Showing posts with label Bangang tol. Show all posts
Showing posts with label Bangang tol. Show all posts

Wednesday, 11 November 2015

Luahan Semasa

Lagi 3 hari sebelum 7th wedding anniversary n aku bengang sangat ngan husband aku. Geram sampai rase nak picit2 je muka bola dia tu. Masalahnya bukan la besar sangat tapi aku rase dia tu tak hormat aku sebagai isteri dia. Banyak benda dia buat dulu baru bagitau. N then bila cakap tu, cam cakap besar buat orang meluat je. Cam dia seekor je yang bagus. Banyak kali aku rase camni, tapi ultimately malam Deepavali tu lebih2 la terase. Tu yang malas nak bercakap ngan dia beberapa arini. Dia cam biasa je. Buat bodo, cam takde impact langsung bila mendengar rungutan aku. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Untuk anniversary nanti, dia plan nak gi panjat Broga Hills. Yamin akan diletakkan kat rumah kak ngah dia kat Semenyih. Kebetulan ada anak sedara yang rajin melayan dia. Masalahnya, tak penah2 bersenam, tetibe je nak panjat bukit. Aduhai, mahu terkehel sana sini. Da la esoknya nak kene keje. Dibuatnya terseliuh ke pe? Aku da mintak dia tukar agenda. Aku rase nak kuar makan n jalan2 tapi bukan dia gemar sangat kuar jalan2. Nanti buat perangai.

Haa.... cakap pasal buat perangai ni kan... ari Sabtu lepas sepatutnya kitaorng dijemput gi kenduri kawan opis aku kat Shah Alam. Da lamaa sangat takde jemputan kenduri kawen, memang dinanti2kan la. Aku sebenarnya sangat suka makan nasi kenduri. Lagi2 la kalau kenduri tuh kat kampung. Memang sedap la. Pagi Sabtu tu, da warning awal2 kat Yamin, jangan buat perangai, kalau tak, tak boleh ikot gi kenduri. Lepas tu dia terkuncikan pintu bilik mainan aku dengan hp aku kat dalam.

Then aku kuar jap, antar akak ipar aku gi stesen komuter Shah Alam. Balik tu, kira2 kol 12pm, my hubby da kuar gi bengkel, repair keta dia. Kol 1 baru dia balik. Then dia pecahkan pintu tu sebab tak jumpa kunci. Maybe time dia pecahkan pintu tu, dia maki2 orang dalam ati. Pastu mood dia tak baik. Aku tanye tak jawab. Aku memang hangin la bila tanye tak jawab tapi aku tau dia tengah marah sebab Yamin kunci pintu tu. Huhu... tapi kalau budak tu tau consequences begitu, mesti dia tak buat kan? Papa dia memang selalu bermain ngan perasaan. Last2 aku da malas nak gi kenduri. Sebab penah dulu kes yang sama berlaku. N bila gi kenduri, orang tanye my hubby n dia diam tak menjawab. Dia memang kategori kepala batu, tapi dia tak perasan. Huhu... yang bencinya, aku je yang jadi mangsa. Benci tol.

Lagi tragis tu, dia gi 'makeup' kereta dia n tak bagitau. Aku mana perasan kan? Sebab jumpa pun malam. Then salahkan aku sebab tak perasan. Aku, kalau beli seluar dalam baru pun aku bagitau dia. Kalau dia, da bertahun2 baru bagitau. Cam dia beli emas dari abang dia, da bertahun baru bagitau. Memang la lantak kan? Duit dia.... da la dia panggil aku orang kaya kedekut. Tang mana yang aku kedekut n kaya, aku pun tak tau. Nak kata, dia lagi banyak duit dari aku. Ish kang betul aku kaya n kedekut kang, dia gak yang terbuntang mata.


Dan satu perkara lagi yang aku sangat bengang ngan dia, memang da lama makan ati la. Senang cakap lebih dari usia perkahwinan aku la. Da la waktu keje cuma beberapa ketul je cakap ngan kitaorang - aku n Yamin. Kat rumah pun asek pegang telefon je. Dalam setahun, aku berani cakap kitaorang cakap kurang dari 1000 patah perkataan ok??? Pecaya ke tak? Lagi tragis semalam aku bersembang ngan mak pasal wedding anak sedara aku next year. Aku cakap boleh je bawak abah gi naik kerusi roda. Aku bole je bawak. Pastu mak aku tanye, aku nak drive keta husband aku ke? N dia kata husband aku tuh diam sangat. See??? Mak aku pun perasan... Husband aku kata dia diam sebab takde mende nak cakap n segan bagai. Aku time memula kawen dulu pun segan n tak bercakap sangat ngan mak mertua aku tapi sekarang da okay. Aku je yang boleh berubah, dia tak boleh berubah. Kalau camni la kan, kalau bercerai pun aku tak rase ralat. Bahagia ade la... boleh je cari lelaki yang lebih baik untuk aku n Yamin. Dia taknak berubah, nak je sesekali aku lempang bagi sedar. Ish.... sangat la geram!!!!

