Showing posts with label Movies I Watched. Show all posts
Showing posts with label Movies I Watched. Show all posts

Sunday, 6 April 2014

Simple but Not Short

Rabu last week, aku amik MC untuk check darah. Haha… keji kan? Well, memang busy & tiring weeks, so aku dapat MC & g berjalan2 ke Midvalley. Yeah! Plan nak cari my hubby’s birthday present. 

Sesampai kat Midvalley, aku terus g GSC & beli tiket wayang. Citer Captain America : The Winter Soldier & Need for Speed. Budak GSC tuh siap ngusik lagi konon aku belum cukup 18 nak tengok citer tuh. Ntahpape… agak2 la… da 14 tahun lepas aku berumur 18, hokey, adik?

Then mencari hadiah En. Hubby. Well, takkan nak bagitau disini kan? Tunggu la after 14hb nanti. Yang penting nyer, aku da bankrap sampai la minggu ini. Huhu… sangat tragis! Walaupun hadiah yang aku beli tuh bukan la seberapa. Huhu… Abes je menengok wayang, aku balik rumah… sampai kol 6pm.

My hubby sedang me-repair singki yang tersumbat. Dia balik awal sebenarnya, badan tak sehat. Tapi singki tuh sangat mengambik masa untuk di-repair. So, dia postpone plan ke ujung minggu. Aku terpaksa membasuh pinggan dalam bilik air. Terase seakan hidup disetinggan plak. Huhu…

So, ujung minggu lepas tak ke mana… Aku tido umah mak ngan Yamin last Saturday night & menanam pokok cili pagi Sabtu tuh. Hmm… sangat sesuai kalau nak tanam2 sayur sekarang sebab asal petang je ujan. So, takyah siram..Sabtu petang, teman En. Hubby g survey jam baru. FYI, jam Swatch dia hilang n paling tragis dalam toilet kat Terengganu nun! Takpe la lagi sebab jam tuh dia da guna 2-3 tahun kot. Aku pernah belikan jam Seiko untuk his birthday, n dia tinggalkan time cuci tangan kat Pizza Hut. Memang da kene sapu la ngan orang kan? N guess what?? Dia baru pakai 2 minggu je jam tuh! Terbang RM 680 aku. Sebaik aku tak beli jam untuk dia tahun ni. Huhu…  
 
Sangat risau sebab banyak bunyik kuar dari kereta kesayangan aku. Ujung minggu ni nak tukar absorber. Pastu nak simpan duit untuk tukar tayar kereta baru, pasang tinted, tukar karpet & tukar sofa keta depan. Harap Allah permudahkan... Amin...

 

 

Wednesday, 5 February 2014

RoboCop (2014)

Untuk peminat2 RoboCop termasuk anak aku, maybe film ni best. Bagi aku, film ni tak jauh dengan keterujaan menonton first Iron Man. Tapia da sikit kelainan dari segi kematangan jalan cerita. RoboCop ni lebih serius laa lebih kurang. Dari segi lain, tak jauh beza dengan film action yang lain.




Cast :
Joel Kinnaman – Alex Murphy
Gary Oldman – Dr Dennett Norton
Abbie Cornish – Clara (Alex’s Wife)

Plot :
Mengisahkan seorang polis, Alex Murphy yang cedera teruk akibat dibom oleh penjenayah yang sedang diburunya. Dengan kehilangan sebelah kaki, sebelah tangan dan buta mata kiri, Dr. Dennett Norton, seorang penyelidik dibawah tajaan syarikat Omnicop, telah menawarkan kepada isteri Alex untuk menjadikan dia RoboCop. Demi masa depan Alex, isterinya bersetuju tanpa mengetahui niat sebenar syarikat Omnicop yang mahu meraih keuntungan.

My very own summary:
To be honest, RoboCop is not my childhood hero. I’m more into Superman or Batman. Even I’m not into Terminator pun. Bagi aku instead of Robot, RoboCop sama je dengan movie lain. Highlight memang mcmana Alex Murphy boleh jadi RoboCop and programming n imej RoboCop sebagai robot berfikiran manusia. No surprising element pon. Hopefully if ada sequel best laa kan?

