Thursday, 29 August 2013

Alhamdulillah...



Haha… Alhamdulillah aku da dapat offer kerja yang baru. Gaji basic pun banyak dari ape yang aku dapat skrg. Memang thanks to Allah!

Well, aku lebih berterima kasih pada my hubby sebab dia ‘menyokong’ aku dengan caranya sendiri. Tak lupa to my friend yang banyak menolong aku dalam mencari lubang pekerjaan. To be honest, walaupun aku dapat panggilan interview base on my own usaha – Jobstreet. Tapi dorang pun ada bgtau gak mana tempat nak guna orang, things like that…

Alhamdullilah my verbal English sangat membantu aku arini… thanks to myself too… 

Arini aku akan antar tender resignation for a month and plan to give the letter that touch those bloody hell's heart! Will scan the letter later!

Tuesday, 27 August 2013

Update Hari ini



Ini mengenai update pasal aku..

Yup, 2nd interview aritu masing hanging lagi sebab orang yang sepatutnya interview aku ada hal aritu. Tapi aku di-interview gak, Cuma ngan orang yang tak boleh amik keputusan nak amik ke tak. So, esok aku ada interview kat company lain kat Telok Gong.

Tapi aku memang berharap dapat kerja kat Shah Alam tuh sebab kerja alternate Saturday. Yang kat Telok Gong, walau company besar gak, tapi kena kerja 5.5 days. Mesti ada kerja long hour gak. Huhu… stress!

Tapi oleh kerana keadaan sekarang, aku rase takde masalah untuk tender resignation sekarang sebab ada backup kerja. Ntah! Pening2, n ngantuk!

The Tower (2011)



Wah… best giler The Tower ni. Wajar mendapat award la… side effects walau guna CGI, sangat berkelas.



Cast :
Kim Sang Kyung – Lee Dae Ho
Son Ye Jin – Seo Yun Hee
Sol Kyung Gu – Captain Kang
Cha In Pyo – Mr. Jo
Jo Min Ah – Lee Ha Na

Plot :
Sehari sebelum sebelum Christmas, Mr. Jo, tuan punya The Tower telah menganjurkan party ‘White Christmas’. Seluruh kakitangan The Tower sangat sibuk membuat persiapan. Ini termasuk Lee Dae Ho, kakitangan bahagian keselamatan, Seo Yun Hee, kakitangan bahagian restoran / hospitality.

Dae Ho adalah seorang duda anak satu. Anaknya Ha Na berada di The Tower selepas sekolah untuk menyambut Christmas bersama ayahnya. Dae Ho menyimpan perasaan terhadap Yun Hee.

Beberapa jam sebelum itu, berlaku kebakaran kecil dalam restoran. Pemancut air pula tidak memancutkan air secara automatic untuk memadamkan kebakaran.
Dae Ho dan seorang kakitangannyer menyiasat dan mendapati paip pemancut itu telah beku di beberapa tingkat. Walaupun telah memberitahu pengurus bahagian, tiada apa2 tindakan diambil kerana sibuk dengan persiapan party malam itu.

Party bermula dan kejutan yang ditunggukan berlaku. Mr. Jo rupanya telah menyediakan kejutan dengan membawakan beberapa helicopter untuk menyebarkan salji ‘palsu’ ke The Tower. Semasa itu, sebuah helicopter telah jatuh kerana dilanda angin lintang. Berlaku kebakaran di aras 63 (aras tertinggi) dan menyebabkan rebakan kebakaran dengan lebih cepat dari disangkakan.

Kebanyakan orang di tingkat bawah The Tower berlari keluar, tetapi VVIP & kakitangan di tingkat atas masih terperangkap. Ini termasuklah Dae Ho, Ha Na, Yun Hee.

Pasukan bomba yang diketuai Captain Kang telah bergiat menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Ape yang aku suka?
Penulisan jalan cerita ni yang superb! Semua details yang diambil kira, memang sangat menarik perhatian dan harus diberikan pujian. Aku suka logic jalan cerita & menarik + tidak terlalu ‘nampak’ menipu penonton. Itu sangat penting. Even ending cerita ni walau sikit boleh dibaca, tapi mengharukan… Harap korang enjoy movie ni…

Monday, 26 August 2013

Confession of A Murderer



Masa terluang weekend lepas digunakan untuk menonton DVD Korea aku yang beli pas balik dari Ramadan Buffet kat Impiana KLCC aritu.

Dalam banyak2 DVD Movie, aku rase nak tengok Confession of A Murderer sebab aku kan suka citer2 camtu. Lagipon ada ex-bf I si Park Si Hoo tuh… hihi… jangan mare!



 
 Cast :
Park Si Hoo – Lee Doo Seok
Jun Jae Young – Lt Choi
Jeong Hae Gyoon – 'J'

Plot:
Lt. Choi menyiasat kes pembunuhan bersiri yang melibatkan mangsa perempuan pelbagai latar belakang. Dia hampir menangkap pembunuh tersebut tetapi kegilaan pembunuh itu sehingga sanggup melompat dari bangunan tinggi hanya mahu menyelamatkan diri. Semasa pergelutan itu, pembunuh itu telah berjanji untuk membunuh ibu Lt. Choi – dan mempunyai rancangan masa depan ‘tertentu’ untuk Lt. Choi. Dia telah mengelar mulut sehingga pipi yang meninggalkan parut dimuka Lt. Choi.