Tuesday, 28 October 2014

Melaka Trip (2014)

Cepat je da masuk hari Rabu, dan minggu ni adalah minggu terakhir dalam Oct 2014. Aku tak la busy sangat, maybe I’ll feel the heat starting tomorrow sampai la minggu depan. Huhu… melayan jela.

Minggu lepas, aku sangat bengang ngan abg aku & kakak ipar aku aka babysitter Yamin. Memang tak tertahan da… geram sangat! Kesnya camni. Dia amik cuti tanpa early notification. Tetibe je pagi Rabu tuh dia cakap nak cuti. Aku takpe lagi. Tapi sian la mak nak kene jaga Yamin ari Khamis tuh. Then balik dari keje Khamis tuh, abg aku takde pon kat rumah. Memang tak boleh nak harap dia jaga Yamin la kan? Mak cakap abah bising la… nape tak bagitau awal2 nak balik. Boleh abg aku cakap dia cuti aku tolak bayaran, tapi aku balik lambat, dorang tak bising pon. Aik…? Sape yang tak betul ni? Kalau ikot awal tahun nyer perjanjian, aku da highlight da aku bayar RM 300 sebulan. Kira tinggi dari harga market untuk budak umur 4 tahun. Aku kata OT aku tak bayar. Dia (kakak ipar) yang cakap kalau dia balik kg ke per, tolak la… tapi takat 2-3 ari, aku mana penah tolak? Yang aku tolak bila dia cuti seminggu. Itupun duit tuh aku bagi kat mak. Sebab mak aku yang jaga. Bodoh piang ke per dorang ni?

Malas aku nak komen lagi. Full stop!

Cuti Jumaat tuh, aku memang sengaja amik. Kebetulan abang aku & wife dia balik haji. Tapi aku nak settlekan buku baru ASB (untuk aku & Yamin) then g bayar final installment untuk kereta aku. Sampai ASB amik no, rupa2nya kene isi borang dulu. Adei… and satu buku di-charge RM 20. Then nama aku dalam tu sama salah cam aritu. Kene isi borang lagi. Aku pon da naik malas. Pasni, aku bank in duit Yamin dalam akaun aku gak & put some remarks la… senang. Pening pale aku. Huhuh… seba bila isi borang, kena amik no lagi. Bosan nya kehidupan! Selesai urusan kat ASB je da dekat kol 12pm. Sian mak aku da start masak2 untuk dibawak g rumah abang aku.

So, kami ke Ambank pulak. Naseb baik Yamin berperangai baik aritu. Tapi as always, mintak mainan. Final installment kereta aku dekat RM 600. Aku pinjam duit abah dulu. Malas nak amik cuti lagi sebab final installment kena dibuat kat kaunter. Yang penting start next month da takyah pikir pasal utang kereta. Kene maintain. Malas aku nak beli kereta baru. Tambah utang aku je.

Terus balik & aku rase letih sangat. Tolong mak sikit2 je. Then aku tido jap. Huhu… memang penat, tak tau nape. Gerak ke rumah abang aku dalam 3.30pm. Balik dalam kol 5.30pm. Lepas solat, aku tengok Discovery of Romance.

Hahaha… yang ni memang aku nak share perasaan syiok bila tengok Discovery of Romance. Heroin nya aku tak pernah tengok sebenarnya. Walaupun she’s quite famous. Tapi hero dia bukan gak aku nyer favorite, Eric Mun. Aku tak suka muka kereks dia. Camne pon, sebab beberapa orang kata drama ni best, aku download la… and I LOVE IT!!!! Trust me, skrip…. Jalan cerita…unexpected scenes, memang totally satisfying. Ada 2 episodes to go… tapi aku rase sayang nak melepaskan Eric pergi. Ahaha… poyo je. Last sekali aku tengok dia dalam Spy Myungwol, watak dia kurang sikit. Cam takde chemistry antara watak. Bosan je. Ngan muka dia yang annoying tuh. Untuk Discovery of Romance, I fall in love in just 10 minutes watching 1st episode! Suka sangat…. So sweet! Ada kemungkinan aku akan menonton lagi…. Heheh…

Sabtu lepas, my hubby tetibe ajak g Melaka. Dia baca blog aku kot. So dia suggest nak g lambat sikit. Boleh g Jonker Street.