Sunday, 2 February 2014

Weekend 31/1-2/2/2014

Happy Lunar New Year especially my boyfriends in Korea :-P Haha…

Last long weekend, takde pape yang menarik sangat pon. Spend masa ngan family adalah priceless moment, kan? Balik je keje, aku bergegas gi bank untuk kuarkan cash untuk bayar utang. Haha… sangat la tragis sebab my current limit is 1k pengeluaran je per day. Bila tanye my hubby, dia asek cakap 5k… bila try 2nd time, siap kuar ‘had pengeluaran sehari anda ialah RM1,000.00. Memang la terkedu kan? Dengan harapan nak belanja mak abah sate arini, aku balik monyok. Ngan my hubby yang tak mengemas barang nak dibawak balik g umah mak, ati bertambah panas. Last2 dia beli sate kat tepi jalan dekat2 ngan rumah je. Aku siram pokok bunga & kemas ape yang patot.

Balik rumah mak abah dalam kol 7.10pm, sebelum tuh sempat kitaorang berdua bergaduh pasal channel TV. Gaduh2 manja, hihi… Kalau Yamin ada, confirm dia cakap ‘Jangan bergado….’

Sampai kol 7.15pm, maklumla umah mak abah dekat… pas dinner, aku tertido depan TV. Citer My Love From The Star pun aku tak tengok sampai habes. Sebaik laa da rakam kat rumah gune PVR.

Pagi Jumaat, tolong mak prepare nasi lemak & acara paling aku suka adalah kupas bawang untuk kegunaan dia seminggu. Hihi… aku pon tak tau nape aku suka… hihi… kol 9.15pm, hantar kakak ipar aku g stesen bas kat Seri Muda. Balik tuh, hubby tolong cucukkan duit… rupa2nya, limit tuh boleh adjust… haha… ngape tak bagitau kan? Hampeh tol la bank ni – nama bank dirahsiakan… si Yamin cukai KFC.

Lepak kat rumah je sepanjang hari…

Sabtu pagi, aku bangun dengan semangat nak berkebun tepi umah mak… so, aku mencangkul untuk membentuk petak sayur tuh… 2 ari lagi leh bakar untuk menambahkan kesuburan tanah. Memang sikit letih tapi I’m okay… just nak kuar2 peluh. Bila masuk rumah mak abah je, mak kata sekarang musim panas, kalau membakar pasti menyebabkan jelebu. Huhu… terpaksa tangguh ker? Kene cari aktiviti lain mengeluarkan peluh ler.

Balik tuh bersiap g Mydin Subang Jaya. Amik 2 trolley untuk beli barang mak & barang2 aku… Yamin pon ikot shopping same…biasa la budak kecik tuh. Rase bersalah gak 3 bulan ni masih berharap support dari hubby sehinggalah abes semua hutang terakru. Huhu… balik tuh, masak steamboat atas permintaan hubby.

Malam lepak rumah mak abah sebab Kak Nya balik…

Ahad, sebelum kuar, aku masak breakfast cum lunch Galbi Jjim atau nama omputihnya Beef Short Ribs. Dalam recipe kene guna buar pears, tapi since takde, aku tukar ngan epal merah & hijau campur n turn out kepada version yang sedap. My hubby pon suka… siap makan ngan kimchi lagi tu… sangat la best!

 






















Kuar g Paradigm Mall untuk tengok RoboCop. Sangat la lengang kat parking sampai leh baring2 lagi… haha… aku singgah SkinFood untuk beli barang2 yang da habes… sian my hubby L kene buli lagi… tapi dia kata dia da duit lebih… sian tol kan? Kene bekerja kuat bulan ni, buat OT banyak2. Aku beli loose powder, dan semua ni. Sebelum ni aku pakai range Omija. Dan-dan plak semua habes, toner, emulsion & serum. So, kalau aku beli satu set lagi, confirm la RM400++ okeh? Dapat advise dari beautician tuh untuk guna Black Sugar Serum je sebab masalah kulit aku sekarang. Yang penting, nak lembabkan kulit aku & ilangkan parut yang ada… harga RM 110.


