putra Height, Selangor. Restoran ni tak boleh nampak dari main road. Kalau korang susah nak jumpa, call je restoran tuh.




Aku g last week sebab my hubby da teringin nak makan sejak last month lagi. Huhu… sian kan? Time aku sampai dalam kol 8.30pm, restoran tuh memang ramai la. Meja kosong tak banyak. Aku baca menu & pilih yang harganya berpatutan. Haha… sebenarnya aku tak rase nak makan. Cuma nak gak try makan steak. 








Kalau makan lamp, harganya RM 28 per set, tapi… aku memang kureng sikit makan lamb. Aku try sikit and trust me, baunya tak macam kambing pun. Haha… N trust me, sedap. Tak terlebih masak & lembut. Waa... lain kali aku nak order ni plak. Haha... Portion nya lebih besar dari yang aku order okeh?





So aku pilih Striploin set. Harganya RM 35 per set. Since aku amik tahap ‘well done’, ada sikit rase menyesal. Kalau medium rare, msti lembut… Cuma risau ada darah2 ke per, I taknak. Hihi… tapi welldone ni, ada sikit susah nak potong tapi okey la lagi. Sedap!



Untuk Yamin, dia order Chicken Sausage. Harga RM 11 per set.




Side dishes, my hubby order Creamy Mushroom Soup (RM 10) & Garlic Bread (RM2). Kalau soup ni pekat sikit, mesti sedap. 



Semua set serve dengan mashed potato, fresh garden salad & sos homemade blackpepper cheese yang super lazat. Try la… sangat berbaloi!

Kalau nak try, boleh la hubungi Mr Food dialamat dibawah ni:

Mr. Food Butcher & Grill
No. 8-G, Jalan Putra Mahkota
7/6 Putra Point Business Centre
47650, Subang Jaya, Selangor

Tel : 03 - 51922344

Monday, 5 May 2014

Skinfood Black Sugar Perfect First Serum

Since mid of last year, aku menghadapi masalah kulit yang teruk. Jerawat, pastu kekeringan, takyah cakap la kan? Dan teruknya sehingga parut2 penuh even kat pipi n atas dahi. Macam2 aku cuba untuk memulihkan muka aku tapi ape yg aku buat makin menerukkan lagi.

So, end of December, aku terbaca pasal product Skinfood yang baru – Black Sugar Perfect First Serum. Khasiatnya adalah untuk hydration, whitening & anti aging. Bagusnya pasal product ni, aku takyah beli macam set2 yang lain yang terdiri dari Toner, Emulsion, Serum & Cream, tapi cuma perlu beli serum ni je! Harganya sebotol 120ml cuma RM 110.00. Disertakan dengan cotton pad khas & instruction yang mudah untuk menambahkan keberhasilan.
 

 

Aku memulakan misi untuk menggunakan Serum ni bulan January lepas. Memula aku try guna pada waktu malam sebelum tido & sebelum g keja. Dalam masa kurang seminggu, my hubby puji my skin telah menunjukkan perubahan ketara. Wow! N aku sangat berpuas ati.

Setelah hampir 4 bulan, habislah sudah sebotol tersebut. Bila buat kira2 balik, sebulan aku pakai less than RM 30 kalau bandingkan dengan satu range yang complete ngan toner, serum, emulsion & cream yang boleh cicah RM 100++ per month.
 
Hasil ketara, muka aku lebih berseri2. Haha… my hubby cakap okeh? Paling penting, jerawat takde tumbuh pon! Tapi still ada parut lama jerawat tapi makin pudar. Bagus la kan? What do u expect dengan natural product kan?  Alhamdulillah muka aku lebih baik sekarang.

Oleh kerana Skinfood da keluarkan Black Sugar Perfect First Serum Gold, aku pun da tukar sebab aku nak avoid hyperpigment. Yup, aku da ada pigmentation okeh? Tapi aku perasan pigment ni kecik je, da bertahun2 kat situ.  So, kita akan tengok keberhasilannya tak lama lagi, I hope!


