To
be honest, drama ni sangat kompleks untuk dihuraikan atau nak dipendekkan.
Sebabnya, jalan ceritanya pun agak kompleks. Trust me, memula sebelum aku
tengok drama ni aku cuma berharap pasal konflik keluarga atau konflik lelaki
berebut pasangan yang lain.
Malah
ending cerita ni tragic, walaupun boleh agak untuk memenuhi keperluan dan
kehendak penonton, perlulah seorang terkorban. Huhu…
Aku
memerlukan lebih dari sehari untuk menyiapkan synopsis ini.
Cast
:
Kim
Namgil – Han I su / Kim Jun / Yoshimura Jun
Son
Ye Jin – Jo Hae Wu
Lee
Jeong Kil – Jo Sang Guk (Atok Jo Hae Wu)
Ha
Seok Jin – Han Joo Young (Suami Jo Hae Wu)
Lee
Honey – Jang Young Hee
Jung
In Gi – Han Beong Man (Bapa Han I Su)
Nam
Bo Ra – Han Yi Hyun (Adik Han I Su)
Plot:
Han
I Su sekeluarga menetap di rumah Jo Sang Guk, keluarga kaya di Korea yang
terkenal sebagai pejuang kemerdekaan. Han Byeong Man bekerja sebagai pemandu
keluarga Jo Sang Guk.
Han
I Su berkawan baik dengan Jo Hae Wu dan menyimpan perasaan antara satu sama
lain. Mereka belajar di sekolah menengah ketika itu.
Tetapi
rupa2nya keluarga yang nampak normal diluar, menyimpan rahsia masa lepas yang
hitam. Semuanya terbongkar satu persatu. Kena tengok episode semua baru paham.
Hihi…
Ayah
Han I Su mati dalam keadaan misteri. Sebelum kematiannya, dia dituduh melakukan
kemalangan langgar lari dan sedang disiasat polis. Dia menelefon I Su
memberitahu yang akhirnya dia mempunyai peluang untuk menebus kesalahan lepas
dan akan menyerahkan diri ke pihak polis.
I
Su yang pada mulanya cuma terfikir yang ayahnya terpaksa menyerahkan diri
kerana dituduh dalam kes langgar lari itu, telah berlari ke balai polis. Dia
ternampak ayahnya diseberang jalan dalam keadaan terbaring. Ayahnya mati
mengejut kerana diracun?? What??! Siapa yang racun padahal sebelum itu ayahnya
sihat je…
Bersedih
dengan kematian ayahnya, I Su cuba menyiasat hal sebenarnya. Dia ternampak ayah
Hae Wu yang balik dalam keadaan kelam kabut pada malam kejadian. Tetapi dia
tidak dapat membuktikan apa2. Kejadian langgar lari itu disaksikan oleh seorang
budak lelaki berumur 5 atau 7 tahun. Ketika mengantung poster untuk menarik
saksi di tempat kejadian untuk tampil member keterangan untuk membersihkan nama
ayahnya, budak tersebut ditemani datuknya telah berjumpa I Su dan menceritakan
kejadian itu. Tetapi pihak polis tidak dapat menerima keterangan budak berumur
5 – 7 tahun begitu sahaja.
Apabila
menerima bahan tinggalan ayahnya kepada I Su, dia terjumpa kunci untuk peti
simpanan tertentu. Dia cuba mencari dimana peti itu dan akhirnya berjumpa satu
sampul surat yang dipenuhi maklumat mengejutkan. Tanpa memberitahu isi
kandungan itu kepada penonton :-P, I Su menelefon pegawai penyiasat dan
mengatakan mahu berjumpa untuk menyerahkan sampul tersebut.
Sebelum
itu dia telah menelefon adiknya dirumah, dan kebetulan Hae Wu yang menjawab
telefon. Ketika itu pondok telefonnya telah dilanggar oleh sebuah lori dan
darah menyimbah bumi… huhuhu… sangat dasat.
Mr.
Byeon (pegawai penyiasat), telah tiba ke tempat yang dijanjikan, terkejut melihat
kasut I Su tanpa mayat / badan I Su disitu. Dia juga terjumpa kunci peti
simpanan. Tanpa bukti yang lain, I Su telah disahkan mati.
Rupa2nya
I Su telah diselamatkan oleh seorang hartawan Jepun iaitu Mr. Yoshimura. Mr.