 
Pastu aku beli Black Pomegranate Essense Mist. Memula aku ingat nak beli range ni tapi total per set lengkap ade la dekat RM 700++ kot. Kalau ada kedut, tapi my hubby kata aku takde kedut, cuma kulit kering. Hihi… Tu pasal aku beli Black Sugar Serum je. Menjimatkan poket… Mist ni functionnya untuk sembur kat muka bila2 masa yang korang nak. Berbanding dengan Lettuce Mist yang aku guna dulu, semburan Black Pomegranate ni lagi nipis & best je… bau pon sedap… hihi (baru test sembur pagi ni
:-P)




Pencuci muka pon da abes. Aku try pencuci muka Parsley & Mandarin Mild Foam jela… sebab kulit kering & sensitive aku ni memerlukan sesuatu yang ‘mild’ & lemah gemalai je…


Since aku purchase lebih RM 250, dapat kalender & diary 2014 free. Memang syiok sebab diary nyer one of the kind.

 


Balik tuh ‘tersesat’ cari kereta kat parking tuh… sangat tak suka… tah camne tah nak bezakan zone kat situ???

Malam, makan Yee Sang yang beli readymade kat Mydin semalam. Standard nyer agak sama ngan Yee Sang yang aku makan kat Sunway Atrium CafĂ© aritu. Huhu…

Harga RM 18.88 je…

 

 
 

 
There goes my weekend!

Tuesday, 14 January 2014

Weekend 11/1-12/1/2014

Hari ni hari ke 9 aku keje kat sini. Well, perasaan as a temporary staff memang la kesian kan? Susah nak gambarkan. Nak mix dengan orang laen pun susah, tapi rase dipinggirkan tuh belum rase lagi la. Oleh kerana office ni ramai orang, tak semua orang perlu kita tegur sebenarnya. Hihi… yang penting2 je.

Last Saturday (kisah lama… usah dikenang :-P), kitaorang g tengok 47 Ronin kat GSC, One Utama. Datang da agak lewat. Lunch dulu sebelum g tengok movie. Yamin mogok sebab xdapat tengok kartun kat rumah. Lately, kekadang susah nak ajak dia kuar. Ade je alasannya. Camne pon, dia memang xde choice la kan? Takkan nak dok sorang dalam rumah?  

Makan kat Food Republic. Aku memang xtau nak makan ape. Last2 as always, aku order bibimbap je. Tapi bila tengok balik, memang la heran sikit bibimbap dia. Selalu dalam satu set tuh ada kimchi. Set yang aku order tuh, beef or chicken pon xde. Setahu aku, original bibimbap kat Korea memang serve without lauk. Kalau ada pon, banchan je la… banchan tuh side dishes dorang. Herannya, walau xde beef or chicken as always, bibimbap ni sangat sedap! Nyum2… lapo kot. Harganya baru RM 12.90 per set. Aku suspect, owner dia memang original Korea (maybe). Hihi…
 
 
 