Itu lah kali terakhir Lt. Choi berjumpa dengan pembunuh itu.

Selepas 15 tahun, tempoh pendakwaan telah pon tamat. Seorang lelaki, Lee Doo Seok, muncul di khalayak ramai mengatakan dia telah membunuh perempuan2 tersebut dan menulis sebuah novel menceritakan secara details tentang pembunuhan itu. Buku tersebut bertajuk ‘I am Murderer’ telah mendapat sambutan yang luar biasa, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, tetapi penulis nya yang kacak (trust me, I know my Park Si Hoo kacak).

Kemunculan ini telah mendapat liputan dari pelbagai pihak. Lee Doo Seok telah menunjukkan yang dia telah ‘bertaubat’ dan rasa bersalah, meminta maaf kepada keluarga mangsa. Malah dia telah mensedekah kan hasil jualan bukunya kepada anak yatim & orang miskin.

Kemunculannya  telah menarik perhatian juga oleh keluarga mangsa yang tidak berpuas ati dan masih menyimpan dendam.

Sebuah stesen TV telah menyediakan sebuah rancangan bual bicara untuk menemukan Lee Doo Seok & Lt. Choi untuk mengesahkan yang Lee Doo Seok adalah pembunuh sebenarnya. Dalam rancangan tersebut, muncul seorang pemanggil, yang mengelarkan dirinya ‘J’ sebagai pembunuh sebenar.

Ape yang menarik selepas itu, memang aku tabik. 1st, aku tak sangka ada Korea movie yang ber-kelas camni. Sangat best dari banyak segi. Bertaraf Hollywood!

Siapakah sebenarnya ‘J’? Malah siapa pula Lee Doo Seok yang beria2 mengatakan dia pembunuh sebenar itu?

Pendapat aku, susah nak cari tidak puas ati semasa tengok cerita ni. Action nyer sangat high level dan bertaraf Hollywood. Keganasan lak tahan bloody nyer… best la… trust me, sangat2 best. Bagusnya bila idea penulis drama ni bukan lah dari penyiasat (Lt. Choi) dengan penjenayah je, tetapi dari perspektif keluarga mangsa yang ingin membalas dendam kepada penjenayah. ‘Senjata’ pembunuhan untuk membunuh penjenayah juga sesuatu yang jarang digunakan, iaitu menggunakan racun dari ular. Haaa… memang tersendiri!

Ape kata korang tengok sendiri, trust me, sangat berbaloi. Beli DVD ni kat Speedy Video. Keluaran syarikat PMP Entertainment – memang tidak mengecewakan. Harga baru RM 19.90 :) haha… siap buat iklan tak berbayar lagi tuh!


Weekend 24/08 - 25/08/2013



Yup, simple weekend again.
Last week around 5pm, aku dapat call dari company yang aku g interview aritu untuk 2nd interview. Huhu… memula aku pikir agak exhausted tapi aku rase ada tanda2 yang insyallah aku dapat kerja tuh :) eh… ye ke? Yang penting, aku sangat perlu kerja baru sekarang. So, aku just guna opportunity yang ada untuk berjaya. Ragu2 tuh cuma hasutan syaitan, ye tak?

Sabtu pagi, aku beraye kat area Jalan Kebun je. Dapat la g 3 rumah je. Sebab kol 2pm, nak antar mak g kenduri pastu sambung beraye ngan mak gak.

Hubby tak join petang tuh. Dia keletihan. Tapi sian gak sebab dia makan cekodok je for lunch. Balik tuh, aku rush balik n masak. Si Yamin elok terbongkak atas sofa.

Malam tak g mana, hubby layan bola. Selangor lawan ATM kat TV. Aku melepak umah mak ngan Yamin.

Pagi ahad, bawak mak g pasar pagi. Aku pon amik kesempatan beli ikan bilis ngan asam jawa yang da abes. Si Yamin sangat baik sebab tak minta mainan – selepas diwarning dari rumah J hahaha… sian gak tengok dia. Dia kata Yamin nak tengok je… sian giler okeh?

Hubby masuk opis jap. Kol 3.30pm, kitaorang g open house umah Awin. Rupa2nya adik dia bertunang. Hampeh nyer kawan, aku mati2 ingat open house biasa. Dia leh kata surprise! Ntah ape yang di-surprise kan, aku pon tak tau. Terus g Jusco untuk beli baju untuk 2nd interview Selasa ni. Takkan nak pakai baju aritu kan? Tapi aku takde tudung putih yang elok. Semua giler lama… kena beli gak ni. Singgah Skinfood beli loose powder yang da abes licin. Malam kitaorang melepak kat umah je.

Pagi tadi aku g Telok Gong untuk interview. BTW, job ni aku tak apply pon. Dorang search my resume kat Jobstreet n invite aku datang interview.
Company dia leh tahan besar gak la… tapi sebab director nyer masuk lambat, terpaksa postpone interview tuh ke lain hari. Erm, takpela, nampaknya boleh la jadi backup kalau kerja yang ‘satu lagi’ tak dapat.

Oh ye, lupa plak… arini aku start puasa 6 :)
Have a nice week ahead, doakan aku tau!!