Dari rumah dalam 12.30pm, sampai sana agak lambat sebab Melaka jammed. Terus late lunch kat Ee Ji Ban, restaurant yang serve nasi bebola. Kat Melaka banyak je tapi halal atau tak memang aku tak sure la kan? Ee Ji Ban ni agak popular, so kitaorang try la… order simple dish je. Bebola nasi tuh 15 bijik, sotong cili garam, sayur kailan sos tiram. Makanan sedap, tapi bagi aku agak mahal sebab portion nyer sikit.




Then berjalan kat kapal ala2 pirates tuh. Si Yamin memang over excited la… baik camtu daripada asek ajak balik je. Huhu… then naik Menara Taming Sari. Bayaran RM 15 untuk dewasa, kanak2 RM 10. Naik untuk melihat pemandangan area Melaka dalam 7 minit. Time tuh da maghrib. Pastu my hubby da pancit, naik beca dari Menara Taming Sari, g Jonker Street.



Kat Jonker Street, hmm… rupa2nya adalah pasar malam yang biasa2 je. Takde apa yang menarik. Aku beli gelang tangan rose yang kebudak2an. Boleh la aku padankan dengan gelang yang lain untuk mengelakkan kejanggalan. Time tu, Yamin da mula nak balik. Da penat. Balik tuh singgah Dataran Pahlawan then makan kat Umbai. Sebab my hubby baru sekali kot g, plus aku tak penah g, dengan parking penuh… Makan kat Parameswara. Hmm… aku taknak cakap ape2. Aku rase Jeram lagi best. Servis lambat, walau orang ramai, system pengurusan sangat mengecewakan. Dekat sejam lebih nak tunggu makanan siap. Pekerja dia ramai je aku tengok. Rase makanan pun kureng. Nasi putih mentah.




Itu jela kisah hujung minggu aku. Dan da disahkan bahawa kami takkan kemana2 anniversary nanti sebab tender my hubby tutup 17th. Layan jela. Maybe aku akan berjalan dengan Yamin je anniversary nanti. G nyopping!

Oh yea, berat badan aku memang disaster sekarang. Aku nak mencari alternative tanpa ubat yang membebankan. Last2 aku tengok ada cara iaitu Tomato Diet. Simple je caranya. Makan dinner dengan tomato 2 biji sehari setiap ari sehingga beberapa bulan. Tomato ada khasiat untuk meningkatkan hormone mengurangkan berat yang semulajadi dalam badan kita. Aku tak penah suka tomato sebab lembik then baunya, tapi lately aku leh terima rasenya yang unik. Caranya, jangan dipikirkan sangat. Ahaha… memang tak mengharapkan kesan drastic, asalkan lebih baik dari dulu… itu je. 

Hari Sabtu ni ada kenduri doa selamat. Baru ingat nak g Stadium Negara untuk beli merchandise Running Man. Aku ni terpaksa je mengalah pada keadaan :-( Sedih! 







Monday, 25 November 2013

Fall Apart

Haha, da 3 minggu unemployed ni. Aku g 2nd interview kat opis kat Sunway last Friday. Actually bukan la 2nd interview tapi interview dengan division lain. Ah... sangat la bosan sebab aku cuma boleh start Mid Dec. So, kalau aku tunggu, ada 3 minggu lagi la aku kena melepak tak berduit ni T_T Huhu... sangat la sedey.

Job kat Sunway tuh, aku KIV dulu. Diorang KIV aku, aku pon KIV dorang gak, boleh? Aku da offer ex-manager aku untuk keje ngan dia 3 minggu untuk kemaskan documentation plus yang penting bagi training kat staff baru tapi dia cam diam je. Cam taknak je... adei, memang stress. Lebih malang, aku takde backup option. Aku leh je join company dia tapi practice business company dia tuh mencurigakan la... Malas!

