Last
long weekend, takde pape yang menarik sangat pon. Spend masa ngan family adalah
priceless moment, kan? Balik je keje, aku bergegas gi bank untuk kuarkan cash
untuk bayar utang. Haha… sangat la tragis sebab my current limit is 1k
pengeluaran je per day. Bila tanye my hubby, dia asek cakap 5k… bila try 2nd
time, siap kuar ‘had pengeluaran sehari anda ialah RM1,000.00. Memang la
terkedu kan? Dengan harapan nak belanja mak abah sate arini, aku balik monyok. Ngan
my hubby yang tak mengemas barang nak dibawak balik g umah mak, ati bertambah
panas. Last2 dia beli sate kat tepi jalan dekat2 ngan rumah je. Aku siram pokok
bunga & kemas ape yang patot.
Balik
rumah mak abah dalam kol 7.10pm, sebelum tuh sempat kitaorang berdua bergaduh
pasal channel TV. Gaduh2 manja, hihi… Kalau Yamin ada, confirm dia cakap ‘Jangan
bergado….’
Sampai
kol 7.15pm, maklumla umah mak abah dekat… pas dinner, aku tertido depan TV.
Citer My Love From The Star pun aku tak tengok sampai habes. Sebaik laa da
rakam kat rumah gune PVR.
Pagi
Jumaat, tolong mak prepare nasi lemak & acara paling aku suka adalah kupas
bawang untuk kegunaan dia seminggu. Hihi… aku pon tak tau nape aku suka… hihi…
kol 9.15pm, hantar kakak ipar aku g stesen bas kat Seri Muda. Balik tuh, hubby
tolong cucukkan duit… rupa2nya, limit tuh boleh adjust… haha… ngape tak bagitau
kan? Hampeh tol la bank ni – nama bank dirahsiakan… si Yamin cukai KFC.
Lepak
kat rumah je sepanjang hari…
Sabtu
pagi, aku bangun dengan semangat nak berkebun tepi umah mak… so, aku mencangkul
untuk membentuk petak sayur tuh… 2 ari lagi leh bakar untuk menambahkan
kesuburan tanah. Memang sikit letih tapi I’m okay… just nak kuar2 peluh. Bila masuk
rumah mak abah je, mak kata sekarang musim panas, kalau membakar pasti
menyebabkan jelebu. Huhu… terpaksa tangguh ker? Kene cari aktiviti lain
mengeluarkan peluh ler.
Balik
tuh bersiap g Mydin Subang Jaya. Amik 2 trolley untuk beli barang mak &
barang2 aku… Yamin pon ikot shopping same…biasa la budak kecik tuh. Rase bersalah
gak 3 bulan ni masih berharap support dari hubby sehinggalah abes semua hutang
terakru. Huhu… balik tuh, masak steamboat atas permintaan hubby.
Malam
lepak rumah mak abah sebab Kak Nya balik…
Ahad,
sebelum kuar, aku masak breakfast cum lunch Galbi Jjim atau nama omputihnya
Beef Short Ribs. Dalam recipe kene guna buar pears, tapi since takde, aku tukar
ngan epal merah & hijau campur n turn out kepada version yang sedap. My hubby
pon suka… siap makan ngan kimchi lagi tu… sangat la best!
Kuar g Paradigm Mall untuk tengok RoboCop. Sangat la lengang kat parking sampai leh baring2 lagi… haha… aku singgah SkinFood untuk beli barang2 yang da habes… sian my hubby L kene buli lagi… tapi dia kata dia da duit lebih… sian tol kan? Kene bekerja kuat bulan ni, buat OT banyak2. Aku beli loose powder, dan semua ni. Sebelum ni aku pakai range Omija. Dan-dan plak semua habes, toner, emulsion & serum. So, kalau aku beli satu set lagi, confirm la RM400++ okeh? Dapat advise dari beautician tuh untuk guna Black Sugar Serum je sebab masalah kulit aku sekarang. Yang penting, nak lembabkan kulit aku & ilangkan parut yang ada… harga RM 110.
Pastu
aku beli Black Pomegranate Essense Mist. Memula aku ingat nak beli range ni
tapi total per set lengkap ade la dekat RM 700++ kot. Kalau ada kedut, tapi my
hubby kata aku takde kedut, cuma kulit kering. Hihi… Tu pasal aku beli Black
Sugar Serum je. Menjimatkan poket… Mist ni functionnya untuk sembur kat muka
bila2 masa yang korang nak. Berbanding dengan Lettuce Mist yang aku guna dulu,
semburan Black Pomegranate ni lagi nipis & best je… bau pon sedap… hihi
(baru test sembur pagi ni
:-P)
Pencuci
muka pon da abes. Aku try pencuci muka Parsley & Mandarin Mild Foam jela…
sebab kulit kering & sensitive aku ni memerlukan sesuatu yang ‘mild’ &
lemah gemalai je…
Since
aku purchase lebih RM 250, dapat kalender & diary 2014 free. Memang syiok
sebab diary nyer one of the kind.
Balik
tuh ‘tersesat’ cari kereta kat parking tuh… sangat tak suka… tah camne tah nak
bezakan zone kat situ???
Malam,
makan Yee Sang yang beli readymade kat Mydin semalam. Standard nyer agak sama
ngan Yee Sang yang aku makan kat Sunway Atrium Café aritu. Huhu…
Harga
RM 18.88 je…
There
goes my weekend!
No comments:
Post a Comment