Raya
tahun ni adalah raya paling simple dalam idop aku. Dengan dugaan idop yang
terbesar time puasa aritu, tetibe raya idop aku lain plak. Nak kata best,
biase2 je la… tapi ok la…
3
hari sebelum raya, baru complete la aku nyer persiapan raya. Itupun cuma 2
pasang baju baru, tudung 2 helai n last but not least, aku beli gelang baru. Hihi.
Dengan duit bonus yang tak seberapa tuh. Hubby plak bagi hadiah besday in
advance iaitu Samsung Mega. Penah dengar? Aku pon tak penah, hihi… dramatic la
time tuh. Tapi aku akan citer on my birthday later okeh? Bila? Ofkoz 14 Aug
nanti…
2
hari sebelum raya, aku masih kerja. Aku g area Banting and on the same time aku
beli kerepek untuk mak mertua aku & babysitter Yamin. Saje je bagi. Formality.
Huhu… aku beli untuk rumah 3 jenis je. Kacang2 takde… aku plan beli dekat Jalan
Kebun je. Petang tuh, aku beli 3 jenis kacang n jeruk sengkuang. Total kuih cuma
6 jenis. Cukup la kot. Hihi…
On
the same day, aku g umah Kak Nya kat KL untuk amik rending daging yang aku
order kat dia. Untuk bawak balik kg. Siap menapau kuih raya bagi kat aku tapi
sikit2 jela. Rezeki bulan puasa.
Sehari
seblum raya, aku balik awal. Haha… keji x? kol 4pm da on the road balik kampong.
Tapi sampai Tanjung Malim baru kol 6pm. Huhu… sangat la berharap sampai kg
terus buka… hihi… keji x?
Singgah
pekan Tanjung Malim n beli sepasang baju casual Yamin + T-Shirt satu.
Sampai
Gedangsa kol 7pm. Kak Ngah n family da ada kat sana…
Pagi
raya tuh, macam biase je. Mak mertua aku da masak da. Simple je. Kuah kacang, rendang
ayam. Ketupat pon takde. Semua yang segera2 je. Abah mertua aku masak lemang
rebus. Campur ngan sambal tumis campur mak mertua aku masak, itu la makanan
paling simple untuk raya. Yamin sangat berbahagia main ngan sepupu2nya. Ambik gambar
sefamili kat luar… keluarga hubby aku keluarga kecik je. Nak banding ngan family
aku, kena amik gambar jauh baru nampak semua muka.
Petang
baru lah sepupu2 hubby beraya.
Raya
kedua, aku masak laksa…. Tak ramai raya umah mak mertua aku ni. Sedara terdekat
je. Kol 4pm, kitaorang bertolak balik. Si Yamin tido sepanjang jalan. Penat mulut
ngan badan lah tuh… huhu…dia tersangat peramah ngan semua orang. Ape orang
tanye dia jawab walaupun baru 1st time jumpa… huhu…
Singgah
Mydin beli barang dapur sket. Dinner kat foodcourt bawah Mydin. Yamin tergigit cili
api… sian tol, siap mintak ‘tolong’ lagi…
Pagi
raya ketiga baru balik umah mak… hubby lak kemas umah. Well, dia beli cabinet pasang
sendiri kat Mydin semalam. Aku kemas sikit2 je. Kat umah mak ada Kak Ya n
family. Tapi dia pon bersiap nak kuar beraya. Aku tolong mak layan tetamu. Umah
mak memang sampai raya ke 30 pun ada orang datang lagi kot… ramai! Tapi aku
perasan macam tahun ni kuih raya mak tak banyak cam tahun2 sebelum tuh. Tak tahu
nape…
Keluarga
Along balik jap tengahari tuh… petang Kak Ya masak ayam masak merah for dinner.
Aku terase cam da gained berat sebab makan banyak sangat for raya ni. Maklum lah…
hormone T3 & T4 da seimbang la katakan… da susah nak kurus lak nanti. Diet diet!
Raya
keempat, aku n Kak Ya sefamily g beraya kat Sijangkang n Rantau Panjang. Lunch,
Kak Ya belanja kat Pelita Nasi Kandar, Bukit Tinggi. Balik tuh ada bebudak
anak2 jiran beraya.
Itu
je raya aku…. Haha….
Simple
kan? :-P
Pagi
ni da masuk opis… Selamat Hari Raya korang… Maaf Zahir & Batin!
No comments:
Post a Comment