Sunday, 4 August 2013

Weekend 03/08 - 04/08/2013



Tinggal lebih kurang 3 hari je puasa. Well, agak2 Khamis ni jadi x Raya? Huhu…

Hari Jumaat lepas, aku buka puasa ngan Awin. Actually opis aku pon buat majlis buka puasa tapi malas nak g. Huhu… dapat sebulan bonus. Tapi increment aku tak dapat sebab gaji kan kena tolak. Saje je nak amik ati aku sebab bagi bonus kat aku sorang je. Staff lain pas raya. Ye la tuh… kan? Syukur? Ofkoz sebab itu hasil usaha aku sepanjang tahun lepas tapi sebab takde increment, aku da malas nak cakap n komen lagi.

Aku sampai Jusco Bukit Tinggi and terus booking Oldtown White Coffee nyer Ramadan delight tuh. Total after tax RM 46.90 tak silap. Tahun ni aku belanja Awin sebab tahun lepas dia belanja aku.

Kol 6.30pm, aku g beli tiket Turbo untuk midnight nyer showtime.
Jumpa Awin, g berjalan… aku ngan Awin sama habit bila shopping. Nampak, berkenan n beli… tapi nak jumpa yang berkenan memang susah.

Buka puasa lepas azan maghrib. Well, korang rase2 sedap x?





Dalam set ni ada nasi kunyit + keropok lekor + rending ayam + kari ayam + timun + sambal sotong + satay 4 cucuk + kangkung goreng belacan + ABC (2 cup) + teh tarik + kopi suam + sirap selasih (2 cawan). Teh tarik and kopi tuh boleh je mintak sejuk.

Lauk2 tuh semua boleh diterima tapi spoil abes kat nasi kunyit sebab bau kunyit sangat kuat. Mengugat keinginan untuk makan, okeh? Huhu… sangat la tak sedap. Maybe guna nasi putih pun kira okeh da… takyah susah2. Tak pun nasi lemak. Tambah la sikit sambal ke, ikan bilis ke… ok maa… kalau korang berminat ngan set ni, boleh la cuba tapi aku rekemen tukar nasi kunyit ngan nasi putih untuk mengelakkan penyesalan. Huhu…

Abes buka terus balik sebab nak kejar masa solat tarawikh. Kol 10.30pm, kuar balik untuk tengok Turbo. Yamin sangat la excited. Tak abes2 bercerita. Huhu… tapi abes je Turbo dalam kol 1am, terus flat. Aku pun konpius, penat badan ke penat mulut.

Sabtu pagi, aku cuma sahur ngan 6 gelas air. Huhu… badan panas la. Cam nak demam. Pas subuh, sambung tido lagi. Hihi… kol 8.30am, bangun n start ngemas bahagian dapur. Aku lap tingkap n rendam langsir dalam Clorox. Itam gak langsir tuh sebab da setahun tak basuh :-P nanti aku tempah la langsir murah2. Untuk backup.

Sepatutnya arini perabot nak sampai tapi tetibe dorang call kata Ahad. Huhu… aku da plan nak kuar jap pagi untuk beli baju kurung. So, terpaksa la adjust plan balik. Kuih raya pun xde nih! Ajak hubby kuar petang2 sket. Tapi 2 beranak tuh membuta plak sampai kol 5pm. Da petang sangat, malas la aku nak kuar la… adus… rase nak makan benda pedas2.

Hubby n Yamin berdua g beli makanan sebab aku teruja nak tengok You Are The Best! Lee Sun Sin… huhu… nape tah sekarang kinda gila ngan drama ni. Kol 6.55pm da standby nak tengok. Tapi aku macam terlepas satu episode la… hari ni baru teringat yang last week Ahad petang aku busy antar ‘ngunjung’. Itupun lepas baca post last weekend balik, hihi…

Hubby g tapau Ayam Penyet Ria. Sambal dia okeh, tapi aku tak kenan sangat ngan ayam nyer… ntah nape.

Malam lepak2 kat umah mak. Hubby kuar jumpa kawan dia guna keta aku. Si Yamin ni, terlebih cakap la… mesti ada yang kurang selesa ngan dia. Huhu…

Ahad pagi, hubby bagitau perabot dihantar kol 1pm. Adus, so, aku ajak dia kuar cari baju kurung. Haritu ada jumpa yang cantik kat Tesco Klang tapi sedih giler sebab baju tuh da takde. Yela, nama pun baju cantik, msti da ada orang beli. Huhu… sempat plak aku singgah Poh Kong tengok cincin idaman aku. Masih ada disitu melambai2 aku untuk beli. Harga da naik. Well, cincin tuh aku da nampak almost 3 years ago. Da jatuh cinta da. Time tuh harga dia RM 999. Sekarang da RM 1,299. Huhu… macam tak mampu je nak beli sebab bajet RM 1k je. Tapi bukan jenis emas kuning. Aku pun tak tau nak klasifikasikan sebagai jenis ape...

Tergugat gak tengok kawan2 aku yang pakai banyak emas cam Awin. Tapi, aku ni ganas la. Beli kang bukan pakai. Takpun leceh nak bukak time mandi bagai. Yela, harta susah nak dapat kan? Huhu…

Pencarian diteruskan ke Giant Bukit Tinggi. Huhu… sama gak, takde yang kenan. Time tuh da kol 12pm. Sempat tak g GM? Duhai… g jela kan? Aku turun sorang sebab aku yakin sesak. Yamin tunggu dalam keta ngan hubby.