Yoshimura mempunyai kaitan dengan keluarga Jo Sang Guk yang telah ditindas oleh
Jo Sang Guk suatu ketika dulu. Aku pun tak paham kenapa dia boleh ternampak /
terjumpa / menyelamatkan I Su selepas kemalangan.
Hae
Wu cuba mencari I Su tetapi tidak berhasil.
Berbelas
tahun berlalu, I Su sekarang berumur awal 30-an. Mukanya agak berubah dari
dulu. Dia telah dididik oleh Mr. Yoshimura dan menukar nama kepada Yoshimura
Jun atau nama Koreanya Kim Jun. Kim Jun telah diberikan tanggungjawab untuk
memperluaskan Giant Group, sebuah perniagaan perhotelan.
Adiknya
Yi Hyun dipelihara oleh Mr. Byeon dan isteri yang kebetulan berkahwin tanpa
anak. Yi Hyun tidak mengetahui I Su masih hidup.
Kim
Jun kembali ke Korea dan menginap di sebuah hotel yang kebetulan ketika itu
adalah hari perkahwinan Hae Wu dan Joo Young, kawan sepersekolahan mereka. Kim
Jun yang telah menyiasat awal2 tentang Hae Wu telah terjumpa Hae Wu yang sedang
melihat bintang Solaris di balkoni hotel. Tanpa memberitahu siapa dirinya, Kim
Jun juga bercerita tentang bintang Solaris dan menarik perhatian Hae Wu.
Kemudian
mereka berjumpa secara beberapa kebetulan.
Pada
ketika itu, semua saksi2 dan orang yang berkaitan dengan keluarga I Su mati
satu persatu dan meninggalkan satu tanda ‘trademark’ yang menunjukkan jenayah
tersebut dilakukan oleh orang yang sama.
Sebagai
peguamcara, Hae Wu telah menyiasat tentang kaitan I Su dengan kes2 tersebut.
Mr. Byeon juga menyiasat. Yi Hyun pula menerima beberapa ‘hadiah’ yang
kebetulan memang diinginnya secara ‘misteri’. Hae Wu dan Mr. Byeon mula mengaitkan
tentang I Su yang berkemungkinan masih hidup.
Hae
Wu & Mr. Byeon telah membuka kembali kes itu. Tindakan Hae Wu ditentang
keras oleh ayahnya & Jo Sang Guk dengan kenpentingan sendiri. Ayah Hae Wu
takut tindakan langgar lari nya dahulu terbongkar.
Siasat
dan terus menyiasat, Hae Wu kerap terserempak dengan kebetulan Kim Jun yang
kerap muncul secara kebetulan. Dia mula berteka teki yang Kim Jun adalah
sebenarnya I Su yang telah mati. Malah Kim Jun mengesahkan yang dia I Su.
Perasaan
masa lampau kembali dan cinta terlarang telah berlaku antara mereka. Auw!
Semakin
dalam mereka menyiasat, rahsia sebenar Jo Sang Guk terbongkar. Dia adalah bekas
tentera Korea Utara yang mencuri identity ‘Jo Sang Guk’ sebenar sebagai pejuang
kemerdekaan Korea Selatan. Nama sebenar Cheon Young Bok yang telah membunuh Jo
Sang Guk sebenar dan membakar seluruh kampong untuk menutup rahsianya.
Dia
sanggup mengupah pembunuh upahan untuk menghapuskan orang2 yang mengetahui
rahsianya. Pembunuh upahan itu adalah bekas ahli ‘Torture Unit’ yang aktif
ditahun 80-an.
Banyak
perkara menarik berlaku selepas itu yang sukar untuk ditulis dalam blog. Antaranya
kaitan Han Byeong Man dengan rahsia masa lampau Jo Sang Guk & siapakah yang
membantu Han I Su dalam rancangannya menuntut keadilan? Ape kata korang tengok
sendiri…
;-)
hehe…
Berbaloi
menonton cerita ni, trust me! Walaupun jalan cerita agak slow, tapi drama ni
ada ‘sesuatu’ yang mengujakan…
*Note:
Sekarang
aku baru perasan ada ‘sesuatu’ yang menarik dengan Kim Namgil. Nampak dia kat
Entertainment Relay, dia adalah seorang yang comel & FUN!
No comments:
Post a Comment