 
 

Sunday, 2 February 2014

Weekend 31/1-2/2/2014

Happy Lunar New Year especially my boyfriends in Korea :-P Haha…

Last long weekend, takde pape yang menarik sangat pon. Spend masa ngan family adalah priceless moment, kan? Balik je keje, aku bergegas gi bank untuk kuarkan cash untuk bayar utang. Haha… sangat la tragis sebab my current limit is 1k pengeluaran je per day. Bila tanye my hubby, dia asek cakap 5k… bila try 2nd time, siap kuar ‘had pengeluaran sehari anda ialah RM1,000.00. Memang la terkedu kan? Dengan harapan nak belanja mak abah sate arini, aku balik monyok. Ngan my hubby yang tak mengemas barang nak dibawak balik g umah mak, ati bertambah panas. Last2 dia beli sate kat tepi jalan dekat2 ngan rumah je. Aku siram pokok bunga & kemas ape yang patot.

Balik rumah mak abah dalam kol 7.10pm, sebelum tuh sempat kitaorang berdua bergaduh pasal channel TV. Gaduh2 manja, hihi… Kalau Yamin ada, confirm dia cakap ‘Jangan bergado….’

Sampai kol 7.15pm, maklumla umah mak abah dekat… pas dinner, aku tertido depan TV. Citer My Love From The Star pun aku tak tengok sampai habes. Sebaik laa da rakam kat rumah gune PVR.

Pagi Jumaat, tolong mak prepare nasi lemak & acara paling aku suka adalah kupas bawang untuk kegunaan dia seminggu. Hihi… aku pon tak tau nape aku suka… hihi… kol 9.15pm, hantar kakak ipar aku g stesen bas kat Seri Muda. Balik tuh, hubby tolong cucukkan duit… rupa2nya, limit tuh boleh adjust… haha… ngape tak bagitau kan? Hampeh tol la bank ni – nama bank dirahsiakan… si Yamin cukai KFC.

Lepak kat rumah je sepanjang hari…

Sabtu pagi, aku bangun dengan semangat nak berkebun tepi umah mak… so, aku mencangkul untuk membentuk petak sayur tuh… 2 ari lagi leh bakar untuk menambahkan kesuburan tanah. Memang sikit letih tapi I’m okay… just nak kuar2 peluh. Bila masuk rumah mak abah je, mak kata sekarang musim panas, kalau membakar pasti menyebabkan jelebu. Huhu… terpaksa tangguh ker? Kene cari aktiviti lain mengeluarkan peluh ler.

Balik tuh bersiap g Mydin Subang Jaya. Amik 2 trolley untuk beli barang mak & barang2 aku… Yamin pon ikot shopping same…biasa la budak kecik tuh. Rase bersalah gak 3 bulan ni masih berharap support dari hubby sehinggalah abes semua hutang terakru. Huhu… balik tuh, masak steamboat atas permintaan hubby.

Malam lepak rumah mak abah sebab Kak Nya balik…

Ahad, sebelum kuar, aku masak breakfast cum lunch Galbi Jjim atau nama omputihnya Beef Short Ribs. Dalam recipe kene guna buar pears, tapi since takde, aku tukar ngan epal merah & hijau campur n turn out kepada version yang sedap. My hubby pon suka… siap makan ngan kimchi lagi tu… sangat la best!

 






















Kuar g Paradigm Mall untuk tengok RoboCop. Sangat la lengang kat parking sampai leh baring2 lagi… haha… aku singgah SkinFood untuk beli barang2 yang da habes… sian my hubby L kene buli lagi… tapi dia kata dia da duit lebih… sian tol kan? Kene bekerja kuat bulan ni, buat OT banyak2. Aku beli loose powder, dan semua ni. Sebelum ni aku pakai range Omija. Dan-dan plak semua habes, toner, emulsion & serum. So, kalau aku beli satu set lagi, confirm la RM400++ okeh? Dapat advise dari beautician tuh untuk guna Black Sugar Serum je sebab masalah kulit aku sekarang. Yang penting, nak lembabkan kulit aku & ilangkan parut yang ada… harga RM 110.


 
Pastu aku beli Black Pomegranate Essense Mist. Memula aku ingat nak beli range ni tapi total per set lengkap ade la dekat RM 700++ kot. Kalau ada kedut, tapi my hubby kata aku takde kedut, cuma kulit kering. Hihi… Tu pasal aku beli Black Sugar Serum je. Menjimatkan poket… Mist ni functionnya untuk sembur kat muka bila2 masa yang korang nak. Berbanding dengan Lettuce Mist yang aku guna dulu, semburan Black Pomegranate ni lagi nipis & best je… bau pon sedap… hihi (baru test sembur pagi ni
:-P)




Pencuci muka pon da abes. Aku try pencuci muka Parsley & Mandarin Mild Foam jela… sebab kulit kering & sensitive aku ni memerlukan sesuatu yang ‘mild’ & lemah gemalai je…


Since aku purchase lebih RM 250, dapat kalender & diary 2014 free. Memang syiok sebab diary nyer one of the kind.