After interview last Friday, aku pon giat la g tgk wayang. Memang mengharapkan berita gembira tapi bila da dapat uncertain answer tuh, ada sikit malas nak kuar. Tapi sebab da tersalah masuk jalan, aku lepak kat Pyramid jela. Haha, boleh? Aku tengok Battle of The Year, memang rocks! Yup, aku minat gak b-boy, jangan tak caye! Pastu aku tengok Hunger Game : Catching Fire. Sebab malas gak nak buat review, korang tengok la sendiri citer tuh ye? 

Nak menghabeskan sisa2 minggu ni, nampaknya, aku tido jela kat umah. Sangat la sedey dengan wallet yang nipis. Syiling pun xde hokey!?

Adei...

Monday, 17 June 2013

Wrong Turn



Hmm… bukan la aku sesat ke per? Err… sort off sesat la kot…

Earlier this year, aku rejected 2nd job interview with T_V. sekarang, aku rase sesangat ‘regret’. Uwaaaaaaaaaaaa… sangat sedih bila memikirkannya. Aku ingat kalau aku stay kat sini, boleh la kalau aku pregnant dulu pastu try cari keje lain. Malangnya, semuaaaanya, tidak according to plan. Aku belum pregnant lagi, and kerja makin stressful.

Checkup tiriod aritu, doc kata tiriod aku sangat tinggi. Tengok result nyer sangat menyakitkan mata. Even doc kata, at least amik ubat selama 2 bulan, baru tau samada aku boleh baik x? and for next 2 months, aku tak boleh berharap ape2 sebab tak mungkin aku boleh pregnant da… ubat yang aku makan sekarang sangat kuat sampai dia masuk rahim n kacau sket. And biggest things maybe happend. I will never cure from the decease. Huhu… sedih giler bapak ni.

That’s my biggest regret ever!

Lebih sedih, sekarang semuaaaaaaaaaa nya lari dari plan. Memang sedih giler… even my life, going seems to ruin with everything since now on. Gangguan2 camtu, mula buat muka aku berjerawat. Need a shoulder to rely on. Huhu… sedih giler!

Thursday, 16 May 2013

Rawatan Laser Kulit



Aku tak suka ngan muka aku sekarang. I mean, aku tak kesah kalau kulit aku kusam ke pe.. tapi parut bisul kat idong aku ni sangat la membebankan. Huhu..

Paling teruk, keburukan parut tuh da tak boleh ditutup ngan makeup lagi da.. huhu…

Bila start panas, mula la keliling parut tuh tukar kemerahan. Sangat tak best sekarang.

Jadi motivasi sangat kurang sekarang sebab parut tuh.

Aku search solution camne nk ilangkan parut tuh. Solutionnyer tak lain dan tak bukan, buat treatment laser…

Setahu aku, prosedur nya sebulan sekali je. Kos rawatan RM 1500??? What???!! Tapi, 4 kali treatment, dapat free 2 kali treatment. Pastu ada kesan sampingan sementara iaitu muka akan kemerahan sebab panas tapi katanya kejap je. Huhu…

Masih belum buat keputusan lagi… tgk la camne. Mahal sgt :-P Macamanapun, memang tak tahan la ngan parut ni. Rase nak belah je idong ni. Huhu…

Sunday, 24 March 2013

So 'Menunjuk'!



Aku rase, last weekend sangat2 terrible and frustrated.

Citer nya camni. Ari Sabtu tuh aku g kenduri kat satu tempat grand yang tak boleh disebutkan disini namanya. Aku malas nanti orang google and tau citer menyedihkan ni. Yang kawen ni kawan seopis aku. You know aku kan so-so je ngan kawan opis aku semua. Sebab dorang pun takmo kawan ngan aku. Lantak la kan?

Aku plak tak tau nape mengigil semacam. Maybe thyroid aku ni da melampaui batas.
Huhu…

Sepanjang g sana, macam biasa la aku sembang2 ngan hubby aku walaupun dia bukan la melayan sangat. Memang memang selalu nyer aku sorang je cakap. Takde perasaan la…

Sampai je venue tuh, kena jalan sikit. Sangat la panas that day. So, Yamin elok je pakai kasut. Aku jalan g bawah pokok yang bezanya 10 tapak dari kereta. Yamin ngan hubby sebuk berpayung. Pastu Yamin jalan ngan aku sampai la masuk dalam. Time tuh, hubby da bermuka masam. Lantak la kan? Takkan aku nak belah bibir dia ngan pisau buat shape cam joker kan?