Nonton 47 Ronin. Well, what can I say kan? Citer tuh okeh, tapi aku sangat mengharap scene pedang lebih banyak dari tuh. Hihi… boleh? Lagenda ni, memang base on true story, tapi tak paham nape perlu mengorbankan diri pada akhirnya. Dorang tak rase rugi ke ilang pahlawan terbilang sebanyak 47 orang? Hmm…  
Balik tuh, kitaorang singgah beli kek kat RT Cake House. BTW, arini besday Kak Ya. Konon nak buat surprise la kan?  
For dinner, kitaorang makan kat Tupai-Tupai, Seksyen 13, Shah Alam. Nape tah kitaorang pilih situ? Sebab time makan kat D’Kayangan Steamboat itu ari, Nampak cam havoc je. Tapi again, havoc nyer sebenarnya biase2 je. Maybe murah kot… 
Since today Kak Ya’s birthday, Abg Saiful belanja. Ini la menu yang kitaorang order. Oleh kerana kitaorang first time try makan kat restoran ni, jadi paham2 jela kan? Main taram je. Haha… boleh? Pasal harga, jangan tanye aku sebab orang lain yang bayar. Makanan semuanya so-so belaka. Nak kata sedap, tapi xla sedap sangat. Telur bungkusnya sangat la pelik. Hihi….  
Ada 2 budak perempuan dating meja ke meja untuk nyanyi lagu yang kita nak. Bagi tips… so lagu birthday to my sister la yang kitaorang pilih.
Balik dalam kol 10pm. Aku, hubby n Yamin g Pasar Borong Selangor. Aku rase pasni aku beli kat Mydin jela. Cepat sangat bingung.
Ahad, just melepak kat rumah. Masak Kung Po Lala for lunch. Sedap!
Petang sikit, g pusing2 n beli pisang goreng. Abes da my weekend J 
 
Untuk cuti sempena Maulidur Rasul semalam, my hubby request aku masak ayam masak kurma & nasi biryani. Da tara hal nak masak sekarang, sbb ada banyak resepi online. Hihi…
This week, starting Friday, cuti Thaipusam, my hubby ajak g Ipoh bersama ibu & bapa mertua ku. Ok je jejalan, tapi aku mengharap my hubby dalam perbelanjaan semua. Huhu… tunggu la bulan ni K

Monday, 2 December 2013

Weekend 30/11-1/12/2013

Da lama giler tak tengok wayang bertiga. Last sekali movie ape pon aku tak ingat. Lately, aku banyak tengok movie sorang2. My hubby memang busy plus citer terbaru banyak yang 18+. Yamin pon komplen kata da lama dia tak tengok wayang. So we all g tengok Frozen kat Wangsa Walk.

Movie start at 11.45am. Kitaorang kuar rumah 10.30am, tapi trap in jammed and 11.45am tuh, kitaorang tak sampai pon lagi area Wangsa Maju. My hubby da sikit baran, n speeding bila jalan da okay sket. Dia da give up & nak tengok citer lain. Aku bagitau, mesti citer tuh drag sket showing time dia. Confirm 12pm baru start. Time sampai kat cinema, kol 12.05pm & baru start about.... erm tak sure... tunjuk kartoon Disney yang lama. Cam opening gitu. Huhu....



Personally, aku rase jalan citer Frozen adalah jalan cerita yang biasa. Kisah 2 puteri. Si kakak, Elsa, mempunyai kuasa magik untuk menurunkan salji dan tidak mampu mengawalnya. Si adik, Anna, seorang yang periang & normal. Disebabkan satu kemalangan semasa mereka kecil, Elsa mengurungkan dirinya dalam bilik. Ibu & bapa dorang mati & hilang dilaut. 

Selepas 3 tahun kematian ibu bapa mereka, Elsa ditabalkan menjadi Ratu kerajaan negeri tersebut tetapi dia tidak mampu menyembunyikan kuasa nya dan menukarkan musim panas ke musim sejuk. Sedih dengan kenyataan ini, Elsa melarikan diri ke kawasan gunung & Anna bersama rakan2nya mencari Elsa untuk menukarkan kembali semua menjadi bentuk asal. Berjayakah mereka?

Dari segi cerita, tak lari dari filem2 animasi Disney yang lain. Penuh magikal & music. After keluar dari movie, tiada apa yang boleh dikenang. Hihi... But not bad untuk mengisi waktu lapang ngan famili ujung2 minggu.

Lepas tengok movie, my hubby ajak makan. But as always, tak tau nak makan mana. Dalam Wangsa Walk tak la banyak kedai makan yang belum kitaorang cuba. Aku bagi cadangan untuk g TGI Friday, trust me, aku tak penah pon makan kat situ. Tapi on the way jalan sana, my hubby ternampak BBQ Chicken & ada perkataan Korea disitu. Ape lagi kan? Meh kita try...





