Tuesday, 27 August 2013

The Tower (2011)



Wah… best giler The Tower ni. Wajar mendapat award la… side effects walau guna CGI, sangat berkelas.



Cast :
Kim Sang Kyung – Lee Dae Ho
Son Ye Jin – Seo Yun Hee
Sol Kyung Gu – Captain Kang
Cha In Pyo – Mr. Jo
Jo Min Ah – Lee Ha Na

Plot :
Sehari sebelum sebelum Christmas, Mr. Jo, tuan punya The Tower telah menganjurkan party ‘White Christmas’. Seluruh kakitangan The Tower sangat sibuk membuat persiapan. Ini termasuk Lee Dae Ho, kakitangan bahagian keselamatan, Seo Yun Hee, kakitangan bahagian restoran / hospitality.

Dae Ho adalah seorang duda anak satu. Anaknya Ha Na berada di The Tower selepas sekolah untuk menyambut Christmas bersama ayahnya. Dae Ho menyimpan perasaan terhadap Yun Hee.

Beberapa jam sebelum itu, berlaku kebakaran kecil dalam restoran. Pemancut air pula tidak memancutkan air secara automatic untuk memadamkan kebakaran.
Dae Ho dan seorang kakitangannyer menyiasat dan mendapati paip pemancut itu telah beku di beberapa tingkat. Walaupun telah memberitahu pengurus bahagian, tiada apa2 tindakan diambil kerana sibuk dengan persiapan party malam itu.

Party bermula dan kejutan yang ditunggukan berlaku. Mr. Jo rupanya telah menyediakan kejutan dengan membawakan beberapa helicopter untuk menyebarkan salji ‘palsu’ ke The Tower. Semasa itu, sebuah helicopter telah jatuh kerana dilanda angin lintang. Berlaku kebakaran di aras 63 (aras tertinggi) dan menyebabkan rebakan kebakaran dengan lebih cepat dari disangkakan.

Kebanyakan orang di tingkat bawah The Tower berlari keluar, tetapi VVIP & kakitangan di tingkat atas masih terperangkap. Ini termasuklah Dae Ho, Ha Na, Yun Hee.

Pasukan bomba yang diketuai Captain Kang telah bergiat menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Ape yang aku suka?
Penulisan jalan cerita ni yang superb! Semua details yang diambil kira, memang sangat menarik perhatian dan harus diberikan pujian. Aku suka logic jalan cerita & menarik + tidak terlalu ‘nampak’ menipu penonton. Itu sangat penting. Even ending cerita ni walau sikit boleh dibaca, tapi mengharukan… Harap korang enjoy movie ni…

No comments:

Post a Comment