 


Balik tuh ‘tersesat’ cari kereta kat parking tuh… sangat tak suka… tah camne tah nak bezakan zone kat situ???

Malam, makan Yee Sang yang beli readymade kat Mydin semalam. Standard nyer agak sama ngan Yee Sang yang aku makan kat Sunway Atrium Café aritu. Huhu…

Harga RM 18.88 je…

 

 
 

 
There goes my weekend!

Sunday, 15 December 2013

Testimoni : 10 Hari Advance Slim

As always, terjebak nak try Advance Slim dari FB la ape lagi! Ramai bagi testimoni kata produk ni berkesan. Erm, betul ke? So, try sekotak dulu ye... Harga sekotak RM 120. Yang membuatkan yakin sebab ada logo halal plus diluluskan oleh Kementeri Kesihatan Malaysia. 
Aku malas nak beli banyak2 walaupun agen penjual tuh promo beli 3 kotak, bagi benda free lagi. Tapi malas ah... Kang jadi cam produk2 lain yang aku try dulu. Last2 ke tong sampah je :-P Lagipun bulan ni, da terlalu banyak aku spent untuk produk kesihatan yang ntah berkesan atau tak. Huhu...

Sebelum beli, aku survey dulu. Sebabnya, aku ada amik ubat tiriod, takut ada effect yang boleh mengurangkan keberkesanan ubat aku tuh. Tapi according to the agent, takde masalah sebab dia buang lemak guna air kencing je. Sebab tengok testimoni orang ilang 5kg dalam seminggu, aku pon terjebak... huhu... 


Ini testimoni aku...

Day 1
Aku minum Advance Slim pukul 9am. Memula aku ingat kan Advance Slim ni cam fiber drink, rupa2nya lebih pada juice drink. Then aku minum 2 liter air. Yup, aku memang peminum air masak tegar :-P Kol 10am, aku amik lak Ageloc R2 Nuskin (supplement untuk kulit dari USA - yang ni aku akan tulis separate review). Dan lepas amik Ageloc R2, badan memang akan rase suam2 sikit. Kol 10.30am, officemate ajak g Putrajaya. Baru ingat nak makan breakfast. Huhu...

Bawak satu liter air sebagai bekal. Tapi walau da minum 2 liter air dari pagi, tak tau nape aku jarang g toilet :-| Memang xtau nape ok? Ada sikit pening kat kepala, tapi tak la teruk sangat. Aku akan rase pening camni bila badan panas & lapar (hihi...)


Balik opis dalam kol 12pm, aku makan nasi lemak - as sarapan & breakfast. Aku tunggu lepas 30 minit and minum air masak lagi (konon taknak perut muncit). Kirim ngan budak opis yang kuar lunch untuk blikan aku coklat cadbury badan, bar kecik.


Sampai petang, teka la berapa liter aku da abes? 4 liter!!! Huhu... dan aku kurang ke toilet. 4 kali je kot... 


So, aku antar la PM kat FB kat penjual Advance Slim tuh. Dia kata maybe sebab 1st day, nanti lama2 ok la tuh... huhu...


Balik keje, memang pening belum ilang. Makan nasi for dinner & rase pening tuh kurang sikit. Tapi badan still rase panas.


Malam aku minum 1liter lagi. Waaa... total 5liter aku minum ari, memang mahsyuk!

Day 2
Kol 8am, aku start amik Advance Slim & minum air sikit demi sikit. Nak kuar jalan2. Ada rase pening akan rase perut kosong. And takde rase nak makan. Dalam kereta, minum air sikit2 je. Lunch, makan nasi campur. Kurang nasi, sayur tauge + ikan talapia goreng sambal + siput sedut masak lemak. Ulam raja. Ohh... memang haven! Tapi as always, aku tak minum air pas makan. Terus balik. Sampai rumah, rase badan sakit2 n kurang air. Minum air 1liter & try nak tido sekejap.

Badan sangat2 rase panas & rase nak demam. Huhu... sampai malam aku minum 2liter lagi. Total 3.5liter lebih kurang. Rase kurus? Ohhh... belum lagi.


Esoknya, aku tak minum Advance Slim sebab aku da rase nak demam. Tapi aku minum air banyak dan air badak untuk sejukkan badan. Tak lupa gak, aku terpaksa amik pain killer. Huhu... sangat la tragis.