Kitaorang duduk open air space. Tengok cam best je Jerk BBQ dalam pamplet kat atas kan? Tapi since aku da banyak kali kecewa dengan kualiti ayam panggang kat restoran kat Malaysia, aku takkan order untuk try arini. Hihi...

Kalau korang nak try makan kat sini, boleh order ala-carte or meal. Meal boleh pilih 2 side dishes (pilihan : Kochi (cam satay ayam digrill + capsicum) atau fried calamari atau pomme frite (french fries jek :-P) atau BBQ Torpedo Prawn atau Coleslaw) atau grill corn atau grill pineapple. My hubby order Korean Charbroiled meal + coleslaw + grill pineapple. Harga set ni RM 17.90. Aku try a bite of the chicken. Lembut & tak kering. Presentation plate ni main campak jela kan? Serve sekali dengan garden salad. Kalau ada special sos, mesti lagi sedap.




Untuk aku lak, aku order Hot Hot Drums meal plus Kochi + pomme frite as side dishes. Harganya, RM 19.90 per meal. Yup, bagi aku tak la pedas sangat. Ala2 ayam Korea KFC itu ari, bezanya cuma sos Korea tuh coated penuh kat ayam tuh. Kepedasannya aku ranking level 1 dari level 10. But my hubby kata pedas. Huhu... Kochi plak, ayam dia lembut n agak manis. Kalau camni la dorang grill ayam, ada harapan aku try Jerk BBQ untuk next visit! 




Selain tu kitaorang order Rice Ball - harga RM7.90. Rasa Rice Ball ni macam banyak MSG je, huhu... tak tau la, Korea kan banyak guna serbuk. Kalau dorang bulatkan nasi ni dengan kemas, mesti chomel kan? Untuk air, aku order fresh orange & my hubby order air tembikai. Yamin share air ngan aku je. Bila sampai, 2-2 air tembikai. Haha... bedal jela...







Bagusnya, after one hour, kitaorang da abes makan & terus g Alpha Angle untuk shopping baju my hubby. Actually, my hubby plan nak belikan kitaorang semua baju. Huhu... feel bad sebab bulan ni xde income, so membebankan my hubby plak. Since my hubby da 'berubah' ni kan, alhamdulillah dia tak berkira cam dulu dari segi duit. Tapi no no no Hadija, jangan amik kesempatan! 

Sesampai Alpha Angle, kitaorang tak amik masa yang lama untuk keluar balik. Nak tau nape? Well, Alpha Angle da tak banyak tarikan untuk shopping la... haha... so, kitaorang cuma spent like 15 minutes je kat situ & kuar ke Aeon Keramat AU2 plak. 
My hubby beli satu T-Shirt & kemeja. Kasut sepasang. As for me, aku malas nak shopping sebab xde yang berkenan. Lagipun, aku tengok pattern baju kat situ lama2, abeskan stok ke per?

Turun ke tingkat bawah, ada kedai2 baju yang bukak small booth kat situ. Aku ternampak baju ala2 kemeja kotak2 warna biru. My hubby kata beli jela. Atas kerajinan makcik tuh promote, aku pon terbeli 2 baju kemeja + satu skirt. Semua sekali RM 200 and I feel bad. My hubby okay je, tapi aku yang sian kat dia. Huhu... Satu baju tuh da ada tudung kat umah, satu lagi belum ada. Tapi takkan la nak beli sekarang kan?? Huhu...

Time kuar dari Aeon Keramat AU2 adalah kol 7pm. Misi belum selesai lagi. Hihi... nak g Pasar Borong Selangor beli lauk untuk seminggu. Actually ada 2 ekor ikan cencaru & beberapa ikan kembung kecik kat rumah. So, aku beli beberapa drumstick untuk Yamin, ikan siakap seekor & ketam 4 ekor. My hubby g outstation 2 hari minggu depan, jadi cuma 3 ari je makan kat umah.

