Sunday, 11 August 2013

A Werewolf Boy



Lama giler tak touching tengok citer Korea nih! (yela tuh… haha)


Cast :
Song Joong Ki – Chul Soo
Park Bo Young – Su Ni (muda) / Eun Joo
Yoo Yeon Seok – Ji Tae

Plot:
Berlatar belakangkan tahun 60-an. Keluarga Su Ni (mak, adik n Su Ni), berpindah ke kawasan ladang yang agak jauh dari Bandar. Atas belas ehsan keluarga Ji Tae, mereka menumpang di rumah ladang itu.

Satu pagi, Su Ni terjumpa seorang budak lelaki – anggaran umur 19 tahun yang kelihatan seakan terbiar dan tidak terurus didepan rumahnya. Ibu Su Ni memberikan dia makan dan lagaknya seperti binatang yang da lama tak makan.

Ibu Su Ni membawa budak tersebut yang tidak boleh bercakap / tidak faham ape yang orang cakap ke balai polis tetapi takde rekod budak hilang dilaporkan. Polis memberitahu mereka akan menghubungi ibu Su Ni jika terdapat agensi orang terbiar yang sesuai dengan budak itu nanti.

Ibu Su Ni membawa budak itu pulang dan menjaga budak itu. Pada mulanya Su Ni sangat tidak senang dengan kehadiran Chul Soo yang seperti binatang. Dia kemudian terjumpa buku lama yang menunjukkan cara2 bagaimana melatih anjing. Dia mencuba kepada Chul Soo, dan berjaya.

Hari demi hari, Chul Soo semakin elok dan mampu bermain dengan kanak2 sekitarnya. Dia obsess dengan pensil dan diajar menulis oleh Su Ni. Tetapi dia masih belum mampu bercakap.

Suatu hari Ji Tae yang meminati Su Ni cuba merogolnya. Chul Soo yang berada berhampiran cuba menyelamatkan Su Ni dan dia bertukar menjadi………. Werewolf? Haha… cam comel je. Tapi xdela gadoh darah2 ke per. Dia cuma menyerang Ji Tae tanpa menyerang Su Ni.

Ji Tae cuba menyakinkan polis dan orang persekitarannya yang Chul Soo adalah seekor ‘binatang’ dan tiada siapa mempercayainya. Oleh kerana pengaruh ayah Ji Tae, Chul Soo terpaksa di kurung.

Ji Tae mula mereka cerita tentang Chul Soo yang menyerang kambing seorang jirannya. Padahal kambing tersebut mati disebabkan dilanggar oleh kereta Ji Tae yang dipandu ketika mabuk. Bukti dikumpul dan Ji Tae yang naik angin telah mengugut mencederakan Su Ni. Chul Soo bertukar menjadi werewolf dan menyerang Ji Tae sehingga mati.

Dia kemudian melarikan diri dengan Su Ni kedalam hutan.

Usaha mencari Su Ni giat dijalankan… Su Ni yang bangun dari pengsan telah ‘menghalau’ Chul Soo untuk mengelakkan dia daripada ditangkap oleh orang kampong dan polis.

Sekembalinya kerumah, Chul Soo tidak kelihatan lagi dimana2. Dia meletakkan sekeping nota di bangsal tempat Chul Soo dikurung berbunyi : ‘Tunggu aku… aku akan kembali’.

Selepas bertahun2, Su Ni yang sudah tua (anggaran umur 60-an) telah kembali ke ladang tersebut. Ladang itu telah diwariskan atas namanya. Dia bermalam di bangsal itu bersama cucunya Eun Joo. Malam itu, dia terdengar bunyi di bangsal tempat Chul Soo dikurung.

Dia masuk ke bangsal itu dan terjumpa Chul Soo (masih muda) memegang gitar lamanya. Chul Soo memberikan nota buruk yang ditinggalkan Su Ni bertahun lamanya. Tragis, Su Ni (tua) telah menangis dan menanyakan kenapa Chul Soo menunggunya padahal dia telah menikmati kehidupannya dengan semua impian & dia da tua. Chul Soo (tetibe je dia boleh cakap), dia rase Su Ni masih cantik macam dulu. Huhu… sedih okeh?

Pagi tuh, Su Ni bangun dan bergegas keluar dari rumah bangsal itu. Dia menelefon agen hartanah dan mengatakan dia takkan menjual tanah tersebut.

HABIS!

Huhu… satu je benda yang syahdu adalah persahabatan antara Su Ni (muda) dan Chul Soo. Yup, berkesan sungguh lakonan Song Joong Ki walaupun tanpa percakapan tapi kita rase sedih gak… huhu… thump up!

Lagu OST drama ni bertajuk ‘My Prince’, sama melodi dengan cerita animasi ‘Up’ yang syahdu gak. Sedih kan?
BTW, my hubby pun share some thought ngan aku... aku prefer selepas 40++ tahun, sepatutnya Chul Soo jadila tua. Kalau dia leh besar sampai saiz orang 19 tahun, nape dia tak leh tua? Logik ke? Kalau dia jadi tua, aku lagiiiiiiiiiii la sedih kot! Huhu...
Walaupun aku ingatkan drama ni action movie, rupanya cuma melo je… nice bebeh!

No comments:

Post a Comment