Day 3
Alhamdulillah aku da sehat sikit. Semalam aku g urut, bukan sebab nakkkk sangat kurus tapi sebab badan sakit2. Sangat tragik. Badan sikit lebam2 sebab aku amik urutan pecahkan lemak. Aku pun apply Passion Seaweed Slimming Mud (yang ni pon, aku akan tulis separate review).

Kol 7am, aku minum Advance Slim dengan 500ml air masak. Then dalam kereta, aku minum 250ml air badak. Lepas sarapan air barli + pisang 3 biji, aku minum Ageloc R2 Nuskin. Minum 1.5liter je before makan lunch arini.


Again, aku belum rase kurus pon! Sebab maybe lepas urut, badan sikit membengkak sebab diurut untuk pecahkan lemak. Huhu... Sakit babe!


For lunch, aku makan Italian Food - pasta... siap cukai dishes orang lain. Rase cam my plate sikit je isi nya & lapar. Tapi sebab nak kurus nyer pasal, aku sabar je. Hihi... rase cam criminal plak.


Before balik, sebab kesebukan, aku cuma mampu minum 1.5liter air masak lagi.


For dinner, aku makan nasi suku & ayam goreng. Air dalam 0.5liter je malam ni dapat ditelan. Luckily aku rase agak kerap ke toilet untuk kencing.


Day 4
Rase kurang tido malam tadi. Aku minum setengah gelas susu & selepas 15 min, aku minum Advance Slim. Terus drive g keje. Dalam kereta minum sebotol kecik Air badak. 

Sesampai opis, aku makan 2 biji pisang & minum air 250ml. Makan Ageloc R2 Nuskin. And sedang rase lapar. Huhu....


For lunch, aku makan ubi getuk beli kat kedai nasi campur kat Taman Dato' Harun, Puchong. Bukan ape, rase badan giler berat. Cam tong drum da. Aku memula beli 4 biji. Harga RM 0.50 sebiji tapi aku beli lagi singgit. Nyum2... memang kenyang la!


Malam, aku cukai Coco Crunch anak aku & minum susu. Plus aku makan secawan ais krim coklat.


Day 5
Waaa.... cuti sempena Birthday Sultan Selangor. Aku yang terase diri gemuk, telah berjoging awal pagi ke rumah mak aku. Actually day before, abah buat operation buang kataraks mata sebelah kanan. Nak check keadaan dia. Tapi bila sampai rumah mak aku, baru aku perasan, xpenat sangat pon sebab 15 minit je. Pastu maybe sebab baru lepas ujan & sejuk, nafas aku ada sikit cam mengah sikit. Oh yeah, sebelum joging aku minum Advance Slim.

Kol 7.30am, aku joging balik ke rumah. Rehat sambil melayan 2 episodes drama yang aku termiss & start masak lunch kol 11am. Siap dalam kol 12pm. Aku masak ikan stim ala Korea. Aku minum air oren sunquick tanpa gula & air dalam 1liter je. Memang kurang produktif kalau kat rumah. Da beberapa hari, ada sikit simptom kekurangan kalsium. Sakit tulang belakang :-( Grr... sangat geram.


Lepas Zohor, aku baring jap. Konon nak tengok K-drama, tapi tertido kejap dalam 15 minit :-P Ada sikit rase pening.


Bangun dan lunch dalam kol 3pm. My hubby da lunch kol 1pm tuh. Sambil2 minum air lagi 1liter. 


For dinner, kitaorang kuar makan steamboat BBQ grill kat QThai Laman Seri. 


Day 6
Huhu... gi opis pagi ni aku rase menyampah tengok kesendatan peha aku dengan jeans tuh. sedey pon ada... rase sangat tak bersemangat nak g keje. Minum Advance Slim & air masak 1liter. 

Aku tapau lebihan lauk semalam untuk lunch arini dengan sambal bacang yang aku buat Ahad lepas. Dek kesebukan arini, aku cuma mampu menghabiskan total 3liter sampai petang.


Untuk dinner, aku makan kacang peas dalam tin dengan carrot 2 biji, Hihi... sangat la berdiet. Aku perasan lemak kat perut pon bertambah ni. Dan soalan pon terus keluar, Advance Slim ni buat ape sebenarnya dalam perut aku ni??


Malam, sebelum tido aku minum 1.5liter lagi & sakit belakang aku makin terase sampai ada sikit rase nak demam. Amik pain killer, mandi air suam & tido... 