Sampai rumah 10.30pm... Sangat la flat.

Ahad, my hubby masuk opis sampai tengahari. Aku kemas2 sikit rumah dengan Yamin. Yamin pon bangun kol 10.30am, memang penat nyopping la tu. For lunch & dinner, aku masak sup tulang je. Petang pusing2 naik keta.

Semalam aku terpaksa amik cuti sebab babysitter Yamin balik kampung. Plan nak antar Yamin kat rumah mak, tapi risau beliau ngamuk2, aku tak antar. Lepak kat rumah sampai kol 1pm & g rumah Kak Atie kejap. Balik tuh lepak rumah mak & balik dalam kol 6pm.

My hubby sampai rumah dari Johor kol 2am kot... pagi ni g Terengganu plak... huhu... sian tol!

Monday, 25 November 2013

Fall Apart

Haha, da 3 minggu unemployed ni. Aku g 2nd interview kat opis kat Sunway last Friday. Actually bukan la 2nd interview tapi interview dengan division lain. Ah... sangat la bosan sebab aku cuma boleh start Mid Dec. So, kalau aku tunggu, ada 3 minggu lagi la aku kena melepak tak berduit ni T_T Huhu... sangat la sedey.

Job kat Sunway tuh, aku KIV dulu. Diorang KIV aku, aku pon KIV dorang gak, boleh? Aku da offer ex-manager aku untuk keje ngan dia 3 minggu untuk kemaskan documentation plus yang penting bagi training kat staff baru tapi dia cam diam je. Cam taknak je... adei, memang stress. Lebih malang, aku takde backup option. Aku leh je join company dia tapi practice business company dia tuh mencurigakan la... Malas!

After interview last Friday, aku pon giat la g tgk wayang. Memang mengharapkan berita gembira tapi bila da dapat uncertain answer tuh, ada sikit malas nak kuar. Tapi sebab da tersalah masuk jalan, aku lepak kat Pyramid jela. Haha, boleh? Aku tengok Battle of The Year, memang rocks! Yup, aku minat gak b-boy, jangan tak caye! Pastu aku tengok Hunger Game : Catching Fire. Sebab malas gak nak buat review, korang tengok la sendiri citer tuh ye? 

Nak menghabeskan sisa2 minggu ni, nampaknya, aku tido jela kat umah. Sangat la sedey dengan wallet yang nipis. Syiling pun xde hokey!?

Adei...

Thursday, 7 November 2013

Up to date...

Again, aku ada mood nak merapu pepagi ni. Ujan kat luar tapi aku tak rase sejuk pon. Maybe sebab ati sangat risau sebab aku belum ada keje baru lagi... huhu... so sad. My ex manager ada call offer keje ngan dia. Dia bukak company baru - competitor company aku yang lama. Masalahnya, aku tak yakin sebab company baru kot. Aku da nak settle down somewhere, buat keje yang aku suka dan yang paling penting menikmati gaji yang maybe tak seberapa. Huhu...

Tah nape, aku mula rase yang Oil & Gas - bidang yang aku join dulu ada lebih banyak future compare other industries. And paling tak boleh blah tuh, aku rase cam nak keje balik kat S_S :-P Ahaha... boleh? Bila aku visit website dia, cuma ada Marketing Assistant yang kosong. Balik pada non-exec level? Well, donoo la...

By the way, guess what, my 5 years old ex bf contact aku balik. Ni semua sebab ada Whatapps... Dia tanye khabar n bila aku tanye dia balik, dia bagitau update baru dia. Da 6 tahun gak aku tak contact dia kot. Tapi dia ada terjumpa abang aku beberapa tahun lepas. Time tuh aku tengah pregnant. So, dia tau la idop aku da ok... But for him, dia masih solo, masih mencari isteri. Hmmm.... ape yang boleh aku katakan lagi kan? He is working under government sekarang, macam nak 'mempergunakan' dia untuk masuk sektor gov as a backup kalau aku takde keje lagi. Malangnya, aku sesuai ke keje gov? Macam tak jee... Aku kan aggressive, nanti jadi 'lembam' je kalau kena keje pelan2 ni. Huhu... ada harapan aku kerap melawan bos, ye tak?

