Thursday, 1 August 2013

Jang Ok Jung : Live for Love (The Finale)



Ending Jang Ok Jung : Live for Love lebih logic berbanding dari original version yang dicatatkan oleh sejarah. Nak tau kenapa? Sila baca kesimpulan my very own version. Hihi… 



Dalam Sejarah:

Jang Ok Jung adalah berasal dari keluarga bangsawan. Kerana cita2 yang tinggi untuk menjadi seoarng permaisuri, dia telah berkomplot dengan sekutu2nya untuk melakukan pelbagai agenda politik terkutuk istana. Semuanya berlaku selepas dia dinaikkan pangkat sebagai Jang Hee Bin selepas melahirkan anak sulung Raja Sukjong. Berbagai usaha untuk menyingkirkan orang yang menghalang usahanya menjadi permaisuri termasuk Permaisuri Inhyeon sendiri. Ketika itulah wujudnya Gundik Choi (kemudiannya digelar Dong Yi) yang membantu Permaisuri Inhyeon mendedahkan kejahatan Jang Hee Bin. Jang Hee Bin mati dengan hukuman meminum racun dan darahnya tersembur memenuhi istana.



Well, itu version dalam drama Dong Yi. Ada banyak yang tak logic dalam cerita tuh sebenarnya. Aku memang rase sangatttttt benci dengan Jang Hee Bin dalam drama Dong Yi sebab kejahatannya. Tapi ape jadi dengan berita tentang kecantikan dia dan dia kekasih agung Raja Sukjong?



Seperti diceritakan dalam Jang Ok Jung : Live for Love




Oleh kerana kejahatan ibu Raja dan provokasi Permaisuri Inhyeon, Ok Jung dipujuk berpakat oleh pakcik nye Uncle Jang untuk memfitnah Permaisuri Inhyeon. Dia sengaja memakan makanan yang dia tahu telah diracun dan menyebabkan dia koma beberapa hari. Raja mula menubuhkan pasukan untuk menyiasat tentang komplot meracun Ok Jung.



Oleh kerana risau dengan kedudukan Permaisuri Inhyeon akan tergugat di istana, ibu Raja mengaku dia yang menyuruh orang meletakkan racun kedalam makanan Ok Jung. Tetapi takde sesiapa tau tentang komplot Ok Jung meracun diri sendiri sebab dayang terlibat telah lari dari istana.



Trust me, itu adalah satu-satunya kejahatan yang dia lakukan!



Komplot dan Jang Ok Jung sebagai mangsa (selepas menjadi gundik diraja):



Semasa dia mengetahui yang dia sudah mengandung dan Menteri Min kebetulan melalui kediamannya di Chisundang dan berjumpa dengan tabib. Dia kemudian mengetahui Jang Ok Jung telah mengandung dan memberitahu ibu Raja. Kebetulan terdapat lawatan keluar istana kerabat diraja dan Ok Jung telah dijemput oleh Raja Sukjong untuk turut serta. Ibu Raja mengarahkan Menteri Min ‘menguruskan’ Ok Jung. Kuda yang dinaiki oleh Ok Jung diracun dan Ok Jung terjatuh. Dia keguguran. Time tuh, Ok Jung tak bagitahu Raja untuk mengelakkan raja sedih. Ok Jung pula cuba mendapat perkenan ibu raja untuk menerimanya di depan kediaman ibu raja. Tujuan kedua untuk meredakan mogok menteri2 di istana. Bagi aku, ini bukan kejahatan. Tapi lebih kepada serangan balas atas ape yang dibuat oleh orang disekelilingnya. Dia mengugut Menteri Min (bapa permaisuri Inhyeon) untuk mendedahkan tentang dia yang pernah cuba dibakar hidup2 oleh Menteri Min. Menteri Min tiada ada pilihan lagi selain memberhentikan mogok menteri2 di istana. Untuk ibu Raja pula, Ok Jung terpaksa melutut beberapa hari didepan kediaman ibu Raja. Tetapi ibu Raja yang marah, telah tidak sengaja mendedahkan tentang rahsianya pernah memaksa Ok Jung meminum ubat kemandulan dan Raja yang kebetulan lalu terdengar. Siapa salah?



 Oleh kerana ibu raja ni perempuan yang sangat kolot, dia berjumpa dengan bomoh untuk mengetahui samaada ada cara untuk mengubah takdir yang Permaisuri Inhyeon akan mati sebagai anak dara tanpa melahirkan anak untuk Raja. Bomoh telah mencadangkan satu tarikh untuk Raja tido dengan Inhyeon. Haha… serangan balas dari Ok Jung adalah mengoda Raja untuk tido dengan nya pada tarikh tersebut. Jahat ke? Suami kita maa…



Apabila disahkan telah mengandung, Ok Jung telah dipanggil oleh ibu raja yang mengugut agar Ok Jung menyerahkan anaknya setelah melahirkan nanti. Well, mak mana nak bagi anak dia kat orang lain kan? Tapi Ok Jung terpaksa bersetuju sebab ibu raja mengugut untuk memotong pergelangan tangan nya. See, Ok Jung masih waras lagi.



Bila ibu raja mati akibat ‘diracun’ oleh Uncle Jang, TRUST ME, Ok Jung Has nothing to do with the complot! She doesn’t even know. Huhu…



Permaisuri Inhyeon telah dihalau dari istana atas komplot menjatuhkan Raja oleh Menteri Min.



Selepas itu Ok Jung berazam untuk menjadi permaisuri terbaik dan dibanggakan Raja.



Selepas tu, memang banyak kejadian berlaku termasuklah penyebaran novel rakyat menceritakan tentang kejahatan Hee Bin. Huhu… sian… nak taknak, Ok Jung menasihatkan Raja untuk memulihkan jawatan Inhyeon. Raja dengan berat akur dengan syarat yang Ok Jung masih tinggal diistana dan menyandang jawatan Gundik Jang kembali. Semua orang panas punggung melihat agungnya cinta Raja Sukjong kepada Ok Jung. Gundik Choi kemudiannya telah memfitnah Ok Jung kononnya Ok Jung mengadakan upacara untuk menyumpah permaisuri Inhyeon yang mati kerana penyakit yang tidak diketahui. Padahal Ok Jung telah mengadakan upacara itu untuk menyelamatkan putera mahkota yang sakit cacar (zaman dulu cacar adalah penyakit berbahaya yang tiada ubatnya).



Atas bukti2 yang mendesak, dan menteri2 mula mempengaruhi raja agar menjatuhkan hukuman mati kepada Ok Jung, Ok Jung menasihatkan raja sekali lagi untuk menjatuhkan hukuman agar dia boleh ‘mengambil nyawanya sendiri’. Sedih okeh? Episode terakhir aku menangis 80% sepanjang cerita. 





Selamanya, aku benci politik dalam mana2 Joseon era drama / movie. Raja takde kuasa langsung! Tak best tol! Ape kata kita ubah persepsi pasal Ok Jung aka Jang Hee Bin?



*Note : Now I know why Dong Yi didn’t be a Queen.

No comments:

Post a Comment