Day 7
Sangat la tragis pagi ni. Bangun da kol 7.30am!!! Ahhh... sudah! Mintak tolong my hubby gosokkan tudung. Aku minum Advance Slim & air masak segelas. Then bersiap g keje. Rase sangat lapar, so aku singgah stesen minyak sebelah opis beli roti, coklat Cadbury bar kecik, air asam jawa & gula2. Tekak yang perit semalam masih xok lagi. Huhu...

Tapaukan my officemate breakfast & aku pon nampak beehoon cam sedap je :-P So, aku pon beli laa... Balik opis, minum air lagi tapi tak sampai 1.5liter pon before lunch. Huhu... sebab sebuk sikit. Lunch, makan rojak kat van tepi jalan besar. Cendol pon aku order tapi makan sikit je. Memang kenyang. 

Dinner aku tak makan. G urut & akak tuh cakap perut aku membulat. Tapi xpregnant. Huhu.... & aku rase seluar makin sempit. Huhu... gemuk ler tuh :-( Sedihnyer...

Day 8
Oleh kerana aku da rase sangat gemuk, aku amik keputusan untuk bersenam ringan pagi ni. Pas minum Advance Slim, aku joging guna mesin senam selama 20 minit. Berpeluh la sikit. Aku makan roti gardenia coklat RM 0.80 sebijik & minum air dalam 500ml. Temankan mak beli barang kat Segi Fresh. Sebelum pergi tuh, time aku tengah bersiap, Yamin cakap:

'Mama, mama ni tak macam dulu la. Tu la, banyak makan, kan da 'besar'.

Maksud besar dia adalah gemuk! Wawawa... uhuhu... budak kecik pon tau. Dan hati mula mempersoalkan keberhasilan produk yang aku makan ni :-( Bayar mahal2, tapi tak berkesan. Konon la janji2 yang manis, tapi tak berkesan pon. Bukan sekali aku kena ok? 

Huhu... So, untuk lunch, aku cuma makan karipap 3 biji. Huhu... ini semua pasal mulut si kecik tuh. Balik, aku minum air & minum segelas jus buah prun. Huhu...

Ada sikit lapar, tapi ku cekalkan juga. Aku masak nasi untuk tengahari, tapi aku tak makan. Bila aku rase lapar kol 3pm tuh, aku makan kerepek pisang tanduk je. Huhu... air aku minum 2liter. 

Malam, my hubby ajak midnite tengok citer Hobbit. Aku minum yogurt drink mango & 3 bijik mangga - jiran aku bagi sebelum g. Lepas mandi tuh, aku tanye pendapat my hubby. Yup, ofkoz dia kata aku makin gemuk sebab perot aku memang bulat ok?? Huhu... Dia suruh berenti minum Advance Slim. Huhu... naseb baik tinggal 2 peket lagi. Abeskan jela, kalau tak 'berkulat' kan? Concern dengan komen beliau, aku minum Cleanse Tea before g. 

Kat cinema, aku cuma minum air mineral & pop corn sikit. Balik tuh terase lapar, tapi aku tahan jela sebab mata da ngantok. Huhu....

Day 9
Oleh kerana takde plan arini & my hubby ada kerja kat opis, aku masak nasi ayam kat rumah. Cam biasa Advance Slim aku minum pagi. Senaman ringan waktu pagi. Lepas suap Yamin, aku makan gak tapi nasi separuh. Pas sejam, baru la aku sambung minum air agak2 1.5liter. Aku tido dalam 15 minit (aku memang jenis orang yg takleh tido siang), solat zohor & melepak kat rumah mak.

Aku makan beberapa bijik cheese tart mini yang akak aku buat & mangga.

My hubby balik rumah kol 5pm, and sambung keje kat rumah. Ada sikit rase lapar, aku makan megi tanpa menghirup kuah. Nikmat sebab lama tak makan megi. Pas makan, aku minum jus prun separuh gelas. Total air yang aku minum sampai malam adalah 4liter. Huhu...

Day 10
Arini adalah ari last aku minum Advance Slim. Last peket & aku tak berhasrat pon nak meneruskan. Ada checkup darah untuk tiriod arini. Aku tanya doktor berapa liter patot aku minum sehari? Dia kata lebih banyak lebih bagus. Aku tanye nape aku minum tapi kurang kencing? Doktor bagitau mungkin aircond da serap air dari badan aku or badan aku ada water retention. Aku rase betul gak ape dia cakap sebab perut & peha aku makin besar. Kirenya aku gemuk air la... cam tilam air, toing toing :-P haha... so, aku tanye la berapa minimum air kene minum. Doktor bagitau ada kajian kata 8 gelas sehari equal to 1.9liter. Huhu... maksudnya aku da terlebih minum la ek? :-P Haha... 