Hikmah atas ape yang berlaku adalah my hubby telah berubah perangai. Lebih menyayangi aku, hehe... sesuai ke ayat ni? Kalau korang baca post2 tak puas ati ngan my hubby sejak beberapa tahun ni, memang mengunung laaa... tapi dia tetibe berubah jadi suka mencium - haha... sensored? Aku tau cam tak sesuai je perubahan dia ni kan? Tapi dia kata dulu dia sayang gak tapi tertahan2... Tapi kan, tah nape, ati aku cam beku sikit. Sebab da 5 tahun, aku rase agak stress ngan perangai tak boleh blah dia. Yang aku tak yakin, adakah perubahan dia cuma sementara?

Hmm.... By the way, thank you Allah. Harap changes ni bertahan lama la hendaknya.

Erm, aku tengah risau pasal tak dapat keje ni. Semalam aku da citerkan pada mak tentang ape yang berlaku. And obviously, dia cam risau. Tu yang malas nak citer kat dia ni. Huhu... paham la... aku kan ada banyak giler utang.... msti la dia risau. Kalau abah tau, lagiiii la beliau risau. Haha... sian plak tengok mak. Patot umur2 camni dia takyah pikirkan pasal anak lagi. Sian sangat. Aku ingat taknak citer aritu tapi lebih baik dia tau dari aku daripada dari orang lain, ye tak?

For the last one month, aku tengok wayang Gravity by Sandra Bullock, nama pon graviti so slow sket. Pastu aku tengok Tom Yam Goong 2 and Thor. Malas nak tulis review, boleh??? Hihi... otak tengah serabut maa...

Good Doctor & The Master's Sun pon da abes. Bila free aku akan come out dengan review, ohhh yeah... Sekarang aku melayan The Suspicious Housekeeper by Choi Ji Woo untuk slot Isnin & Selasa. Since Mirae's Choice (Yoon Eun Hye) pon ditayangkan kat KBS, aku merakam guna PVR. Hubby da amik start last week - memang perfect timing. Untuk slot Rabu & Khamis, aku layan The Heir / The Inheritors. Ofkoz Lee Min Ho, siapa lagi kan? Drama tuh cam hebat & gah je tapi nape tak leh kalahkan Secret Love dari segi rating ek? Erm.... 

Monday, 23 September 2013

Vikingdom - The Blood Eclips

Semalam after settle few things, aku meraikan 1st day of being unemployed kat Sunway Pyramid berseorangan. Hihi... beli sehelai baju kat Applemint & beli novel terbaru Ramlee Awang Murshid, Magis.. Lepas tuh aku tengok Vikingdom.





Menariknya Vikingdom, bagi orang yg selalu tengok movie, sorang pelakon nyer pun aku tak kenal. Well, kenapa aku tengok movie ni? Yup, sebab pengarahnya adalah Yusry Abd Halim. 

Again, since I never love any Viking movies, and nama2 watak tuh, agak pelik, jadi aku pendekkan jela review pasal movie ni. Bagusnya, tak sangka Malaysian boleh buat cerita yang takde kaitan langsung ngan sejarah kita. Kiranya, inisiatif kru2 movie ni untuk menghasilkan film yang setanding cerita Viking yang lain memang harus dipuji. Even film ni, ada jalan cerita yang belum ada film Malaysia buat. Trust me, jalan ceritanya jugak setanding film Hollywood yang lain. Even ada plot yang boleh dijangka. 

Babak perang dalam movie ni, memang terlebih ganas. Bagus gak dia tak tunjuk in details, tapi sebab dasyatnya, aku pun tak sangka Viking seganas camtu. Yela, siap sodok otak orang dari bawah dagu lagi tuh, ngeri okeh?