Jalan nyer jalan, last2 aku beli la gak satu baju peplum ni. Huhu… definitely not my 1st choice tapi ape nak buat kan? Aku bukan minat sangat peplum. Tapi mana nak cari lagi???

Gambar akan di-upload kemudian. Hihi… balik tuh da flat. Aku tido ngan Yamin dalam bilik. Hubby entertain orang perabot tuh. Aku terjaga dengar dorang tengah pasang rak kasut. Huhu… lantak!

Dorang balik baru aku kuar. Hmm… memang kemas jahitan sofa tersebut. Berbaloi la beli. Tapi sangat besar untuk rumah kitaorang. Nampaknya pasni Yamin takleh la main sepak2 bola lagi. Sian si kecik tuh.

Siap2 untuk buka kat Impiana, KLCC. Guess what?! Kitaorang terjumpa Tam Spider! Hihi… kecik je rupanya dia tuh. Dia ngan family dia n anak dia kot.

Kalau yang tak g lagi buffet Ramadan tahun ni, boleh la consider Impiana KLCC. Style hotel ni sama je mana2. Makanan bersepah sana sini. Masuk je ke Tonka Bean CafĂ© (venue Ramadan Buffet), akan jumpa dapur panjang yang serve makanan goreng2 cam Char Kuey Teow, Mee Goreng Mamak and etc… banyak la nak sebut.





Sebelah tuh ada kaunter serve air kelapa muda ngan 7-8 jenis pilihan air.

Patah balik, ada kaunter aiskrim Baskin Robbin. 


Naik tangga, akan jumpa pilihan makanan kat center of the room. Makanan2 adalah termasuk makanan manis, lauk pauk, bubur, jeruk, kerabu2 n makanan yang aku tak sure nak makan ke tak… Oyster! Hihi… thrill okeh? Ofkoz aku tak makan ni… 















Kitaorang duduk dekat ngan meja makanan tengah tuh. Ada satu pintu kuar, ada kambing bakar, satay, ikan bakar + seafood bakar, ABC nyer kaunter… bubur n buah2an. 











Boleh makan durian kat luar pas buka nanti.
Per head RM 108++ for adult. Hubby belanja. Muah! :-P

Nak tau rase2 makanannya. Trust me, mana mungkin boleh makan banyak kan? Tapi buah2an nyer segar. Ada buah salak lak tuh. Tapi aku terlupa nak makan lak. Haha… sebab aku amikkan Yamin 2 bijik (dia pun suka buah salak). N pastu terlupa nak makan. Hihi…

Aku amik ikan bakar untuk memulakan bicara. First time aku makan ikan merah bakar. Boleh la… tapi macam tak sesuai sebab tekstur daging ikan merah pejal. Perlu lebih marinate kalau nak bakar ni. Sebaik ikan ni fresh, so, boleh la tahan…
Ikan pari bakar okeh, tapi saiz kecik la. Sambal belacan yang cicah ni alahai tak pedas langsung. Tak salah tau pedas sket sebab perlu pedas dari tak pedas, ye tak? Udang tuh fresh… boleh la makan.



Satay lak. Hmm…. Aku amik sikit satay ayam + satay daging. Plus ketupat, bawang and timun. 



Satay ayam okeh. Tapi satay daging sangat mengecewakan sebab liat n tak sedap. Bawang potong giler bapak besar. Boleh tercekik makan. Sambal kacang okeh je, tak la sedap sangat.

Pastu aku amik mee goreng mamak + yong tau foo sikit. Aku basahkan ngan masak lemak kaki ketam. Sebagai extra nyer, aku amik stir fried beef ngan brokoli + bunga kubis Chinese style. Oh yes… yang ni semua puas ati. Kuah lemak kaki ketam tuh paling best tapi kaki ketam nyer kecik n daging tak pejal pun. Yang lain okeh…



Pikir ape nak makan lagi. Aku try bubuk lambuk dalam mangkuk sup. Tabur sket daun sup, bawang goreng, kacang tanah goreng n ikan masin. Bila da mix, okeh la rasenya. Yamin pun minta tambah.



Next, nasi ulam ngan lauk2 + kerabu taugeh. Aku amik sambal tempoyak. Well, maybe sebab aku da terlambat amik, nasi tuh agak berkerak… panas bawah nya kot. Kerabu tuh sedap gak, sikit masin. Ikan bawal masak ala Thai tuh agak terlebih masak. Eceh… memang okeh? Dagingnya tak boleh potong, keras.



Kalau korang berminat nak buka puasa kat Impiana KLCC, leh la masuk web dorang : www.impiana.com.my

Nampaknya ini la satu2nya tempat aku makan Buffet ramadan untuk 2013 ni.
Itu jela. Kitaorang balik… n singgah kat Petaling Street beli DVD Korea. Ranap RM 384.00. haha… sian betul!

Malam tadi aku bangun 2.55am untuk tengok You Are The Best! Lee Sun Sin… hihi… addiction! Si Yamin terlentok atas sofa baru…

No comments:

Post a Comment