Aku sangat mengigil dan badan rase panas. Aku risau bedak aku capuk sebab aku berpeluh dengan banyak. Even nak sua kan cawan kat Yamin pun gigil. No, no, takde kaitan ngan kenduri tuh ke per… memang best la kalau aku kawen tempat grand camtu. Tapi aku pun kawen ngan pipit, memang tak merase la enggang nyer benda.

Pastu, aku ternampak sorang geng Admin. Sebelum dia nampak aku, aku tanye la hubby bedak aku capuk tak? Bukan ape, aku taknak la memalukan diri sendiri yang memang takde kelebihan ni. Nak tau ape hubby jawab?

“Jangan la nak menunjuk”

What the hell??? Menunjuk? I’m not asking him whether gelang aku besar tak, atau hp aku glamer ke tak? Both pun aku takde, tah ape nak ditunjuk? Lagi teruk, aku rase dia tak paham maksud menunjuk kot. Macamana nak tunjuk padahal budak tuh tetiap ari jumpa aku. Lain la aku pakai makeup dengan powder emas ke, tak pun baju duit ke? Ini takde pape pun yang boleh tunjuk.

Tanpa say babai kat pengantin, aku balik je. Dalam keta memang nak kena sound la kan? Nak tau apesal dia cakap camtu? Sebab aku jalan dlu g bawah pokok tinggalkan dia 10 tapak tadi. Ntahpape tah. Hubby aku ni, memang camtu. Benda kecik camtu pun nak terase… ek eleh, aku kasi can Yamin ‘susahkan’ dia. Kalau kat rumah, Yamin lekat kat aku, aku tak kesah pun. Kekadang, aku minta dia tolong buatkan susu Yamin ke per, siap boleh berpura2 tido lagi. Sape jahat sekarang?

Yang aku bengang tuh, dia tak tapis2 ayat nak cakap ngan aku bila marah. Aku pun bengang gak… memang deepest cut sebab cakap camtu. Aku sekurang2 nya takde cakap camtu kat dia. Memang manusia yang paling jahat.

Sekarang, aku da malas nak g kenduri ngan dia. Kang pakai lawa sket, dia kata nak menunjuk. Nanti aku beli pape kata nak menunjuk. Tah pape betul.

Pas aku marah dia, aku n Yamin g tengok Bola Kampung kat Bkt Tinggi. Padan muka hubby tinggal. Balik tuh, aku memang suruh Yamin cakap kitaorang g tengok Bola Kampung. Terdiam papa dia. Padan muka. Takde dia, aku tak mati kebulur la…! Tersangat marah ni!!!! Malangnya, balik tuh, dia tak mintak maaf pun. Takpe takpe…

Ahad pagi, black out sekejap. Yamin pun ikot bangun kol 5.30am. Aku ingat nak g umah mak je, tapi umah mak pun blackout. Aku tido atas lantai.
Kol 8am, aku terjaga sebab aku terdengar hubby mandi kat bilik air. Letrik takde lagi. Pastu dia keluar naik motor baru dia. Lantak la kan? Aku siap2 dan g umah mak. Kejap je, tak sampai 15 minit, Yamin sebuk nak balik…

Lunch, aku masak2… pastu aku lepak umah mak sorang. Yamin tido. Pastu aku balik umah dalam 2.45pm. Masuk bilik, hubby pun ikot. Siap mintak maaf lagi… pastu ajak tengok Bola Kampung.

Huhu… aku ‘maafkan’ dia camtu je… sebab aku tau, dia akan buat lagi pasni. Hampeh giler!

Monday, 4 March 2013

Terganggu



Ada satu mamat kat kedai makan tuh keep saying ayat yang kelakar. ‘Dari jauh, awk nampak cantik’. Kalau aku jumpa dia jek, asek cakap camtu… huhu… ape tujuannyer ek? Ntah la… ngorat? Nahh…. Mana mungkin. Boleh nampak maa aku da kawen.

Tapi kan, ayat2 lapok camtu, memang da tak boleh diguna pakai. Kenalaa upgrade sket maa… :-P Hahaha…

BTW, aku sangat2 terganggu ngan flat screen ni. Memang tak boleh nak berblogging sesuka hati… Tulisan pon jadi giler gedabak besar okeh? Pulak, rase perut nak Ms. ‘P’ ni semakin ketara… 2-3 ari ni, mesti kena la tuh… huhu…memang kurang selesa…

Well, aku ada habiskan K-drama ‘Stay With Me My Love’, So Ji Sub’s movie ‘The Company Man’ dan movie thrill ‘The Women In Black’. Ada masa n line clear, aku blog k? :-P