Apepun, as Malaysian, support la film ni. Jangan la jangkakan film ni sebaik 300 or Thor kan? Just, bagi la support untuk pengarah2 ni menghasilkan film berkualiti yang lain. Mana tau ada terselit 2-3 artis Malaysia untuk film sequel (maybe) Vikingdom nanti?

Tuesday, 3 September 2013

Love 911



Comel giler citer ni – mengingatkan aku pada ‘seseorang’ iaitu AKU :P


Cast :
Han Hyo Joo – Mi Soo
Goo Soo – Kang Il
Ma Dong Seok – Captain bomba

Plot :
Mi Soo, seorang doctor di hospital yang tersalah mendiagnos pesakit kerana tersalah anggap yang lebam yang ada tubuh pesakitnya adalah disebabkan didera suaminya. Ketika kekecohan yang disebabkan oleh suami pesakit itu, Kang Il, seorang pegawai bomba yang kematian isteri telah cuba meredakan keadaan, tetapi dia dipukul oleh suami pesakit terbabit.

Oleh kerana Mi Soo digantung dari kerja kerana salah diagnos, dia cuba mengurangkan ‘hukumannya’ dengan menyakinkan Kang Il untuk melaporkan keganasan suami pesakit itu kepada polis. Dengan itu, dia dapat menyokong tentang diagnosis mengenai lebam yang disangka nyer kerana keganasan.

Dengan caranya tersendiri, Mi Soo bekerja sebagai sukarela di balai bomba. Mereka mula menyimpan perasaan antara satu sama lain. Tetapi mampukah Mi Soo meneruskan niatnya untuk ‘mempergunakan’ Kang Il? Kang Il pula, mampukah dia memadam rasa bersalahnya terhadap isterinya yang mati disebabkan dia?

Bagi aku, ada banyak plot cerita ni yang buat kita tersenyum. Yang paling aku ingat, bila Mi Soo mereka cerita tentang mak nya yang dah mati dan pada masa yang sama, mak dia telefon. Kang Il terus menarik Mi Soo keluar dari kereta dengan posisi yang sangat lucu.

Dialog2 bijak yang keluar dari Mi Soo – buat aku teringat pada aku yang agak ‘outspoken’. Haha… tapi aku tak outspoken dekat semua orang, cumalah orang rapat & terdekat :-P ahaha… comel je bila teringat Mi Soo.

Bagusnya cerita ni, walau kategori komedi romantic, masih tak lari dengan aksi yang ringan dan detik2 cemas.

Dengan watak2 sampingan yang membantu menambahkan kecomelan Mi Soo & Kang Il buat kita tersenyum. Bagi aku jalan cerita dan dialog yang ditulis dengan kemas membuatkan cerita ni antara cerita komedi terbaik Korea yang penah aku tengok. Daebak!




Percy Jackson : The Sea of Monsters



Da ilang keseronokan melihat cerita Hollywood – cam da ilang magic!


Cast :
Logan Lerman – Percy Jackson
Alexandra Daddario – Annabeth

Plot:
Adaptasi buku sequel kedua Percy Jackson, Thalia yang bertukar menjadi pokok yang melindungi camp latihan Half Blood. Pokok tersebut diracun oleh Luke yang kemudian menghantar Colchis Bull untuk mengalahkan Percy. Dengan bantuan Tyson (adik sama bapa – Cyclops), Annabeth & Clarisse, Percy akhirnya dapat mengalahkan Colchis Bull dan berhadapan dengan Luke.

Untuk memulihkan pokok Thalia, mereka perlu mencari Golden Fleece dari Polyphemus di Sea of Monster. Rupa2nya apa yang berlaku adalah umpan Luke untuk melepaskan Kronos dari peti kurungannya. Kronos adalah syaitan jahat yang kejam.

Bagi aku jalan cerita sama je ngan buku. So, aku takde apa2 ulasan menarik untuk cerita ni.