So, aku sempat menimbang berat & ofkoz, berat aku cuma turun 1kg :-( Which is not good at all! Ahhhh... stress!!

Summary of kepenggunaan Advance Slim:
Well, aku bukan la nak condemn or ape, tapi bagi aku Advance Slim tidak lah berkesan kat aku cam ia berkesan kat orang2 dalam testimoni tersebut. Bagi aku, kalau nak melariskan benda, tak perlu la guna ayat2 yang mampu memperdayakan pengguna yang meletakkan harapan tinggi padahal itu cuma harapan palsu.

Bagi aku, yup, ofkoz kene control makan tapi as always, takde jalan pintas untuk menguruskan badan tanpa senaman. Boleh try senaman yang mudah cam joging at least 20 minit setiap sesi - seminggu hanya 3 kali. Cam aku, aku suka dengar music rancak & menari, pon ok gak per? Hihi... Lantak la xsenonoh ke per, yang penting kita enjoy! Hihi... 

Papepun, kalau nak try gak Advance Slim, boleh la try... mana la tau berkesan kat korang kan? Good luck!



Thursday, 5 December 2013

Skin Food Hydro Fitting Snail Mask Sheet

Aku memang big fan barangan Skin Food. Mostly, kosmetik & produk kulit yang aku gunakan, berjenama Skin Food. Since beberapa bulan lepas, kulit aku mengalami masalah kekeringan yang teruk. Tak pernah dalam idop aku, kekeringan seteruk itu. Banyak cara aku cuba untuk mengembalikan condition kulit cam dulu tapi tak berhasil. Selepas buat kajian, baru lah aku tau yang punca masalah kulit yang aku alami adalah disebabkan dengan dehydration.

Sesimple2 explaination, dehydration adalah masalah kekeringan disebabkan dengan banyak sebab. Duduk bawah air-cond tanpa pengambilan air yang cukup. Kes aku, sebab kerja yang sebuk, memang tak sempat minum air. Tu yang badan panas dan menyebabkan pengeluaran pigmen & minyak yang teruk.

Lepas few steps, iaitu menambah jumlah air dalam badan - trust me, aku minum lebih 3liter sehari, aku perasan yang jerawat mula berkurangan. Aku support dengan mask yang memulihkan hydration iaitu Hydro Fitting Snail Mask Sheet & I love it!





Dijual dengan harga RM39.90 sekotak - ada 5 peket mask didalam, bagi aku memang berbaloi. Lagipun, aku guna seminggu sekali je. Sebenarnya, aku tak tau nape aku beli tapi packaging-nyer warna pink kot :-P

Cara pemakaiannya, basuh muka & bawak mask ke bahagian muka & tampal. Selepas 15 minit, bukak & tekan balance cecair kat kulit muka untuk penyerapan yang maksimum.

Selepas pemakaian, korang akan rase muka best je & lembut. Cuba laa.... memang berbaloi :-)

Monday, 16 September 2013

Texas Chicken VS. Kentucky Fried Chicken



Yup, aku tak sure bila wujudnya Texas Chicken tapi aku perasan yang restoran nyer selalu full house. Aku try makan semalam and aku nak compare dengan all time favourite – Kentucky Fried Chicken.



Dari segi presentation, Texas Chicken tak jauh beza dengan KFC. Macam tiru pun ada.  Ada bun, coleslaw, fried chicken dan soft drink. Aku order spicy flavor sebab aku memang jarang makan non spicy nyer fried chicken.

Texas Chicken – ayam goreng nya sangat lembut. Tapi tak dapat rase kepedasannya walaupun sedikit. I bet kelembutan daging ayam Texas Chicken lebih lembut dari KFC. Kalau ayamnya dah sejuk pun, aku yakin takde la dagingnya keras sangat nak banding KFC. KFC, maybe ayam goreng nya terlebih marinate, rase rempah memang sedap tapi bila sejuk da kurang da kesedapannya. Huhu…

Dari segi harga, 2-2 boleh diterima lagi.

So, dari segi rasa – aku prefer KFC.
Dari segi kelembutan – aku prefer Texas Chicken.

Try la sendiri... lain kali aku nak try burger Texas Chicken lak!